ilashukri.blogspot.com

Wednesday 11 July 2018

[ Bab 42 ] Dia Bukan Skandal


SESUNGGUHNYA perasaan cinta yang Allah hadirkan dalam diri setiap manusia itu sangat indah. Perasaan itu bagaikan mofin yang boleh buatkan sesiapa juga khayal dan asyik sendiri.

Lihat sahaja penangan cinta antara Umaira dan Izhan, sebaik tamat waktu bekerja, Umaira bergegas pulang ke rumah untuk menukar baju. Dia juga ingin mandi dan merehatkan tubuhnya. Petang nanti bila dia sudah bersolat Maghrib, dia akan ke resort semula untuk bertemu Izhan. Tapi lelaki itu langsung tidak mahu berenggang darinya. Bersungguh dia hendak meneman Umaira pulang ke rumah, hingga sanggup menunggu di dalam kereta.

Tak akanlah Umaira nak bagi masuk, dia tinggal seorang. Apa pula kata jiran-jiran nanti. Sudahlah dia orang baru di situ. Tak mahulah hendak membuat benda yang tidak elok di kawasan orang. Jadinya dia membiarkan sahaja Izhan meronda-ronda dengan kenderaan company di sekitar kawasan rumah. Jangan dia sesat sudahlah.

Usai bersiap, dia bersegera mendapatkan cinta hatinya itu.

“Ada cctv tak kat depan pagar ni?” Soalan Izhan sebaik dia memasuki kereta.

“Tak ada rasanya.”

“Belakang rumah?”

Menggeleng. Setahu Umaira memang tak ada cctv. Tak tahulah kalau dia yang tidak diberitahu.

“I tak ada nampak camera cctv. Bahaya ni, nak kena report kat management. Kenapa you tak tinggal kat resort jer?”

“Masa tu kan tengah frust, sedih, tak naklah orang dengar kalau-kalau nangis ke, berteriak ke..” Umaira cemek muka. Banyak sangat soalanlah.

“Sampai macam tu sekali?”

“Eh, taklah. Saya ni suka tengok drama, cerita hindustan, kuch kuch hota hai, kan sedih..” 

“Teruknya siapalah yang buat you sampai macam tukan, nak kena ni. Cuba you beritahu siapa orang tu, biar I tumbuk muka dia.” Izhan tertawa kecil. 

“Hari tu kena tumbuk dengan Angah ya? Sakit tak?” Teringat pula Umaira pada gambar yang Izhan kongsi padanya. Bibirnya yang lebam ditumbuk Angah Farid.

“Ishk, tak adalah. I kan kuat.” Sempat dia mengangkat tangannya dan menunjukkan bicep nya yang ala-ala abang sado. Haha! Ada tawa halus dihujung katanya.

“Awak marah ke dengan angah?”

Kereta sudah berhenti di parkir. Khairil Izhan mengalih pandang ke arah Nurin Umaira. “Kalau dengan tumbukan angah tu, boleh buatkan you lebih sayang dan cintakan I, I rela ditikam sekalipun oleh keluarga you. Janji at last, you will be mine.”

“Habis kalau kena tikam, lepas tu mati? Macam-mana?” Tidak menunggu sesaat Umaira terus mengaju soalan balas.

“Mati I sebab I dah buktikan yang I memang cintakan you. I ikhlas, I serius. Bukan jenis yang cakap di mulut, di hati lain.” Nak berdebat cakap dengan Khairil Izhan ke Nurin Umaira oi? Dia tu kan sweet talker.

“Habis kalau awak mati, apa jadi dengan saya?”

“You..” Perempuan memang cepat merajuk ke? Izhan cuma nak bergurau saja. Don’t take it serious Umaira.

“Aahhh! Saya bolehlah mengurat Imran, kan? Diapun ok what, not bad!” Umaira terus pintas kata-kata Izhan, terus juga membuka pintu dan keluar dari kereta. Panas pulak rasa hati berdebat cakap dengan Mr. CEO tulah. 

“Imran?... Imran or Izzuwan?” 

Khairil Izhan tak salah dengar ke? Umaira sebut Imran tadi? Imran ke Izzuwan? Cepat-cepat dia mematikan enjin kereta dan keluar. Sambil berlari anak, remote kereta Proton Saga BLM ditekan. Mengejar Umaira yang sudah jauh nun di hadapan.

Kuat merajuk juga ya. Khairil Izhan suka. Dia memang suka kalau perempuan merajuk. Tentu seronok nak mengusik, menambah rajuk mereka.

“Sayang..” Dia mencuit bahu Umaira. Umaira buat tak tahu. Matanya terpandangkan Imran yang sedang duduk santai di tepi pool. Langkahnya terus dihayun ke arah Imran.

“Hai..” Mereka berbalas senyum. Tanpa menunggu pelawa Umaira duduk di kerusi sebelah Imran. Khairil sekadar memandang.

“Eh, you all berbuallah dulu, nak jumpa Hamdan kejap. Sayang, jangan lebih-lebih dengan Imran ni ya. Dia ni buaya.” Sekadar melambai tangan, Khairil terus berlalu meninggalkan Umaira dan Imran kebingungan. Langkahnya terus dihayun menuju ke lobi. Dia perlu mencari Hamdan segera.

“Hamdan ada?” Staf di kaunter memandangnya. Orang lain. Bukan staf perempuan tadi. 

“Ya, Encik Khai?” Hamdan mendekati.

“Rumah pekerja yang Cik Umaira tinggal tu, ada cctv tak?”

“Cik Umaira? Oh Cik Nurin? Rasa saya tak ada, Encik Khai.” 

“Kunci pendua rumah tu, awak ada tak?” 

“Eh tak ada Encik Khai. Itu semua dalam peti simpanan, cuma Puan Zulaikha saja yang tahu.” 

“Bila Puan Zulaikha naik kerja?”

“Lagi 2 bulan rasanya.”

“Ishk lama sangat tu. Okay macam ni, you cari mana-mana orang yang boleh pasang cctv, I nak cctv dipasang kat bahagian depan, dan belakang. Kunci nanti I minta pada Cik Umaira or Cik Nurin.”

“Boleh Encik Khai. Esok saya..”

“I nak hari ni. Kerja buat esok. Payment I uruskan.”

“Tapi kedai dah banyak tutup ni Encik Khai.” Hamdan memandang jam di tangan. Sudah hampir pukul 7. 

“Call I bila dah dapat.” Business card dihulur pada Hamdan. Hamdan garu kepala. Mana hendak dicari. Kebiasaan pukul 6 kedai sudah tutup.

“Baik Encik Khai.”

Sementara itu, Nurin Umaira janggal hendak berbual dengan Imran. Tadi dia hanya berlakon sengaja hendak buat Khairil Izhan cemburu. Rupanya lelaki itu tidak mengendahkan dia. Entah ada apa agaknya dia mencari Hamdan.

“Umaira ada nak tanya saya apa-apa?” Segan pula dia bila Imran bertanya sebegitu. Duduknya dibetulkan. Nafasnya ditarik perlahan, cuba mengawal perasaan sendiri.

“Ermm.. Encik Imran kawan baik Izhan sejak dari belajar ya?”

“Tak payahlah ber’encik’ dengan saya Umaira. Panggil saya, abang Imran. Sebab saya lebih tua dari Umaira. Im, pun ok.” Imran gelak besar. Tidaklah nak panggil dia abang Imran, geli pula rasa.

“Izhan tu dah kahwin ke?” Soalan yang selalu mengganggu fikiran. Sakit perut setiap kali soalan itu bermain di kepala.

“Dah. Dia duda anak satu.”

“Oh?”

Duda anak satu? Betul ke?

“Anak dia tinggal dengan siapa?” Umaira cuba ingat ketika dia berada di banglo Izhan, dia tidak pernah nampak sebarang gambar keluarga di mana-mana.

“Kat London.”

“Berpisah hidup ke ..”

“Meninggal dunia. Anak dia betina, umur dalam 3 tahun kalau tak silap.” Imran faham akan soalan Umaira. 

“Betina?” Macam pelik pula bunyinya. Dah macam kucing. Imran ni nak main-mainkan Umaira ke?

“Orang sini panggil perempuan kan, orang tino. Sorry salah sebut.” Imran tertawa suka. Lagilah bila dia nampak Khairil yang sudah menghampiri mereka. Melihatkan Umaira yang seolah mempercayai kata-katanya, Imran menyambung lagi.

“Kami ingat Khai tak akan bercinta lagi lepas kematian Catty, tak sangka dia jatuh cinta pada Umaira. Mulanya kami pelik bila dia terkejarkan Umaira, sampai sanggup melawan cakap mama dia. Puan Seri Maria tu siapa yang tak kenal. Kiranya, Umaira bertuah bila dia yang cari Umaira, sukakan Umaira, sebab saya tahu dia betul-betul maksudkan perasaan dia. Bukan senang duda anak satu macam Khai tu nak bercinta semula.” 

Imran jongket kening pada Khairil yang berdiri berhampiran mereka. ‘Kau tengok aku dah tolong up kan kisah cinta kau.’ Imran seolah memberitahu Izhan.

“Borak apa ni?” Khairil pura-pura menyapa, walhal sedari tadi dia asyik memerhati. Malah dia mendengar sedikit dari perbualan mereka.

“Ini haa, Umaira tanya..”

“Abang Imran nak makan apa malam ni?” Umaira terus memintas kata-kata Imran.

“Abang?!” Serentak perkataan ‘abang’ terkeluar dari mulut Khai dan Imran.

“Apa-apa saja yang adik nak masakkan. Abang tak kesah.” Imran kulum senyum bila matanya bertembung dengan mata Khairil yang macam nak makan dia saja malam ni.

“Eh, sampai hati you panggil Imran, abang. I ni sebaya Imran kot. I nak merajuklah macam ni..” Khai tarik muka. Dia yang baru sahaja duduk di kerusi meja bulat di tepi pool itu, kemudian berlalu, sekali lagi meninggalkan Imran dan Umaira kebingungan.

Alolo, Khairil Izhan merajuk rupanya. Langkahnya terus dihayun menuju ke chalet. Balik mandi dan bersolat, lagi baik. Setelah jauh dia mencuri toleh, lagilah menambah geram hatinya, bila Imran dan Umaira masih duduk bersama lagi, fikirnya Umaira akan mengejar dan memujuknya.

Ah, tadi Umaira merajuk, dia belum sempat pujuk. Ini dia pula yang merajuk. Malas hendak berfikir lanjut, Khairil terus membaling tubuh ke katil. Saat penghawa dingin menyapa tubuhnya yang kepenatan, mata sangat pantas terpejam.

Tidak tahu berapa lama dia terlena. Kepala jadi pening akibat bangun tergesa-gesa. Cuaca di luar sudah gelap. Bergegas mencapai iPhone di atas meja. 7:45malam. Oh dia kena segera untuk solat Maghrib. Dia memerhati sekeliling, langsung tiada kelibat Imran.

Adakah Imran masih bersama Umaira? Abang Imran? Argh Khairil Izhan boleh jadi sakit kepala. Usai solat Maghrib dia bergegas ke kawasan pool. Mengintai kot lah Umaira dan Imran masih berbual di situ. Ermm.. tak nampak pula mereka, ke mana agaknya ya?

“Hoi!” Bahunya ditepuk. Terkejut Khairil dibuatnya. Hampir sahaja mulutnya mencarut dek terperanjat. 

“Ah alah kau ni, buat terkejut aku jelah.” Dia memarahi Imran.

“Kau pergi mana?”

“Balik bilik.”

“Balik bilik? Kau sentap eh?”

“Choi! Apa barang nak sentap-sentap?” Kakinya dihayun menyusuri kawasan kolam renang yang luas itu. Seronok kalau dapat mandi, dan bermain air dengan Umaira. Di mana agaknya gadis itu.

“Habis kalau kau tak sentap, kenapa kau balik bilik?” 

“Aku nak tukar baju. Basuh muka.”

“Habis ni, masih pakai baju tadi?” Imran jongket kening lagi. Mulutnya pula sedang mengulum senyum. Dia tahu, Khairil sedang berbohong.

“Alah, sikit je tadi, konon nak buat-buat merajuk, sekali tak ada orang pujuk. Hampa.”

“Hampa?” Hahaha! Tawa yang Imran tahankan sedari tadi akhirnya meletus kuat. Aduhai. Khairil Izhan, si mamat muka ketat, mr stone cold, hampa? Merajuk dengan perempuan? Macam tak boleh diterima fikiranlah.

“Umaira mana?” Malas hendak mendengar tawa Imran, Khairil tercari-cari Umaira.

“Dia kata tadi nak solat kat pejabat. Dia call kau banyak kali juga kau tak angkat.” Ishk, tadi Khairil sudah melihat iPhone nya, langsung tak ada miss called dari sesiapa pun. Itu yang buat dia lagi kecewa tu.

“Kat nombor satu lagi lah. Nombor skandal. Itulah nak buat apa agaknya ada banyak-banyak phone, lepas tu huru-hara sendiri.” Bebel Imran bila dia melihat Khairil mula teraba-raba seluruh poket, pastilah mencari iPhone kaler merahnya. 

“Kat bilik..” Khairil tersengeh. Rasanya dia tinggalkan di dalam bilik sedari sewaktu mereka melihat-lihat chalet VVIP 202.

“Aku ambik phone, lepas tu aku nak cari Umaira, lepas tu kita dinner, ok?” Isyarat ‘ok’ diberikan kepada Imran dan kakinya terus berlari ke bilik. Dia ingin memujuk gadis itu. Dia tak mahu Umaira merajuk lama-lama. Dia suka pada Umaira yang manis senyumannya, bukan Umaira yang masam mencuka.

[ Bab 41 ] Dia Bukan Skandal



, ,

No comments:

Post a Comment