“DADDY…
do something!” Khairil Izhan sudah
tidak senang duduk. Dia sangat cintakan Nurin Umaira, dia tahu dia sangat
sayangkan gadis itu, dan sekarang ini dia akan berkeras untuk mendapatkan gadis
itu walau dengan apa cara sekalipun.
“Khai nak daddy buat macam-mana?
Khai tahu tak, yang Khai ni keras kepala sama macam mommy?” Tan Sri Sufrie
pening kepala dibuat dek anak bujangnya itu. Lebih pening lagi dengan karenah
isterinya, yang pandai-pandai menyuruh HR tukarkan Nurin Umaira ke Sibu,
padahal projek di Sibu belum ada apa-apa lagi.
“Daddy, I love her. Kalau Khai tahu macam ni, baik semalam Khai bawa dia lari
saja. Terang-terang dia ada dengan Khai sepanjang malam, sepanjang hari.”
“Kamu buat apa dengan dia?”
“Buat apa, tengok sajalah. Kalau
tahu baik buat macam-macam.”
“Khai, daddy memang tak jaga Khai
sampai Khai besar, memang Khai membesar dengan aunty Mariam, tapi daddy dah
pastikan your aunt, hantar Khai
mengaji, belajar agama walaupun Khai tinggal di London. Daddy tak sangka yang
Khai boleh fikir sejauh tu. Bawa anak dara orang masuk bilik hotel, bawa balik banglo.
Tahu tak berduaan lelaki perempuan bukan mahram tu boleh mendatangkan maksiat?”
Khairil Izhan yang sangat tertekan
langsung tidak memperdulikan kata-kata daddy nya. Beberapa kali dia meraup
wajahnya. Hatinya sebal dengan tindakan mommy nya yang berkeras mahu dia
mengahwini Puteri. Sedangkan hati dan perasaannya sekarang ini hanya inginkan
Nurin Umaira.
“Khai nak daddy pinang Umaira. Kalau
tak Khai akan letak jawatan dan balik London. Itu keputusan Khai. I don’t want your harta, kekayaan ni
semua, your legacy, I don’t care if I’m
not CEO or what so ever anymore, I just want Nurin Umaira. Fullstop!”
“Ya, daddy akan pinangkan dia, I will. Just let all things slow down first,
then we think the best way to settle it. Please Khai, kalau daddy tak
turunkan semua harta dan perniagaan daddy pada Khai, then to whom? Khairina? You
are the only one my son, so all this legacy should be yours.”
“Ada apa pada legacy kalau hati tak suka.” Khairil Izhan dengan keras kepalanya
terus berlalu meninggalkan pejabat Tan Sri Sufrie. Apa yang dia tidak tahu, Tan
Sri Sufrie telah memikirkan sesuatu yang lebih baik dari itu. Lantas terus
menghubungi Head of Human Recourses. “Daddy pun nak dia jadi menantu daddy,
Khai. Daddy tahu Nurin Umaira seorang gadis yang baik.” Pertama kali melihat
gadis itu, dia sudah berangan bermenantukan Nurin Umaira, dan sesungguhnya
percaturan Allah itu maha hebat, apa yang dia angankan dulu kini hampir menjadi
kenyataan.
Entah sudah berapa kali Khairil
Izhan cuba menghubungi Nurin Umaira. Namun nombor yang didail masih tidak dapat
dihubungi. Asyiklah operator sahaja yang menjawabnya. Saat dia sudah berputus
asa dan hampir membaling iPhone nya ke lantai, pintu biliknya diketuk. PA nya
masuk sambil membawa secawan air.
“Cik Nurin Umaira pesan, suruh
buatkan Encik Khai kopi pekat.”
Wajah PA nya itu dipandang. Lama.
Jadi canggung dan serba-salah pula PA nya itu. Dia yang minta Helmi menjadi PA
nya, kerana dia tidak mahu PA perempuan. Tidak mahu PA nya menggoda dia. Dan
juga dia tidak pernah menyuruh Helmi membuatkan dia air, dia boleh buat
sendiri.
“She
calls you, Helmi?”
“Ya. Dia call dalam 15 minit lepas, tapi tak sure dia kat mana, sebab bunyinya bising.”
“Dia cakap apa lagi?”
“Dia pesan, suruh beritahu Encik
Khai, jangan ganggu dia, buat masa ni dia cuma nak tenangkan fikiran. Kalau ada
jodoh antara Encik Khai dan dia, pasti suatu hari nanti akan bertemu juga.”
“Itu saja?” Helmi hanya mengangguk.
“Encik Khai.."
Khairil Izhan akhirnya duduk di kerusi
empuknya. Bersandar dan memejamkan mata.
“Ermm..”
Helmi bukan hendak masuk campur, namun
dia rasa terpanggil hendak memberi sedikit nasihat kepada CEO barunya itu.
“Minta maaf saya bukan nak campur
urusan Encik Khai. Tapi kita ada meeting
penting petang ni, dokumen semua saya dah siapkan, minta Encik Khai semak
dulu.” Helmi menarik nafas panjang sebelum menyambung kata.
“Encik Khai tak boleh campur adukkan
kerja dan peribadi. Encik Khai kena buktikan pada semua orang yang Encik Khai
bukan CEO yang suka main-main. Nanti apa kata board of director. Soal Nurin Umaira tu, saya yakin diapun nak
Encik Khai berjaya kendalikan syarikat ni. Bagi dia masa bertenang, lagipun
teruk dia kena umpat, gambar Encik Khai dengan dia dah merata orang forward. Dia perempuan Encik Khai, kita
sebagai lelaki kena jaga maruah perempuan yang kita sayang. Semua orang tahu
dia gadis yang baik, peramah dan selalu tersenyum. Dan kerana hubungan dia
dengan Encik Khai, dia terus dilabel perempuan tak baik. Bukan Encik Khai
sahaja yang sukakan dia, saya percaya ada ramai lagi pekerja lelaki di bangunan
ini yang syok kat dia.”
Sekali lagi Helmi jadi canggung bila
wajahnya dipandang Khairil Izhan tanpa kerdip. Ada benarnya kata-kata Helmi.
Khairil Izhan hanya pentingkan diri dia sahaja. Dia tak jaga perasaan Nurin
Umaira. Dia tak jaga maruah gadis itu, semuanya dia buat kerana dia terlalu
sayangkan Nurin Umaira. Sedangkan gadis itu baru hendak mengenalinya.
“Fail mana yang nak disemak?”
Ada senyum di bibir Helmi sambil
jarinya menuding ke arah fail yang sudah disusun di atas meja. “Pukul 3:00
Encik Khai, saya akan ingatkan Encik Khai lagi. Jangan risau, saya akan tolong
Encik Khai hubungi Nurin Umaira. Sekarang ni, Encik Khai cuma fokus pada
kerja.”
Khairil Izhan hanya mampu
mengangguk. Dia tahu niat Helmi itu baik, hanya mahu melihat dia pandai
membahagikan masa antara kerja dan peribadi. Dia sedar tindakannya langsung
tidak membantu Nurin Umaira, tindakannya lebih kepada mencemarkan lagi nama
baik gadis itu.
“Dia perempuan Encik Khai, sekali
nama dia tercemar, sukar untuk dibersihkan. Lain kita lelaki, kita buat apa
saja orang tak ambil peduli, berapa perempuan kita nak miliki, memang orang
tahu dah namanya lelaki boleh pasang empat. Lelaki kaya macam Encik Khai pun
sinonim dengan status ‘player’. So
kita tak tercuitpun kalau melibatkan hal perempuan. Tapi bila orang dah label
Nurin Umaira sebagai skandal Encik CEO, selamanya dia akan diingati begitu. Pity of her. Encik Khai kena bersihkan
nama dia. Jangan Encik Khai tambah lagi kekusutan, buat masa ni Encik Khai
tenang-tenang saja.”
Kata-kata Helmi itu memang makan dalam.
Yaa, pity of her. Dia kemudian hanya
mampu termenung memandang fail yang tersusun di meja. Fokus, Khai, fokus. Dia
kemudian beristghfar berkali-kali di dalam hati. Tapi mampukah dia fokus pada kerja, jika hatinya sedang tidak
tenteram sekarang.
Dia hanya ingin tahu,
di manakah Nurin Umaira sekarang ini, sedang buat apakah dia, adakah dia sedang
bersedih sekarang. ‘I’m sorry Umaira,
I’m sorry.’ Dia berbisik sedih.
[ Bab 29 ] Dia Bukan Skandal
[ Bab 27 ] Dia Bukan Skandal
Cerpen , Dia Bukan Skandal , Novel
No comments:
Post a Comment