SEDARI tadi dia asyik
tersengeh menayang giginya yang putih bersih. Asyik sungguh dia melihat gambar
di skrin iPhone7+ miliknya, sehinggakan langsung tidak sedar yang gelagatnya
diperhatikan. Beberapa orang pelanggan yang duduk di meja sebelah juga mencuri
pandang ke arahnya.
Gambar gadis manis di skrin iPhone7+ nya itu amat menarik
perhatiannya. Sudah dua kali dia bertembung dengan gadis itu. Ya, dia akui
gadis itu sangat cantik. Pertama kali bertemu, sudah ada getaran di dadanya.
Sudah ada rasa sesuatu yang sukar untuk dia tafsirkan.
Asyik sehingga langsung tidak sedar dua sahabat baiknya
sudah duduk di hadapannya. Beberapa kali namanya dipanggil, namun dia masih
leka memandang skrin iPhone7+ miliknya.
“Khai!” Jeritan namanya bersama ketukan di meja buat dia
tersentak dan duduk tegak. Matanya bulat memandang hadapan.
“Wei, apa jerit-jerit ni?”
“Dah kau sebok dengan skandal kau tu, sampai tak nampak langsung aku dengan Haiqal kat sini.”
“Ye ke? Dah lama ke sampai?” Dia berbasa-basi.
“Hallooo… Air pun dah sampai dah ni haa.” Waiter datang membawa air yang dipesan
sahabatnya. Oh, sungguhlah, dia bukan sahaja tidak sedar bila sahabatnya itu
sampai, malah juga langsung tidak perasan yang mereka sudah membuat pesanan.
“Dia bukan skandallah.”
“Abis, kalau bukan skandal apa? Orang kalau ada dua phone macam kau ni, satu untuk bisnes, satu lagi untuk skandal. Semua orang tahu tu.”
Dia memandang satu lagi iPhone7+ di atas meja. Ermm.. Dia
sendiripun tidak sedar yang dia memiliki dua telefon bimbit. Ya, yang satu itu
dia guna untuk tugas pejabat. Company
mobile phone, yang dia dapat sebaik pulang ke Malaysia. Dan yang berada di
tangannya adalah nombor lama miliknya, yang telah digunanya sejak dua tahun
lepas. Nombor peribadinya. Semasa dia mencuri ambil gambar gadis itu, dia snap
dari telefon bimbit peribadinya itu.
“Aku sayanglah nak buang nombor lama tu. Lagipun malas
nak transfer gambar dalam phone baru tu.” Eceh, cakap saja, walhal
dulu dari iPhone6 elok sahaja dia transfer
ke iPhone7+.
“Icloud kan ada. Jangan nak temberanglah. Kalau malas
pergi saja kedai, suruh orang kedai tolong transferkan.
Kalau tak suruh saja PA kau belikan iFlash
driver. Itupun nak kena ajar.” Eh, geram pula dia melihat Imran di
hadapannya itu. Hendak saja dia luku kepala sahabat baiknya itu, ada saja yang
dia hendak bebelkan.
“Tak berat ke kocek kau, dengan dua phone tu? Siapa awek tu, Khai?” Haiqal bersuara setelah sedari tadi
dia hanya berdiam dan memerhati.
“Awek mana?” Khairil Izhan buat-buat tidak tahu. Wajahnya
di toleh ke kiri kanan.
“Yang kat phone
kau tu laa, cantik aku tengok.” Haiqal tersengeh.
“Kau tengok?”
“Ialah, dah kau tenung tak berkerdip, orang intai pun tak
perasan. Skandal baru eh?” Haiqal terusan mengusik.
“Dia bukan skandallah. She’s someone very special.” Dahinya berkerut sebaik habis berkata.
‘She’s someone very special?’ Dia
cakap begitukah tadi? Maksudnya memang dia sukakan gadis itu? Sampai boleh
cakap macam itu pada Haiqal dan Imran?
“Mana kau jumpa?”
Dia meneguk fresh
orange miliknya. Perlukah dia bercerita semuanya kepada Haiqal dan Imran?
Tapi riak menunggu di wajah kedua sahabatnya itu buat dia serba-salah.
“Staf aku. ID department.”
“Then, dia tahu
yang kau CEO baru?”
“Entah, tak kot, sebab dia tak greet aku macam aku ni CEO. Dia panggil aku mamat muka ketat.” Dia
menjongket bahu. Memandang tepat ke dua sahabatnya menunggu riaksi yang bakal
dia terima dari penjelasannya tadi.
“Hahahaha!!” Tawa berderai dari mulut Haiqal dan Imran.
“Mamat muka ketat!..” Masih terusan ketawa sehinggakan
dia juga turut ketawa.
“But she’s so
beautiful. First time saja aku
dah dapat rasa getar yang semacamlah. Her
eyes, her lips, her face.. Walaupun dia pandang aku semacam, dia cakap aku
mamat muka ketat, harap muka saja hensem tapi sombong, but, I feel something different..” Tangannya memegang dada, cuba
untuk menjelaskan dari perbuatan. Ya, memang dia sudah terpikat dengan stafnya
sendiri, Nurin Umaira namanya. Gadis yang secara tidak sengaja terlanggar dia,
dan memang apa yang gadis itu katakan langsung tidak pernah terfikir di benaknya.
“Habis tu, kau tak naklah cari budak perempuan tu ya?”
Khairil Izhan menarik nafas dalam.
“Kalau dah jumpa bakal soul mate, aku rasa tak perlu kot. Takut nanti aku berbelah bagi pula. She or her?” Khairil Izhan hanya menjongket kening.
“Then, how about Puteri, your future fiancĂ©e?” Soalan Haiqal tergantung tidak berjawab.
“Kalau dah jumpa bakal soul mate, aku rasa tak perlu kot. Takut nanti aku berbelah bagi pula. She or her?” Khairil Izhan hanya menjongket kening.
“Then, how about Puteri, your future fiancĂ©e?” Soalan Haiqal tergantung tidak berjawab.
No comments:
Post a Comment