SEAWAL
dahulu sewaktu mula mengenali Nurin Umaira, dia sudah selidik tentang gadis
itu. Ada rahsia yang membuatkan dia jadi bertambah kasih pada Nurin Umaira. Dia
juga tahu ada rakan sekerja yang menyukai Nurin Umaira dalam diam. Namun itu
bukanlah halangan untuk dia mengenali gadis itu dengan lebih dekat lagi.
Dia menyuruh Helmi merisik dari
pihak HR tentang flight Nurin Umaira
ke Sibu. Namun apa yang dia tidak tahu, dan yang menjadi rahsia Tan Sri Sufrie,
Nurin Umaira tidak akan menaiki flight
ke Sibu, tetapi akan ke Kuala Terengganu. Ada sebuah resort yang baru diambil alih dan pengurusnya akan cuti bersalin,
Nurin Umaira disuruh menggantikan pengurus itu buat sementara.
Dia menahan mata dari terlelap.
Sedari tadi memerhatikan rumah sewa Nurin Umaira, mengharap gadis itu akan
pulang dan dia akan berlari kepadanya. Jika tidak pagi esok dia akan bergegas
ke airport untuk berjumpa Nurin
Umaira. Beberapa kali dia menghantar pesanan di Whatsapp. Namun gadis itu tidak
online. Bagaikan phone nya di off terus.
Namun meseg di Whatsapp dari Aunty
Mariam, bertanyakan khabarnya sedikit menceriakan. Pantas dia menjawab.
-
Aunty,
Khai in love.
Dia menanti apa yang bakal Aunty Mariam balas.
-
Wow! In a month? Dengan siapa?
-
My dream girl aunty.
-
Your dream girl? That girl?
- Yaa. It amazing aunty. I found her and now
I’m deeply in love with her. She’s so beautiful.
-
Aunty nak
tengok gambar dia Khai.
-
Wait I’ll tag you @ IG.
Lantas dengan pantas Khairil Izhan
membuka Instagram. Gambar selfie
Nurin Umaira yang diambil dari DP Whatsapp gadis itu dipilih. Dia menaip caption: My girl, my love, my soulmate, my
everythings. Dia kemudian tag Aunty Mariam dan beberapa orang sahabat
karibnya di London.
Beberapa saat sahaja dia sudah
dihujani dengan soalan di comment.
Melayan matanya yang tidak mahu
lelap, beberapa koleksi gambar candid
Nurin Umaira dibuat collage. Malam
ini, pastinya Instagram dia akan penuh dengan gambar milik Nurin Umaira.
Berbagai caption ditulis, namun ada
satu yang dia ulang baca berkali-kali.
Caption
di bawah wefie candid dia dan Nurin Umaira. Comel sangat gadis itu, kala dia
terperanjat bila gambar mereka diambil di parking
kereta sewaktu dinner dahulu. ‘Scandal Mr. CEO? Stop calling her my
scandal. She’s not my scandal, she is my bride to be. Wait for our wedding
invitation. Daddy, Mommy I want to
marry her.’
Dia juga puas membelek gambar Nurin
Umaira di Instgram milik gadis itu. Juga gambar-gambar yang pernah dia ambil.
Sesungguhnya semakin itu juga hatinya jadi bertambah rindu dan sayang pada
Nurin Umaira.
Khairil Izhan tidak pernah sangka
dia akan jadi selemah ini dengan perempuan. Selama dia di London, bukan dia
tidak pernah kenal dengan mana-mana perempuan, berbagai bangsa, ada yang
sanggup buat apa sahaja demi mendapat cintanya, namun dia percaya pada cinta
pandang pertama. Baginya jika gadis itu teman sejiwanya, sekali pandang dia
pasti jatuh suka.
Dan dengan sekali pertemuan, dia
sudah terkejarkan Nurin Umaira.
I
love you, Umaira. I love you very
much and I miss you.
Dia teringatkan kejadian petang
tadi. Marahnya dia pada Puan Sri Maria memang tidak dapat dikawal.
“I’m
sick of all this nonsense. Kalau mommy tetap nak juga Puteri in this family,
suruh saja dad yang kahwin dengan dia. Kenapa nak suruh Khai? Khai dah ada
Nurin Umaira. Just only her!”
“Khairil Izhan!” Melengking suara
Puan Sri Maria.
“Pandai mommy marah bila Khai kata
suruh dad saja yang kahwin dengan Puteri. Then,
Nurin Umaira tak marahlah kalau mommy suruh Khai yang kahwin dengan Puteri?
Khai tak pernah janjipun nak kahwin dengan Puteri, cukuplah mommy. Khai nak
balik Malaysia nipun mommy patut bersyukur. Kalau berterusan macam ni, Khai
akan balik London. Tinggal dengan Aunty Mariam tak adalah kepala Khai nak
serabut macam ni.”
“Jadi Khai sayang Aunty Mariam lebih
dari mommy?”
“Kalau mommy terus mendesak macam
ni, of course Khai pilih Aunty
Mariam. She’s better than you. She’s always support me, always encourage.
Mommy? Tahu nak mendesak saja.” Bukan hendak melawan cakap ibu kandung sendiri,
cuma Khairil Izhan harap ibunya itu faham akan perasaannya. Soal jodoh biarlah
dia yang tentukan sendiri.
“Sepanjang Khai kat London, berapa
kali mommy datang tengok Khai? Khai graduate
pun mommy tak datang. Yang ada cuma Aunty, Uncle, daddy dan Khairina. So mommy
nak expect apa? Khai pernah terfikir,
yang Khai ni bukan anak mommy ke? Or
Khai ni anak…” Dia tidak menghabiskan katanya bila matanya bertembung dengan
mata Tan Sri Sufrie yang entah sudah berapa lama berdiri di situ. Khairil Izhan
hanya mampu mengeluh.
“Enough.
She’s your mom Khai, please respect her.”
“Yaa.. Sorry. I’m sorry, mom,
dad. Khai balik dulu.” Dan tanpa menoleh dia terus melangkah meninggalkan
kediaman ibubapanya. Pulang ke banglo miliknya, membawa hati yang luka. Luka
pada perbuatan ibunya sendiri. Walau sebenarnya dia sendiri tidak mahu
menderhaka pada mereka, tapi hanya disebabkan cinta dia sanggup lakukan apa
sahaja.
***
No comments:
Post a Comment