JUITA dan Dayang menemani
Nurin Umaira ke butik Qaireen Qaseh. Dia ada mendapat pesanan ringkas dari
Izhan, yang dia akan menunggu Umaira di sana sahaja. Lagipun ada banyak perkara
yang hendak Umaira uruskan. Sudahlah dia tidak bersiap apapun.
“Lepas solat Maghrib ya baru kita bersiap.”
Itu syarat Nurin Umaira kalau hendak dia memakai busana
indah itu. Dayang dan Juita ikut sahaja. Memang mereka tahu, Nurin Umaira
seorang yang menjaga solat lima waktunya. Kerana sikap Nurin Umaira itu, Dayang
dan Juita juga mulai rasa kekok kalau melambatkan solat.
Nak menggayakan tudung sudah satu hal. Nurin Umaira tidak
suka disolek berlebih-lebihan, menolak untuk dipakaikan bulu mata palsu. “Ishk
tak naklah saya.” Namun dia akur bila Juita sebok menyuruhnya memakai contact lens. Buat matanya lebih galak.
“Orang kalau dah cantik, solek sikitpun dah berseri.” Itu
kata Qaireen, dan dia mengambil beberapa keping gambar Nurin Umaira. “Simpan,
jangan bagi sesiapa.” Jarinya diangkat mengingatkan Qaireen.
“Jom kita pergi.” Juita seperti biasa pasti akan menarik
tangan Nurin Umaira. Dengan kain meleret-leret ni, Nurin Umaira dah jadi kalut
nak berjalan. Untung dia tidak memakai high
heels, maklumlah dia sudah sedia
tinggi, boleh jadi model catwalk.
Setelah bersalaman, dan berjanji akan memulangkan baju
secepat mungkin, Nurin Umaira terus memandu ke hotel. Seperti biasa, kalau
Umaira yang memandu mestilah dalam keadaan yang tenang dan biasa-biasa sahaja,
walau dia tahu jam sudah menunjukkan hampir 8:30 malam. Jika nak diikutkan
pukul 8:00 malam sudah harus ada di dewan makan.
Sebaik kereta di parkir di basement, telefonnya berdering minta di angkat. Dia menjeling nama
si pemanggil. Juita dan Dayang sudah menunggu di luar kereta. Mr. MMK tertera
di skrin telefon. “Kau orang jalan dulu, sekejap aku nak jawab call. Booking kerusi untuk aku ya.” Nurin Umaira lambai tangan menyuruh
Dayang dan Juita gerak dahulu.
“Assalamualaikum..” Nurin Umaira memula bicara.
“Waalaikumussalam. Dah sampai ke? Kat mana?”
“Baru je parking.
Awak dah sampai ya?”
“Parking kat
mana?”
“B1.”
“Wait there, I
datang. I nak tengok you. One minute.”
Dan talian terus dimatikan. ‘Eh, dia ni memang suka tau.
Sesuka je nak letak call macam tu,
lepas tu nak suruh aku tunggu kat basement
ni. Errmm.. lahai.. Nasiblah kau hensem.’ Omel Nurin Umaira sendirian.
Tepat seperti yang dijanjikan, seorang lelaki segak
berpakaian suit putih,
menghampirinya. Berdebar pula rasa hati, dengan gayanya, cara dia berjalan,
bukan sebarangan orang sahaja, gaya dia dah mengalahkan CEO pula.
“Wow!” Itu ayat pertama yang keluar dari mulut Izhan.
Atas bawah dia melihat Nurin Umaira. Nurin Umaira yang bersandar di kereta jadi
kalut dan segan. “You’re so beautiful
Umaira. Jom kahwin.”
Izhan
mengeluarkan handphone dari poket
seluarnya. Membelek seketika kemudian datang dekat dengannya. Dah dia ni nak
apa? “Umaira, smile.” Laa dia ambik
gambar. “Eh, janganlah. Nak tengok. Mesti tengah terkejut.” “Taklah. Cute sangat.” Handphone terus di simpan kembali ke poket.
“Cantik ke?” Sengaja bertanya buat hilangkan rasa
gemuruh.
“Sangat, sangat cantik. Beautiful, gorgeous, awesome. My
granny mesti suka you. My daddy, of course. My mom.. dia suka yang modern, yang terdedah sana-sini. But I’ll make sure she will like you.”
“Eh, sekejap sekejap. Ni dah kenapa cerita pasal granny, parents pun sekali ni? Ishk, jangan bukan-bukan saya balik tukar
baju nanti.”
“Oh, come on
Umaira. Start you peluk I on the first day
we met, I dah fall in love with you,
I dah beritahu daddy, I sukakan you. My dad dah bagi green light, bila nak masuk meminang?”
“Ni hensem sangat ni, dah mengalahkan CEO pula.” Umaira
tukar topik perbualan.
“Of course lah
sayang. I kena jaga penampilan. Match
kan warna baju kita. Susah payah I cari kemeja warna royal blue ni tau.”
Mereka jalan beriring, menuju ke lif dan menunggu.
“Umaira, apapun yang you akan tahu tentang I, I hope you akan setia dengan I, ok?”
“Kenapa? You ni siapa, CEO baru ke?”
“May be. Jom.. Lif
dah nak sampai. I dah lewat sangat ni, mesti semua orang dah tunggu.” Nurin
Umaira mengelak bila Izhan hampir hendak menarik tangannya. Watch out! Mulutnya bergerak, namun
tiada suara. Dahlah soalan orang tak jawab, nak pegang-pegang pula tu. Terlakar
satu senyuman di bibir Izhan. Oh, senyuman yang kecil itu sangat memikat, Nurin
Umaira hampir sahaja terjatuh terpijak kain sendiri.
“Careful.”
“Sorry…” Nurin
Umaira gigit bibir. Sengaja buat muka comel. Malu sebenarnya.
“Aduh..” Tiba-tiba Izhan pegang dadanya. Nurin Umaira
jadi panik, kenapa, dia lapar ke, gastrik? Tapi dia bukan pegang perut, kalau
nak kata lapar. Muka yang berkerut tu seolah menahan sakit. “Eh, awak kenapa
ni?”
“Rasa macam kena tikam dengan pedang King Arthur. Menusuk
terus ke jantung. You buat sekali lagi macam tu, memang I masuk hospital kena heart attack.” Nurin Umaira pula rasa
pelik. Pintu lif sudah terbuka dan mereka sama-sama masuk. Tak ada sesiapa,
hanya mereka berdua. “Saya dah buat apa?”
“Buat macam tadi tu, masa cakap sorry..”
“Macam ni?” Nurin Umaira gigit bibirnya sekali lagi, siap
dengan jongket kening.
“Nurin Umaira!” Izhan menjerit manja.
Lif
berhenti dan pintu terbuka. “Jalan dengan I?”
“Nope. Nak gi ladies dulu. Pergilah.” Nurin Umaira
lakar senyum manis.
“Please, jangan senyum macam tu kat orang lain. I’m totally jealous.” Bisik Izhan betul-betul di telinga Nurin
Umaira. Ouch! Dekat rupanya dia berdiri sebelah Nurin Umaira, dan ok, dia memang
tinggi, sejengkal mungkin membezakan mereka.
Nurin Umaira julingkan matanya. Dan mereka sama-sama
tertawa.
Oh my! Sekali
lagi Nurin Umaira rasa teruja. Hensemnya bila Izhan tertawa. Tawanya cantik,
giginya putih tersusun.
Nurin Umaira melangkah ke bilik air. Contact lens nya jadi tidak selesa dek kerana buat mata juling
tadi. Sebenarnya memang Nurin Umaira tak pandai pakai contact lens pun. Inilah first
time dia pakai. Mata dah mula gatal. Berbagai gaya dia buat, sehingga comot
solekan di matanya. Geram dengan contact
lens itu, dia pantas menelefon Juita.
Sekali call
tidak berjawap. Dua kali call pun tak
berangkat. Kali ketiga baru Juita bersuara.
“Tolong aku.. Contact lens ni buat hal, kat ladies..”
itu sahaja yang Nurin Umaira cakap, terus talian dimatikan. Menunggu dua minit
baru Juita sampai.
“Allah, Umaira, habis comot dah ni..”
Handbag
diletakkan di atas sinki. Dia membelek wajah Umaira. Compact powder dan alat make-up dikeluarkan dari handbag. “Nasib aku bawa tau. Meh sini
aku bersihkan. Baru aku nak dengar CEO baru tu berucap. Kau lambat tadi
menggayakan mata kau ni ke?”
“Aah.” Malas pula nak beritahu yang dia berjumpa Izhan.
Karang nanti, Juita mesti banyak soal.
“CEO baru tu dah berucap eh?”
“Yup. Diapun lambat tadi. Datang-datang terus kena naik stage. Segak betul dia. Hensem pula tu.
Dengan suit putih dan kemeja biru dia.
Dah macam Brad Pitt.” Suit putih,
kemeja biru? Nurin Umaira terasa pelik.
Juita pantas membetulkan solekan Nurin Umaira. Dah nampak
ok dan tak ada comot-comot. Matanya pun dah elok dengan contact lens berwarna kelabu. “Ini kalau Tuan Mansor nampak, mesti
dia nak meleset je dengan engkau, Mai.” “Aku menyorok belakang kau.” Nurin
Umaira jalan di sebelah Juita. Cuba menyorok jangan dilihat Tuan Mansor. Alah,
lagipun Tuan Mansor kan duduk di meja hadapan. Meja VIP. Mereka duduk di meja
staf. Makanan sudah terhidang di atas meja. Menu pertama. Nurin Umaira
terjengah-jengah juga mencari Izhan, namun dia tidak perasan di mana dia duduk.
Yang dia nampak hanya Izzuwan. Dan lelaki itu tanpa silu
terus mendekatinya.
“Cantiknya Umaira hari ni. Lain sungguh. Ingat artis
tadi.”
“Umaira memang selalu cantik, bukan hari ni saja cantik.”
Bukan Umaira yang jawab, tapi Dayang yang menyampuk.
Tanpa memperdulikan Izzuwan, Umaira meneruskan makan. Kerana
tidak dilayan, akhirnya Izzuwan beralah dan kembali ke tempat duduknya. Namun
dia tahu, mata Izzuwan tak lekang dari memandang. Lelaki itu hanya berjarak
satu meja dari dia.
Baru masuk menu ke tiga, Tuan Mansor mendekati Nurin
Umaira. “I nak kenalkan you pada CEO
baru kita. Jom Umaira.” “Saya nak makan…” Nurin Umaira cemek muka. Ialah, udang
goreng itu nampak menyelerakan. “Nanti I belanja you lagi special dari ni,
sebab hari ni you cantik sangatlah Umaira, Geram pula I tengok. Jadi my third wife nak tak?.” Eeeuu..
menggatalnya Tuan Mansor ni. Malasnya.. Nurin Umaira hanya nak makan. Dia tak
peduli dengan apa yang terjadi di pentas. Dia juga tak nak pedulikan Tuan
Mansor.
“Umaira..” Ya dia akur. Dia bangun juga akhirnya.
Melangkah membontoti Tuan Mansor mendekati meja VVIP. Dia nampak seorang lelaki
ber suit serba putih sedang duduk
membelakangkan dia. Entah kenapa hatinya tiba-tiba berdebar. Dia seakan kenal
lelaki itu. Dari belakang, dan pakaiannya, macam…
“Encik Khai, Tan Sri Sufrie, Puan Sri Maria, inilah Nurin
Umaira, yang saya pernah cakap dulu. My
favorite staff.” Encik Khai, tentu dialah CEO baru tu. Sebaik mereka
bertentang mata, Nurin Umaira jadi lemah lutut pula. Mulutnya bergerak. C E O ?
Matanya bulat memandang lelaki yang diperkenalkan sebagai Encik Khai itu.
“Ini Encik Khairil Izhan, CEO baru kita, baru balik dari oversea ni. You belum pernah jumpa dia
lagikan? Masa Encik Khai round floor kita you ada discussion dengan Izzuwan.” Tuan Mansor, kenapa tak cakap dia ni
CEO? Kalau Nurin Umaira tahu…
“Nurin Umaira.”
“Oh, design
Umaira lah ya, yang kita guna untuk projek kat Nusajaya?”
“Ah, betul tu Tan Sri, betul tu.”
“Cantik design
nya secantik orangnya.” Tan Sri Sufrie tersenyum.
“Kan, Tan Sri, dah berapa kali saya ajak kahwin, dia tak
nak.” Tuan Mansur ketawa.
“Ishk, bagilah chance kat orang muda Mansur. Ia tak,
Khai?”
Namun mata Nurin Umaira dan Khairil Izhan atau Encik Khai
atau Izhan atau Mr.MMK masih tidak lepas dari berpandangan. Seolah mereka
sedang berbicara di dalam hati.
-Kenapa tak beritahu awak CEO?
-Salah ke CEO nak berkawan dengan you?
-Kenapa awak tak berterus-terang?
-I ikhlas Umaira. I
said before I like you.
-Ikhlas tu hak Allah. Siapa kita nak tentukan keikhlasan
hati kita?
-Umaira, please.
I beg you, I’m truly in love with you.
-Nonsense. Liar.
“Good job
Umaira. Next projek kat Sibu, I akan let you handle. So dah bersedia nak transfer
ke Sibu awal tahun ni? Lagi tiga empat bulan sahaja lagi.” Perasan akan
perubahan riak muka Umaira, Tan Sri Sufrie menukar topik bual dan menekankan
sedikit suaranya.
“Sibu?”
Pertanyaan itu terkeluar dari mulut Encik Khai.
“Yup, Sibu. Kan kita sudah sign contract dengan hotel baru tu."
“Terima
kasih, Tan Sri. Inshaa Allah, kalau company
percayakan saya, esok pun saya tak kisah. Lagipun saya tak ada komitmen kat KL
ni, kat sinipun menyewa. Kot-kotlah boleh bertemu jodoh kat sana, who knows, kan?” Nurin Umaira memang
sengaja berkata begitu. Kerana dek sakit hati melihat Izhan, atau Encik Mamat Muka
Ketat tu rupanya Encik Khairil Izhan, CEO baru Mega Holdings.
No comments:
Post a Comment