Dunia Kecilku

ilashukri.blogspot.com

Thursday 24 May 2018

[ Bab 40 ] Dia Bukan Skandal



SUDAH hampir dua minggu Nurin Humaira di Kuala Terengganu. Memang waktu siangnya dia sebok dengan urusan kerja di resort. Namun bila malam menjelma, dia mula merasakan kesepian.

Beberapa kali matanya menjeling ke arah telefon bimbitnya. Dia sangat berharap agar mendapat panggilan atau pesanan dari Khairil Izhan. Saat ini, tika ini, dia sangat rindukan lelaki itu.

Sedang buat apakah dia? Sedang bersenang-lenangkah, atau sedang merindu juga seperti dia? Ah, Umaira jadi penasaran. Dia ingin tahu, dia ingin mendengar cerita. Rindunya sudah tidak mampu dibendung.

Akhirnya jemarinya menaip sesuatu di applikasi WhatsApp. Walau dia tahu lelaki itu tidak online. Dia juga menghantar pesanan buat Juita. Hanya dari sahabatnya itu sahaja dia mengetahui tentang perkara yang menjadi tanda tanya.

- Helmi tak ada call Encik Khai ke?

- Ada juga, tapi tak dapat.

- Helmi kata Encik Khai tak on handphone. Kalau dia call pun malam guna nombor lain. Nombor tu pun tak online.

Ya Allah, di manakah agaknya Khairil Izhan sekarang ini. Ya Allah, kau lindungilah Khairil Izhan dari sebarang marabahaya.

Rindunya hati ini padanya. Rintih Nurin Umaira sendirian.

***

Nurin Umaira berjalan sendirian menyusuri pantai. Cantik pemandangan petang di kawasan resort, patutlah Tan Sri Sufrie sanggup melabor di resort ini. 

Memandang jauh ke hadapan, teringin hatinya hendak berjalan menyusuri pantai bersama Khairil Izhan. Rindu bertandang lagi, rindu pada Mr. CEO yang menghilang tanpa khabar berita. 

Marahkah dia pada Nurin Umaira, kenapa dia tidak menghubungi Nurin Umaira langsung. Sudah putus asakah dia hendak memikat Nurin Umaira?

Hempasan ombak ke pasir pantai, seolah hempasan rindunya yang menyiksakan jiwa. Ke mana sahaja matanya memandang, hanya wajah Khairil Izhan yang dilihat. Sungguh dia tidak pernah menyangka, begitu sekali kuatnya kuasa cinta, kuasa rindu. 

Ya, the power of love. Boleh bawa kita terbang ke angkasa, boleh juga bawa kita terdampar di tengah lautan.

Langkah terhenti saat terdengar laungan namanya dipanggil. Dia menoleh dan terpandang seorang staf resort melambainya. Dengan gontai dia melangkah, menghampiri si pemanggil.

“Cik Nurin, ada orang cari kat reception.” Dia mengangguk tanda faham. Namun langkahnya masih perlahan dan terasa bagai diseret kaki melangkah. Berat sungguh kakinya itu membawa beban rindu yang menggunung.

Setiba di lobby dia terus ke reception counter. Dia memerhati sekeliling, tiada sesiapa di reception kecuali staf resort. Ritha yang bertugas di kaunter melemparkan senyuman kepadanya. Namun Nurin Humaira yang saat ini sedang jiwa kacau, menongkat dagu di kaunter. Wajah lesu dipamer.

“Kak Nurin, tadi ada orang nak jumpa.”

“Siapa?” Soalnya malas. Dari menongkat dagu dia kemudian melentokkan kepalanya ke kaunter, sambil tangannya dibuat bantal.

“Nicholas Saputra. Haha! Entah Ritha tak kenal. Dia kata kawan kak Nurin.”

“Tak habis-habis dengan Nicholas Saputra dia.” Dua minggu ini dia sudah masak dengan perangai Ritha. Asalkan ada sahaja customer yang nak check-in, handsome sikit jer, sado ke, macam-macam digelarnya, Nicholas Saputra, Fattah Amin, Fahrin Ahmad, Brad Pitt. Semualah dia sebut. Jadi tak hairanlah, kali ni siapa pula yang digelarkannya.

“Mana orangnya?” Mulut bertanya tapi kepala masih terlentok tak bermaya. Parah sungguh panahan rindu Khairil Izhan. Manakan tidak masuk hari ini, sudah 10 hari tiada khabar berita dari lelaki itu.

“Wanginya Ritha! Sedap baunya..” Nurin Humaira menarik nafas panjang menghidu haruman yang seolah dikenalnya.

“Macam bau Mr. CEO akak jer. Rindunya kat dia.. aarrghhh!” Nurin Humaira separuh menjerit. Kali ini dagunya pula ditongkat di kaunter. Tangan kanannya dibawa memukul peha, lenguh bukan kepalang. Sejak berkerja di resort itu dia kerap berdiri dan berjalan di dalam kawasan resort. Dahulu sewaktu di Mega Holdings dia hanya duduk memanjang. Beberapa kali kakinya yang lenguh digoyang-goyangkan. Tumitnya sakit.

“Kak Nurin, sana tu..” Ritha menunjuk dengan muncung.

“Mana?” Dia menoleh ke arah muncung Ritha. Terpandang di matanya seseorang yang segak bertopi baseball NYC hitam, berkaca mata hitam, dengan t-shirt kelabu yang dipadankan dengan kemeja jeans yang tidak dikancing butangnya. Dengan seluar khaki separas lutut. Santai sungguh. Dia amati lagi.

Menoleh semula ke arah Ritha, takutlah kalau dia berhalusinasi, maklumlah dia sangat rindu sekarang ini. “Boyfriend kak Nurin eh? Hehe, Nicholas Saputra.” Ritha tertawa.

"Ishk kamu ni, tak habis-habis dengan Nicholas Saputra lah" Kemudian dia menoleh semula.

“Hai sayang. Miss me?”

Suara itu? Argh Nurin Umaira berilusi lagi. Dia rindukan suara itu. Dia kenal suara itu. Walau sudah hampir dua minggu dia tidak mendengarnya. Dua minggu juga dia tidak mendengar khabar pemilik suara itu. Ada rindu yang bertandang. Dua minggu ini dia belajar erti rindu pada Khairil Izhan. Tidak mengendahkan suara itu, dia terpandang notification di WhatsApp. Pantas tangannya menekan.

- Hai sayangku Nurin Umaira. (love) (flying kiss)

Siap ada emoji ‘love’ dan flying kiss. WhatsApp Umaira dah bluetick! Khairil Izhan tengah online! “Yeahhh!” Umaira hampir terlompat riang. Hatinya teringin untuk menoleh sekali lagi, tapi hatinya ragu. Dan serentak itu, dadanya berdebar sangat laju. Kadar adrenalin di tubuhnya meningkat serta merta.

“Argghhh!!” Nurin Humaira menjerit lagi bila dia melihat lelaki di hadapannya itu mendepangkan tangannya. Dia mahu saja berlari ke arah lelaki itu dan memeluknya erat melepaskan segala beban rindu yang menggunung dijiwanya.

Namun dia hanya tersenyum, malu mengetuk hatinya saat lelaki itu mendekatinya. Sangat dekat. Mulutnya ternganga melihat lelaki segak yang berdiri di hadapannya.

"Tutup mulut tu nanti I jeles kalau lalat masuk.." Keningnya yang dijongket-jongket dengan senyuman yang manis itu ah, buat Nurin Umaira boleh jadi gila. Terlopong melihat ketampanannya.

"Ritha nampak tak lelaki sebelah akak ni?" Tanyanya minta kepastian.

"Nampaklah. Tadikan Ritha dah kata hensemnya boyfriend kak Nurin, macam Nicholas Saputra." 

"Nicholas Saputra lagi. Ni Lee Min-Ho lah. Ritha tak kenal dia ni siapa?"

"Kenal. Boyfriend Kak Nurin.. Hehe.." Ritha tertawa kecil. Hamdan yang baru muncul di reception sebok berbisik-bisik dengan Ritha. Kecohlah nanti satu resort tahu.

"Sayang....." Meleret manja suara lelaki itu menyebut sayang. Oh boleh cair jadinya dengan rengekan kata-kata sayang itu.. Buat jantung Nurin Umaira berdegup lebih kencang. Menahan gelora jiwanya.

"Nak hug.. Nak kiss.. Miss you like crazy.." Tangan kirinya sudah menongkat pipi di kaunter. Tangan kanannya didepang seolah minta dipeluk. Oh melting dibuatnya. Kalaulah dia sudah menjadi suami, memang tentu dia akan peluk erat-erat lelaki itu. Tak akan bagi lepas.

“Oh my..” Ritha dan Hamdan tertawa kecil. Romantik sungguh.

"Miss me?" Tanya lelaki itu lagi.

Atas bawah Nurin Umaira memandang lelaki segak itu. Hatinya melonjak ingin menjawab of course. I'm madly miss you and love you. Uppss.. Tapi dia belum boleh jawab begitu.

"After two weeks baru datang cari saya?" Tak mahu terperangkap dengan soalan Izhan, Nurin Umaira cuba mengelak dengan bertanya soalan lain.

"Kata nak tenangkan fikiran. Nak relaks, so I tak naklah ganggu."

"So, mesej pun tak, call pun tak.. Datang sini untuk apa?"

"Nak ajak Nurin Umaira kahwin lari kat Thailand. Kalau dapat malam ni lagi bagus. Rindu kata, dia dah tak tahan nak peluk Nurin Umaira. Cinta kata dia dah tak sabar nak cium-cium Nurin Umaira.."

“Eeuuu... Sweet talker.. Seramm.." Nurin Umaira kemudian berjalan keluar dari lobi. Tak boleh berlama-lama kat situ. Bukan dia tidak tahu Ritha dan Hamdan yang memasang telinga. Lagi-lagi ada cctv di kawasan itu, mahukan mereka ulang tayang drama cinta Umaira dan Izhan.

Walaupun kakinya sakit, namun dia inginkan tempat yang lebih privacy untuk berbual bersama Izhan.

"Nak ke mana? Tak lenguh kaki ke?” 

Namun lelaki itu tetap mengikutnya berjalan hingga sampai ke tepi pantai. Nurin Umaira memilih untuk duduk di batu besar yang telah lama menghuni pantai itu. Kurang-kurang dia dapat membuka kasutnya dan melegakan kakinya dengan air dan pasir pantai. Dia tersenyum bila melihat Izhan juga membuka sandal yang dipakai dan turut duduk di sisinya.

"You macam tak sihat je?"

"Taklah. Ok jer. Mungkin sebab dari interior designer, saya kat sini kena jadi pengurus resort pula, lari bidang, itu yang saya letih." 

Amboi, panjang lebar pulak jawab ya. Tak nak merajuk dengan buah hati ke? Tak payahlah. Buang masa dan tenaga sajakan. Dia dah datang ni, tangkap jelah. Peluk erat-erat jangan kasi lepas.

"Do you miss me?"

"Awak rindu saya tak?" Soalan Izhan pula yang diulang.

"Of course I miss you. Sangat rindu. Kalau ikut hati gila I masa tu, memang I bawa you kahwin lari kat Thailand. Tapi I kena jaga maruah you juga, so I diamkan diri dua minggu ni, hope emosi you dah stabil."

"Ingat saya mental ke?" Matanya memandang Izhan.

"Bukan.. Cuma tak nak you tertekan dengan sikap I yang mendesak nak ajak you kahwin. I yang terhegeh-hegeh, Tapi you tak ada perasaanpun kat I. So two weeks ni, ada rasa rindu tak kat I?"

Nak jawab ke tak? Nak jujur ke nak dera lagi hati Mr. CEO? Muka merayu dia ni comel sangatlah. Tak puas nak pandang. Eeei.. Rasa nak cubit-cubit pipi dia. Aduhai Umaira… sabarlah sikit.

"You, nak tanya sikit, boleh?" Izhan betulkan duduknya. Sakit pula rasa punggung duduk di batu yang tajam.

"Ermmm.. Apa dia?"

"Nicholas Saputra tu siapa? Singer? Actor?"

"Ishkk.. Pergilah tanya pakcik google."

"I macam dia ke?"

"Nicholas Saputra lagi hensemlah dari awak."

"Yelah. I memang tak hensem, sebab tu orang tu tak suka I.. I saja yang terhegeh-hegeh nakkan dia. Dia tak pernah sayang I.."

"Alololo.. Siapa kata saya tak sayang? Saya perempuan, kenalah jual mahal sikit." Umaira tarik senyum.

"So, you sayang I?"

Mengangguk.

"Betul?"

"Betul."

"Yes!! Jom kahwin kat Thailand." Tak habis-habis ajak kahwin dekat Thailand. Serius ke kahwin kat sana senang?

"Kalau nak kahwin dengan saya kena masuk meminang."

Wajah gembira Izhan berubah seketika. Seolah sedang berfikir sesuatu. Nurin Umaira meneka tentu Puan Sri Maria tidak akan bersetuju kalau Izhan berkahwin dengan dia.

"I ada sesuatu untuk you." Tangannya menyeluk kocek seluar yang dipakai. Dia suka melihat segaknya Encik CEO bila memakai pakaian kasual, santai dan sangat tampan, lebih-lebih lagi dengan cap NYC yang menutupi rambutnya, dia sangat-sangat menawan. Kacamata hitamnya sudah di simpan di kocek baju. Tapi kalau dia memakai sut seperti ketika di pejabat lebih menyerlahkan gayanya sebagai ahli korporat. Senang kata apapun yang Encik CEO gayakan pasti menawan.

Sebuah kotak kecil berwarna hijau muda lengkap bereben putih dihulur. 

"Bukalah"

Nurin Umaira mengambilnya dan memandang kotak itu lama. Oh, Tiffany And Co? Nurin Umaira terbeliak mata sebaik membukanya. Sebentuk cincin bertakhta berlian tertulis Tiffany and Co. Ring berkilau di dalam kotak itu.

"Cantiknya.."

"Itu untuk you, my future bride."

"Tak naklah."

"Eh kenapa?"

"Mahal kot cincin ni.."

"Untuk bakal isteri I mahalpun apa salahnya. Lagipun I beli cincin ni dari hasil titik peluh I sendiri sepanjang duduk kat London. I memang dah niat kalau I berkenan dengan seseorang dan dia tu bakal isteri I, I akan hadiahkan dia cincin ni.."

"Kasilah masa meminang nanti.. Tiffany and Co tu.. Bukan dapat seratus dua.."

"I kalau meminang kita terus nikah, tak ada tunang-tunang."

"Saya tak sukalah terima barang mewah macam ni. Saya bukan materialistik."

"I tak kira."

Tanpa menunggu persetujuan Nurin Umaira, Izhan terus saja menarik tangannya. Dan menyarungkan cincin itu ke jari manis Umaira.

"Cantik. Muat, pandai I. So officially you're my fiance. Okay. Jom I nak balik KL dah ni."

Nurin Umaira terpegun melihat cincin di jarinya, lebih terpegun bila melihat wajah Izhan yang asyik tersenyum. Seketika kemudian dia memandang Izhan yang sudah berdiri. Serius ke dah nak balik KL? Lantas dia juga berdiri dari batu yang mereka duduk.

"Eh tepilah sikit, tercium nanti kang.." Nurin Umaira menolak sedikit tubuh Izhan bila jarak mereka terlalu dekat, hinggakan wajah Nurin Umaira hampir terkena pipi Izhan.

"Tercium lagi bagus. I suka jer. Ter kan. Tak sengaja kot.." Ada tawa yang mengiringi katanya.

"Eeee dia ni.."

"Auch.." Menyeringai wajah itu bila jari ketam Nurin Umaira mencubit lengannya.

"Ishk jari tu nak kena gigit agaknya."

"Gigitlah kalau berani." Dan kemudian Nurin Umaira terus mencapai kasutnya dan berlari menyusuri pantai. Hilang rasa penat, hilang rasa lenguh, yang ada hanya rasa kasih, sayang, bahagia yang menebal dalam dada. Tak perlu dia hendak menjual mahal dan bersoal jawab panjang dengan lelaki itu, sedangkan mereka memang sudah saling menyayangi. Teruskan saja dengan menyemai lagi rasa kasih dan hilangkan rindu yang bersarang.
, ,

Tuesday 8 May 2018

[ Bab 39 ] Dia Bukan Skandal


“KAU pergi kampung skandal kau? Serius?” Imran sudah terbeliak mata.
            
“Apa ni Im? Mana ada skandal.”
            
“Sorry, sorry.. Umaira. Panggil nama dia sajalah ya.”
            
“Aah, pergi kampung dia, berkenal-kenalan dengan ahli kelurga dia, jiran tetangga dia, orang kampung dia.”
            
“Seminggu?” Imran masih tak puas hati.
            
“Ia. Seminggu. Hei, lambatlah kau ni.”
            
Hahaha! Imran tertawa lepas. Haiqal yang baru tiba juga tertawa suka. Sudah lama mereka tidak makan bersama, lebih-lebih lagi makan tomyam dan ikan siakap masak tiga rasa. Teringat akan zaman mereka belajar di Heathrow, selalu sahaja mereka tertawa riang setiap kali Haiqal masak di hostel dan mereka makan bersama.
            
Khairil sudah menelefon ibu Umaira tadi, menyatakan yang dia belum dapat menghantar sambal jawa kepada Umaira. Tersangkut dia di KL. Dia juga sudah meminta agar dirahsiakan dahulu tentang dirinya, kerana dia ingin membuat surprise pada Umaira. Dia sangat ingin melihat wajah penuh rindu itu.
            
“Jadi sekarang ni, kau nak buat apa Khai?”
            
“Entahlah. Aku pun bingung.”
            
“Tapi serius tau, skandal kau tu cantik. Kalau kau lepaskan memang tak patutlah.”
            
“Dah 6 pinangan keluarga dia tolak.”
            
“6 pinangan?” Soal Imran dan Haiqal hampir serentak. Khairil hanya mengangguk.
            
“Pergh dah macam Miss Universe. Tapi Puteri pun tak kurang juga cantiknya, Khai. Puteri tu kita tak pernah dengar ada gossip tentang dia dengan mana-mana lelaki. Aku rasa macam dengan kau saja.”
            
Khairil setuju dengan kata-kata Haiqal. Dia akui memang Puteri itu bersih dari gossip. Mungkin juga keluarga Dato Zamri menjaga nama baik anaknya itu.
            
“Apa kata kau saja yang mengurat Puteri, Im. Jadi aku boleh layan Umaira seorang. Nak bagi Haiqal dia dah kahwin. Ni keluar dengan kita ni, sekejap lagi mesti wife dia call.”
            
“Wife aku tak adalah, dia ada kursus kat Penang. Jadi ini malam, kita yang punya!”
            
Tiga sahabat itu tertawa lepas lagi. Jarang-jarang hendak nampak mereka bersuka ria begitu. Sudah lama tidak berborak bersama, tentu banyak cerita yang hendak dibualkan. Lagi-lagi tentang cerita keluarga Umaira.
            
Jangan kata lelaki tak mem’bawang’. Habis cerita tentang Diana, rakan lama mereka di Heathrow pun digosip sama. Cerita tentang admirer sewaktu di London juga. Ah, tak kering gusi dibuatnya. Air di atas meja entah sudah berapa gelas habis. Selagi tuan kedai tidak menyuruh balik, mereka tidak habis-habis berborak.
            
“So, kali ni berapa lama nak lari Khai?”
            
Wajah kedua sahabatnya dipandang. Bahu dijongket tanda tidak tahu.
            
“Seminggu lagilah Khai. Genapkan 2 minggu kau hilang. Aku takut lingkup jer Mega Holdings tu. CEO hilang, masuk muka depan paper. Haha!” Imran kalau bercakap memang ikut sedap tekak dia saja. Tapi bagus juga idea dia tu.
            
“O.K juga kan. 2 minggu. Jadi aku kena sabar lagi seminggu lah ni, nak jumpa Umaira. Aku nekad, aku nak kahwin dengan Umaira, kalau cara baik tak jalan, aku nak korang tolong aku buat cara jahat.”
            
Melihat riaksi kerut dahi dua sahabatnya, Khairil tahu mereka tidak faham dengan apa yang dia katakan.
            
Ya, jika dia tidak dapat memiliki Umaira secara baik, secara meminang, dek kerana halangan keluarganya, dia akan cari jalan lain, walau jalan yang terpaksa diambil bakal memalukan keluarga. Dia sudah ada beberapa rancangan asalkan Umaira menjadi miliknya.
            
“Umaira memang tak ada boyfriend eh? Kata dulu ada officemate yang suka kat dia tu, apa cerita?”
            
“Nanti aku masuk kerja, aku pecat jelah budak tu. Ada hati nak mengurat bakal isteri aku.”
            
“Hei, tapi kau kena tau, dia sukakan Umaira lebih dulu dari kau. Kau tu baru je balik Malaysia.”
            
Imran, Imran. Yang kau tak tahu, Umaira tu sudah berjodoh dengan aku sedari kecil. Bukan baru sebulan dua. Tapi cerita itu, biarkanlah rahsia. Biarlah menjadi kejutan. Perancangan Allah itu adalah sebaik perancangan. Siapa tahu, akhirnya Khairil dipertemukan Allah dengan seseorang yang sangat dia hendak berjumpa, tanpa perlu susah hendak mencari.
            
“Jadinya, sekarang ni, hanya ada Umaira lah ya. Tak ada lagi kisah budak perempuan tocang dua, atau Puteri Datok Zamri?”
            
“Yup, only Nurin Umaira, my beautiful scandal.”
            
“Kalau macam tu, malam ni aku teman kau kat sini. Lagipun wife aku tak ada, akupun kebetulan memang cuti. Lepak dengan kau jelah Khai. Mula ingat nak memancing.”
            
“Kita boleh memancing kat tasik..” Bukankah homestay ni berdekatan tasik. Apalagi, sepanjang siang esok mereka boleh sahaja memancing.
            
“Eyalah. Nasib joran semua dah ada dalam bonet. Umpan je tak ada. Esok pagi kita pergi pasar lah ya.”
            
“Korang ni, boleh ke tidak memancing kat tasik tu? Dah tanya tuan rumah belum?” Imran tak puas hati. Dia pun hendak sekali memancing bersama, walaupun hakikatnya dia tidak minat memancing. Baik pergi pasar beli sahaja terus ikan. Tak perlu bersusah payah menunggu berjam-jam untuk umpan dimakan ikan.
             
“Ada orang tak puas hati.” Haiqal dan Khairil tertawa.
            
Rindunya pada Umaira terubat seketika dengan kehadiran sahabat baiknya itu. Nanti dia akan fikirkan, mahu lari lagi atau terus ke Kuala Terengganu mencari Umaira.
            
Esok dia akan menelefon Helmi. Dia akan menyuruh Helmi membawa fail atau surat yang perlu dia tanda tangani. Dia belum mahu masuk pejabat lagi.
            
Iphone nya berdering. Ah, dia lupa nak off handphone. Alamak! Nama ‘Daddy’ tertera di skrin. Nak angkat ke tidak ya. Melihat ke wajah dua sahabatnya, mereka seolah menyuruhnya menjawab panggilan itu.
            
“Khai..” Lembut suara tua Tan Sri Sufrie, memanggil namanya setelah mereka berbalas salam.
            
“Ke mana sahaja seminggu ni? Balik London ke?”
            
“Balik London, tunggu dah kahwin dengan Umaira nanti. Bawa dia tinggal sana terus.”
            
“Kenapa keras kepala sangat ni? Kan daddy dah setuju Khai kahwin dengan Umaira.”
            
“Daddy saja yang setuju, mommy tetap suruh Khai kahwin dengan Puteri.”
            
“Daddy dah cakap dengan mommy. O.K mommy dah setuju, Khai dengan Umaira. So, Khai balik sambung kerja kat office ya. Daddy nak rehat. Daddy nak holiday dengan mommy.” Ya, puas sudah Tan Sri Sufrie memujuk isterinya. Dia tidak mahu melepaskan legasi perniagaan keluarganya kepada orang lain. Sudahlah dia anak lelaki tunggal keluarga, sama juga dengan Khairil, jadi pada siapa dia hendak serahkan perniagaan keluarganya itu.
            
“Daddy sembunyikan Umaira kat mana?” Sengaja bertanya, walhal dia sudah tahu Umaira di mana.
            
“Biarkan Umaira tu tenang-tenang dulu..”
            
“Kalau macam tu, samalah, biarkan Khai tenang-tenang dulu.”
            
“Ya Allah. Khairil Izhan!” Sedikit keras suara Tan Sri Sufrie di hujung sana. Susahnya hendak memujuk anak lelaki nya itu, jiwanya keras sama seperti isterinya. Kalau sudah dikata TIDAK, susahnya hendak ditukar kepada YA.
            
“One more dad. Tolong pecat Izzuwan, Khai tak boleh lah tengok dia kat office tu. Semaklah kepala.”
            
“Astaghfirullahalazim…” Beristighfar panjang Tan Sri Sufrie.
            
“What?” Khairil bingung.
            “Be professional, Khai. Jangan campur adukkan kerja dengan peribadi. Khai kat mana ni?”
            
“Bumi Allah..”
            
“Ialah. Ikut Khai lah. Kalau rasa nak balik London, atau rasa nak merajuk sampai sebulan ke, I’ll replace your position as CEO with your cousin, Mukhriz. Full stop.” Putus asa Tan Sri Sufrie dibuatnya.
            
“Khairina kan ada, kenapa Mukhriz?”
            
“Sebab Mukhriz saja yang layak. Khairina sebok dengan butik dia. Nak harapkan Idham, diapun sebok dengan company dia. Daddy ingat, dapatlah harapkan Khai, pun tak boleh diharap. Badan sado, tegap, muka hensem, tapi dalam hati ada taman. Pasal perempuan merajuk sampai dah tak ada hari esok nak bawa berbincang. I’ll give you another one week, by next Monday, kalau Khai tak masuk juga office, daddy akan buat PC untuk gantikan CEO baru. Mukhriz tu dah tak sabar nak jadi CEO.”
            
Dan tanpa pamitan, Tan Sri Sufrie terus mematikan talian. Khairil Izhan terpinga sendiri.

            
Khai.. Khai.. Kau sanggup buat apa saja demi Nurin Umaira. Semua orang tahu kau cintakan Nurin Umaira. Kau dah beritahu semua, kau dah dapat restu keluarga Umaira, kau nak merajuk apa lagi? Kau lelaki Khairil Izhan, jadilah lelaki yang kuat dan tidak mudah mengalah. Jangan tunjuk kau lemah, jangan terlalu mengikut kata hati. Be a gentleman, Khai.



, ,

Saturday 5 May 2018

[ Bab 38 ] Dia Bukan Skandal


USAI solat Suboh bersama, Hajah Hasmah sudah ke dapur. Sambal jawa yang hendak dikirim sudah siap dimasak malam semalam. Pagi ini dia membuat lempeng dan sambal tumis, untuk bakal anak menantu yang sebok hendak makan pancake Malaysia.
            
Khairil menjenguk Hajah Hasmah di dapur. Seminggu tinggal di kampung, dia menumpang kasih ibu bapa Umaira. Sungguh ke dua ibu bapa Umaira sangat baik orangnya. Menerima dia dengan seadanya. Rindu pula dia pada aunty Mariam dan uncle George yang berada nun jauh di London.
            
Khairil kurang mendapat kasih sayang dari ibu bapanya sendiri. Dahulu sewaktu kecilnya, dia lebih dijaga pengasuh. Dan bila mommy mengandungkan Khairina, dan mula alah dengan bauan, aunty Mariam mengajaknya tinggal di London. Dan bila sahaja dengar akan ke luar negara, makan angin di tempat orang, cepat sahaja dia nak ikut.
            
“Kalau Khai tak sempat nak hantar pada Umaira, Khai makanlah sendiri sambal ni. Manalah tahu, Khai ada kerja di KL sana, Khai kan dah seminggu tak masuk ofis. Tak lari Umaira tu dikejar, tak perlu Khai nak berebut-rebut.”
            
Tapi, Khai dah rindu sangat dengan Umaira ni, ibu… Ibu? Ah, bilalah Hajah Hasmah nak bagi Khairil green light panggil dia ibu.. Khairil dah nak tersasul dah ni.
            
“Kerja memang tak pernah habis, kan? Khai ingat, balik nanti nak singgah rumah dulu, baru pergi Terengganu cari Umaira. Lagipun Khai tak pernah lagi drive sampai Terengganu.”
            
Khairil berdiri di jenang pintu dapur. Memandang keluar, ke sebatang pokok mempelam yang baru berputik. Teringat dia akan pokok mempelam di rumah neneknya dulu. Dia selalu bersembunyi di balik pokok itu, mencuri-curi pandang seorang budak perempuan berambut tocang dua.
            
“Khai..” Bahunya ditepuk lembut.
            
“Ya..” Dia menoleh.
            
“Kalau Khai memang jodoh Umaira, jaga Umaira baik-baik ya. Jangan sesekali lukakan hati dia.”
            
“Aunty…”
            
“Ibu. Panggil ibu..”
            
“Khai janji ibu, Khai akan jaga Umaira bagaikan menjaga nyawa Khai sendiri.” Kalaulah di hadapannya itu sekarang ibu mertuanya, pasti dia akan memeluk erat wanita itu.
            
“Terima kasih sebab ibu lahirkan Umaira untuk Khai.” Dia ingin menyeka manik jernih yang tumpah ke pipi tua itu. Dia tahu, dia sudah diterima oleh keluarga Umaira, tinggal hati gadis itu sahaja yang harus dia menangi.
            
“Hai, berdrama swasta pula ya kat dapur ni?” Senyum lebar Haji Noordin melihat isterinya dan Khairil. Sedari tadi dia memerhati. Alhamdulillah, dia bersyukur Umaira bakal mendapat seorang suami yang bertanggungjawab. Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anaknya bahagia. Begitu juga dengan mereka. Apatah lagi, bila sudah dikurniakan seorang bakal menantu sebaik Khairil Izhan. Apalagi yang hendak dibandingkan.
            
Selesai bersarapan, Khairil meminta diri untuk pulang. Berkali-kali dia berterima kasih dengan keluarga Umaira kerana memberi peluang pada dia untuk mengenali mereka. Cuma entah bilalah agaknya dia dapat membawa Umaira berjumpa keluarganya. Memohon restu daddy dan mommy.
            
“Nanti abang datang lagi ya!” Bob melambai tangan.
            
“Ya.. Inshaa Allah. Assalamualaikum..” Membalas lambaian keluarga Umaira dan terus memandu. Sudah di setting GPS di kereta terus menuju ke rumahnya di KL. Dia mahu singgah dahulu di rumahnya, dan kemudian barulah ke Kuala Terengganu mencari Umaira. Baju di dalam begnya mahu diganti.
            
Memandu dengan tenang tanpa perlu tergopoh-gapah. Bak kata ibu, tak akan lari Umaira dikejar. Tapi sudah seminggu mereka tidak berhubung, bertanya khabar, berbual mesra, masih ingatkah lagi nanti Umaira padanya. Seperti mana dia tidak pernah lupa akan senyuman manis Umaira, akan wajah ayu Umaira.
            
Susah kalau jiwa kacau ni kan.. Khairil senyum sendiri.
            
Perjalanan mengambil masa hampir 4 jam. Masih handal juga dia memandu. Maklumlah, di London dia tidak banyak memandu, dia lebih kerap menaiki pengangkutan awam di sana. Cuma sesekali kalau dia bercuti, adalah dia memandu sendirian atau dengan sahabatnya.
            
Kalau dia balik bercuti ke Malaysia pun, selalunya Imran dan Haiqal yang memandu. Ah, ialah, sudah seminggu juga dia tidak menghubungi rakan baiknya itu. Sebelum ke Kuala Terengganu dia ingin berjumpa dahulu dengan rakan baiknya itu. Lunch bersama. Banyak yang hendak dia ceritakan, dan banyak juga yang hendak ditanyakan.
            
Kereta diparkir kemas di hadapan rumah. Dia mengintai R8 di garaj. Errmm, bagus kerja si Helmi ni. Langkah pantas memasuki rumah. Dia hendak bersegera bersiap. Tidak mahu menghabiskan banyak waktu di rumah. Namun apa yang tidak diketahuinya, sedang elok dia selesai berpakaian, sebuah kereta memasuki halaman rumah.
            
Puan Sri Maria dan Puteri turun dari kereta BMW itu. Macam berbau sahaja yang Khairil sudah pulang.
            
“Khai!”
            
“Eh? Apa mommy buat kat sini?”
            
“Ya Allah, ke mana sahaja Khai menghilang seminggu ni? Merata mommy cari, call tak dapat.”
            
“Khai dah besar dah, mommy tak perlu risau.”
            
“Sebab dah besarlah lagi mommy risau. Puteri ni lagi risau. Bakal suami hilang entah ke mana,”
            
“Bakal suami? Dalam mimpi..” Khairil tertawa sinis. Dia kurang senang dengan kehadiran mommy dan Puteri.
            
“Susah sangat ke nak terima Puteri?” Oh please. Khairil dah ada Umaira, kenapa perlu nak terima Puteri. Gadis secantik dan sepopular Puteri pasti ramai yang hendak. Alangkan Umaira yang sederhana itupun 6 pinangan, inikan pula Puteri yang popular dan glamer. Tentu ramai peminat.
            
Dia tidak mengendah Puan Seri Maria yang entah apa dibebelkan. Iphone yang sudah di on terus sahaja dia menekan nama Imran di favorite list. Menunggu sesaat dua, panggilannya dijawab.
            
“Im, kau kat mana? Ambik aku kat rumah, sekarang.” Tak perlu nak bercakap panjang lebar.
            
“Wei. Kau tak tanyapun aku kat mana sekarang ni eh? Kalau aku kat Langkawi ke, macam mana aku nak ambik kau sekarang? Dah lah menghilang tak dapat dikesan.”
            
“Dahlah, Im. Aku tau kau melepak jer kat rumah tu. Cepatlah.”
            
“Okay, okay. 30 minit.”
            
30 minit? Aduh boleh mati kejung macam ni. Lantas dia ke ruang tamu. Membuka saluran TV walau tidak ada rancangan yang dia berminat untuk tonton. Sesekali dia menjeling Puteri. Dia kurang faham dengan gadis itu, dia bukan jenis yang banyak cakap. Dia juga bukan jenis yang tergedik, dan menggatal dengan Khairil. Kadang dari wajahnya tidak nampak pun yang dia sukakan Khairil. Dia juga tidak pernah mengganggu Khairil di pejabat. Jadi sungguh ke yang dia sukakan Khairil?
           
“Mom, Khai nak keluar dengan Imran. Nanti nak balik jangan lupa kunci pintu. Kunci bagi kat guard ya.” Tak sempat Imran nak mematikan enjin, Khairil sudah duduk di sebelah pemandu. Dan Imran tanpa banyak soalan terus memecut laju.
            
“Tak payah nak buat muka ketat tu Khai. You owe me a story.”
            
“Kita pergi jauh sikit, Im. Kuala Selangor, homestay tepi tasik tu.”
            
“Aik? Baru balik dah nak lari semula?”
            
“Kalau kau nak aku cerita, baik kau drive tak payah banyak soal.”

            
“Okay. Baik Bos!” Imran tertawa suka. Melihat muka ketat Khairil dia tahu, sahabatnya itu tentu ada masalah besar. Tak apa, dia akan sabar menunggu Khairil bercerita. 


, ,