NURIN Umaira tidak
kembali ke meja. Dia menonong terus keluar dari dewan makan. Entah kenapa dia
rasa sangat sedih, marah dan kecil hati. Sebenarnya kenapa dia perlu rasa begitu?
Dia rasa Izhan itu seorang penipu ke? Tidaklah. Dia cuma terkilan kenapa Izhan
tak berterus-terang dari awal.
Dia marahkan Juita sebab berangan nakkan CEO baru tu,
rupanya tanpa sengaja dia yang berkawan dengan CEO. Pegawai cabuk macam dia
mana layak hendak berkawan dengan CEO. Kalaulah Juita dan Dayang tahu, yang Mr.
MMK itu CEO baru… apa riaksi mereka agaknya.
Kakinya terus melangkah. Dan entah bila dia sudah tiba di
lobi. Dia terdengar derapan kaki di belakangnya. Saat ini jiwanya kosong. Dia
bingung dengan perasaannya sendiri. Dia memang sudah sukakan Izhan. Sangat
suka. Malah sudah sayang. Tapi dia CEO? Bukankah CEO baru Mega Holdings akan
bertunang dengan Puteri?
“Nurin Umaira.” Seorang lelaki berdiri menghalang
jalannya. Dia hanya memandang kosong lelaki itu.
“Please, Nurin
Umaira. Stop walking..” Lengannya
dipegang lelaki itu.
“Apa pegang-pegang ni?” Bagai tersedar dari mimpi, Nurin
Umaira pantas menepis tangan lelaki itu.
“You marah I ya?”
“Awak siapa?”
“Sayang, please…”
Sekali lagi lengannya ditarik. Langkah yang dihayun berhenti.
“Hei, jangan pegang..” Dah tak peduli mata yang
memandang, Nurin Umaira terus dengan keras hatinya. Terus dengan rasa terkilan
dan sakit hati. Tapi kenapa Nurin Umaira perlu ada rasa macam itu? Kenapa nak
buat perangai. Kenal dengan Izhan pun baru sahaja. Dia pelik sendiri.
“Okay, kalau you tak nak I pegang, stop walking and come with me.”
“Apasal saya nak kena ikut lelaki penipu macam awak?”
“I tak pernah tipu, you
tak pernah tanya kalau-kalau I CEO..”
“Jadi salah saya? Sedangkan selama ni siapa yang selalu
berahsia?”
“I nak perkenalkan diri I sebagai CEO, tapi you yang tak
ada masa tu. You keluar dengan Izzuwan. Sengaja nak buat I jeles, kan?”
“Eh?
Saya keluar kerana kerja. Bukan pergi dating!” Bagai nak terjerit Umaira
menjawap, namun dia cuba kawal amarahnya.
“Okay,
kalau I CEO sekalipun, salah ke kalau I nak jatuh cinta dengan you? Salah ke I
sebagai manusia nak sukakan you, Nurin Umaira?”
“Orang kaya-kaya ni selalunya perempuan keliling
pinggang.”
“You banyak sangat tengok drama ni, Umaira.”
Malas Nurin Umaira nak dengar Izhan bercakap. Hatinya
sakit. Dia terus sahaja keluar dari lobi dan sudah berada di luar. Memandang
langit yang gelap yang hanya dihiasi beberapa butir bintang. Angin malam
menyapa tubuhnya. Dingin hingga ke tulang.
“Sejuk kat luar ni Umaira.” Kot putih yang dipakai dibuka
dan dibalut ke badan Umaira.
“Tak perlu susah-susah Encik CEO. Pergilah awak masuk,
ramai yang nak jumpa awak tu. Jangan kesahkan saya. I’m nobody.”
“You’re somebody to
me, Umaira. I kalau dah suka, I tak akan lepaskan. First time tengok you I dah tahu you dicipta Allah untuk I.”
“Confident jer
cakap. Awak boleh lawan takdir ke?”
“Please Umaira.
You jangan anggap I, CEO, you just
anggap I Izhan, orang yang sama yang you kenal. The handsome guy with Audi.” Cuba nak berseloroh konon. Ingat Nurin
Umaira makan dengan lawak dia tu? Namun di sudut hati Nurin Umaira tercuit juga
dengan usikan itu.
“Eh awak masuklah…” Tubuh Izhan ditolak menjauh.
Sebenarnya Nurin Umaira dah hilang arah, dia keluar
tadipun handphone tak bawa, beg
tangannya pun sama. Kunci kereta, aduhai. Nak masuk semula, dia dah rasa malu.
Hendak tak hendak dia ikutkan sahajalah perangai mengada dia sekarang ni.
“I hantar balik ya?”
Handphone
dipoket mamat muka ketat itu asyik berbunyi. Ialah, majlis belum selesai lagi,
tentu mereka sedang mencari di mana agaknya CEO baru mereka. Mana yang nak
bergambar, mana yang nak bersalaman. Errmm.. Nurin Umaira diusik cemburu.
Cemburu? Tidaklah. Tak akanlah Nurin Umaira nak cemburu.
Mereka berdua tak ada apa-apa hubungan istimewa.
“You nak I melutut depan you ke, atau you nak I announce kat stage yang I love you?”
Mudahnya Izhan nak lafaz I love you. Mana pergi ego seorang lelaki yang berjawatan CEO?
“Sanggup?”
“Eh, apa pula tak sanggup, demi you I rela buat apa saja.
Janji you, I punya. Melutut kat sini tak bestlah,
bukan ada sesiapa nak jadi saksi, lagipun I tak ada cincin nak bagi, kita announce kat stage ya. Jom.” Terus sahaja hujung baju Nurin Umaira di tarik.
Panik Umaira, namun langkah deras Izhan buat dia hampir terjatuh kerana
terpijak bajunya. Lagilah kena naik tangga. Aduh, biar betul.
“Okay, okay. Tak mahu tak mahu..” Kali ini giliran Nurin
Umaira pula menarik lengan Izhan aka Encik Khai CEO itu. Dia dah malu bila
mata-mata di lobi semua memerhatikan mereka. Ada ni nanti jadi topik hangat
esok.
Nurin Umaira buat muka comel.
“Jangan Umaira. I ni iman tak berapa nak kuat sangat.”
Uppss… Nurin Umaira gigit bibir lagi. Dia tersengeh bila
melihat lelaki di hadapannya itu menarik nafas panjang. Errmm.. tak tahan
godaan, kalau perempuan lain yang goda? Sama jugalah nak terpikat, macam tu?
Ishk.. dasar player. Mereka bergerak
ke hadapan lif, kawasan yang agak tersorok dari pandangan orang.
“Saya tak nak masuk sana semula. Malu..”
Nurin Umaira cemek muka. Ialah, malu kalau-kalau betul Izhan
nak buat announcement, mati kejang
dia.
“Ini kunci kereta I. I park kat B2. You nak
tunggu kat kereta ke? Or ini kad
bilik, okay jangan salah faham. Diorang tempah untuk I senang nak bersiap untuk
dinner, barang-barang I ada kat situ.
You boleh rest dulu kat situ. Nanti I
jemput. Kalau I lambat, please wait for
me, Umaira. Please..”
Pintu lif sudah terbuka. Ada beberapa yang keluar, tapi
hanya mereka berdua yang masuk.
“You nak tunggu kat kereta ke?” Soalan itu boleh buat
Umaira pecah kepala nak jawab. Tapi kaki dia sakit. Dia nak berehat, kalau
dapat berlunjur lagi baik. Jari Izhan masih lagi belum menekan tingkat mana
yang hendak pergi.
“Bilik nombor berapa?”
“1306. Rehat dulu, kalau bosan boleh tunggu kat kereta. I
park kat B2 tau. Nanti I inform your friend. Janji, tunggu I.”
Nurin Umaira hanya mampu mengangguk. iPhone lelaki itu
dihulur kepada Nurin Umaira. “Nanti I call.”
Macam biasa, Nurin Umaira buat muka pelik. ‘Kalau dia bagi aku phone dia, dia nak guna phone apa?’ Satu lagi iPhone di tangan Izhan
digoyangkan. ‘Oh ada dua phone.
Patutlah jarang online, mesti yang ni
phone spare. Ceh!’
“Bye, sayang.
Tunggu I ya.” Satu kenyitan mata buat Nurin Umaira sebaik kaki Izhan melangkah
keluar dari perut lif. Oh my! Nurin
Umaira rasa nak pengsan, tapi dengan sengaja Nurin Umaira buat muka siap jelir
lidah, mengejek. Ialah, sebab dia rasa pintu lif akan tertutup, namun sempat
lagi Izhan menahan pintu lif dari tertutup dan terus mendapatkan Umaira.
“Nakal
ya. Nasib belum jadi wife I.” Hujung
hidungnya dicuit. Sungguh Nurin Umaira tidak menyangka Izhan akan buat begitu,
terperosok dia dipenjuru lif dek kerana takut. Manakan tidak dia sudah tersepit
bila ke dua tangan lelaki itu memaku dinding, membuatkan muka mereka hanya
berjarak seinci.
No comments:
Post a Comment