ilashukri.blogspot.com

Thursday 8 September 2016

Novel Pilihan: CIK MAR.GI.NA (Pena Kayu)

Novel Pena Kayu

Kepada penggemar novel yang santai dan tidak terlalu berat, saya nak syorkan sebuah novel ni. Saya bercerita tentang novel ni dari pandangan saya, kalau ada yang berlainan pendapat tu, harap maaflah ya.



Saya suka novel ni, garapan Puan Pena Kayu memang selalu saya nantikan. Sebab susunan ayatnya yang sangat mudah dan ringkas, Saya sukakan bahasa yang simple tapi buat saya ketawa dan tersenyum sendiri, dan juga boleh buat saya beremosi sampai menangis.

Saya sukakan watak utama Cik Mar-Gi-Na yang selalu tegas dengan keputusannya. Dan bila Margina Kassim Baba dipasangkan dengan Har Anak Pak Ngah @ Hardimin Jose - lelaki Melayu-Jawa-Portugis atau ketua penyamun 39 kisah mereka sangat menarik.

Saya tersengeh bila bab bunga tahi ayam. Pelik-pelik sajakan. Mana datang bunga tahi ayam. Cuba cari perkataan 'banyak cekadak' di muka surat berapa.

Saya juga suka bab malu tapi sangat indah di muka surat 184. 

Kalau nak tahu tentang cerita ni bolehlah ke FB Pena Kayu atau boleh juga baca di blog Pena Kayu blogspot .

Ah, dan lagi kalau yang pernah kenal Benjamin Fahmy - abang JPJ tu, kat buku nilah cerita zaman remaja dia. Comel saja Fahmy tu.


Oh ya, dalam buku ini ada cerita bonus - YAYA Seperti Kekasihku.
Satu cerita yang ending nya sangat menarik. Sila sambung cerita ni ya PK hakak nak happy ending, tak kisahlah Andre atau Faiz tapi happy ending tauuuu...
Selamat membaca ya.


Tahniah ya PK sebab buku ni akak suka sangat, akak bagi 5 bintang. Yeahhh!!!
Untuk pembelian bolehlah hubungi Puan Pena Kayu ya. 
,

No comments:

Post a Comment