MAMPUKAH
kita sebagai hamba-Nya hendak melawan takdir Allah?
Berat kaki Nurin Umaira hendak
melangkah ke tempat kerja. Matanya bengkak dek semalaman menangis. Sebaik
memasuki pejabat, mata-mata mula memandangnya. Biasanya Nurin Umaira ceria dan
menyapa rakan sepejabat, namun pagi itu dia sugul dan sangat tertekan.
Dia dipanggil Tuan Mansor ke
pejabatnya. Dia tahu pasti Tuan Mansor akan memarahinya. Pasti Tuan Mansor
sudah mengetahui hal ini. Ah, mana lagi hendak disorokkan mukanya. Walau berkalipun
dia menyatakan dia tidak berbuat apa-apa dengan Encik CEO di bilik hotel itu,
ataupun di banglonya, atau di Bukit Tinggi, adakah yang mahu mempercayainya.
Pasti mereka menuding jari menyalahkan dia dan menuduhnya yang bukan-bukan.
“Whats
happened, Umaira?” Soalan pertama Tuan Mansor.
“Nothing.”
Jawabnya sepatah,
“Ini dah kecoh satu pejabat, you ada
skandal dengan CEO baru kita tu, Encik Khairil Izhan. You perempuan simpanan
dia ke?”
Astaghfirullah-halazim. Sampai macam
itu sekali Tuan Mansor fikirkan.
“I’m
sorry Umaira. Walau macam-mana I sayang you sekalipun, Puan Sri Maria dah
paksa HR transfer kan you ke Sibu,
you pergi ke pejabat Tan Sri Sufrie, katanya dia nak jumpa you pagi ni.”
Dia hanya mengangguk.
Keluar dari bilik Tuan Mansor, tanpa
menoleh kiri kanan, dia terus menju ke lif untuk ke pejabat Tan Sri Sufrie.
Harap-harap janganlah dia terserempak dengan Encik CEO. Boleh luruh hatinya
jika terlihat lelaki itu.
Namun sebaik pintu lif terbuka,
Izzuwan yang keluar. Nurim Umaira buat-buat tak nampak sahaja Izzuwan. Sebaik
Umaira memasuki lif, tanpa diduga, Izzuwan mengekorinya.
“Berapa semalam dia bayar awak,
Umaira?”
“Hah?” Dahinya berlapis cuba
memahami maksud kata-kata Izzuwan.
“Saya sanggup habiskan semua duit
simpanan saya kalau boleh dapat ke bilik hotel dengan awak, semalam dua. Awak
tahukan yang saya sangat sukakan awak, Umaira. Saya tak kisah berhabis kalau
perlu untuk dapatkan layanan awak.”
Allahuakbar. Bagai nak terjatuh
Nurin Umaira ketika mendengar kata-kata Izzuwan. Jadi mereka semua ingat Nurin
Umaira dibayar untuk bersama Encik CEO? Rendahnya maruah dia dimata
kawan-kawan. Tidak memperdulikan Izzuwan yang turut berdiri di hadapan PA Tan
Sri Sufrie, Nurin Umaira tersekat-sekat bersuara, menahan rasa sebak di dada.
Dia dibenarkan masuk oleh PA Tan Sri
Sufrie. Daun pintu diketuk sekali dua, dan dia terus melangkah masuk. Buat
pertama kalinya dia berdepan empat mata dengan Tan Sri Sufrie. Dia pernah juga
berbual dengan pemilik Mega Holdings itu, tapi hanya sekali dua dan itupun ada
rakan yang lain.
“Duduk Umaira.” Punggungnya
dilabuhkan ke sofa hitam berkilat yang ada di bilik itu, mewahnya pejabat Tan
Sri Sufrie. Perabut dan segala kelengkapan bersinar bagai tidak pernah
disentuh.
“You mesti dah tahu yang you dah
ditukarkan ke Sibu, berkuat-kuasa serta-merta. Tiket flight semua dah siap ditempah. Pagi esok, penerbangan pertama.”
Cepatnya? Namun dia hanya mengangguk
tanpa berani mengangkat muka.
“You nak tahu tak, masa I interview you kerja dulu, I terfikir nak
jadikan you PA I. I suka dengan penampilan you, gaya you, kemanisan dan keayuan
melayu yang ada pada you, that’s time,
memang I terus teringatkan my son,
Khai. I terbayang alangkah indahnya kalau Khai beristerikan wanita seperti you.
Bukan perempuan kat London tu, atau pilihan hati mommy dia, semua yang tak
cukup kain. Duk tayang betis, peha kat semua orang.
Ermm.. tak sangka pula yang angan I
masa tu hampir jadi kenyataan sekarang. Satu-satunya anak bujang I tergilakan
you. I tahu dia yang sukakan you, sebab dari awal dia dah cari you siapa, dari
awal dia masuk kerja dia dah tunjukkan pada I dia nak kenal dengan you. So, as a father, I tak akan bantah
pilihan dia sebab I tahu, dia dah pilih permata yang sangat bernilai. I pernah
kata pada dia, kalau dia sengaja nak permainkan you, I yang akan ambil you jadi
my second wife.”
Jadi isteri kedua Tan Sri Sufrie?
Bermadu dengan Puan Sri Maria? Tidaklah. Mati hidup semula pun dia tidak mahu.
Tiba-tiba pintu dibuka. Seorang lelaki masuk tergesa-gesa.
“Dad, kenapa transferkan Umaira ke Sibu?”
“Biarlah, Umaira pergi dulu, bila
keadaan dah reda, daddy akan cari jalan transfer
kan Umaira balik KL semula. Sekarang ni your
mom tengah mengamuk tu.”
“Kalau macam ni, Khai nak letak
jawatan. Khai akan pergi kampung Umaira, minta izin family dia, Khai nak kahwin dengan Umaira, then Khai akan bawa dia ke
London. Kenapa nak pisahkan Khai dari dia?” Menyinga sahaja muka Encik CEO
sekarang ini. Sekejap dia berpeluk tubuh, sekejap dia bercekak pinggang.
Terlalu mengambil berat dia soal seorang Nurin Umaira yang serba tiada ini.
“You
marry her, daddy restu. Tapi kita buat ikut adat. Buat masa ni, kita
biarkan keadaan slow down dulu. Ni
tengah kecoh, kesian Umaira ni kena tuduh jadi skandal CEO.”
“Tapi kenapa Sibu? Cawangan lain
banyakkan yang dekat-dekat, yang Khai boleh tengok dia selalu. Khai bawa lari
kahwin kat Thailand lah macam ni.”
“Umaira tengok, anak uncle ni memang dah tak sabar nak kahwin
dengan Umaira. Air dah penuh kat kepala tu, asyik fikir nak kahwin saja.
Macamlah dia nak kahwin dengan anak kucing.”
Anak kucing? You sanggup tak jadi kucing
parsi I? Ah, dia teringatkan kenangan indah itu.
Sebaik keluar dari bilik Tan Sri Sufrie,
dia terus dikejar Encik CEO sampailah dia ke meja kerjanya. Sedaya upaya dia
cuba cekalkan hati untuk tidak menangis di hadapan kawan-kawan, walau jauh di
sudut hatinya dia sangat terusik dengan sikap prihatin lelaki berpangkat CEO
itu. Yang sanggup membuang ego dan statusnya hanya untuk mengejar seorang
perempuan seperti dia.
Tanpa memandang sedikitpun ke arah
Encik CEO yang sudah berdiri di meja kerjanya, dia hanya mengemas beberapa
barang peribadi.
“Umaira…”
Dia buat tidak tahu saja panggilan
itu. “Nurin Umaira…”
“Sudahlah Encik Khai. Jangan kacau
Umaira lagi..” Juita yang tidak tahan melihat drama cinta di hadapannya cuba memujuk
Encik CEO agar menjauhi Nurin Umaira.
“Umaira, say something.. Okay, I akan announce
pada semua orang, you bukan my scandal.
You’re my bride to be. Daddy I pun
dah setuju kita kahwinkan, so tak
payah transfer ke Sibu, berhenti saja
kerja, I boleh tanggung makan minum you.” Suaranya tegas, setegas hatinya yang
sedang memberontak, marah dan geram dengan tindakan daddy dan mommy.
Izzuwan datang menyebok. Seolah
mencurah minyak ke api yang sedang marak.
“Listen
here. I’ll not marry another girl, or
siapa-siapalah, Puteri ke, except you,
Umaira. Sejauh manapun you pergi, you will
be mine. Step away Izzuwan. Atau you nak hilang kerja?”
Mata Umaira yang sudah berkaca, dan
penuh digenangi air jernih, membuatkan dia tidak mampu memandang ke hadapan.
Kabur pandangannya, dan dia terus mencapai beg tangan dan melangkah laju menuju
ke lif. Dia tidak sanggup lagi hendak berhadapan dengan Encik CEO yang terlalu
baik dan sangat menyayanginya itu.
Dia pasrah jika beginilah ketentuan
Allah baginya. Jika dia hanya mampu mengecap bahagia walau sehari bersama
lelaki yang mengaku mencintainya itu, dia sudah bersyukur. Malah dia berterima
kasih kerana diberi peluang untuk menikmati rasa indah dalam hatinya.
“Umaira!” Dia hanya buat pekak
telinga jeritan lelaki di belakangnya. Meninggalkan pejabat itu sekarang adalah
perkara paling penting yang harus dia lakukan. Tidak sanggup untuk dia
berlama-lama di situ. Lebih-lebih lagi hendak memandang mereka yang ada di
sekeliling.
Handphone nya juga entah sudah berapa kali
berdering minta diangkat. Dia tidak mahu melihat siapa yang menelefon. Biarlah.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya.
No comments:
Post a Comment