DIA
dijamu dengan menu masakan kampung yang dia tidak pernah jumpa di London.
Mulanya dia agak kekok hendak menjamahnya, namun bila sudah memasuki tekak,
selera melayunya datang menerpa. Walau terpaksa makan dengan perlahan, namun
dia mengisi kekosongon perut secukupnya. Dia bukannya anak kelahiran London,
dia anak Malaysia, anak Johor tentulah ada salur galur Jawa di dalam tubuhnya
walaupun neneknya orang Sabah.
Selesai makan, mereka duduk santai
di ruang tamu. Dapatlah Khairil melegakan kepalanya. Bila perut sudah diisi,
otak pula elok sahaja bekerja. Mulalah rasa mengantuk, tambah pula lagi sakit
di bibir masih terasa. Sementelah mereka makan agak awal sebabkan Khairil yang
sudah kelaparan.
Elok dia baru hendak melelapkan
mata, bahunya dicuit.
“Solat Zuhor dulu.” Matanya
terkebil-kebil memandang Haris, abang long Umaira. Sebaik matanya terpandang
Farid, Khairil bingkas bangun. Ah, apasal pula nak takut dengan abang ngah
Umaira tu.
“Jadi imam ya, Khai.” Dia
mengangguk. Bukan nak berlagak, tapi inilah masanya untuk dia tunjukkan yang
dia boleh. Bukan juga hebat, tapi Inshaa Allah, dia lancar mengaji.
Well,
maybe ujian pertama dia dah lepas.
Dia boleh jadi imam kepada Umaira, bacaan dalam solatnya di puji Haris. Namun
ada ujian yang lebih berat menanti Khairil, dan yang ini memang buat dia
migraine terus.
“Ah, seminggu?” Bulat matanya memandang
ayah Nurin Umaira. Biar benar? Dia hendak Khairil tinggal di Kulai seminggu? Khairil
sehelai sepinggang kot. Kalau adapun cuma kasut sport dan sepersalinan pakaian sukan di dalam kereta. Yang itu
memang selalu ada di dalam kereta Khairil.
“Ya seminggu. Kalau serius nak kan
Umaira, ikut pak cik balik Kulai, seminggu.”
“Tapi Khai kerja..” Dia mula
serba-salah, ujian berbentuk apakah pula ini? Macam-mana dengan kerjanya? Tak
akanlah nak ambil cuti seminggu?
“Kalau macam itu, pak cik rasa Khai
kenalah lupakan Umaira. Memang Khai lelaki pertama yang Umaira ceritakan pada
kami, tapi Umaira bukan tak laku, dah 6 pinangan kami tolak sebab dia kata dia
tak nak kahwin lagi. Itu belum lagi lelaki yang berani mati datang sendiri ke
rumah hanya untuk berkenalan dengan dia..”
Enam pinangan? Khairil bercinta
dengan Ratu Cantik ke? Aduhai Nurin Umaira.
“Kamu serius ke sukakan Umaira?”
“Serius.” Jawabnya laju. Mukanya dah
herot berot dah. Lebam di bibir dan pipi masih kelihatan walaupun sudah disapu
ubat dan ditekap ais. Mungkin sebab rawatan agak lambat diambil itu yang
meninggalkan bekas lebam di wajahnya.
“So kalau serius, ikut sajalah.”
Senangnya abang Ngah Farid bercakap. Meletakkan keputusan tanpa fikir sebarang
kemungkinan. Mahu tak mahu Khairil terpaksa setuju. Dia memang sangat inginkan
Umaira menjadi suri hatinya. Menjadi ibu kepada zuriatnya. Menjadi makmum dalam
solatnya.
“Tapi baju semua tak bawak.”
“Kat rumah tu semua lelaki, soal
baju kain pelikat tak payah risau.”
“Yang kecik-kecikpun tak ada ni, uncle.
Tak akan itupun nak share?”
“Tak payah pakai. Masuk angin sikit.”
Eh? Ada tawa halus yang kedengaran. Biarkan benar ini? Wajah Khairil berkerut
seribu. Pelik dia dengan tutur Along, seorang guru agama. Ah, mungkin dia hanya
bergurau.
“Kita belilah nanti.”
“Singgah rumah Khai dulu ambil baju,
boleh?” Dia cuba memujuk.
“OK. Dengan syarat hari ni tidur
sini. Esok pagi-pagi pergi rumah Khai lepas tu balik Kulai.”
Mengingatkan tentang 6 pinangan yang
ditolak, Khairil Izhan jadi berpeluh walau penghawa dingin sudah ke takat beku.
“Kalau Khai masuk meminang, uncle
terima?”
“Kami pernah nak terima pinangan
yang ke enam dulu. Seorang ustaz sahabat Haris. Lulusan Al-Azhar Mesir. Tapi
persoalannya Umaira yang tak nak. Dia kata hati dia untuk sahabat lama dia,
entah siapa budak lelaki tu, pak cikpun tak tahu. Budak lelaki muka ketat,
macam itulah yang pak cik ingat. Bila semua dah reda, kamu bincang dengan dia
elok-elok. Kalau dia setuju terima pinangan kamu, kami sekeluarga tak ada
masalah.”
Budak lelaki muka ketat? Khairil
Izhan sudah senyum meleret. Rasanya dia kenal siapa budak lelaki yang
dimaksudkan.
Khairil Izhan akan buat apa sahaja
demi untuk mendapatkan Nurin Umaira. Dia hanya tersengeh setiap kali
mengingatkan yang Nurin Umaira menyukai budak lelaki muka ketat seperti yang
dikatakan ayahnya. Errmm… Adakah selama ini Nurin Umaira cuba mencari budak
lelaki itu atau dia hanya menyukainya dalam diam. Atau sengaja mengadakan
cerita buat menolak semua lamaran?
Persoalan itu hanya Nurin Umaira yang boleh
menjawabnya.
Dan malam itu dia bermalam di rumah
Haris. Yang paling seronok, sebaik habis solat Maghrib, ada tazkirah yang Haris
sampaikan. Membuatkan Khairil teringatkan ketika dia mendalami ilmu agama di
Mesir. Haris seorang abang yang baik, nasihat yang dia berikan pada Khairil
akan Khairil pegang.
Daripada
Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As r.a., bahawa sesungguhnya Rasullullah SAW
bersabda: ‘Sesungguhnya di antara dosa-dosa besar ialah seseorang itu melaknat
(mencaci maki) kedua-dua orang tuanya (ibu bapanya),”
Khairil tarik nafas panjang. Dia sudah meninggikan
suaranya pada mommy nya sendiri.
No comments:
Post a Comment