SETIAP kali cuti sekolah,
Nurin Umaira suka tinggal dengan atok di kampung. Dahulu arwah atok bekerja
sebagai pengawal keselamatan di rumah besar itu. Sangat besar. Arwah atok kata
namanya rumah agam. Besar dan luas halamannya. Tentu keluarga yang memiliki
rumah itu sangat kaya. Dia suka hendak menghantar bekal kepada arwah atoknya
hanya kerana dia ingin mengintai budak lelaki muka ketat itu. Arwah Atok kata
lagi, rumah itu sudah dibina hampir 50 tahun lalu. Rumah pusaka keluarga kaya
dari Sabah.
Kenapa ya Nurin Umaira selalu ingin nak tahu tentang
rumah agam itu dan penghuninya? Tujuannya hanya satu, hanya untuk melihat
dengan lebih dekat budak lelaki muka ketat itu. Budak lelaki yang mungkin tua
dua atau tiga tahun darinya. Berwajah ketat namun sangat segak. Cukup bergaya
seiring dengan status anak orang kaya.
Mereka sempat berpandangan sekali dua, namun tidak pernah
bertegur sapa. Mata itu, wajah itu, sentiasa bermain diingatannya. Dia sangat
ingin mengenali siapa dia, namanya, atau untuk seumur hidupnya melihatnya
sekali lagi. ‘Agaknya bagaimanakah rupanya sekarang? Mungkin sudah semakin
tampan.’ Beberapa kali dia hendak bertanya dengan arwah atoknya dahulu, siapa
budak lelaki itu, namun dia jadi malu sendiri.
Ah… Nurin Umaira memang suka berangan. Pemuda misteri itu
selalu menjadi angannya. Tapi sampai bila dia harus hidup dalam angannya. Dia
harus bangkit dan memberi peluang pada dirinya untuk mengenali lelaki lain,
bukan menunggu pemuda yang dia sendiri tidak kenal siapa.
“Mai!” Dia berpaling, kuat sungguh jeritan itu di
telinganya. Kepala digeleng beberapa kali, cuba menghilangkan rasa bingit tadi.
“Ishk, kau ni memang suka melamunkan? Dah besar macam
nipun masih nak berangan macam budak kecil.”
“Bila pula aku berangan?” Dia pamer wajah tak bersalah.
“Ni apa?” Dia beralih ke arah yang ditunjuk. Oh, Nurin
Umaira. Dia lukis kartun lidi lelaki dan perempuan sedang berpegangan tangan.
“Aku rasa, kau ni dah patut kahwinlah Mai. Kuat sangat
angan kau ni.” Mereka sama-sama tertawa.
“Eh Mai, kau dah jumpa CEO baru kita?”
“Belum.”
“Cold like ice.
Itu yang aku dengar dari staf lain.”
“Betul
ke Jue? Hensem tak?”
“Itu aku tak tahu sebab akupun belum pernah tengok dia
lagi.” Juita melangkah ke tempat duduknya. Waktu rehat sudah hampir berlalu,
mereka harus meneruskan kerja yang telah diamanahkan untuk mereka. Bekerja di
syarikat gergasi yang menguruskan banyak projek di seluruh negara, mereka perlu
fokus yang tinggi.
Mereka menamatkan
perbualan hingalah ke waktu balik. Masing-masing bergegas untuk pulang. Juita
menggamit Nurin Umaira untuk pulang bersama. Solat dulu. Itu isyarat mulut
Nurin Umaira pada Juita. Dia tidak mahu terlepas solat Asar hanya kerana
terlewat sampai ke rumah.
Juita mengangguk. “Akukan ABC.” Bisiknya perlahan. “Aku
tunggu kat bawah tau.” Nurin Umaira hanya tersenyum. Dia kemudian mengambil beg
tangannya dan melangkah laju menuju ke surau.
Dalam tergesa-gesa dia terlanggar seseorang.
Seseorang yang lebih tinggi dari dia, sebab elok sahaja
dia terdakap di dadanya.
“Maaf, minta maaf, tak sengaja.” Cepat dia berundur
setapak ke belakang. Risau pula kalau ada yang salah sangka nanti. Matanya
terpandang kesan lipstick pink yang dipakainya di kemaja kuning bata orang yang
dilanggarnya. Cuba memandang dengan jelas siapa di hadapan. Seseorang yang dia
tidak pernah nampak sebelum ini. Tidak tahu dari tingkat berapa. Maklumlah
bangunan ini ada 12 tingkat, ramai pekerjanya.
“Maaf ya.” Dia melempar senyum hanya berniat baik, walau
di dalam hatinya berbisik mengatakan mahkluk Allah di hadapannya saat ini
sangat sempurna. Bukan sahaja tinggi, berkulit cerah namun mempunyai raut wajah
yang sangat menarik.
Senyumannya tidak berbalas. Hanya dengusan kecil yang dia
dengar. ‘Sombong. Harap muka sahaja hensem.’ Bisiknya perlahan dan terus
memasuki surau perempuan.
“Excuse me?” Namun apa yang ditutur lelaki itu tidak dapat didengari Nurin Umaira kerana dia
sudahpun menghilang di sebalik pintu.
Usai bersolat dan memakai semula tudungnya, Nurin Umaira
melangkah pantas menuju ke lif. Dia harus cepat sebelum ditinggalkan Juita.
Kawannya itu bukan suka menunggu lama, nanti ada sahaja yang dibebelkan.
Di lobi dia terpandang seseorang yang dia rasa sedang memerhatikannya. Ah, pedulikanlah si mamat hensem dan sombong tu. Kalau nak kata Nurin Umaira tidak cantik, dia mempunyai raut wajah kemelayuan yang anggun. Sifat peramah dan kemanisan senyumannya, membuatkan dia amat disenangi oleh rakan-rakan. Tanpa memperdulikan pandangan itu dia terus mendapatkan Juita.
Di lobi dia terpandang seseorang yang dia rasa sedang memerhatikannya. Ah, pedulikanlah si mamat hensem dan sombong tu. Kalau nak kata Nurin Umaira tidak cantik, dia mempunyai raut wajah kemelayuan yang anggun. Sifat peramah dan kemanisan senyumannya, membuatkan dia amat disenangi oleh rakan-rakan. Tanpa memperdulikan pandangan itu dia terus mendapatkan Juita.
Harap maaf klu ceritanya x best. Cerita lama jumpa dlm komputer lama, cuma olah sikit jer. Tak ada kaitan dgn sesiapa, yg hidup atau yg mati. Happy reading ya..
ReplyDelete