Dunia Kecilku

ilashukri.blogspot.com

Thursday 16 March 2017

[ Bab 8 ] Dia Bukan Skandal


“AWAK kerja kat mana?” Jadi canggung bila lelaki di hadapannya itu asyik memandangnya. Dah habis soalan juga hendak ditanya. Air yang dipesan baru seteguk di telan. Sengaja Umaira pilih untuk minum di medan selera itu. Ramai orang, keadaanpun agak riuh, jadi taklah segan sangat dia hendak berhadapan dengan lelaki itu.

“Kat Mega Holdings.” Dia tersenyum.

“La ia ke?” Patutlah. Kerja satu company, satu bangunan rupanya.

Sorry I stalk you. Gelaran mamat muka ketat tu tinggalkan kesan dalam diri I. I bukan mamat muka ketat. I bukan sombong.”

“Awak stalk saya? Jadi betullah memang ada orang perhatikan saya lately ni. Mana boleh macam tu. Patutnya awak sebagai lelaki, kena jaga kami orang perempuan ni, bukan nak takut-takutkan, jadi stalker pula tu.” Entah apalah yang Umaira bebelkan. Lidahnya jadi seperti bertih jagung pop pop pop. Sebenarnya dia cuma mahu membuang rasa gementar dalam dirinya. Dia sangat berdebar bila dia dapat rasakan, mata lelaki yang duduk berhadapan dengannya itu memang tajam memandangnya.

“Okay, kalau macam tu, apa kata you jadi my girlfriend? I bujang.”

“Bujang konon. Mana tahu you dah kahwin ke? Lelaki sekarang ni, dah kahwin pun mengaku bujang.”

“Ishk, jangan samakan I dengan lelaki lain, Umaira. I tahulah you tu ramai peminat. Tapi I tak cukup hensem ke nak dibanding dengan Izzuwan?”

Dia ni memang betul-betul tahu tentang Umaira. Agaknya apa lagi yang dia tahu tentang Umaira ya. Payahlah kalau macam ni. Umaira rasa dia dah tak boleh nak teruskan, dia kena balik lagipun dah nak Maghrib. Mesti nanti Juita risau.

Kalau nak bandingkan encik mamat muka ketat dengan Izzuwan, memanglah encik mamat muka ketat menang. Wajahnya ada aura tersendiri. Kulitnya cerah, rambutnya kemas pendek, sesekali ada lesung pipi melekuk cantik. Ah, kenapa dia rasa mereka ada persamaan?

“Kita sesuaikan? You baru perasan kan?”

Alamak, dia tahulah Umaira sedang belek muka dia. Umaira geleng kepala, tawa halus keluar dari bibirnya. Kelakar pula rasanya, Umaira buat perangai gedik. Umaira paling muka. Dia buat-buat tak perasan yang lelaki itu sedang menyinsing lengan kemejanya. Dilipat sehingga ke atas siku. Nampak urat lengannya yang sasa. Dia ni nak goda aku ke? Argh dah macam Lee Min-Ho.

“Kita solat Maghrib kat sini dulu ya? I ada benda lagi nak cakap dengan you.” Ah, dia lipat lengan kemeja sebab senang nak ambil wuduk ke? Aduh Umaira dah salah sangka. Terdengar suara azan dari Iphone milik lelaki itu yang terletak di atas meja. Mereka diam menghormati azan yang berkumandang. Sebaik azan berakhir, Iphone nya diambil.

“Umaira, satu lagi I nak beritahu.” Dia meletak kedua tangannya di atas meja dan badannya dicondong sedikit ke hadapan, sedikit dekat dengan Umaira. Iphone nya disua pada Umaira. Dia menekan sesuatu.

“I ambil dari DP Whatsapp you. Sorry dear I ambil without permission.” Matanya dikenyit. Ya Allah. Hensemnya dia buat gaya macam tu. Sebut dear pula tu. Ah! Umaira dah jatuh suka dengan mamat muka ketat. Ibu! Ayah! Umaira dah suka kat lelaki ni.

So, pulangkanlah semula.”

Come on Umaira. Mana boleh. Ni pengubat rindu I.”

Juita pun dahulu puji gambar selfie Umaira dekat kedai bunga aunty Rose tu. Cantik katanya, bila Umaira dikelilingi bunga.

“You mungkin tak perasan, hanya dengan lirikan mata you tu, hati lelaki boleh jatuh tergolek tengok you.”

“Eeuuu.. sweet talker.”

“I pun tak tahu, kenapa I jadi macam ni. Ni semua sebab you, Miss Clumsy. Eh, jom solat dulu. Tak elok lengah-lengah.”

Dia ni nampak macam orang ada-ada. Orang kaya, kereta saja Audi tu. Gaya dia yang segak dengan slack yang rasanya dari material yang mahal. Kemeja yang dipakai pun bukan calang-calang jenama, kemas bergosok dan wangi. Tapi dia nampak tak kekok nak minum kat medan selera ni. Ada setengah orang kaya tak nak masuk medan selera yang hingar bingar macam ni. Lagilah dengan bau gorengan, melekat kat baju.

Dia melangkah sama ke surau. Mengambil peluang ini untuk menenangkan fikirannya seketika. Menghantar pesanan ringkas pada Juita, memberitahu yang dia mungkin akan lewat pulang.


, ,

[ Bab 7 ] Dia Bukan Skandal

SERBA salah hendak membalasnya atau tidak. Hati sudah tak tentu perasaannya. Jari sudah mahu menaip sesuatu bila dia nampak orang di sana sedang typing….

·         You make me waiting so long…
·         Can we met?
·         I really miss u, Miss Clumsy
·         It almost a week
·         My heart twinkle twinkle thinking of you.

Oh, what is all about? Kenapa dia mesej Umaira macam ni? Kelakar ada, berbunga-bungapun ada. My Heart Twinkle Twinkle? Macam tajuk cerita Korea saja. Janganlah buat Umaira macam ni. Pipi Umaira dah merah dah ni, muka dah panas dek malu.

·         You make my heart dup dap dup dap
·         First time jadi macam ni.
·         I dah jumpa doctor, then doctor said, I’m in love

Umaira nak balas apa ni? Umaira jadi tak pandai nak berbahasa. Jadi bodoh tiba-tiba. Nak tanya Juita sahabatnya itu sudah lama balik. Juita sudah lama balik dengan Dayang. Umaira terlewat sebab discussion habis lambat.

Dia cuba menaip sesuatu.

·         Wah, sweet talker nya.
·         Pandai mengayat. Player ke?
·         Siapa ni?

Tak tahu kenapa Umaira tulis macam tu. Dia cuma tak mahu terjebak dalam permainan encik mamat muka ketat, kalaulah betul dia yang menghantar mesej itu. Tapi setahu Umaira dia memang tak pernah cerita pasal kejadian hari tu pada sesiapa, wa’ima pada Juita sekalipun.

·         Nurin Umaira binti Mohd Noordin
·         Nama itu sudah terpahat di dlm hati, agar lancar menyebutnya depan Tok Kadi.

Alamak? Cia cia cia.. Dah macam pantun dua kerat. Siap tahu nama penuh Umaira, ni dah kes berat ni. Siapa sebenarnya encik mamat muka ketat ni?

·         I call you boleh? Dah habis meeting?

Dia ni mesti staf Mega Holdings juga, kalau tak macam mana dia boleh tahu yang Umaira meeting tadi?

·         Mana tahu saya meeting?

Encik Mamat muka ketat sedang menaip sesuatu.

·         I tanya your colleague.. Tunggu kat surau tadi tak nampak you pun. I tunggu at your car. I park sebelah kereta you. I tunggu sampai you turun.

Then, encik mamat muka ketat terus offline. Eh? Sedap sahaja ayat dia ya. Tapi tak akanlah Umaira nak tunggu sahaja di ofis. Semua orangpun dah balik. Dia nampak Izzuwan yang last keluar tadi. Tuan Mansur awal-awal tadi sudah keluar dengan Encik Fikri, project manager dari Nusajaya.

Umaira bergegas ke surau. Dia sudah membawa sekali beg tangannya. Nanti dari surau dia terus ke parkir. Balik cepat, packing baju, esok habis kerja boleh terus drive balik Johor. Dapatlah dia makan masakan ibu, alah, Kulai dengan Nusajaya bukannya jauh sangat.

Dia yakin, encik mamat muka ketat tu sengaja mahu mengenakan dia. Tak akanlah dia hendak menunggu Umaira di parkir. Lagipun dia tahu ke, mana satu kereta Umaira? Alah, cakap je lebih.

Usai solat, Umaira terus bergegas ke kereta. Dia tak mahu terlewat sedikitpun. Lagipun jam dah hampir pukul 6:30 petang. Dia tidak mahu tersangkut jem. Biasanya dia pergi kerja dengan menaiki LRT bersama Juita, namun hari ini entah kenapa dia membawa kereta.

Tak ada sesiapa di parkir. Di sebelah keretanya memang ada sebuah kereta. Audi kaler silver metallics, sangat berkilat dan cantik. Bercermin gelap langsung tak nampak sesiapa di dalam. Model apa agaknya Audi ni, S8 ke macam cerita Transporter tu? Tapi Audi ni sporty, macam 2 seater jer, R8 ke? Puhh, kaya betul orang yang pakai kereta ni. Dia membebel dalam hati.

Dia menekan remote kereta Myvi kesayangan. Ini saja yang mampu Umaira beli, inipun sudah cukup buatnya. Duduk KL ni bagi perempuan yang tak cekap memandu macam dia, tak payah berangan nak pakai kereta panjang-panjang, terkial nak parking. Belum sempat dia hendak membuka pintu, dia mendengar bunyi pintu dibuka dari kereta Audi di sebelahnya. Dia menoleh.

Heh? Encik Mamat Muka Ketat?

“Hai.” Alamak. Tak sempat nak mengelaklah, sebab dia sudah mendekat. Segaknya dia. Umaira telan liur. Nasib baiklah pakai tudungkan, jadi tak ada siapa nampak Umaira gelojoh telan liur.

“Minum dulu nak tak?” Umaira dah gabra dah ni. Lagilah tangan encik mamat muka ketat elok diletak kat pintu kereta Umaira yang dah separuh terbuka. Memang susahlah nak mengelak.

“Mana dapat nombor saya?”

“I ada kenal orang dalam.”

“Saya nak balik, dah lewat ni.”

“Teman saya minum dulu, please.”

Dia sebut ‘please’? Biar betul? Bukan dia asyik nak marah saja ke? Very politely.

“You drive kereta you. Kedai area rumah you pun okay. Kalau you tak nak sesak kat bandar. I follow belakang.”

“Eh, mana boleh. Nanti awak tahu saya tinggal kat mana.”

“I tahu everything about you, Umaira. You ingat senang-senang I nak lepaskan perempuan yang dah peluk I?”

“Haallloooo!” Terjerit sedikit Umaira mendengarnya. Eeee.. geram pula Umaira dengan encik mamat muka ketat nilah. Dia ingat Umaira sengaja nak peluk dia ke? kan hari tu terlanggar, bukan sengaja pun. Lagipun mana ada sampai terpeluk bagai, cuma… tapi kalau orang lain yang nampak memang macam berpeluk kot..

“You, tinggalkan something kat dalam ni, Umaira.” Dia yang sudah bersandar di kereta Umaira, mengangkat tangannya ke dada. “I memang tak boleh lepaskan you, sebab you dah porak porandakan hati I. I ni jiwa kental, tapi tiba-tiba you buat hati I jadi lembik.”

“Aaah, so the very berterus terang. Dahlah saya nak balik.” Dengan memek muka menyampah, Umaira campak beg tangannya ke kerusi sebelah, dan kemudian dia sudah berkira hendak masuk ke dalam keretanya. Tak kisahlah kalau terpaksa tolak encik mamat muka ketat yang menyebok menghadang pintu.

“Eh, mana boleh. Nanti dua minggu you outstation, matilah I rindu kat you. So jom teman I minum.” Pintu keretanya ditahan dari ditutup. Aduh, boleh pening Umaira dibuatnya. Ialah, ialah. Minum sahaja. Tapi kat mana nak bawa dia? Kalau nombor phone Umaira pun dia boleh tahu, tak hairan kalau dia juga tahu kat mana Umaira tinggal.

Haa… jangan-jangan yang Umaira perasan macam ada orang perhati tu, dia tak?





[ Bab 8 ] Dia Bukan Skandal
[ Bab 6 ] Dia Bukan Skandal

, ,