DENGAN perasaan yang amat berdebar, Khairil Izhan menekan butang power on, dan di dalam hatinya tidak putus-putus berdoa, ‘harap-harap tak banyak miss called atau WhatsApp dari Umaira’. Risau dia jika gadis itu ada menelefon namun tidak dapat menghubungi dia. Sebaik iPhone miliknya itu bernyala, berdesup masuk pesanan di WhatsApp dan mesej miss called, tentunya semuanya dari Umaira. iPhone itu hanya khas untuk gadis itu.
Khairil tersandar di kerusi, dia mengeluh panjang. Jatuh
kasihan dan sesal pada gadis itu. “Allah, kasihan dia.. Sampai hati aku buat
dia macam tu.”
“Heh, tahu pula kau nak kasihan eh. Call lah. Kalau tak nak, bagi kat aku.. Mesti dia dapat layanan first class, tak payah sorok-sorok.”
Khairil menjeling Imran, dari nak makan nasi, makan
penumbuk pula nanti. Selamba kau je nak rampas awek aku.
Suasana di kedai makan itu agak sebok. Hari Ahad ramai
yang makan di luar, lagipun sudah hampir masuk waktu makan tengahari, namun masih
ada menu sarapan. Pastinya roti canai di kedai itu yang memikat selera Khairil.
Roti kosongnya garing dan sambal tumisnya manis. Kena dengan seleranya.
WhatsApp terakhir dari Nurin Umaira dibaca. Dia melihat
waktu mesej terakhir itu dihantar, dia mengagak sendiri. Ah, mungkin dia sudah
sampai ke rumah sewanya sekarang ini. Rasa bersalah terus menghantui Khairil.
·
Saya
dah gerak balik KL
·
Tapi
saya rasa awak mesti tak nak jumpa saya, kan
·
Awak
tentu sedang berseronok dengan family
awak
·
So,
jangan cari saya lagi lepas ni.
·
Jangan
mainkan perasaan saya lagi.
·
Thanks for everythings.
Khairil pejam mata. Errmm… merajuk nampaknya sidia. Bab-bab begini memang Khairil tak pandai. Kemudian dia mengangkat wajah memandang tepat pada Imran. Keningnya dijongket-jongket dan bibir diketap. Saja buat aksi manja.
“Hello, ingat aku nak tergoda?” Imran cemek muka.
“Kau tolong aku macam-mana aku nak pujuk dia, Im. Kau kan
banyak ilmu.” Ialah Imran kan player,
perempuan keliling pinggang. Anak Datok Harun ni memang suka habiskan duit
berpeleseran dengan perempuan.
“Call lah dia..”
“Kalau aku call
nak cakap apa?”
“Call dulu..”
Dia menekan nama Miss Clumsy di favourite list. Menunggu panggilannya dijawab sehinggalah masuk ke voice mail. Dia mencuba lagi. Juga sama
suara operator akhirnya yang menjawab. Dia melihat mulut Imran berkata ‘lagi’.
Akur dengan arahan dia mencuba lagi.
Imran kemudian bangun untuk memanggil waiter.
Seorang gadis manis bertudung memasuki kedai itu sambil menunduk, seolah
mencari sesuatu di dalam beg tangannya. ‘Macam kenal’ bisik hati Khairil saat
dia mengamati gadis itu. Dan tanpa diduga gadis itu terlanggar belakang Imran.
Itulah berjalan tak tengok hadapan. Clumsy.
“Oh sorry..” Imran
yang gentleman akan selalu bertindak
dahulu. Lagilah dengan perempuan. “You okay?” Imran sudah tersenyum lebar.
‘Cantik..’ Hatinya sempat menilik seraut wajah ayu itu. “You’re so beautiful.” Matanya tak berkedip memandang. Khairil juga
turut memandang tepat wajah gadis itu.
“Sayang?” Gadis itu menoleh ke arahnya dengan dahi
berkerut. “Maaf..” Kemudian dia terus berlalu keluar tanpa menoleh. “Umaira, wait!” Khairil tidak tunggu lama, dia
terus mengejar, lengan Umaira disambar, menahan gadis itu dari terus melangkah.
“Lepaslah.” Tangannya ditepis. Namun Khairil tidak
melepaskan pegangannya.
“Umaira sayang, I’m
sorry..”
“Awak ni siapa? Saya tak kenal awakpun. Lepaskan tangan
saya, kalau tak saya jerit.” Rontaan tangan Umaira tidak diendahkan.
“Cantik, sangat cantik orangnya. Dia ni ke skandal kau?” Imran
yang muncul tiba-tiba mencelah. Khairil rasa macam nak tolak saja Imran biar
jatuh terlentang. Tak membantu langsung. Ada dia cakap ‘skandal’ depan Umaira?
Sengaja menempah maut namanya.
“Skandal? Oh jadi selama ni saya cuma skandal? Sebab tu
nama, kerja apa, semua tak boleh beritahu? Sebab tu kalau perlu saja cari saya,
kalau tak hilang lesap tak dapat kesan?” Jelas sekali Umaira sangat marah saat
ini. Turun naik dadanya menahan geram. Umaira dah tak kira dia berada di mana
sekarang ini, dia tahu ada mata yang memandang.
“No.. Eh, Im kau blah lah.” Khairil melampiaskan marahnya
pada Imran.
“Sudah, saya tak nak jumpa awak. Awak dan saya tak ada
apa-apa.” Tangan Mr. MMK di lengannya ditolak kasar. Umaira laju terus
melangkah ke keretanya. Entah kenapa Khairil jadi buntu. Dia terdiam memerhati
Umaira yang sudah sampai ke keretanya.
“Oi, kejarlah. Kalau tak biar aku jer kejar. Cantik tu..”
Bahunya di tolak Imran.
“Dia aku punya, kau jangan nak potong line.”
“Ia aku tahu stok buat bini. Pergilah kejar sebelum
melopong. Minta maaf, pujuk, jangan berkasar. Biarkan dia cool dulu, ikut jer rentak dia.” Sempat juga Imran menurunkan ilmu playboy nya. Ya pasti, Khairil Izhan
akan buat apa sahaja demi mendapatkan maaf dari Umaira.
Nurin Umaira sudah memasuki keretanya. Ah apa nak jadi,
jadilah. Khairil nekad terus membuka pintu di sebelah pemandu, yang belum
sempat Umaira lock. Dia terus duduk
di sebelah.
Awak
buat apa ni? Keluar dari kereta saya!” Khairil nampak tangan yang bergetar
memegang stereng. Dia tahu gadis itu sedang marah, sedang sakit hati dan
mungkin juga sangat geram. Ada air jernih yang gugur dari pipinya. Ingin dia
menyeka air jernih itu, ingin dia raih jari yang erat memegang stereng itu.
Ingin dia memberitahu seluruh dunia yang dia amat cintakan gadis itu, namun dia
tidak mampu.
No comments:
Post a Comment