PUAS
dia memujuk Nurin Umaira untuk makan. Adalah sesuap dua yang gadis itu telan,
selebihnya hanya dikuisnya nasi goreng cina di pinggan. Berdiam diri sedari
keluar dari bilik hotel. Kaku tanpa sebarang suara, memang buat Khairil Izhan
penasaran.
“Nanti kita pergi cari baju ya.”
“Nak balik…” Wajah ayu yang matanya
sudah bergenang air jernih itu sangat melemahkan hati lelaki Khairil Izhan.
Namun dia cekalkan hatinya. Dia hanya ingin bersama Nurin Umaira, tak akan ada
yang mampu menghalang.
“Nanti kita balik ya. Janganlah
menangis kat sini, malu orang tengok. Nanti orang ingat, I kidnap you pula.”
“Memanglah. Saya satu apapun tak
ada. Nak call Juita nombor phone dia tak ingat..”
“Siapa kata you tak ada apa-apa, you
kan ada I. Your future husband.”
“Jangan nak beranganlah Mr. CEO.”
Khairil Izhan tersengeh. Kalau mommy
menentang sekalipun dengan pilihan dia, dia tetap akan kahwini Nurin Umaira.
Kahwin kat Thailand pun dia sanggup. Asalkan Nurin Umaira yang cantik di
hadapannya ini, menjadi milik dia seorang.
“Awak baru saja kenal saya, dah
sebut kahwin, awak yakin ke dengan hati awak tu?”
“Yakin.” Jawabnya pantas dan
senafas. Kita dah lama kenal, Umaira. You yang tak kenal I.
“Kalau you nak I pergi jumpa your parents sekarangpun I sanggup,
asalkan you jadi milik I. Kalau pergi pejabat agama lagi I suka. Boleh jumpa
Tok Kadi, terus nikah. Then you will be
my wife. So I boleh pegang tangan
ni, main jemari dia.. cium pipi dia..” Mata redup milik Nurin Umaira di
hadapannya dipandang tanpa kerdip. Sengaja dia buat bentuk hati dengan kedua
tangannya, sehingga gadis manis itu mengukir senyum. Ah, bahagianya melihat
senyuman itu. Indahnya perasaan cinta ini Ya Allah.
“Girlfriend
awak tak marah ke?”
“She’s
at London. So, she will not know about us.”
Melihat raut wajah Nurin Umaira
berubah, iPhone di poket dikeluarkan. Dia mencari sesuatu, dan disua ke depan
Nurin Umaira. “Ni gambar girlfriend
I. Baka baik ni, tapi tak sesuai tinggal kat Malaysia, so terpaksa tinggalkan kat London. Hari-hari tidur dengan I, tapi
dia banyak bulu, kaler orange pula
tu.” Khairil Izhan tertawa kecil. Kitty, ya dia rindu Kitty, kucing comel
ala-ala Garfield miliknya. Sedang buat apa agaknya Kitty sekarang.
“Awak bela kucing?”
Hanya mengangguk sebagai jawapan.
“Saya alah kucing.. Nanti cepat
bersin..”
“Oh, kalau macam tu, I bela you
sajalah. Tak ada kucingpun tak apa.”
“Ingat saya kucing ke?” Matanya dah
terjegil memandang Khairil Izhan.
“Ialah, you macam kucing parsi,
comel, cute, selalu buat jantung I bekerja lebih dari biasa. You pakai complete bertutup macam nipun, jantung I
ni menggelabah je dari tadi.”
Ishkk.. Gatal..”
Khairil Izhan hanya tersenyum.
Sungguh sebenarnya dia tidak pernah menyangka cinta akan membuatkan dia sangat
bijak berbicara. Ada sahaja ayat manis bergula yang dia tuturkan untuk
menghiburkan gadis pujaan hatinya itu.
“You sudi jadi kucing parsi I?”
“Nak kena cekau?” Matanya yang
terbeliak dengan jarinya yang macam nak mencakar tu buat tawa Khairil Izhan
meledak kuat. Comel sungguh Nurin Umaira ni. Aduhai, serasa sekarang ini dia
sedang terbang di awangan. Jom kita kahwin, Umaira. Bisik hatinya suka.
Kereta dipandu menyusuri pagi.
Sekejap lagi fajar akan menyinsing. Ya Allah, Khairil Izhan baru teringat, yang
mereka belum bersolat Isya’. Bagaimana dengan Suboh nanti? Nurin Umaira nak
guna telekung apa ya?
“Kita berhenti solat kat masjid dulu
nanti, nak tak? Ke you nak mandi dulu?”
“Tak, sekarang ni kita kat mana?
Saya tak kenal jalan ni. Kata tadi nak balik, ni nak bawa saya pergi mana ni?”
Mata Nurin Umaira meliar melihat kiri-kanan jalan. Lebih lagi bila kereta
memasuki kawasan berpagar dan perlu melalui pondok security. Lagi buat Nurin Umaira panik. Ni macam area rumah dia, tempat Nurin Umaira
ambil kereta hari tu.
“Nak baliklah ni, balik rumah I.”
“Balik rumah awak nak buat apa? Kena
tangkap khalwat nanti macam-mana?”
“Lagilah bagus, dapat I kahwin free dengan you.”
“Ya Allah, Encik CEO oi, kalau nak
anak dara orang, buatlah cara yang betul, pergi meminang, ikut adat, bukan
kahwin tangkap muat.”
“Auuchh..” Tak disangkanya, tangan
Nurin Umaira sempat mencubit badannya. Aduh, perit juga, boleh birat badan
macam ni.
“You ni, tangan macam ketam.” Dia
menggosok badannya yang sakit. Walau perlahan bunyinya tapi telinganya dapat
menangkap gadis itu menyebut ‘padan muka’.
Kereta di parkir kemas di halaman
rumah. Sengaja hendak melihat sejauh mana Nurin Umaira nak duduk dalam kereta.
Dia yang sudah keluar, hanya bersandar di badan kereta. Menunggu dengan penuh
sabar. Akhirnya si cantik manis itu keluar juga dari perut kereta Audi
miliknya. Sebelum ini Umaira hanya mengambil keretanya di parkir, tidak lagi memasuki
rumahnya.
“Shall
we?” Memang ayat minta penumbuk agaknya, bila buku lima Nurin Umaira yang
tak seberapa nak besar itu di hala ke arahnya. Alahai, kena tumbuk dengan Nurin
Umaira apalah sangatkan. Keningnya dijongket-jongket.
Banglo ini telah dibelinya beberapa
tahun lalu. Sewaktu balik bercuti ke Malaysia. Dia meminta adiknya mencarikan
dia sebuah rumah untuk dia bersendirian. Dan masa itu kebetulannya ada seorang
kenalan yang ingin menjual banglo siap perabut ala-ala Korean, dan inilah dia,
sekarang sudah menjadi hak milik Khairil Izhan. Kelak, jika jodohnya ada, dia
ingin tinggal bersama Nurin Umaira di sini.
“Cantik tak rumah kita?”
“Kita?” Terbeliak mata Nurin Umaira.
Kepalanya digeleng berkali-kali. Takut-takut dia hendak masuk. Khairil Izhan
memang buat macam rumah sendiri, langkah terus dihayun ke bilik di tingkat
atas.
Tapi Nurin Umaira rasa macam pernah
datang sinilah. Dia macam kenal rumah ni. Hiasan dalaman banglo dua setengah
tingkat itu, macam dia yang reka. Konsep Korean? Ialah…
Baju kemeja dan singlet ditanggalkan
dan dicampak sahaja di atas katil. Tuala dicapai, dan terus dililit di pinggang.
Seluar slack putihnya juga sudah
melorot ke bawah. Dia memang hendak mandi, namun teringatkan Nurin Umaira di
luar, dia mengambil sehelai tuala baru dari dalam almari.
“Umaira, you kalau nak basuh muka
boleh guna toilet hujung sana.”
Tangannya menghulur tuala yang dipegang. Sebaik Nurin Umaira menoleh, dia sudah
terjerit. “Ya Allah, Encik CEO, dah kenapa berlenggeng ni, kalau ya pun nak
buat aksi 18SX bukan dengan saya.”
“Kalau bukan dengan you, dengan
siapa pula I nak buat aksi 18SX? I cuma sukakan you saja.” Dia cuba mendekat,
sengaja dengan niat hendak mengusik. Sengaja hendak menunjuk badan sasanya.
Langkahnya semakin hampir. Dan Nurin Umaira sudah terjerit berlari. Ini kalau
duduk rumah teres ajer mati didengar jiran sebelah.
Khairil Izhan kembali ke bilik
tidurnya. Bersegera mandi. Azan Suboh sudah berkumandang, dengan segera dia
terus bersolat. Usai bersolat dia duduk sebentar di sejadah. Sejenak dia
berfikir, dan kemudian menuju ke sudut wardrobe.
Mencari stokin dan sarung tangan miliknya. Sehelai kain pelikat baru. Dia perlu
beli kain telekung buat simpanan di rumah. Kalau ada tetamu yang datang dan
hendak menumpang solat, dia sudah ada kelengkapan.
Dia kemudiannya kembali ke ruang
tamu. Dia melihat Nurin Umaira sedang duduk di sofa sambil memeluk tuala.
Kasihannya. Tentu dia takut. ‘I tak akan sentuh you, selagi you belum menjadi
milik I yang halal, Umaira. Percayalah.’ Hatinya berjanji pasti.
“You..” Dia bersuara. Nurin Umaira
menoleh. Memandang ke arahnya atas bawah.
Tentu Nurin Umaira kagum melihat
dia. Ialah, lelaki yang sasa dengan kain pelikat, kan seksi. Hahah, dia yang
perasan sendiri.
“You boleh solat dalam bilik I. Sorry I tak ada telekung, tapi I dah
sediakan stokin, kain pelikat, kemeja, tengok mana yang you rasa sesuai. Kunci
pintu ya, takut I tersasul masuk bilik pula.”
“Kalau saya kunci, awak buka dari
luar guna kunci pendua?”
“Demi Allah, Umaira sayang, I tak
akan buat macam tu.” Mata kirinya dikenyit pada Nurin Umaira. Dan gadis itu
bersegera bangun. “Master bedroom, bilik belah kanan tingkat atas tu. Dalam
toilet I dah sediakan berus gigi baru kalau nak guna..” Dia lihat Nurin Umaira
mengangguk beberapa kali.
Khairil Izhan tidak sangka yang
kisah merajuk boleh bawa Nurin Umaira sehingga ke banglo nya. Memang dia hendak
bersama gadis itu hari ini. Menghabiskan sepanjang hari dengan gadis itu, mengenali
gadis itu dengan lebih dekat, tapi tidak disangkanya sebegini senang.
Dah parah dah Khairil Izhan. Dia
memang sudah jatuh hati sangat dengan Nurin Umaira. Dia tahu mommy pasti tidak
setuju dengan pilihannya. Dia duduk bersandar, remote TV ditekan. Mencari siaran yang sedap ditonton di Astro. Dan
entah bila dia terlelap di sofa.
“Awak…” Sayup-sayup dia terdengar
suara perempuan memanggilnya.
“Awak…” Matanya dibuka. Senyum
diukir, Nurin Umaira rupanya. Lain wajah itu tanpa solekan. Lebih manis dipandang.
Kena cari baju lain untuk dia, dah semalaman dia dengan baju tu.
“Awak tak buatkan tetamu awak air
ke?”
“Heh?” Khairil Izhan buat muka
pelik.
“Ha’ahh.. Tak. You buatlah. I tak
pandai. Tak tahu apa ada kat dapur tu.”
“Sayakan tetamu..”
“You bukan tetamu, you tu bakal
isteri, so pandai-pandailah cik bakal isteri buatkan air untuk encik bakal
suami. I suka kopi pekat. Cuba tengok kat dapur tu, lagi cepat you buat lagi
cepat kita keluar dari sini.”
“Ya Allah, dia ni… Memang taklah nak
jadi bakal suami aku…” Bebel Nurin Umaira. Namun tetap melangkah menuju ke
ruang dapur. “Mana nak cari ni?” Khairil Izhan senyum sendirian mendengar
bebelan Nurin Umaira.
No comments:
Post a Comment