Dunia Kecilku

ilashukri.blogspot.com

Monday 11 December 2017

[ Bab 16 ] Dia Bukan Skandal


I’ll explain everything, just let me drive.” Suara lelaki di sebelahnya itu tidak diendahkan.

Nurin Umaira tidak mampu bersuara. Dia sudah beberapa kali mengesat airmatanya. Dan paling yang dia tidak faham, kenapa dia harus berasa sangat sakit hati sekarang, kenapa dia perlu menangis kerana lelaki itu. Namun jauh di sudut hati, dia akui, dia menyukai lelaki di sebelahnya itu, dia tahu hatinya sudah terpikat, sebab itulah dia rasa amat sakit bila dia dikatakan ‘skandal’. Sungguhlah lelaki itu sudah berkeluarga. Nurin Umaira tidak mahu menjadi orang ketiga dalam rumahtangga orang lain.

“Umaira…” Suara itu lunak menyapa telinganya.

“Kita kahwin nak?”

Dia menoleh. Menjadi isteri kedua lelaki ini? Jika ditanya dia memang hendak. Dia suka, dia sayang, dia juga sudah cinta. Tapi…

“Macam yang I cakap sebelum ni, I bujang Umaira, you tak perlu risau kalau kita kahwin. I akan cerita semuanya, tapi bagi I drive okay?” Lelaki yang sudah berpaling duduk mengadapnya itu menatapnya tuntas. Dia dapat merasakan pandangan lelaki itu dari ekor matanya.

If I can hold your hand…” Ada keluhan berat dilemparkan. Kemudian lelaki itu menyandarkan badannya. “I’m sorry Umaira, you’re not my scandal, you’re my bride to be.. I really want to marry you, Umaira.. Just only you..” Matanya terpejam tapi mulutnya membebel cakap orang putih.

“Jom I bawa you tengok tempat kerja I, rumah I. So you boleh percayakan I lepas ni?” Umaira tak sempat melarikan wajahnya bila tiba-tiba Mr. MMK membuka mata dan terus memandangnya. Senyuman yang terukir memang boleh buat segala kesedihan Umaira hilang serta-merta.

I drive?”

“Boleh ke bawa kereta ni?” Umaira pelik, nak ke dia drive kereta Umaira? Airmata yang bersisa dikesat perlahan.

“Kereta I may be? Sorry bukan nak pertikaikan kereta you. Tapi kereta I ada GPS, sorry again, I belum berapa pandai dengan jalan kat KL ni. Sebab tu guna GPS, guna Waze. Or you nak follow I? You park your car at my place. Okay?”

Melihatkan Umaira yang terpinga, cepat sahaja Mr. MMK bersuara. “Never mind. Just leave your car here, I minta tolong Imran hantarkan. Yang tadi tu nama dia Imran. My best buddy, masa belajar kat Heathrow.”

Nurin Umaira matikan enjin. Mr. MMK kata dia tak akan keluar dari kereta kalau Umaira tak matikan enjin dan keluar dulu. Dia tak mahu Umaira lari bila dia sudah keluar dari kereta. Umaira ikutkan sahaja sebab entah kenapa dia jadi macam pak turut, ikut sahaja kata lelaki itu.

Airmata sudah lama kering. Melihat pada keluhan Mr. MMK tadi dia jadi lembut hati. Dia ingin bersama lelaki itu hari ini, seperti yang diangankannya sepanjang minggu ini. Seperti yang dia harapkan di sepanjang perjalanan pulang tadi.

Dia juga ingin tahu siapa sebenarnya lelaki itu. Ada banyak soalan yang hendak dia ajukan. Terutamaya nama penuh lelaki itu.

“Im, tolong drive kereta ni, park kat rumah aku.”

“Eh, eeehh.. Sekejap. Habis kereta aku?”

“Alah, pandai-pandai kau lah. Okay bro, chow. Thanks.” Kunci kereta Nurin Umaira dicampak kepada Imran. Sahabatnya itu menggeleng kepala, kemudian tersenyum bila melihat Umaira menundukkan kepalanya tanda hormat.

“Wei, nasib skandal kau cantik.”

Upps… perasan yang dia terlepas sebut ‘skandal’ cepat-cepat Imran tutup mulut.

Mereka berpindah ke kereta Audi R8 milik Khairil. Harum bau keretanya, seharum perfume yang dia pakai. Bau Umaira entah macam mana agaknya. Bukan calang-calang orang rasanya Mr. MMK ini, dari keretanya malah dari perfumenya tentu sahaja mahal harganya.

“Okay. First rasanya tak sesuai kalau masih gelarkan I Mr. MMK, kan sayang?” Kening yang dijongketkan, dengan bibir yang digigit, ah, memang tak sesuai sangat. Mr Mamat Muka Ketat, sekarang ini yang sesuai adalah Mr. Pervert. Dahlah panggil orang ‘sayang.’

“Mamat Muka Hensem or Jejaka Korea?”

“Mr. Pervert.”

What? Okay, pervert dengan you saja. I dengan orang lain, tak macam ni. I tegas, tak suka berkawan. Muka ketatlah katanyakan..” Ada tawa dihujung katanya. Kereta dipandu memasuki simpang, argh tak sempat Nurin Umaira nak tengok sekeliling, dia khayal dengan haruman kereta Mr. Pervert, eh, Mr. MMK. Haha! Jejaka Korea.. Lee Min-Ho. Nurin Umaira jadi lupa pada kesedihan, dia tertawa di dalam hati.

“Kita dah kat mana ni?”

“Kita pergi Shah Alam ya. Main ice. Okay? Lama dah tak rasa sejuk, sejak balik dari belajar I rindukan cuaca sejuk. You okay kan? Kita pergi I-City kay?”

Nurin Umaira hanya mengangguk. Tak kisahlah ke manapun, janji dengan Mr. MMK. Mungkin di sana dia boleh bertanya itu ini. Bertanya dalam keadaan santai lebih seronok dari duduk berhadapan di meja makan.

Ah, jadi Nurin Umaira akan habiskan sepanjang harinya dengan Mr. MMK? Oh, seronoknya. Belum pernah Umaira rasa seronok begini. Kali terakhir dia berasa seronok bila dapat result di universiti dulu. Sekarang ini dia rasa macam nak buat lompat bintang. Baru Umaira tahu, betapa indahnya kalau kita menyukai seseorang, atau lebih tepat lagi mencintai seseorang.

“Nama I, Izhan.”

“Bin?”

“Satu-satulah sayang. Jauh lagi kot nak sampai I-City. Nanti semua jawapan habis dah tak seronoklah.”

Namun bila mereka sudah tiba di I-City, bila dia dah bergembira dengan lelaki yang perkenalkan namanya Izhan itu, dia jadi lupa semuanya. Gelak tawa, rasa terujanya bila dibawa mengelilingi Snowwalk, dibawa ke sana sini, apatah lagi bila melihat indahnya malam di I-City yang dilimpahi cahaya lampu dan perbagai permainan itu, Umaira jadi sangat gembira. Ah, Nurin Umaira rasa sangat bahagia. Indahnya bila hati sedang mencintai seseorang, apatah lagi bila perasaan itu dibalas.

Sedar tak sedar, hari sudah semakin malam. Esok nak kerja. Dia langsung tidak menelefon Juita, malah keluarganya juga, untuk memberitahu dia sudah sampai ke Kuala Lumpur. Ah, lihatlah penangan lelaki bernama Izhan itu, seharian dengannya, Nurin Umaira langsung tidak melihat handphone. Malah semua gambar kenangan juga diambil dari iPhone lelaki itu.

Satu yang Umaira sangat kagum dengan lelaki bernama Izhan itu, dia sentiasa mengingatkan Umaira tentang solat. Setiap kali iPhone nya berkumandang Azan, dia akan mengajak Umaira bersolat dahulu.

Makan dan minum Umaira juga tidak pernah diabaikan. Memang saat ini kalaulah lelaki itu adalah suaminya, lelaki yang sudah halal buatnya, pasti akan lebih indah bila mereka boleh berpegangan tangan dan bermesra. Layakkah Umaira hendak bersuamikan lelaki yang mungkin berpangkat Pengarah Urusan, CEO atau CFO atau COO itu? Lihat sahaja dia belajar di university mana. Ermm… Ada banyak perkara yang dia rahsiakan. Sukar hendak menyuruh lelaki ini berterus-terang.





, ,

[ Bab 15 ] Dia Bukan Skandal


DENGAN perasaan yang amat berdebar, Khairil Izhan menekan butang power on, dan di dalam hatinya tidak putus-putus berdoa, ‘harap-harap tak banyak miss called atau WhatsApp dari Umaira’. Risau dia jika gadis itu ada menelefon namun tidak dapat menghubungi dia. Sebaik iPhone miliknya itu bernyala, berdesup masuk pesanan di WhatsApp dan mesej miss called, tentunya semuanya dari Umaira. iPhone itu hanya khas untuk gadis itu.

Khairil tersandar di kerusi, dia mengeluh panjang. Jatuh kasihan dan sesal pada gadis itu. “Allah, kasihan dia.. Sampai hati aku buat dia macam tu.”

“Heh, tahu pula kau nak kasihan eh. Call lah. Kalau tak nak, bagi kat aku.. Mesti dia dapat layanan first class, tak payah sorok-sorok.”

Khairil menjeling Imran, dari nak makan nasi, makan penumbuk pula nanti. Selamba kau je nak rampas awek aku.

Suasana di kedai makan itu agak sebok. Hari Ahad ramai yang makan di luar, lagipun sudah hampir masuk waktu makan tengahari, namun masih ada menu sarapan. Pastinya roti canai di kedai itu yang memikat selera Khairil. Roti kosongnya garing dan sambal tumisnya manis. Kena dengan seleranya.

WhatsApp terakhir dari Nurin Umaira dibaca. Dia melihat waktu mesej terakhir itu dihantar, dia mengagak sendiri. Ah, mungkin dia sudah sampai ke rumah sewanya sekarang ini. Rasa bersalah terus menghantui Khairil.

·         Saya dah gerak balik KL
·         Tapi saya rasa awak mesti tak nak jumpa saya, kan
·         Awak tentu sedang berseronok dengan family awak
·         So, jangan cari saya lagi lepas ni.
·         Jangan mainkan perasaan saya lagi.
·         Thanks for everythings.

Khairil pejam mata. Errmm… merajuk nampaknya sidia. Bab-bab begini memang Khairil tak pandai. Kemudian dia mengangkat wajah memandang tepat pada Imran. Keningnya dijongket-jongket dan bibir diketap. Saja buat aksi manja.

“Hello, ingat aku nak tergoda?” Imran cemek muka.

“Kau tolong aku macam-mana aku nak pujuk dia, Im. Kau kan banyak ilmu.” Ialah Imran kan player, perempuan keliling pinggang. Anak Datok Harun ni memang suka habiskan duit berpeleseran dengan perempuan.

Call lah dia..”

“Kalau aku call nak cakap apa?”

Call dulu..”

Dia menekan nama Miss Clumsy di favourite list. Menunggu panggilannya dijawab sehinggalah masuk ke voice mail. Dia mencuba lagi. Juga sama suara operator akhirnya yang menjawab. Dia melihat mulut Imran berkata ‘lagi’. Akur dengan arahan dia mencuba lagi.

Imran kemudian bangun untuk memanggil waiter.  Seorang gadis manis bertudung memasuki kedai itu sambil menunduk, seolah mencari sesuatu di dalam beg tangannya. ‘Macam kenal’ bisik hati Khairil saat dia mengamati gadis itu. Dan tanpa diduga gadis itu terlanggar belakang Imran. Itulah berjalan tak tengok hadapan. Clumsy.

“Oh sorry..” Imran yang gentleman akan selalu bertindak dahulu. Lagilah dengan perempuan. “You okay?” Imran sudah tersenyum lebar. ‘Cantik..’ Hatinya sempat menilik seraut wajah ayu itu. “You’re so beautiful.” Matanya tak berkedip memandang. Khairil juga turut memandang tepat wajah gadis itu.

“Sayang?” Gadis itu menoleh ke arahnya dengan dahi berkerut. “Maaf..” Kemudian dia terus berlalu keluar tanpa menoleh. “Umaira, wait!” Khairil tidak tunggu lama, dia terus mengejar, lengan Umaira disambar, menahan gadis itu dari terus melangkah.

“Lepaslah.” Tangannya ditepis. Namun Khairil tidak melepaskan pegangannya.

“Umaira sayang, I’m sorry..”

“Awak ni siapa? Saya tak kenal awakpun. Lepaskan tangan saya, kalau tak saya jerit.” Rontaan tangan Umaira tidak diendahkan.

“Cantik, sangat cantik orangnya. Dia ni ke skandal kau?” Imran yang muncul tiba-tiba mencelah. Khairil rasa macam nak tolak saja Imran biar jatuh terlentang. Tak membantu langsung. Ada dia cakap ‘skandal’ depan Umaira? Sengaja menempah maut namanya.

“Skandal? Oh jadi selama ni saya cuma skandal? Sebab tu nama, kerja apa, semua tak boleh beritahu? Sebab tu kalau perlu saja cari saya, kalau tak hilang lesap tak dapat kesan?” Jelas sekali Umaira sangat marah saat ini. Turun naik dadanya menahan geram. Umaira dah tak kira dia berada di mana sekarang ini, dia tahu ada mata yang memandang.

“No.. Eh, Im kau blah lah.” Khairil melampiaskan marahnya pada Imran.

“Sudah, saya tak nak jumpa awak. Awak dan saya tak ada apa-apa.” Tangan Mr. MMK di lengannya ditolak kasar. Umaira laju terus melangkah ke keretanya. Entah kenapa Khairil jadi buntu. Dia terdiam memerhati Umaira yang sudah sampai ke keretanya.

“Oi, kejarlah. Kalau tak biar aku jer kejar. Cantik tu..” Bahunya di tolak Imran.

“Dia aku punya, kau jangan nak potong line.”

“Ia aku tahu stok buat bini. Pergilah kejar sebelum melopong. Minta maaf, pujuk, jangan berkasar. Biarkan dia cool dulu, ikut jer rentak dia.” Sempat juga Imran menurunkan ilmu playboy nya. Ya pasti, Khairil Izhan akan buat apa sahaja demi mendapatkan maaf dari Umaira.

Nurin Umaira sudah memasuki keretanya. Ah apa nak jadi, jadilah. Khairil nekad terus membuka pintu di sebelah pemandu, yang belum sempat Umaira lock. Dia terus duduk di sebelah.

Awak buat apa ni? Keluar dari kereta saya!” Khairil nampak tangan yang bergetar memegang stereng. Dia tahu gadis itu sedang marah, sedang sakit hati dan mungkin juga sangat geram. Ada air jernih yang gugur dari pipinya. Ingin dia menyeka air jernih itu, ingin dia raih jari yang erat memegang stereng itu. Ingin dia memberitahu seluruh dunia yang dia amat cintakan gadis itu, namun dia tidak mampu.


, ,

Monday 20 November 2017

I Am A Crochet Lovers (2)

Hai kawan2 Crochet Lovers.. 
Apa khabar hari ni? Harap2 sihat selalu hendaknya.

Sebenarnya akakpun x tau dari mana datangnya minat nak ber crochet ni.
Asalnya dulu masa kecik-kecik, adalah belajar asas crochet dgn mak. Belajar buat ‘tali air’. Ialah dulu2 bkn zaman internet kan. Hphone pun x der laa canggih mcm skrg. Tak adalah nak google ke, youtube ke.

Nak cari corak nak buat alas meja ke, sarung bantal ke, terpaksa beli kat kedai kraf atau beli buku crochet. Tapi sekarang cuba kwn2 google, atau search kat youtube, banyak dh sample dan follow saja, Inshaa Allah kalau tekun dan focus tentu jadi.


Akk nak share beberapa gambar crochet yg akk dh buat. 

Terima kasih juga pada kwn2 akk yg percayakan hasil kerja tangan akk, buat hadiah kerja kahwin, buat letak kat kereta. Alhamdulillah, akak buat crochet sebab minat. Namun tak sangka crochet boleh menambah rezeki sampingan. Yang penting kita kena rajin dan tekun dengan kerja yang kita buat, Inshaa Allah hasilnya pasti memuaskan hati.




C2C Pillow Cover (front)

C2C Pillow Cover (back)

A Pair of C2C Mini Pillows

A Pair of C2C Mini Pillows





Beberapa minggu ni, akak ada cuba crochet 'Amigurumi'. Crochet untuk boneka, anak patung, teddy bear.. Kwn2 boleh google atau search di youtube untuk melihat contoh2 Amigurumi yang menarik. Nanti akak akan share beberapa keping gambar yang telah akk siapkan pada cerita I Am A Crochet Lovers (3) okay.


Sampai bertemu lagi ya.. 

Sekiranya ada yang ingin menempah sarung bantal / sarung bantal mini (C2) boleh Whatsapp akk, dan boleh juga meseg akk di Facebook.

Facebook: Suhaila Said
Instagram: Ilashukri

, , ,

Friday 29 September 2017

[ Bab 14 ] Dia Bukan Skandal


“JUMPA kat KL nanti ya. Dinner with me again? Monday?” Umaira mengangguk. Dia sudah memasuki keretanya bila pintu di tahan dari di tutup.
           
“Sunday maybe? You sampai KL petang ke? Date with me?”
            
“Okay.” Umaira mengangguk lagi dan tersenyum. “Saya call bila nak gerak balik KL.” Umaira pun nak sangat jumpa dia lagi. Lelaki itu sangat menyenangkan walaupun banyak perkara yang dia belum dapat pastikan tentang siapa sebenarnya lelaki kaya itu. Mestilah kaya, tengok keretanya, pakaiannya, dia bawa Umaira makanpun di hotel lima bintang. Bukan Umaira mata duitan tapi dah dia yang ajak, Umaira ikut sahajalah. Walaupun Umaira lebih suka makan di warung sahaja, makan kenyang tak payah nak protokol sangat.

Nurin Umaira sebenarnya suka bila melihat wajah merayu Mr. MMK untuk bertemu dia lagi. Jika dilihat dari gayanya, macam sungguh benar dia menyukai Umaira. Tapi itulah, bila sudah berpisah jarak, lelaki itu kadang gagal dihubungi. Lihat sahaja selepas pertemuan mereka itu, hanya sekali Mr. MMK menjawab mesej di WhatsApp kemudian dia terus offline. Manalah Umaira tak sakit hati dibuatnya.

Dan sekarang, Umaira sudah gerak balik ke KL, dia dah call, dia dah WhatsApp, semuanya tidak dapat dihubungi. WhatsApp pun hanya satu tick. Ini kalau Mr. MMK call memang Umaira nak lancarkan mogok. Umaira memang tak nak layan Mr. MMK dah. Dia ingat Umaira ni terhegeh-hegeh nak kan dia agaknya.

Jangan-jangan dia dah kahwin dan sekarang ada dengan keluarga dia. Mestilah tu. Confirm. Sebab itulah dia tak call Umaira langsung. Errmmm.. Kalau macam inilah, Umaira tak boleh biarkan hati Umaira terus sukakan encik Mamat Muka Ketat tu. Walaupun sekarang ini dia dah jadi Encik Mamat Muka Hensem. Nurin Umaira pasrah.

Oh Tuhan ku mahu yang terbaik
Terbaik buatku insan kerdil ini.

Mendengar lagu Terakhir di corong radio buat Umaira rasa bagaikan hendak menangis.

***

KHAIRIL Izhan rasa macam nak sepak sahaja meja di hadapannya. Punggungnya dilabuh kasar ke kerusi. Nafasnya berombak laju, wajah merah dek kerana marah yang tak terhingga.
          
“Kau dah kenapa, Khai?” Imran sahabat baiknya yang sudah sedia menunggu memandangnya dengan dahi berkerut. Kata tadi nak lunch bersama. Siap suruh Imran buat pura-pura call ada urusan penting.
          
“Mommy aku tu, aku serabut betullah, asyiklah suruh aku layan si Puteri tu. Puas aku cakap aku tak suka Puteri, aku TAK NAK kahwin dengan Puteri.” Perkataan tak nak itu ditekan dengan wajah bengis.
            
“Relakslah. Oh patutlah berapa hari ni susah nak cari kau. Call pun tak dapat. Lepas balik Jakarta kau terus senyap.”
            
“Haiqal mana?”
            
“Pengantin baru tu, mestilah berkepit dengan bini dia. Kalau dia datang, memang bertuah ah.” Imran tayang gigi. Haiqal baru dua minggu bernikah. Majlis resepsi di sebelah lelaki belum lagi dibuat.
            
“Turun flight aku terus hilang ke JB. Teruk aku kena bebel dengan mommy aku. Aku ni ada macam budak-budak ke? Aku dah besar kot, 20 tahun aku duduk London tu dia tak kisahpun hal aku. Ini ada hati nak control life aku.”
            
Air di hadapan Imran ditarik mendekat. Pantas dia menyisip teh ‘o ais ke tekak. Sejuk membasahi segala kepanasan hatinya. Imran di hadapannya menggeleng kepala.
            
“Kau pergi JB ada apa? Jumpa skandal kau ke?”
            
“Skandal?” Dia kerut dahi.
            
“Ialah, skandal kau, yang kat phone satu lagi tu.”
            
“Ha’ahlah. Phone aku.. kat kereta. Alamak… Hari ni hari apa?”
            
“Ahadlah. Haripun dah tak ingat.”
            
“Ya Allah, aku yang nak sangat date dengan dia, aku boleh tak on handphone tu. Aduh. Kau tunggu kejap. Orderkan air lagi.”
            
Khairil Izhan berlari ke kereta. Kalau tadi dia marah sangat dengan mommy dia, sekarang ini dia marah sangat dengan diri dia. Memang balik dari JB dia ada berbalas WhatsApp dengan Umaira, namun kemudian bila Puan Sri Maria dah mula sebok mengganggu, dia off handphone tu. Risau kalau Umaira call. Dia belum hendak perkenalkan Umaira pada keluarganya. Dia belum bersedia, dia tahu Puan Sri Maria pasti tak suka Umaira.
            
Dan bila dia dipaksa melayan Puteri terus dia terlupakan phone. Ah, maksudnya, dia juga terlupakan Umaira. Khairil Izhan.. sebenarnya kau suka atau tidak pada Nurin Umaira, kenapa tegar membuat gadis itu begitu?
            
Sebaik kembali ke tempat duduknya tadi, Imran sudah mengajukannya soalan.
            
“Kau sebenarnya sukakan skandal kau tu ke tidak?”
            
“Mestilah suka. Ni bukan setakat suka, aku memang sayang kat dialah.”
            
“Kalau sayang, tak akan kau boleh lupa. Dah berapa hari tak contact dia?”
            
“Lepas balik dari JB.”
            
“Woo! Dah lebih 5 hari beb. Kalau aku jadi awek tu confirm aku cari pakwe lain.”
            
“Kau boleh tak jangan tambah serabut aku?” Matanya dijegilkan memandang Imran. Sahabatnya itu hanya geleng kepala.
            
Walaupun dia ada rasa nak menumbuk muka Imran saat ini, namun bila difikirkan dalam-dalam memang benar apa yang Imran katakan. Jikapun Umaira sanggup menunggu dia, mungkin perasaannya sudah menipis.

Bunyi riuh rendah di kedai makan itu tidak diendahkan. Sengaja dia memilih untuk makan di kedai begini, dia tahu mata-mata mommy nya tidak akan datang untuk menjamu selera di situ. Rimas dia apapun yang dia buat, sekejap saja sampai ke telinga Puan Sri Maria.



, ,

[ Bab 13 ] Dia Bukan Skandal

BEBERAPA hari ini dia tidak dapat menghubungi Mr. MMK. Ada rasa resah yang mengganggu malamnya. Siang di waktu bekerja dia fokus pada tugas pejabat. Kerja seharian membuatkan dia lupa pada rasa di dalam hati, namun bila malam menjelma, dia mengharapkan panggilan atau pesanan dari lelaki itu.
            
Dia ada menghantar pesan, namun masih tidak dibaca. Dia ada juga cuba menelefon tapi hanya operator yang menjawab. Ah, runsingnya dia.
            
Hari ini masuk minggu ke dua dia bertugas di Nusajaya. Beberapa rekaan dalaman sudah siap 30%. Ada beberapa perabut dan wallpaper yang belum sampai dari supplier. Itu nanti akan diuruskan oleh team Encik Fikri.
            
Petang itu dia ingin pulang awal. Seawal jam 4 dia sudah minta diri untuk pulang. Hatinya yang tidak tenteram sejak kebelakangan ini harus dibelai. Dia ingin menemui beberapa orang rakan lama dan mengajak mereka keluar makan bersama.
            
Dia mencari remote kereta Myvinya di dalam beg tangan. Meraba-raba mencari. Sebaik bertemu dia mengangkat muka memandang keretanya. Tapi matanya beralih memandang kereta Audi R8 yang diparkir di sebelahnya. Macam pernah dilihat kereta itu. Ah, mungkin juga kepunyaan anak-anak orang kaya di area Nusajaya ni. Atau kerabat Di Raja Johor mungkin. Cuba untuk tidak mengendahkan kereta Audi tersebut, dia mendekati Myvi kesayangannya.
            
Cermin kereta Audi di sebelah penumpang terbuka dan dia terdengar namanya dipanggil.
            
“Umaira.” Dia menoleh. Hampir nak terjerit melihat wajah yang sedang tersenyum memandangnya. “Sini.” Tangan dilambai menyuruh Umaira masuk ke dalam kereta. Ishk. Umaira geleng kepala. Kemudian pandang kiri kanan, risau pula kalau ada yang melihat. Bukan apa, bukan Umaira nak rahsiakan persahabatan mereka, cuma sebabkan Umaira belum kenal lagi siapa sebenarnya lelaki itu.
            
“Puteri Harbour?” Umaira mengangguk dan memasuki kereta Myvi nya. Sebenarnya jauh di sudut hatinya dia suka dengan kehadiran mengejut lelaki itu. Nanti dia akan bertanya kenapa seminggu ini lelaki itu menyepi, langsung tiada khabar. Suka buat Umaira tertunggu-tunggu. Dan hari ini tiba-tiba dia muncul di hadapan mata.

Umaira melangkah ke sebuah gazebo. Dia terhibur melihat gelagat beberapa pasangan yang sebok bergambar. Tapi hatinya lebih terhibur melihat seorang lelaki yang datang menghampirinya. Segak lelaki itu dengan kemeja biru air laut yang lengannya sudah dilipat hingga ke paras siku.
            
“Hai sayang..” Tegurnya, buatkan muka Nurin Umaira tiba-tiba menjadi panas dek kerana malu. Orang putih kata, blushing. Oh la, Nurin Umaira memang sudah jatuh hati dengan lelaki kacak ini. Dia panggil Umaira sayang? Rasa nak pengsan.
           
Miss me?”
            
Tak mampu hendak menjawab soalan itu, Umaira hanya tersenyum. Lidahnya kelu hendak menjawab walaupun hatinya meronta untuk menyatakan ‘ia, sangat rindu’ tapi dia harus menjaga maruah dirinya. Keluar berdua beginipun dia rasa tidak sepatutnya. Bagaimana kalau ada yang nampak? Kalau lelaki ini suami seseorang, bukankah ianya akan jadi masalah besar nanti.
           
I assume that smile tu untuk jawapan, YES, miss you like crazy. Right?”
            
Dengan kening yang dijongketkan, dengan bau haruman perfume dia yang sangat menusuk hidung, Ya Allah, boleh khayal Umaira dibuatnya. Rasa bagai nak dicium-cium dan dipeluk erat lelaki tegap yang berdiri di hadapannya itu. Umaira tertawa kecil. Tidak tahu tertawa untuk soalan Mr. MMK atau kepada perkara yang sekarang ini terlintas di kepalanya.
            
“Ingatkan dah lupa saya.”
            
“Ishk, mana boleh lupa. Sorry, outstation lima hari ke Jakarta. Turun flight terus ambil kereta drive sampai sini. Nak tengok you depan mata baru hilang rindu. Umaira, kahwin dengan I nak tak?”
            
Dia ajak aku kahwin? Oh my.. betul ke?       

“Awak ingat saya ni anak ayam ke? Ajak kahwin macam tu je? Selagi awak tak beritahu nama awak, jangan harap nak lebih-lebih ya.”

“Kalau beritahu nama, boleh terus kahwin?”

“Eh taklah. Ada banyak syarat lagi.”

“Errmm.. You list kan syarat you dulu, baru I beritahu nama I.” Dia tertawa. Tawanya pun merdu menyapa telinga. Ah. Dah angau kau ni Umaira.

Mereka menghabiskan petang dengan menikmati pemandangan indah di situ. Sempat juga mereka mengambil gambar bersama. Wefie kata orang sekarang. Umaira sangat terhibur, hilang segala resah yang menganggunya saat lelaki itu gagal dihubungi. Banyak juga yang diceritakannya, namun apa yang Umaira perasan lelaki itu tidak pernah bercerita tentang keluarganya mahupun tentang kerjanya. Seperti ianya sesuatu yang sangat dirahsiakan.

Dari bersiar-siar mereka kini sudah duduk berhadapan di hotel bertaraf lima bintang Somerset Puteri Harbour. Bagaikan terpukau Umaira hanya mengikut ke mana sahaja di bawa Mr. MMK. Umaira bukan jenis yang sukakan kemewahan. Namun saat ini dia seolah sedang menelan kata-katanya sendiri.

Hidangan yang tiba di meja cukup menyelerakan namun bagi Umaira dia sudah kenyang dengan hanya memandang wajah lelaki itu. Walaupun dia hanya mencuri pandang sekali-sekala, maklumlah malu masih menebal di dalam dirinya tapi sudah cukup buat dia tertawan.

Dan Mr. MMK pula asyik menghadiahkan dia senyuman setiap kali mata mereka bertembung. Ah, sungguh gelaran Mamat Muka Ketat sudah tidak sesuai buatnya. Sekarang ini harus ditukar kepada Mamat Muka Hensem.

“Umaira, ulang alik ke dari rumah ke ofis?”

Dia hanya mengangguk, menunduk perlahan menguis spaghetti di pinggan. Makan? Ah malulah, nak buka mulutpun rasa janggal, lagilah dia boleh nampak mata Mr. MMK asyik memandang dia.

“You dah tak ada suara eh?”

“Eh, adalah.” Gelas di sisi dicapai. Nak menghirup air di straw pun dia rasa malu. Mana tahu tergelojoh, tersedut laju, mana hendak diletak muka. Sudahlah Umaira selalu terikut cara abang-abangnya minum air, langsung tak ada ciri-ciri wanita idaman.

“You ada nak tanya I apa-apa ke? Dari tadi muka tu macam ada soalan nak tanya.”

“Ah, banyak sangat.” Okay untuk yang ini Nurin Umaira teruja. Dia tanpa silu mengangkat wajahnya dan memang banyak soalan nak diajukan.

“Miss Clumsy, makan tu comotnya.” Dia ternganga mulut saat jari Mr. MMK tanpa isyarat terus menyapu sisa sos spaghetti di hujung bibirnya.

Sorry, sorry Umaira. Tak sengaja, diluar kawalan.” Kedua tangannya diangkat. Dia nampak lelaki itu mengeluh, mungkin betul dia tak bermaksud nak buat begitu. Tapi ianya memang sesuatu yang janggal.

“Mesti dah biasa buat kat orang lain, kan? Awak dah ada isteri ya?” Tiba-tiba sahaja Umaira boleh keluarkan soalan itu. Matanya tajam merenung Mr. MMK di hadapannya.

“Belum. I bujanglah. Memanglah umur dah lewat sikit, tapi I bujang. Sumpah, I bujang. Itu first time I buat macam tu, sebab I rasa you ni special girlfriend I. Sorry, I tak sepatutnya pegang. Tapi I jeles, macam-mana sos tu boleh sebok duduk kat bibir you, I pun tak pernah rasa lagi.. Auchh, Umaira!” Belum sempat ayatnya dihabiskan kakinya sudah ditendang Umaira. Hampir terjerit lelaki itu. Padan dengan muka dia. Suka nak cakap macam tu, tak tahu ke yang Umaira dah malu ni.



, ,