“KAU pergi kampung
skandal kau? Serius?” Imran sudah terbeliak mata.
“Apa ni Im? Mana ada skandal.”
“Sorry, sorry.. Umaira. Panggil nama
dia sajalah ya.”
“Aah, pergi kampung dia,
berkenal-kenalan dengan ahli kelurga dia, jiran tetangga dia, orang kampung
dia.”
“Seminggu?” Imran masih tak puas
hati.
“Ia. Seminggu. Hei, lambatlah kau
ni.”
Hahaha! Imran tertawa lepas. Haiqal
yang baru tiba juga tertawa suka. Sudah lama mereka tidak makan bersama,
lebih-lebih lagi makan tomyam dan ikan siakap masak tiga rasa. Teringat akan
zaman mereka belajar di Heathrow, selalu sahaja mereka tertawa riang setiap
kali Haiqal masak di hostel dan mereka makan bersama.
Khairil sudah menelefon ibu Umaira
tadi, menyatakan yang dia belum dapat menghantar sambal jawa kepada Umaira.
Tersangkut dia di KL. Dia juga sudah meminta agar dirahsiakan dahulu tentang
dirinya, kerana dia ingin membuat surprise
pada Umaira. Dia sangat ingin melihat wajah penuh rindu itu.
“Jadi sekarang ni, kau nak buat apa
Khai?”
“Entahlah. Aku pun bingung.”
“Tapi serius tau, skandal kau tu
cantik. Kalau kau lepaskan memang tak patutlah.”
“Dah 6 pinangan keluarga dia tolak.”
“6 pinangan?” Soal Imran dan Haiqal
hampir serentak. Khairil hanya mengangguk.
“Pergh dah macam Miss Universe. Tapi
Puteri pun tak kurang juga cantiknya, Khai. Puteri tu kita tak pernah dengar
ada gossip tentang dia dengan mana-mana lelaki. Aku rasa macam dengan kau
saja.”
Khairil setuju dengan kata-kata
Haiqal. Dia akui memang Puteri itu bersih dari gossip. Mungkin juga keluarga
Dato Zamri menjaga nama baik anaknya itu.
“Apa kata kau saja yang mengurat
Puteri, Im. Jadi aku boleh layan Umaira seorang. Nak bagi Haiqal dia dah
kahwin. Ni keluar dengan kita ni, sekejap lagi mesti wife dia call.”
“Wife aku tak adalah, dia ada kursus
kat Penang. Jadi ini malam, kita yang punya!”
Tiga sahabat itu tertawa lepas lagi.
Jarang-jarang hendak nampak mereka bersuka ria begitu. Sudah lama tidak
berborak bersama, tentu banyak cerita yang hendak dibualkan. Lagi-lagi tentang
cerita keluarga Umaira.
Jangan kata lelaki tak mem’bawang’.
Habis cerita tentang Diana, rakan lama mereka di Heathrow pun digosip sama.
Cerita tentang admirer sewaktu di London juga. Ah, tak kering gusi dibuatnya.
Air di atas meja entah sudah berapa gelas habis. Selagi tuan kedai tidak
menyuruh balik, mereka tidak habis-habis berborak.
“So, kali ni berapa lama nak lari
Khai?”
Wajah kedua sahabatnya dipandang.
Bahu dijongket tanda tidak tahu.
“Seminggu lagilah Khai. Genapkan 2
minggu kau hilang. Aku takut lingkup jer Mega Holdings tu. CEO hilang, masuk
muka depan paper. Haha!” Imran kalau bercakap memang ikut sedap tekak dia saja.
Tapi bagus juga idea dia tu.
“O.K juga kan. 2 minggu. Jadi aku
kena sabar lagi seminggu lah ni, nak jumpa Umaira. Aku nekad, aku nak kahwin
dengan Umaira, kalau cara baik tak jalan, aku nak korang tolong aku buat cara
jahat.”
Melihat riaksi kerut dahi dua
sahabatnya, Khairil tahu mereka tidak faham dengan apa yang dia katakan.
Ya, jika dia tidak dapat memiliki
Umaira secara baik, secara meminang, dek kerana halangan keluarganya, dia akan
cari jalan lain, walau jalan yang terpaksa diambil bakal memalukan keluarga.
Dia sudah ada beberapa rancangan asalkan Umaira menjadi miliknya.
“Umaira memang tak ada boyfriend eh? Kata dulu ada officemate yang suka kat dia tu, apa
cerita?”
“Nanti aku masuk kerja, aku pecat
jelah budak tu. Ada hati nak mengurat bakal isteri aku.”
“Hei, tapi kau kena tau, dia sukakan
Umaira lebih dulu dari kau. Kau tu baru je balik Malaysia.”
Imran, Imran. Yang kau tak tahu,
Umaira tu sudah berjodoh dengan aku sedari kecil. Bukan baru sebulan dua. Tapi
cerita itu, biarkanlah rahsia. Biarlah menjadi kejutan. Perancangan Allah itu
adalah sebaik perancangan. Siapa tahu, akhirnya Khairil dipertemukan Allah
dengan seseorang yang sangat dia hendak berjumpa, tanpa perlu susah hendak
mencari.
“Jadinya, sekarang ni, hanya ada
Umaira lah ya. Tak ada lagi kisah budak perempuan tocang dua, atau Puteri Datok
Zamri?”
“Yup, only Nurin Umaira, my
beautiful scandal.”
“Kalau macam tu, malam ni aku teman
kau kat sini. Lagipun wife aku tak ada, akupun kebetulan memang cuti. Lepak
dengan kau jelah Khai. Mula ingat nak memancing.”
“Kita boleh memancing kat tasik..”
Bukankah homestay ni berdekatan tasik. Apalagi, sepanjang siang esok mereka
boleh sahaja memancing.
“Eyalah. Nasib joran semua dah ada
dalam bonet. Umpan je tak ada. Esok pagi kita pergi pasar lah ya.”
“Korang ni, boleh ke tidak memancing
kat tasik tu? Dah tanya tuan rumah belum?” Imran tak puas hati. Dia pun hendak
sekali memancing bersama, walaupun hakikatnya dia tidak minat memancing. Baik
pergi pasar beli sahaja terus ikan. Tak perlu bersusah payah menunggu
berjam-jam untuk umpan dimakan ikan.
“Ada orang tak puas hati.” Haiqal dan Khairil
tertawa.
Rindunya pada Umaira terubat
seketika dengan kehadiran sahabat baiknya itu. Nanti dia akan fikirkan, mahu
lari lagi atau terus ke Kuala Terengganu mencari Umaira.
Esok dia akan menelefon Helmi. Dia akan
menyuruh Helmi membawa fail atau surat yang perlu dia tanda tangani. Dia belum
mahu masuk pejabat lagi.
Iphone nya berdering. Ah, dia lupa
nak off handphone. Alamak! Nama ‘Daddy’ tertera di skrin. Nak angkat ke tidak
ya. Melihat ke wajah dua sahabatnya, mereka seolah menyuruhnya menjawab
panggilan itu.
“Khai..” Lembut suara tua Tan Sri
Sufrie, memanggil namanya setelah mereka berbalas salam.
“Ke mana sahaja seminggu ni? Balik
London ke?”
“Balik London, tunggu dah kahwin
dengan Umaira nanti. Bawa dia tinggal sana terus.”
“Kenapa keras kepala sangat ni? Kan
daddy dah setuju Khai kahwin dengan Umaira.”
“Daddy saja yang setuju, mommy tetap
suruh Khai kahwin dengan Puteri.”
“Daddy dah cakap dengan mommy. O.K
mommy dah setuju, Khai dengan Umaira. So, Khai balik sambung kerja kat office
ya. Daddy nak rehat. Daddy nak holiday dengan mommy.” Ya, puas sudah Tan Sri
Sufrie memujuk isterinya. Dia tidak mahu melepaskan legasi perniagaan
keluarganya kepada orang lain. Sudahlah dia anak lelaki tunggal keluarga, sama
juga dengan Khairil, jadi pada siapa dia hendak serahkan perniagaan keluarganya
itu.
“Daddy sembunyikan Umaira kat mana?”
Sengaja bertanya, walhal dia sudah tahu Umaira di mana.
“Biarkan Umaira tu tenang-tenang
dulu..”
“Kalau macam tu, samalah, biarkan
Khai tenang-tenang dulu.”
“Ya Allah. Khairil Izhan!” Sedikit
keras suara Tan Sri Sufrie di hujung sana. Susahnya hendak memujuk anak lelaki
nya itu, jiwanya keras sama seperti isterinya. Kalau sudah dikata TIDAK,
susahnya hendak ditukar kepada YA.
“One more dad. Tolong pecat Izzuwan,
Khai tak boleh lah tengok dia kat office tu. Semaklah kepala.”
“Astaghfirullahalazim…” Beristighfar
panjang Tan Sri Sufrie.
“What?” Khairil bingung.
“Be professional, Khai. Jangan
campur adukkan kerja dengan peribadi. Khai kat mana ni?”
“Bumi Allah..”
“Ialah. Ikut Khai lah. Kalau rasa
nak balik London, atau rasa nak merajuk sampai sebulan ke, I’ll replace your
position as CEO with your cousin, Mukhriz. Full stop.” Putus asa Tan Sri Sufrie
dibuatnya.
“Khairina kan ada, kenapa Mukhriz?”
“Sebab Mukhriz saja yang layak.
Khairina sebok dengan butik dia. Nak harapkan Idham, diapun sebok dengan
company dia. Daddy ingat, dapatlah harapkan Khai, pun tak boleh diharap. Badan
sado, tegap, muka hensem, tapi dalam hati ada taman. Pasal perempuan merajuk
sampai dah tak ada hari esok nak bawa berbincang. I’ll give you another one
week, by next Monday, kalau Khai tak masuk juga office, daddy akan buat PC
untuk gantikan CEO baru. Mukhriz tu dah tak sabar nak jadi CEO.”
Dan tanpa pamitan, Tan Sri Sufrie
terus mematikan talian. Khairil Izhan terpinga sendiri.
Khai.. Khai.. Kau sanggup buat apa
saja demi Nurin Umaira. Semua orang tahu kau cintakan Nurin Umaira. Kau dah
beritahu semua, kau dah dapat restu keluarga Umaira, kau nak merajuk apa lagi?
Kau lelaki Khairil Izhan, jadilah lelaki yang kuat dan tidak mudah mengalah.
Jangan tunjuk kau lemah, jangan terlalu mengikut kata hati. Be a gentleman, Khai.
No comments:
Post a Comment