“AWAK kerja kat mana?”
Jadi canggung bila lelaki di hadapannya itu asyik memandangnya. Dah habis
soalan juga hendak ditanya. Air yang dipesan baru seteguk di telan. Sengaja
Umaira pilih untuk minum di medan selera itu. Ramai orang, keadaanpun agak
riuh, jadi taklah segan sangat dia hendak berhadapan dengan lelaki itu.
“Kat Mega Holdings.” Dia tersenyum.
“La ia ke?” Patutlah. Kerja satu company, satu bangunan rupanya.
“Sorry I stalk you. Gelaran mamat muka ketat tu tinggalkan kesan dalam diri I. I bukan mamat muka ketat. I bukan sombong.”
“Awak stalk
saya? Jadi betullah memang ada orang perhatikan saya lately ni. Mana boleh macam tu. Patutnya awak sebagai lelaki, kena
jaga kami orang perempuan ni, bukan nak takut-takutkan, jadi stalker pula tu.” Entah apalah yang
Umaira bebelkan. Lidahnya jadi seperti bertih jagung pop pop pop. Sebenarnya
dia cuma mahu membuang rasa gementar dalam dirinya. Dia sangat berdebar bila
dia dapat rasakan, mata lelaki yang duduk berhadapan dengannya itu memang tajam
memandangnya.
“Okay, kalau macam tu, apa kata you jadi my girlfriend? I bujang.”
“Bujang konon. Mana tahu you dah kahwin ke? Lelaki
sekarang ni, dah kahwin pun mengaku bujang.”
“Ishk, jangan samakan I dengan lelaki lain, Umaira. I
tahulah you tu ramai peminat. Tapi I tak cukup hensem ke nak dibanding dengan
Izzuwan?”
Dia ni memang betul-betul tahu tentang Umaira. Agaknya
apa lagi yang dia tahu tentang Umaira ya. Payahlah kalau macam ni. Umaira rasa
dia dah tak boleh nak teruskan, dia kena balik lagipun dah nak Maghrib. Mesti
nanti Juita risau.
Kalau nak bandingkan encik mamat muka ketat dengan
Izzuwan, memanglah encik mamat muka ketat menang. Wajahnya ada aura tersendiri.
Kulitnya cerah, rambutnya kemas pendek, sesekali ada lesung pipi melekuk
cantik. Ah, kenapa dia rasa mereka ada persamaan?
“Kita sesuaikan? You baru perasan kan?”
Alamak, dia tahulah Umaira sedang belek muka dia. Umaira
geleng kepala, tawa halus keluar dari bibirnya. Kelakar pula rasanya, Umaira
buat perangai gedik. Umaira paling muka. Dia buat-buat tak perasan yang lelaki
itu sedang menyinsing lengan kemejanya. Dilipat sehingga ke atas siku. Nampak
urat lengannya yang sasa. Dia ni nak goda aku ke? Argh dah macam Lee Min-Ho.
“Kita solat Maghrib kat sini dulu ya? I ada benda lagi
nak cakap dengan you.” Ah, dia lipat lengan kemeja sebab senang nak ambil wuduk
ke? Aduh Umaira dah salah sangka. Terdengar suara azan dari Iphone milik
lelaki itu yang terletak di atas meja. Mereka diam menghormati azan yang
berkumandang. Sebaik azan berakhir, Iphone nya diambil.
“Umaira, satu lagi I nak beritahu.” Dia meletak kedua
tangannya di atas meja dan badannya dicondong sedikit ke hadapan, sedikit dekat
dengan Umaira. Iphone nya disua pada Umaira. Dia menekan sesuatu.
“I ambil dari DP Whatsapp you. Sorry dear I ambil without
permission.” Matanya dikenyit. Ya
Allah. Hensemnya dia buat gaya macam tu. Sebut dear pula tu. Ah! Umaira dah jatuh suka dengan mamat muka ketat.
Ibu! Ayah! Umaira dah suka kat lelaki ni.
“So, pulangkanlah semula.”
“Come on Umaira. Mana boleh. Ni pengubat rindu
I.”
Juita pun dahulu puji gambar selfie Umaira dekat kedai bunga aunty Rose tu. Cantik katanya, bila
Umaira dikelilingi bunga.
“You mungkin tak perasan, hanya dengan lirikan mata you tu, hati lelaki boleh jatuh tergolek tengok you.”
“Eeuuu.. sweet
talker.”
“I pun tak tahu, kenapa I jadi macam ni. Ni semua sebab
you, Miss Clumsy. Eh, jom solat dulu. Tak elok lengah-lengah.”
Dia ni nampak macam orang ada-ada. Orang kaya, kereta
saja Audi tu. Gaya dia yang segak dengan slack
yang rasanya dari material yang mahal. Kemeja yang dipakai pun bukan
calang-calang jenama, kemas bergosok dan wangi. Tapi dia nampak tak kekok nak
minum kat medan selera ni. Ada setengah orang kaya tak nak masuk medan selera
yang hingar bingar macam ni. Lagilah dengan bau gorengan, melekat kat baju.
No comments:
Post a Comment