NAMA dia Nurin Umaira,
tapi kawan-kawan cuma panggil Umaira atau Mai saja. Seorang yang sangat senang
dengan kawan-kawan, ramah dan mudah mesra. Si tinggi lampai ini mempunyai
senyuman yang paling manis sekali, dengan tahi lalat pemanis di hujung bibir
dan lekuk lesung pipi dia memang menjadi kegilaan ramai lelaki ditambah dengan
kulitnya yang putih bersih. Siapa yang memandang pasti akan terpikat.
Namun siapa tahu sehingga kini gadis berusia 25 tahun itu masih belum memiliki teman lelaki istimewa. Bukan tidak ada yang mahu mencuba, namun hatinya masih belum terbuka untuk memiliki kekasih. Mungkin kerana dia masih menunggu pemuda misteri yang selalu dia angankan.
Juita teman akrab dan serumahnya sejak dia bekerja di
Mega Holdings datang menghampiri. Umaira yang leka melamun ditepuk bahunya.
Tersentak dia dan pantas menoleh. Tudung di kepala dibetulkan. Takutlah senget
jadinya bila ditepuk tadi.
“Iskh, kau ni Jue.” Dia mencemek muka.
“Muka cemek tu kalau nampak dek Izzuwan, mau dia duduk
depan kau tak berganjak.” Juita menarik kerusi di sebelah. Mencapai mug berisi
air kopi kepunyaan Umaira, dan meneguk rakus.
“Eh, minum air aku tak minta izin.”
“Sikit ya, cik Umaira cantik.” Senyum Juita meleret-leret
sampai ke telinga.
“Ni kalau Izzuwan rasa air kopi kau buat, tentu dia gila
bayang.”
“Ya Allah, Juita. Dah kenapa dari tadi asyik sebut
Izzuwan? Kau suka kat dia ke?” Umaira dah bulat mata memandang Juita di
sebelah. Jengkel dia mendengar nama Izzuwan disebut berulang kali.
“Si Wan tu kan suka kat kau, dah kenapa aku pula?” Juita
kerut dahi.
“Ialah, kalau kau saja yang sebut, tu maknanya kau suka
kat dia.”
“Kalau aku suka dia sekalipun, dia dah tentu suka kat
kau. Bukan nak dipandangnya aku ni. Dahlah kontot, gemuk pula tu.” Alahai
Juita, merendah dirilah sangat. Umaira tarik nafas panjang. Melayan Juita
memang apapun tak boleh jadi. Waktu rehatpun sudah hampir berlalu, Umaira
hendak ke surau menunaikan solat Zuhor.
“Aku nak solat Zuhor dulu.” Dia menepuk peha Juita. Juita
mengangguk.
“Basuhkan mug tu ya, cik Juita dan habiskan airnya.”
Tanpa menoleh, Umaira teruskan langkahnya menuju ke lif untuk ke tingkat 10.
Dia sudah biasa ke surau sendirian. Kalau adapun dia hanya mengajak Juita,
teman serumahnya itu, senang jika dia dicari Juita.
Menekan butang 10, dari pejabatnya di tingkat 8. Kalaulah
ada staf lelaki yang bersolat boleh dia minta jadi imam, dapat pahala
berjemaah. Nantilah bila sampai di surau dia cuba skodeng.
Dia menjeling jam di tangan. Tentu ramai nanti
memandangkan sudah pukul 2 petang. Masing-masing mesti baru lepas makan. Surau
yang disediakan syarikat agak luas dan selalu juga ada ceramah dan juga kelas
agama.
Siap memakai telekung, Umaira mengintai sedikit di
sebalik tirai. Dia nampak seorang staf lelaki baru hendak membentang sejadah.
Terpesona seketika dia melihat lelaki itu, walau dari belakang tapi dia nampak
sangat segak. Ketika itu juga dua orang lagi memasuki surau dan sudah mengambil
sejadah.
“Awak!” Dia sedikit terjerit bila dilihatnya lelaki itu hampir mengangkat takbir. Dilihatnya lelaki itu menoleh kiri kanan, dan kemudian menoleh sedikit ke belakang.
“Sembahyang
jemaah boleh?” Suaranya dilontarkan walau mukanya tidak ditunjuk. Bukan semua
lelaki sanggup menjadi imam bila diajak solat berjemaah di surau pejabat.
Umaira lihat lelaki itu menoleh ke arah dua lelaki lain yang sudah berdiri di sejadah. “Jemaah?” Lelaki tadi mengangguk dan itu membuatkan Umaira tersenyum. Seronoknya bila nanti dapat suami dan boleh berjemaah bersama. Jika di rumah, dia selalu berjemaah dengan ayah dan adik-beradik lelakinya, maklumlah Umaira ada 6 adik-beradik lelaki, 3 abang dan 3 adik. Dia seorang sahaja perempuan, terselit di tengah.

Beberapa
staf perempuan datang memenuhi saf. Alhamdulillah, dapat mereka pahala
berjemaah tengahari ni. Usai bersolat Umaira terus memakai tudung. Dia perlu
bersegera sebab Tuan Mansur suka buat rondaan melihat staf di bawah seliaannya.
Ada sahaja yang dibebelkan jika ada yang tidak kena di matanya.
Umaira bergegas keluar dari surau. Menyarung kasut dan
terkocoh melangkah.
“Allah! Maaf, maaf…” Aduh, Umaira terlanggar seseorang
lagi. Rasanya kali terakhir dia terlanggar orang, mamat hensem yang sombong tu,
minggu lepas rasanya. Ini langgar orang lagi. Ke manakah perginya Umaira yang
penuh sopan santun.
Pastilah lelaki lagi yang dia terlanggar sebab tangannya memang sudah menarik sedikit kemeja yang dipakai, hanya bertujuan untuk mengimbangi dirinya. Lelaki yang lebih tinggi dari dia yang sememangnya memiliki ketinggian seorang model.

“Jalan mata kat mana?” Agak tegas soalan yang diajukan
pada Umaira. Dia tidak sanggup hendak mengangkat muka dan memandang lelaki yang
dilanggarnya itu. Bau perfume nya
menusuk hidung, wangi dan sangat maskulin. Ah, sempat pula Umaira melamun.
Kedua lengannya dipegang lelaki itu dan badannya ditolak ke belakang. Eh
kasarnya! Marah Umaira dalam hati.
“Maaf ya.” Sekali lagi Umaira memohon maaf, namun mukanya
masih tertunduk. Takut hendak mengangkat muka.
“Clumsy.”
Telinganya sakit mendengar kata lelaki itu. “Eh, saya dah minta maaf okay. Awak
tu, harap muka saja hensem, tapi sombong. Mamat muka ketat.” Dia terus berlalu
pantas ke lif. Moga-moga lelaki itu tidak ikut dia masuk lif, kalau tidak mahu
pitam dibuatnya.
Umaira yakin, dia adalah lelaki yang sama yang dia
terlanggar minggu lepas. Kenapalah mesti terlanggar orang yang sama lagi? Dalam
ramai-ramai pekerja di Mega Holdings ini kenapa mesti dia juga yang Umaira
terlanggar. Bangunan setinggi 12 tingkat ini dengan ada beberapa syarikat lain
di dalamnya, kenapa mesti dia. Aduhai, memang sangat memalukan.
‘Nasib baiklah kau tu sombong. Tak adalah aku nak feeling lovey dovey dengan muka hensem kau tu. Lebih sesuai dipanggil Mamat Muka Ketat.’ Bebelnya di dalam hati. Geramnya!. Ya mulai sekarang lelaki itu adalah Encik Mamat Muka Ketat Yang Sombong Tapi Hensem. Oh, panjangnya.
Tapi rasanya macam dia yang jadi imam tadi, kalau dari suara, dan dari warna kemejanya, macam dia. Umaira jongket kening. Baru tadi dia memuji lunaknya suara, tapi sekarang dia sudah menyampah dan menyumpah berbakul-bakul.

Harap maaf klu ceritanya x best. Cerita lama jumpa dlm komputer lama, cuma olah sikit jer. Tak ada kaitan dgn sesiapa, yg hidup atau yg mati. Happy reading ya..
ReplyDelete