DIA
menyelok kocek. Notification WhatsApp
dipandang. Segera dia melihat pesanan dari Helmi. Sangat pendek pesanannya.
·
Service R8 – today
Service R8? Jadi dia kena tukar kereta? Balik
rumah dululah kalau macam ni. Boleh juga tukar baju. Mandi dulu ke. Habis,
Angah? Ah, buat tak tahu sajalah. Dia menaip sesuatu membalas WhatsApp Helmi.
·
R8 park @ home.
Pandai-pandailah Helmi nak ambil kereta
kat rumah dia nanti. Nasib ada S8 boleh dia tukar pakai kereta. Malas nak bawa
S8 sebab kereta itu besar, Khai lebih suka yang sporty.
Suasana sangat janggal di dalam kereta
bila masing-masing berdiam diri. Hanya celoteh deejay radio yang kedengaran.
Apa yang hendak dibualkan dengan lelaki di sebelahnya itu, wajahnya sangat
menakutkan.
“Eh, kita nak ke mana ni?”
“Balik rumah aku kejap. Nak tukar baju.”
Jawab Khairil selamba. Kalau kau nak mengaruk dalam kereta aku ni, aku turunkan
kau dekat depan tu. Jangan nak tunjuk lagak pula.
“Errmm.. Baguslah, bawa-bawalah mandi.”
Aik. Khairil ingat dia nak marah, rupanya dia setuju ikut Khairil balik. Walau
bibirnya sedikit sakit, dia tersenyum senget.
“Panggil aku Farid saja. Kita sebaya,
selagi kau belum jadi adik ipar aku jangan pandai-pandai nak panggil aku
Angah.”
“My
pleasure.”
“Sorry
aku tumbuk kau tadi. Kalau ikut hati marah aku tadi, nak aku bunuh jer kau,
kang kalau tiba-tiba adik aku pregnant,
siapa pula yang nak bertanggungjawab.”
“Pregnant?”
Khairil kerut dahi, keningnya hampir bercantum jadinya. Umaira pregnant? Anak siapa pula? Umaira ada
lelaki lain?
“Ialah, dah kau bawa dia sampai ke
hotel, bawa balik rumah kau lagi, boleh honeymoon
kat Bukit Tinggi pulak tu, kau ada sentuh dia tak? Buat benda tak senonoh dengan
dia?” Kali ini tonasi suara Angah agak keras. Wah berat tuduhan tu. Honeymoon? Tak baik kau tuduh lelaki
baik macam Khairil. Baik sangat ke kau tu Khairil?
“Ishk, mana ada. Nak pegang tangan pun
dia tak bagi, lagikan nak pegang tempat lain.”
Nak pegang Umaira? Memang itu yang
Khairil harapkan setiap kali bersama Umaira. Dapat berpegangan tanganpun dah
rasa cukup indah. Tapi Umaira bukan jenis yang macam itu, kalau tersentuhpun
pasti berlapik. Sekali itu sajalah dia mencubit Khairil di lengan. Memanglah
Khairil sangat ingin menyentuh kulit mulus Umaira, dia juga ingin tahu losyen
apakah yang Umaira pakai hinggakan kulitnya bagaikan ada sinar yang memukau.
“Kau serius ke dengan Umaira? Family kau setuju ke? Bukan satu
Malaysia dah tahu kau akan bertunang dengan model terkenal tu?”
Kali ini Khairil terdiam. Berita yang
dia akan bertunang dengan Puteri memang sudah tersebar. Lagilah baru-baru ini
khabarnya Puteri sudah membuat kenyataan akhbar yang dia akan bertunang dengan
CEO baru Mega Holdings. Ini semua rancangan mommy.
“Aku cuma nak Umaira, kau tolong aku
jadi wali.” Khairil cuba nasib jer. Mana tahu abang Ngah Umaira nak setuju
dengan dia.
“Gila agaknya kau ni.”
“Ialah, memang gila. Gilakan adik kau
yang cantik tu.”
Kereta dipandu masuk setelah melalui
pondok pengawal. Memasuki kawasan perumahan elit yang besar dan cantik
senibinanya. Khairil menjeling Farid di sebelah. Dia nampak wajah teruja lelaki
itu.
“Kau tinggal dengan family ke kat sini?” Soalan Farid sebaik kereta di parkir di
halaman sebuah banglo.
“Taklah. Ni rumah aku dengan Umaira. Family tinggal tempat lain.”
Kagum. Itulah gambaran pada wajah Farid
sekarang ini. Lebih lagi bila mereka memasuki rumah. Khairil beli banglo ini
dari sahabat adiknya Khairina. Sahabat adiknya itu telah berhijrah ke
Australia. Dia menjual banglo itu siap perabut tak perlulah Khairil hendak
bersusah payah membeli perabut baru. Paling menarik hiasan dalaman rumah ini
adalah dari hasil kerja Umaira.
Dia melihat keterujaan Umaira sewaktu
melangkah ke dalam banglo dua setengah tingkat itu. Katanya dia macam pernah ke
sini. Rekaannya macam dia pernah kenal. Allah itu Maha Mengetahui, Khairil beli
banglo ini dahulu sewaktu dia belum mengenali siapa Nurin Umaira, juga ketika
itu dia belum lagi menjadi CEO Mega Holdings.
“Buat macam rumah sendiri ya. Aku nak
mandi sekejap.” Khairil terus ke tingkat atas. Pantas menanggalkan seluar slack yang telah dua hari dipakai.
Mencapai tuala dan terus ke bilik mandi. Dia perlu menyegarkan badan walaupun
perutnya sudah berkeroncong semacam.
Kalau nanti dia suruh Farid yang
memandu, hendakkah dia ya? Khairil pening kepalalah. Mungkin angin gastrik
sudah memasuki kepala.
Dia bersiap ala kadar. T-Shirt Polo
disarung ke tubuh. Denim blue black sudah dipakai. Biarlah santai sahaja
pakaiannya. Lagipun hanya hendak makan tengahari di rumah abang Long Umaira,
bukan ada appointment meeting dengan client.
Dia menghantar pesanan WhatsApp kepada
Helmi, menyatakan yang dia tidak masuk ofis hari ini. Pandai-pandai Helmilah
hendak memberitahu yang lain dan membatalkan semua appointmentnya. Sekarang ini perkara yang paling utama adalah
menawan hati keluarga Umaira.
“Kau drive,
aku belum mahir sangat jalan kat KL ni.” Kunci kereta dibaling ke arah Farid.
Dia lihat lelaki itu tak merungut. Mungkin teringin juga hendak memandu kereta sport. “Kita naik S8 ya. R8 nak kena
hantar bengkel. Kereta kat garaj. Jom.”
“Kau memang minat Audi ke? Berapa banyak
kereta Audi kau?”
“Dua ni jer. Mula-mula dulu ingat nak
beli Jaguar ke, Lamborghini ke.. Ah, malaslah.” Jawab Khairil sedikit berlagak.
Dia lebih dari mampu membelinya, namun dia agak selesa memakai Audi.
“Kereta Malaysia pun ok apa. Tak payah
nak eksen sangatlah.” Farid berkata
sinis.
Khairil hanya tertawa. Tiada niat untuk
perlekehkan kereta buatan manapun, yang sebenarnya kereta Audi yang dipakainya
itu diberi oleh company, bukan kereta
yang dibelinya sendiri.
Khairil hanya berdiam diri sepanjang
perjalanan. Dia lihat Farid juga tenang dengan pemanduannya. Kalau dia terlelap
sekejap agaknya, Farid mengamuk tak? Perut lapar, mata mengantuk. Hatinya pula
rindu sangat pada Umaira. Dia membelek Iphone di tangan. Menghantar pesanan
rindu buat Umaira di WhatsApp. Tadi sewaktu di dalam bilik mandi sempat dia berselfie, wajahnya yang lebam buat tatapan
Umaira. Gambar itu dihantar ke WhatsApp Umaira dengan pesanan ‘hadiah
perkenalan dari angah’.
Khairil Izhan tidak pernah terfikir
kisah dia dengan Umaira akan jadi heboh di pejabat. Kasihan gadis itu dituduh
sebagai skandal Mr. CEO. Ya, kalau dia skandal sekalipun, aku akan kahwini dia
walau dengan apa cara sekalipun. Tak dapat cara baik, ada cara kasar yang boleh
dilakukan. Hati hitamnya berjanji.
Dia memuat naik gambar selfie nya tadi ke Instagram miliknya
dengan caption: Inilah akibatnya
kalau berani bawa lari anak gadis orang. I
love my scandal.
No comments:
Post a Comment