Umaira ambil half day hari ni. Lepas lunch dia akan terus bergerak ke Johor.
Kalau nak tunggu petang lepas balik kerja dia risau sangkut jem. Biarlah awal
sedikit, boleh dia rehat awal di rumah.
“Umaira!” Namanya dijerit. PA Tuan Mansur, Natasya, dia
hendak apa dengan Umaira? Bergegas Umaira datang.
“Nah.” Wah, cantiknya sejambak bunga ros merah. Sudah
tercium kesegaran baunya. Dari siapa? Tuan Mansur? Ishk, tak naklah.
“Tak naklah. Nanti Tuan Mansur fikir yang bukan-bukan
pula kalau ambil.”
“Bukan dari Tuan Mansur lah.”
“Habis tu?”
“Manalah Tasya tahu, dak dispatch yang hantar, cuba tengok kat kad tu. Orang ada secret admirer ya sekarang ni.” Natasya
cuit lengan Umaira. Ni yang tak best
ni, lagilah entah bila Izzuwan sudah berdiri di sisinya. “Dari siapa?” Soalnya
tegas.
“Entah.” Umaira jadi risau hendak melihat kad. “Terima
kasih ya, Tasya.” Terus sahaja dia berlalu. Kembali ke meja kerjanya. Izzuwan
mengekornya dari belakang.
“Umaira, dari siapa?” Aduh jadi kecoh pula ni.
“Manalah saya tahu, nah lah tengok sendiri.” Dia hulur
jambangan bunga ros segar itu pada Izzuwan. Jangkanya Izzuwan pasti menolak,
sebab lelaki itu setahu Umaira bukan jenis yang suka menyebok. Namun
sangkaannya meleset, jambangan ros sudah bertukar tangan. Izzuwan terus
mengambil kad yang terselit di celah bunga. Juita dan Dayang juga sudah
menghampiri.
Umaira mula panik. Sepanjang empat tahun dia bekerja
dengan Mega Holdings ini pertama kali dia mendapat jambangan bunga. Siapalah
agaknya yang hantar.
I’m sorry, can’t
make it this lunch.
But I promise I’ll
call U.
Love U, Miss U
Miss Clumsy – Mr
MMK
Walau tidak sekuat mana, namun Umaira mendengar jelas apa
yang dibaca Izzuwan. Kepala terasa pening tiba-tiba. Sebut sahaja Miss Clumsy
dia sudah tahu dari siapa. Mr. MMK – wah dah pandai guna short font, Mr Mamat Muka Ketat. Errm.. Interesting.
“Siapa ni?”
“Entah.”
“Kawan I kata dia nampak you keluar dengan lelaki
semalam. Dia ni ke?” Alamak. Ada pula yang nampak. Dia orang nampak ke lelaki
tu siapa? Malas nak layan dia terus duduk di kerusi kerjanya. Pelik, kenapa
Izzuwan jadi macam ni, biasanya lelaki itu sentiasa tenang dan bertimbang rasa.
“You tahu I suka you kan Umaira.”
Ya Allah, janganlah buat Umaira macam ni. Umaira
peninglah. Lagilah nak bersandiwara depan kawan-kawan. Semua mata memandang
mereka.
“Siapa lelaki tu, skandal you?”
“Cuba tanya kawan awak tu, tak akan dia tak nampak lelaki
tu siapa. Jangan main tuduh saja ya.” Geram. Ia, Umaira geram sekarang ni. Yang
Mr. MMK tu pula dah kenapa nak hantar bunga bagai. Whatsapp sahaja kan boleh.
Tak payah nak create havoc kat ofis ni. Tak pasal-pasal
dikata skandal.
“Dia tak nampak lelaki tu. Dia nampak dari belakang saja.” Suaranya sudah merendah.
“Izzuwan yang saya kenal bukan macam ni orangnya. Mana tahu kalau lelaki itu saudara saya ke?” Umaira terpaksa cakap begitu.
“Maaf. Tapi saya tak boleh tidur semalaman asyik geram
dengan cerita kawan saya tu. Susahnya nak ajak awak keluar dengan saya, tapi
awak boleh habiskan masa bersembang dengan lelaki tu, betul-betul buat saya
jadi cemburu.” Izzuwan mengeluh.
Ya, Izzuwan sudah banyak kali memujuknya untuk keluar makan bersama. Lelaki itu sentiasa tersenyum walau Umaira tidak pernah mahu menerima pelawaannya. Umaira juga hairan kenapa pula senang sahaja dia keluar dengan Encik Mamat Muka Ketat semalam.
“Sorry Umaira. Saya tahu selama inipun saya yang tergilakan awak. Awak sedikitpun tak ada hati pada saya. Saya sedar tu.” Jambangan bunga diletak di atas meja. Umaira hanya mampu melihat Izzuwan berlalu ke bilik kerjanya. Ah, Umaira. Tega kau permainkan sekeping hati Izzuwan.
“Tak baik buat Wan macam tu. Tak ceritapun semalam keluar
dengan lelaki, siapa orangnya?” Umaira tenung wajah Juita. Umaira belum rasa
hendak berkongsi cerita dengan sesiapa. Dia sendiri tidak begitu mengenali Mr.
MMK. Dan dia juga tidak tahu apa yang ada di dalam hatinya saat ini.
Umaira rasa, sudah sampai masanya dia harus menunaikan
solat Istikharah. Memohon petunjuk dari Allah. Dia tidak mahu terus serabut
memikirkan hal lelaki. Satu pesanan di Whatsapp diterima. Dia jeling nama
pengirim. Mr. MMK. Aduhai.
· Busy? Can I call you?
Dia tidak mampu hendak membalasnya. Kerana saat ini Umaira hanya ingin bersendiri. Dia tidak mahu hal yang melibatkan hati mengganggu kerja sehariannya.
· Busy? Can I call you?
Dia tidak mampu hendak membalasnya. Kerana saat ini Umaira hanya ingin bersendiri. Dia tidak mahu hal yang melibatkan hati mengganggu kerja sehariannya.
Cerpen , Dia Bukan Skandal , Novel
No comments:
Post a Comment