Dunia Kecilku

ilashukri.blogspot.com

Tuesday 29 November 2016

[ Bab 6 ] - Dia Bukan Skandal

Good Umaira. Your design dah terpilih untuk projek di Nusajaya. Tan Sri Sufrie nak you ke Nusajaya dan pantau projek di sana selama dua minggu. Discuss dengan project manager, tentang design then come back here. I mana boleh you jauh dari I lama-lama Umaira. I’ll miss you.”

Eh eh, Tuan Mansur ni dah kenapa? Selalu sangat nak menggatal dengan Umaira. Tolonglah, isteri ada dua, anakpun dah nak masuk yang ke sembilan, lagi nak menggatal. Hish, meluatlah.

“You cantik Umaira, jadi isteri nombor tiga I, nak tak?”

Ingat dengan jongket-jongket kening tu Umaira tergoda? Dari kahwin dengan Tuan Mansur baiklah lagi Umaira kahwin dengan Encik Mamat Muka Ketat.

Eh? Hello, Nurin Umaira. Boleh pula Encik Mamat Muka Ketat masuk dalam cerita Tuan Mansur ya? Dah kenapa? Dah suka?

Nurin Umaira picit pelipis. Pening tiba-tiba, asyik mengingatkan Encik Mamat Muka Ketat tu dah kenapa ya Nurin Umaira? Cuba tenangkan diri, dan ingat kembali, kenapa agaknya Nurin Umaira asyik nak ingatkan si Encik Mamat Muka Ketat. Adakah sebab sudah beberapa hari tidak terserempak dengan dia? Rindu ke?

Nurin Umaira rindu Encik Mamat Muka Ketat? Nonsense lah.

“Mai.” Mejanya diketuk.

“Ya?” Dia mengangkat wajah. Oh, Izzuwan. Dia nak apa ya?

“Kenapa ni? Saya panggil dah berkali-kali, awak melamun apa?”

“Eya ke? Mana ada. Ya, Encik Wan nak apa?” Dia cuba membuang segala bayangan yang mengganggu. Wajahnya dimaniskan, buat lelaki bernama Izzuwan di hadapannya tersenyum meleret.

“Tak tidur malam nanti saya Umaira.” Izzuwan ketawa kecil. Lelaki inipun boleh tahan juga wajahnya. Orangnya penyabar dan amat bertimbang rasa. Tapi kenapa Nurin Umaira tak ada rasa ya bila bersama dengan dia?

“Petang nanti kita ada discussion pasal your design. Nanti awak nak ke Nusajaya dua minggu. Project manager dari Nusajaya akan datang petang ni. Don’t be late, sharp 3PM okay. Saya tunggu awak kat meeting room.” Izzuwan kenyit mata, Umaira tunjuk penumbuk.

“Apalah sangat penumbuk awak tu Umaira.” Izzuwan ketawa kecil lagi. Beberapa orang rakan sekerja yang sebok menyaksikan perbualan mereka turut ketawa. “Sweet couple.” Umaira menangkap satu suara. Ah, tidaklah, Izzuwan tu kan senior Umaira. Dia hormat Izzuwan. Dia dan Izzuwan tidak ada apa-apa, mereka tak pernah declare couple. Cuma ramai yang tahu, Izzuwan memang sukakan Umaira dan sanggup buat apa sahaja untuk Umaira.

“Mai.” Juita datang mendekat.

“Kau nak ke Nusajaya dua minggu?”

“Ya. Lusa.” Umaira mengangguk.

“Alah, habis aku tidur sorang?”

“Ialah, bukan memang selama ni kau tidur sorang? Kau bukan sebilik dengan akupun.” Ishk Juita ni. Lain macam saja bunyinya.

“Maksud aku, aku soranglah nanti kat rumah, dua minggu pula tu. Aduh lamanya. Habis pergi kerja balik kerja, kau bawa balik keretalah ya?”

“Mestilah Cik Juita oi. Nanti kat Nusajaya aku nak pergi kerja naik apa, bukan ada monorel atau LRT kat JB tu.”

“Alah…” Juita mengeluh dan kemudian berlalu ke tempat duduknya.

“Nanti aku tanya kat Encik Wan kalau-kalau dia nak ambil kau. Kau kan suka kat dia.” Suaranya dikuatkan sedikit memandangkan Juita sudah kembali ke meja kerjanya mengundang lirikan rakan yang lain.

“Mai, teruklah kau ni.” Juita tarik muka. Umaira ketawa kecil. Ah hilang seketika bayangan encik mamat muka ketat. Umaira tarik nafas panjang.


Notification Whatsapp Umaira pandang sekilas. Dia perlu fokus pada discussion untuk projek di Nusajaya. Lusa dia sudah perlu lapor diri di cawangan sana. Tapi entah kenapa dia rasa terpanggil untuk melihat sekali lagi. Macam ada sesuatu pada mesej itu.

·         Hi Miss Clumsy

Matanya terbuntang memandang. Omai!

Sender: Mamat Muka Ketat. Hatinya jadi berdebar-debar. Jantung mengepam laju, kadar adrenalin di tubuhnya meningkat tiba-tiba. Umaira hampir terjerit dibuatnya.

“Kenapa Umaira?”

“Hah? Tak, tak ada apa-apa.” Tergagap dia sekejap. Matanya terpejam dan nafas cuba dikawal. Sesekali dia memegang dadanya yang berdebar kuat.

“Umaira?”

Oh kalau tadi Izzuwan yang bertanya, kini Tuan Mansur pula. Jangan buat hal Umaira. Jangan cari penyakit. Ah, kuat betul penangan encik mamat muka ketat ni. Betul-betul buat Umaira tak tentu arah.

“Maaf. Saya terkejut jer.” Dia cuba kawal gelora yang melanda. Beristighfar berkali-kali. Biarlah dulu Whatsapp tu, nanti habis discussion baru dia akan baca. Lagipun dah nak rap up, sepuluh minit lagi mungkin dah habis.

Namun masih panjang lagi penerangan dari project manager Nusajaya. Kagum Umaira dengan kepantasan kerjanya, malah dia sangat detail orangnya. Ada juga beberapa design yang diubah, namun masih mengekalkan design asal Umaira.

Sekali lagi Huawei P10 nya berbunyi menandakan ada pesanan Whatsapp yang masuk. Walau perlahan volume nya namun masih mampu membuat Umaira berpaling. Ah, kenapa aku tak silent mode saja tadi.

·         Hi Miss Clumsy

Masih dengan mesej yang sama dan dari pengirim yang sama. Kali ini debaran tidaklah seperti tadi. Biarlah dulu. Sekejap lagi Umaira tengok.

“Fikri, tolong tengokkan Umaira ya dua minggu di Nusajaya. Makan minum dia, dia ni my favorite staff. I dah ajak dia kahwin tapi dia tak nak.” Tuan Mansur ni dah kenapa? Nak buat malu Nurin Umaira depan semua orang ke?

“Oh, itu sebab dia kata dia tunggu saya masuk meminang dia, Tuan Mansur.” Izzuwan pula mencelah. Memanglah dia orang ni, suka buat Umaira macam ni.

“Ah, ramai peminat rupanya. Okay, saya akan jaga elok-elok. Jadi jangan ada yang jeles ya, saya pinjam Umaira dua minggu. Kalau boleh extend, lagi bagus.” Dan serentak itu mereka semua tertawa. Umaira? Buat muka menyampah. Ingat Umaira nak ambil peduli.

Nurin Umaira sebenarnya dah tak sabar nak tengok handphone. Dia hendak melihat Whatsapp yang diterima. Cepatlah habis meeting.

“Siapa mesej tadi?” Izzuwan separuh berbisik pada Umaira. Dia berjalan perlahan supaya dapat menyayingi gadis itu.

“Mana ada.” Umaira cuba berdalih.

“Sampai terkejut macam tu duk pandang phone. Dari boyfriend ke?”

“Taklah. Dari secret admirer.” Umaira buat muka suka, walau perkataan secret admirer itu seperti pedang yang menikam jantung Izzuwan, dia terhibur melihat wajah manis gadis idamannya itu.

“Umaira, malam ni dinner?

“Taklah Tuan Mansur. Nak pack baju.”


“Memang susah nak ajak dia dinner. Lunch pun.” Izzuwan hanya mampu memandang Umaira kembali ke meja kerjanya. Dan Umaira terus melabuhkan punggungnya ke kerusi. Memandang Huawei P10 Lite nya tanpa kerdip. Applikasi Whatsapp dibuka. Tertera nombor asing di skrin. Dia cuba skodeng DP si pengirim. Gambar badan seorang lelaki memakai sut serba hitam, tidak nampak mukanya, malah kakinya juga. Dia mengeluh. Dia ke? Betul ke dia encik mamat muka ketat, tapi hanya dia saja yang memanggil Umaira ‘clumsy’, dua kali pula tu. Lagi pun kenapa dia guna nama ‘mamat muka ketat’ sebagai nama profile?




[Bab 7 ] Dia Bukan Skandal
[ Bab 5 ] Dia Bukan Skandal
, ,

Wednesday 2 November 2016

[ Bab 5 ] - Dia Bukan Skandal


NURIN Umaira terasa seperti diperhatikan sahaja sehari dua ini. Ah, mungkin perasaannya sahaja, siapalah yang hendak memadangnya. Okay, memang Nurin Umaira cantik, tapi dia jenis yang low profile, pakaiannya sentiasa dijaga, sentiasa menutup aurat. Tutur katanya juga selalu dijaga jika dia berbual dengan lelaki. Bak kata Juita, Nurin Umaira ni calon menantu pilihan.

Sudah dua hari juga dia tidak terserempak dengan lelaki yang digelarkannya ‘mamat muka ketat’ itu. Mungkin lelaki itu kerja di bahagian lain. Dia juga baru sekali dua itu melihatnya. Atau mungkin juga dia cuma pelawat yang tumpang solat. Tapi, kenapa ya Umaira mesti hendak memikirkan lelaki itu?

“Kau ni Mai, dua tiga hari ni asyik tertengok-tengok, cari siapa?”

“Mana ada?” Nurin Umaira buat muka pelik pada Juita. Ketara sangatkah yang dia sedang tercari-cari encik mamat muka ketat?

“Eh, Mai, Jue. Kau tahu tak yang CEO baru dah start kerja minggu lepas. Aku dengar cakap-cakap orang, CEO baru tu, garang. Dia orang kata lagi, cold like ice.”

“Itulah aku pun ada dengar. Muda ke tua?”

“Mudalah, kan anak Tan Sri Sufrie. Budak London.”

“Kau dah tengok dia ke?”

“Ishk, kau ni Jue, asyik soal aku jer.”

“Ialah, dah kau yang mula cerita, aku tanyalah. Kau dah jumpa dia ke?” Juita kalau dengan Dayang memang macam itulah, ada saja yang nak dibualkan.

“Belum. Aku kata dah tadikan, orang kata. Manalah orang macam kita nak jumpa CEO, Tan Sri Sufrie dulupun kita jumpa time ada dinner ke, jarang sekalilah nak terserempak kat lobi, kat lif. Dia orang ni macam invisible, ada tapi tak boleh dilihat.”

Nurin Umaira hanya memerhati sahaja kedua sahabatnya itu berbual. Dia tidak berminat hendak ambil tahu tentang CEO baru. Dia lebih berminat hendak mengingati ‘Encik Mamat Muka Ketat’. Kalau terjumpa sekali lagi agaknya macam mana reaksi dia ya. Mungkin malu, mungkin suka. Masakan tidak malu, bila lelaki itu memegang lengannya. Mungkin juga benci, bila dia ditolak kasar.

“Aku dengar cerita dia membesar di London. Dari umur 10 tahun dia ikut mak saudara dia berhijrah ke London. Agaknya kalau bercakap dengan dia, mesti nak kena speaking London. Pening.”

“Maira!” Dayang terjerit.

“Hah? Apa dia?” Dahi Umaira berlapis jadinya. Dia memandang wajah Dayang dan Juita. Kepalanya diangkat tanda bertanya ‘apa?’

“Kau dengar tak apa aku cerita?” Dayang sudah bercekak pinggang.

“Dengarlah.”

“Aku cakap apa?”

“Kau cakap Budak London, cold like ice. Itu Jue pun ada cerita hari tu.”

“Itu saja yang kau dengar?” Nurin Umaira mengangguk, kemudian tersenyum senget.

“Kau berangankan Izzuwan ke?” Soalan Juita tu, soalan minta penumbuk.

“Ishk. Dahlah. Dari melayan kau berdua, baik aku bersiap nak balik. Aku solat Asar dulu tau, Jue. Tunggu kat lobi macam biasa.”

Umaira menyusun dokumen dan pensel di atas meja. Draf yang sudah separuh siap diletak kemas. Esok dia akan sambung semula lakaran untuk projek di Nusajaya. Dia hanya ada tiga hari lagi untuk membentangkan ideanya kepada Tuan Mansur. Kalau dia boleh siapkan awal, mungkin boleh diserahkan dahulu pada Tuan Mansur, mana tahu ada yang boleh dibaiki.

Dan sepanjang perjalanan pulang dia, sementara menunggu lif, memasuki lif, bergerak ke parkir, dia hanya mengingati kejadian petang semalam. Sesekali dia tersengeh mengingatinya. Ketika itu dia sedang membelek telefon, rindu yang bertandang pada si ibu, membuatkan dia membelek gambar ibunya di telefon bimbit.

“Ehemm..” Langkah terus terhenti. Siapa tu?

“Auchh! Maaf” Umaira terjerit kecil. Dia hampir tersungkur ke hadapan dek kerana dilanggar dari belakang, mujur ada tangan yang menangkap lengannya.

“Eh, awak?” Nurin Umaira sudah bulat mata.

Yes, me. So? Kalau berjalan tu, mata biarlah pandang depan, bukan pandang handphone. Clumsy.” Hei dia ni memang nak cari gaduh agaknya.

“Eh, seluas-luas kawasan, yang pergi jalan belakang saya tu kenapa? Ada niat tak baik ke?” Nurin Umaira dah tak boleh nak tahan dah. Perkataan clumsy tu buat dia rasa nak cekik saja orang yang menyebutnya. Dia berdiri tegak, dengan berani wajah itu dipandangnya. Namun kemudian dia pula yang terpegun.

“Kalau tau tadi I biarkan you jatuh macam nangka busuk. Orang dah tolong tak berterima kasih.” Eh dia ni memang sengaja nak lancar perang dunia agaknya.

“Hiduplah awak dengan sombong awak tu, mamat muka ketat.” Bebel Umaira bila permintaan maafnya seolah tidak dilayan lelaki itu. Umaira terus berlalu ke bilik solat. Dia perlu segera bersolat dan kemudian turun ke lobi, cari Juita dan balik. Dia perlu lupakan terus bayangan mamat muka ketat dari ingatan. Annoying betullah.

Sehensem manapun kita, kalau perangai menyombong, tak guna juga. Bebelnya lagi. 



, ,

[ Bab 4 ] - Dia Bukan Skandal


KHAIRIL Izhan tidak senang duduk. Ada rindu yang bertandang di hatinya. Ah, sakitnya rindu itu tidak dapat untuk dia gambarkan. Segala apa yang dia buat jadi serba tidak kena. Betullah seperti pepatah melayu, makan tak kenyang, mandi tak basah. Di matanya, di pandangannya hanya ada Nurin Umaira.

Hatinya sakit setiap kali melihat Nurin Umaira bermesra dengan rakan sepejabatnya. Ada cemburu yang mengganggu setiap kali dia terlihat gadis itu sedang berbual dan tertawa, walaupun dengan teman serumahnya sendiri. Ah, dah parah dah Khairil Izhan. Sakit jiwa kacau yang kronik.

Lama dia menunggu di hadapan pintu lif mengharap lif akan segera ke tingkatnya. Mungkin sebab sudah waktu balik kerja, ramai yang menggunakan lif untuk turun ke lobi. Penat menunggu dia menghayun langkah lesu ke arah tangga. Daun pintu dikuak, hanya tiga tingkat di atas sahaja untuk sampai ke surau. Dia mengatur langkah perlahan, menaiki anak tangga setingkat demi setingkat.

Sebaik dia menjenguk kepala ke tingkat surau, dia melihat seseorang sedang berjalan sambil menunduk, asyik memandang handphone di tangan. Senyum senget terlakar di bibir. Dia kenal gerangan yang berjalan di hadapannya saat itu. Dia mengikuti dekat, perlahan dan tidak berbunyi. Karpet lantai yang sedikit tebal, langsung tidak terdengar bunyi derapan kasut.

“Ehemm!!” Dia berdehem kuat. Sengaja, dengan niat mengusik.

Langkah gadis di hadapannya terhenti. Dia yang mengikuti dekat tidak dapat mengelak terus terlanggar gadis itu. Sempat lengan gadis itu dia sambar, jika tidak mau sudah tersungkur ke hadapan.

“Auchh! Maaf.” Gadis itu berusaha berdiri tegak, walau nampak agak susah.

“Eh, awak?” Si gadis di hadapan sudah bulat mata.

“Kalau berjalan tu, mata biarlah pandang depan, bukan pandang handphone. Clumsy.” Khairil Izhan dengan gaya mamat muka ketat.

“Eh, seluas-luas kawasan, yang pergi jalan belakang saya tu dah kenapa? Ada niat tak baik ke?” Mata gadis itu terjegil memandangnya.

“Kalau tau tadi I biarkan you jatuh macam nangka busuk. Orang dah tolong tak berterima kasih.” Muka menyampah dipamer.

“Maaf, terima kasih ya.” Si gadis cuba melakar senyum.

Welcome.” Sepatah menjawab dia terus meninggalkan gadis itu terpinga sendirian. Dengan senyum yang masih mekar di bibirnya, dia terus memasuki surau lelaki. Dia tahu mesti gadis itu sedang menyumpah-seranahnya.

Aduhai, Nurin Umaira, kenapalah comel sangat. Tawa Khairil Izhan dalam hati. Dia rasa seronok dapat mengusik Nurin Umaira, dia juga terhibur bila di gelar gadis itu, mamat muka ketat. ‘Dia belum kenal lagi siapa aku, nanti kalau dah kenal, baru dia tahu, siapa Khairil Izhan sebenarnya.’ Bisik hatinya.

Geram. Ia, Nurin Umaira sangat geram sekarang ini. Dia menarik nafas dalam, beristighfar di dalam hati.  Kenapa mesti terjumpa mamat tu lagi? Dalam ramai-ramai pekerja di bangunan ni kenapa mesti dia? Benci! Jerit hatinya. 



, ,