NURIN
Umaira membaca malas setiap meseg yang diterima di WhatsApp. Ada juga antara
sahabatnya yang memberikan kata-kata semangat, namun ada juga yang mengutuknya,
lebih lagi di group office. Ah,
semalam dia sudah ‘left group’,
biarlah, lagipun dia sudah tidak bekerja di Mega Holdings, dia sudah dibawa
jauh dari company itu.
“Tiket semua dah siap booking atas
nama Cik Umaira, Tan Sri pesan, pergi sana dulu gantikan Zulaikha, dia akan
cuti bersalin dalam beberapa hari lagi. Tan Sri suruh rehat-rehat di sana.”
Rehat-rehat? Baik sungguh hati Tan
Sri Sufrie, dia bukan di suruh ke Sibu tapi ke Kuala Terengganu ke resort yang
katanya baru diambil alih. Zulaikha ada bercerita, katanya pemilik lama menjual
resort itu kepada Tan Sri Sufrie. Baru juga bertukar owner, sehinggakan segala hal berkenaan pentadbiran dan semuanya
belum lagi diselesaikan. Buat masa sekarang semuanya mengikut pentadbiran lama.
Umaira menyambung tugas Zulaikha, di
dalam bilik Pengurus. Ah, ada bilik sendiri rupanya. Sebiji walkie-takie diberikan
padanya senang jika hendak berhubung dengan staff di resort itu. Dia juga
diperkenalkan pada setiap seorang staff dan diterangkan tugas yang akan
digalas. Ah, tiga bulan bagaimanakah nanti dia akan menguruskan hal berkenaan
resort indah yang menghadap Laut China Selatan itu.
Handphone di dalam poket
dikeluarkan. Dia ingin melihat kembali gambar yang dia dapat semalam dari
Izhan. Hatinya sangat tersentuh semalam, namun dicekalkan. Airmatanya gugur
lagi membasahi pipi. Sungguh ke angah yang menumbuk Izhan sampai bibirnya lebam
begitu.
“Jue… Encik Khai ok tak?”
“Helmi kata Encik Khai tak masuk
office sejak hari tu.”
“Dia pergi mana?”
“Tak tau. Call dia pun tak dapat. Helmi kata Encik Khai tak mahu diganggu.
Aku dengar Puan Seri singa tu mengamuk kat ofis Tan Sri. Dia cari Encik Khai
pun tak dapat.”
“Kasihan dia..”
“Aku rasa dia cari kau kat Sibu
kot..”
Cari Umaira kat Sibu? Umaira ada kat
sini, Izhan.. Umaira ada kat Kuala Terengganu.. Jangan cari Umaira kat Sibu..
“Dia kena tumbuk dengan siapa, Mai?”
“Angah. Ayah beritahu semalam, ayah
jumpa Encik Khai kat airport.”
“Mai.. Encik Khai tu memang sukakan
kau laa. Dari cara dia, tengok dia sanggup kejar kau sampai ke airport, tunggu
depan rumah sewa kita.. Kalau dia main-main, dia tak akan jatuhkan maruah dia
kejar perempuan macam kita ni. Dia tu dahlah ada rupa paras, kaya-raya, anak
jutawan, dia tak kerja pun harta dia tak habis makan bertahun. Dayang kata, kau
dah macam Cinderella..”
Cinderella? Banyak halangan dalam
cinta Cinderella, mungkinkah juga cinta mereka akan ada banyak halangan nanti? Tapi Cinderella ada mak tiri dan kakak tiri, Umaira tak ada.
“Diapun tak malu nak tunjukkan bibir
lebam dia sebab bawa lari anak dara orang. Dia dah tunjukkan gambar kau pun kat
semua followers dia.. kalau dia tak
suka dia tak akan buat macam tu. And he
keep calling you ‘my bride to be’.. Serius lah tu.”
Dia asyik teringat perbualan
telefonnya dengan Juita. Juita juga ada memberitahunya, Khairil Izhan memang
bersungguh dan serius dengannya. Mungkin juga sekarang ini dia sedang mencari
Umaira. Mungkin juga sekarang ini dia sedang patah hati dan membawa dirinya,
atau sedang cuba melupakan Umaira.
Argghh, Umaira rindukan Khairil
Izhan, Umaira sangat rindukan lelaki itu. Ya Allah, jagakan dia untukku.
Jagakan hatinya, berikanlah dia kesihatan yang baik Ya Allah.
Sesungguhnya Umaira tidak putus
berdoa pada Allah untuk Mr. CEO nya, sedangkan kesihatan sendiri tidak
dijaga. Makan minumnya tidak terurus. Walau ada yang mengajaknya makan
tengahari namun dia tidak larat untuk bangun dan berjalan.
Sementara
itu, Khairil Izhan sedang tertawa senang di rumah Umaira. Perutnya kenyang
dengan masakan enak ibu Umaira. Ah, bukan sahaja dia boleh habiskan seminggu di
sini, sebulan, setahun pun boleh. Malam semalam dia asyik bermain karom dengan
ayah Umaira dan Bob. Dan sekarang ini, dia sudah berada di Stesyen bas Larkin,
mengambil Hafiz dan Luqman yang pulang bercuti.
Kedua adik Umaira itu menyambutnya
mesra.
“Aik, sampai lebam bibir tu bang,
kuat ke Angah tumbuk?”
“Haha! Boleh tahan jugalah. Tapi
Angah pengelat, dia tumbuk masa abang tak bersedia. Angah pukul curi.” Katanya
tak mahu kalah.
“Habis tu, Khai nak repeat semula ke dengan Angah?”
“Eh, tak naklah uncle. Tak kan nak tumbuk bakal abang ipar, ye tak?” Dia tertawa
kecil. Tawanya disambut keluarga Umaira. Walau bibirnya sentiasa mengukir
senyum dan tertawa namun jauh di sudut hatinya dia sangat rindukan Umaira. Dia
ingin berada dekat dengan gadis itu, dia ingin melihat wajah manis dan ayu itu.
Dia sangat rindukan senyuman yang terukir di bibir nipisnya itu.
Saat bersendirian di dalam bilik
Umaira, dia membelek gambar gadis itu yang cantik di frame di atas meja sisi
katilnya. Gambar itu menjadi peneman sepinya, pengubat rindunya. Bagaimana
dengan Umaira, bagaimanakah dia menghabiskan malamnya, jika dia kesepian dan
bersedih. Khairil Izhan tidak mampu berfikir, di kala ini dia hanya berdoa agar
si cantik manis Nurin Umaira sentiasa berada di dalam lindungan Allah.
Ah, dia harus mencari jalan untuk
memperisterikan Umaira, dia mahu gadis itu menjadi miliknya seorang. Dia mahu
gadis itu sentiasa ada di hadapan matanya. Dia mahu meraih tubuh genit itu
dalam pelukkannya. Dia mahu… aaahhhh, dia mahu segalanya.
No comments:
Post a Comment