“Umaira!”
Jeritannya bukan tidak cukup kuat untuk didengari. Beberapa orang di sekeliling
sudah menoleh pandang ke arahnya. Namun mungkin kerana Umaira sudah berlalu di
Balai Berlepas, sebab itulah Umaira tidak mendengar jeritannya.
Khairil menundukkan wajahnya.
Tangannya meraba tengkuk yang tegang. Ah, kenapalah banyak sangat dugaan yang
menimpa. Dia terlalu cintakan Umaira, dia tidak pernah main-main dengan
perasaannya.
Semalaman dia menunggu di hadapan rumah
sewa Umaira, hinggakan dia terlelap di dalam kereta. Namun dia tidak nampak
tanda-tanda Umaira atau Juita pulang ke rumah sewa mereka. Dan pagi ini dia
bergegas ke airport bila akhirnya
Juita memberitahu Umaira akan menaiki kapal terbang ke Sibu. Untuk apa Umaira
ke Sibu? Kenapa Umaira mesti mengikut kata syarikat? Mereka boleh ke Thailand
dan berkahwin di sana. Umaira boleh terus menjadi isterinya yang sah dan mereka
boleh hidup bahagia di Malaysia. Tak perlu nak larikan diri. Lama kelamaan,
tentu sahaja mommy akan setuju dan merestui perkahwinan mereka.
Sakit kepala Khairil dibuatnya.
“Assalamualaikum..” Seseorang
memberi salam. Suara lelaki. Khairil mengangkat wajahnya. Menjawab salam
perlahan. “Waalaikumussalam.”
“Khai.. Khairil Izhan ke ni?” Siapa
pula lelaki ni? Segak orangnya, berkumis tipis, nampak baik sahaja orangnya, namun
dari segi rupa Khairil jauh lebih hensem. Aduh, Khairil saat macam inipun masih
nak membanding.
“Yes
I am Khairil Izhan.” Khairil memang sangat kekok hendak menyebut saya. Dia
lebih gemar menggunakan kata ganti diri I dan YOU.
“Khairil Izhan, CEO baru Mega
Holdings? Anak billionaire Tan Sri
Sufrie?”
Ishk siapa lelaki ni? Soalan macam
dia nak culik Khairil saja. Khairil dah penat ni, dia letih, sekarang inipun
dia rasa dah tak mampu nak berdiri.
“Ya. You ni siapa? Sorry, I tak kenal you.” Diapun tak tahu
kalau tuturnya kurang bersopan. Tapi itulah sekarang ini otaknya gagal
berfungsi dengan tepat, dia dah macam nak pengsan keletihan. Dari petang
semalam, sebutir nasi atau setitik airpun belum menjengah tekaknya.
“Kalau ni, kau kenal tak?” Satu
tumbukkan tepat mengenai bibir dan pipi Khairil. Khairil yang memang sudah
lemah dek kerana tak makan dan sakit kepala memikirkan Umaira, jatuh tersungkur
ke lantai. Rahangnya sakit. “Aduhhh..” Dia mengaduh perlahan. Jadi anak lelaki
kena kuat. Walau kena tumbuk sekalipun jangan nampak lemah. Tak akanlah kena
tumbuk sekali dah jatuh tersungkur, Khairil bukan tidak ada ilmu pertahankan
diri.
“Apasal kau tumbuk aku?” Suaranya
lemah namun dia cuba untuk bangun. Dek kerana adegan tumbuk itu beberapa orang
menghampiri. Pekerja airport juga.
Namun Khairil cuba berlagak hero, dengan menyatakan dia tak apa-apa. Dia
sekarang ini hanya nak tahu lelaki itu siapa, itu sahaja. Tak akanlah lelaki
baik-baik nak tumbuk orang tanpa sebab.
“Ya Allah, Farid! Kenapa tumbuk
orang ni?” Seorang wanita sebaya mommy datang menerpa ke arahnya. Dia dipapah
ke kerusi yang berdekatan. Orang ramai yang mengerumun sudah bersurai. “Maaf ya
nak. Anak mak cik tu dah gila agaknya.” Khairil lihat wanita itu mengeluarkan
sapu tangan dari dalam beg tangannya. Dan kemudian terus sahaja mengesat
perlahan darah di bibir Khairil. Kenapa wajah wanita ini seperti Umaira ya?
Redup matanya, kulitnya, malah senyuman di bibirnya itu. Ah, Khairil
berhalusinasi.
“Apa hal nya ni?”
Dua orang lelaki pula menghampiri.
Khairil tersengeh kelat. Dah macam drama rasanya. Siapa pula pak cik dan lelaki
muda ini yang mungkin tua sedikit dari Khairil.
“Inilah dia CEO Mega Holdings yang
bawa lari Umaira tu ayah. Dia nilah yang sebabkan kakak kena larikan diri.”
Okay, tadi si ibu dan kini ayahnya pula. Yang seorang lagi, abangnya ke? Tapi
kenapa nama Umaira ada disebut?
“Ini ke Khai?”
“Ialah, dia nilah Khairil Izhan,
kalau Along nak tahu.” Lelaki yang menumbuknya itu masih bercekak pinggang. Kau
tumbuk aku waktu aku tak bersedia. Cubalah sekali lagi, ingat aku tak ada Judo?
I’ve black belt you know?
“Ya Rabbi kalaupun dia Khairil Izhan
yang dengan kakak tu, tapi kenapa kamu tumbuk dia Angah? Dah kakakpun sama
menggatalkan? Kalau kakak tak ikut, tak akan jadi semua ni. Kenapa tak kamu
tampar saja kakak semalam? Kamu lepaskan marah kamu kat dia kenapa?”
“Kalau dia tak mulakan ayah, tak
akanlah kakak nak jatuh cinta pada dia. Dia yang pikat Umaira kan?” Tonasi
suara yang keras itu buat hati Khairil mendidih mendengarnya.
Namun sekarang ni Khairil cuba hadam
apa yang dihadapannya. Yang menumbuknya itu Angah. Yang seorang lagi, Along,
dan yang itu Ayah dan yang di sebelahnya pula Ibu. Ah, mereka keluarga Umaira.
Ya, Umaira ada enam adik-beradik lelaki. Dia dah kenal dua darinya. Seorang
memang nampak garang, tak pasal-pasal dia dah kena penumbuk. Jadi dia redha
bila bakal abang iparnya menumbuk dia. Alah, bukannya sakit sangat.
Kini semua mata memandang ke arah
Khairil. Seolah menunggu penjelasan darinya. Liur cuba ditelan perlahan, sakit
tekaknya, beberapa kali dia membetulkan duduk rahangnya. Kepala sangat pening
sekarang ini, jangan pitam sudahlah. Hilang macho nanti.
“Khai..” Lelaki yang dipanggil Along
mendekatinya.
“Maafkan dia ya. Dia memang cepat
naik baran kalau hal melibatkan Nurin Umaira. Biar saya perkenalkan diri. Saya
Mohammad Haris, abang sulong Nurin Umaira Mohd Noordin. Khai kenalkan adik
Along tu, dia kerja di Mega Holdings, kawan baik Juita, dan gadis yang Khai
bawa masuk hotel dan banglo Khai beberapa hari lepas. Ini Mohammad Farid, atau
Angah. Kalau dia bergabung dengan Uda tadi, Along rasa ada yang patah kot. Ini
nasib dia tumbuk saja. Farid, Farid.” Kepalanya digeleng berkali-kali.
“Ini ayah, ini ibu. Maaf sekali lagi
sebab salam perkenalan kita tak berapa manis. Maklumlah Umaira tu satu-satunya
adik-beradik perempuan kami, sebab itulah abang-abang dan adik-adik dia, sangat
mengambil berat hal dia.” Tangannya dihulur untuk bersalam. Khairil berbangga
untuk menyambut huluran salam itu.
Dan kemudian Khairil menghulur
tangan kepada ayah Umaira, dan Angah, boleh tak kalau Khairil nak balas
tumbukkan tadi? Ishk kata sukakan Umaira, jadi kenalah ambil hati keluarga dia.
Nanti dapatlah tahu di mana Umaira, alamatnya, tempat kerjanya.
“Sakit?” Soalan lembut dari ibu
Umaira buatkan Khairil jadi terharu. Alangkah indahnya kalau mommy juga
selembut ibu Umaira.
“Tak sakit aunty, Khai lapar..” Dia
meraba perutnya.
“Tak makan lagi ke?” Ibu Umaira
kerut dahi.
“Dari semalam tak makan. Bajupun tak
tukar, masam dah ni.” Khairil cuba berseloroh.
“Dah kenapa pula tak makan?” Ayah
Umaira pula yang bertanya.
“Mana taknya semalaman duk tunggu
depan rumah sewa Umaira. Juita beritahu tadi, jiran rumah sebelah yang telefon
dia sebab risau tengok sport car
depan rumah tak berganjak sampai pagi. Dah jom, mesti Kak Long dah siap masak.
Nak ke klinik dulu ke, Khai?”
“Tak per, Abang Long. Sikit jer ni.”
Sikit? Dah bengkak dah bibir tu Khai, lagi nak cover line.
“Belum boleh panggil Abang Long lagi.”
Angah Umaira di sisinya bersuara sinis. Ishk dia ni, untunglah kau tu abang
ngah Umaira, kalau tak memang aku bagi kau sebiji. Boleh tahan garang juga
adik-beradik lelaki Umaira. Ini baru dua, ada lagi empat yang harus dia
berhadapan.
“Khai park kat mana tadi? Angah ikut Khai. Along terus balik rumah.”
“Eh, kenapa pula Angah?” Meninggi
tonasi pertanyaannya. Krisis tumbuk belum hilang dah kena ikut Khairil. Boleh
jadi serabut kepala.
“Ialah, kalau tak Angah, siapa? Tak
akanlah Ayah pula? Bukan Ayah cam jalan ke rumah Along tu. Dah jangan banyak
songeh, pergi dengan Khai, banyak lagi yang nak ditanya dengan Khai tu.”
Banyak lagi yang nak ditanya? Ada
soal siasat lagi? Adumak ai, matilah macam ni. Dahlah Khairil kadang-kadang ada
kekok berbahasa Malaysia. Memang dia bertutur dalam Bahasa Malaysia sepanjang
tinggal dengan Aunty Mariam, cuma kadang-kadang ada perkataan English yang
lebih simple untuk dia sebut.
No comments:
Post a Comment