USAI solat Suboh
bersama, Hajah Hasmah sudah ke dapur. Sambal jawa yang hendak dikirim sudah
siap dimasak malam semalam. Pagi ini dia membuat lempeng dan sambal tumis,
untuk bakal anak menantu yang sebok hendak makan pancake Malaysia.
Khairil menjenguk Hajah Hasmah di
dapur. Seminggu tinggal di kampung, dia menumpang kasih ibu bapa Umaira.
Sungguh ke dua ibu bapa Umaira sangat baik orangnya. Menerima dia dengan
seadanya. Rindu pula dia pada aunty Mariam dan uncle George yang berada nun
jauh di London.
Khairil kurang mendapat kasih sayang
dari ibu bapanya sendiri. Dahulu sewaktu kecilnya, dia lebih dijaga pengasuh.
Dan bila mommy mengandungkan Khairina, dan mula alah dengan bauan, aunty Mariam
mengajaknya tinggal di London. Dan bila sahaja dengar akan ke luar negara,
makan angin di tempat orang, cepat sahaja dia nak ikut.
“Kalau Khai tak sempat nak hantar
pada Umaira, Khai makanlah sendiri sambal ni. Manalah tahu, Khai ada kerja di
KL sana, Khai kan dah seminggu tak masuk ofis. Tak lari Umaira tu dikejar, tak
perlu Khai nak berebut-rebut.”
Tapi, Khai dah rindu sangat dengan
Umaira ni, ibu… Ibu? Ah, bilalah Hajah Hasmah nak bagi Khairil green light panggil dia ibu.. Khairil
dah nak tersasul dah ni.
“Kerja memang tak pernah habis, kan?
Khai ingat, balik nanti nak singgah rumah dulu, baru pergi Terengganu cari
Umaira. Lagipun Khai tak pernah lagi drive
sampai Terengganu.”
Khairil berdiri di jenang pintu
dapur. Memandang keluar, ke sebatang pokok mempelam yang baru berputik.
Teringat dia akan pokok mempelam di rumah neneknya dulu. Dia selalu bersembunyi
di balik pokok itu, mencuri-curi pandang seorang budak perempuan berambut
tocang dua.
“Khai..” Bahunya ditepuk lembut.
“Ya..” Dia menoleh.
“Kalau Khai memang jodoh Umaira,
jaga Umaira baik-baik ya. Jangan sesekali lukakan hati dia.”
“Aunty…”
“Ibu. Panggil ibu..”
“Khai janji ibu, Khai akan jaga
Umaira bagaikan menjaga nyawa Khai sendiri.” Kalaulah di hadapannya itu
sekarang ibu mertuanya, pasti dia akan memeluk erat wanita itu.
“Terima kasih sebab ibu lahirkan
Umaira untuk Khai.” Dia ingin menyeka manik jernih yang tumpah ke pipi tua itu.
Dia tahu, dia sudah diterima oleh keluarga Umaira, tinggal hati gadis itu
sahaja yang harus dia menangi.
“Hai, berdrama swasta pula ya kat
dapur ni?” Senyum lebar Haji Noordin melihat isterinya dan Khairil. Sedari tadi
dia memerhati. Alhamdulillah, dia bersyukur Umaira bakal mendapat seorang suami
yang bertanggungjawab. Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anaknya bahagia.
Begitu juga dengan mereka. Apatah lagi, bila sudah dikurniakan seorang bakal
menantu sebaik Khairil Izhan. Apalagi yang hendak dibandingkan.
Selesai bersarapan, Khairil meminta
diri untuk pulang. Berkali-kali dia berterima kasih dengan keluarga Umaira
kerana memberi peluang pada dia untuk mengenali mereka. Cuma entah bilalah
agaknya dia dapat membawa Umaira berjumpa keluarganya. Memohon restu daddy dan
mommy.
“Nanti abang datang lagi ya!” Bob
melambai tangan.
“Ya.. Inshaa Allah. Assalamualaikum..”
Membalas lambaian keluarga Umaira dan terus memandu. Sudah di setting GPS di kereta terus menuju ke
rumahnya di KL. Dia mahu singgah dahulu di rumahnya, dan kemudian barulah ke
Kuala Terengganu mencari Umaira. Baju di dalam begnya mahu diganti.
Memandu dengan tenang tanpa perlu
tergopoh-gapah. Bak kata ibu, tak akan lari Umaira dikejar. Tapi sudah seminggu
mereka tidak berhubung, bertanya khabar, berbual mesra, masih ingatkah lagi
nanti Umaira padanya. Seperti mana dia tidak pernah lupa akan senyuman manis
Umaira, akan wajah ayu Umaira.
Susah kalau jiwa kacau ni kan..
Khairil senyum sendiri.
Perjalanan mengambil masa hampir 4
jam. Masih handal juga dia memandu. Maklumlah, di London dia tidak banyak
memandu, dia lebih kerap menaiki pengangkutan awam di sana. Cuma sesekali kalau
dia bercuti, adalah dia memandu sendirian atau dengan sahabatnya.
Kalau dia balik bercuti ke Malaysia
pun, selalunya Imran dan Haiqal yang memandu. Ah, ialah, sudah seminggu juga
dia tidak menghubungi rakan baiknya itu. Sebelum ke Kuala Terengganu dia ingin
berjumpa dahulu dengan rakan baiknya itu. Lunch
bersama. Banyak yang hendak dia ceritakan, dan banyak juga yang hendak
ditanyakan.
Kereta diparkir kemas di hadapan
rumah. Dia mengintai R8 di garaj. Errmm, bagus kerja si Helmi ni. Langkah
pantas memasuki rumah. Dia hendak bersegera bersiap. Tidak mahu menghabiskan
banyak waktu di rumah. Namun apa yang tidak diketahuinya, sedang elok dia
selesai berpakaian, sebuah kereta memasuki halaman rumah.
Puan Sri Maria dan Puteri turun dari
kereta BMW itu. Macam berbau sahaja yang Khairil sudah pulang.
“Khai!”
“Eh? Apa mommy buat kat sini?”
“Ya Allah, ke mana sahaja Khai
menghilang seminggu ni? Merata mommy cari, call tak dapat.”
“Khai dah besar dah, mommy tak perlu
risau.”
“Sebab dah besarlah lagi mommy
risau. Puteri ni lagi risau. Bakal suami hilang entah ke mana,”
“Bakal suami? Dalam mimpi..” Khairil
tertawa sinis. Dia kurang senang dengan kehadiran mommy dan Puteri.
“Susah sangat ke nak terima Puteri?”
Oh please. Khairil dah ada Umaira, kenapa perlu nak terima Puteri. Gadis
secantik dan sepopular Puteri pasti ramai yang hendak. Alangkan Umaira yang
sederhana itupun 6 pinangan, inikan pula Puteri yang popular dan glamer. Tentu
ramai peminat.
Dia tidak mengendah Puan Seri Maria
yang entah apa dibebelkan. Iphone yang sudah di on terus sahaja dia menekan
nama Imran di favorite list. Menunggu sesaat dua, panggilannya dijawab.
“Im, kau kat mana? Ambik aku kat
rumah, sekarang.” Tak perlu nak bercakap panjang lebar.
“Wei. Kau tak tanyapun aku kat mana
sekarang ni eh? Kalau aku kat Langkawi ke, macam mana aku nak ambik kau
sekarang? Dah lah menghilang tak dapat dikesan.”
“Dahlah, Im. Aku tau kau melepak jer
kat rumah tu. Cepatlah.”
“Okay, okay. 30 minit.”
30 minit? Aduh boleh mati kejung
macam ni. Lantas dia ke ruang tamu. Membuka saluran TV walau tidak ada
rancangan yang dia berminat untuk tonton. Sesekali dia menjeling Puteri. Dia
kurang faham dengan gadis itu, dia bukan jenis yang banyak cakap. Dia juga
bukan jenis yang tergedik, dan menggatal dengan Khairil. Kadang dari wajahnya
tidak nampak pun yang dia sukakan Khairil. Dia juga tidak pernah mengganggu Khairil
di pejabat. Jadi sungguh ke yang dia sukakan Khairil?
“Mom, Khai nak keluar dengan Imran.
Nanti nak balik jangan lupa kunci pintu. Kunci bagi kat guard ya.” Tak sempat
Imran nak mematikan enjin, Khairil sudah duduk di sebelah pemandu. Dan Imran
tanpa banyak soalan terus memecut laju.
“Tak payah nak buat muka ketat tu
Khai. You owe me a story.”
“Kita pergi jauh sikit, Im. Kuala
Selangor, homestay tepi tasik tu.”
“Aik? Baru balik dah nak lari
semula?”
“Kalau kau nak aku cerita, baik kau
drive tak payah banyak soal.”
“Okay. Baik Bos!” Imran tertawa
suka. Melihat muka ketat Khairil dia tahu, sahabatnya itu tentu ada masalah
besar. Tak apa, dia akan sabar menunggu Khairil bercerita.
No comments:
Post a Comment