Dunia Kecilku

ilashukri.blogspot.com

Tuesday 8 August 2017

I'm A Crochet Lovers

Salam buat semua peminat crochet.

Alhamdulillah tahun 2017 ni, saya berjaya menyiapkan beberapa crochet. Gembira bukan kepalang, almaklumlah setelah bertahun-tahun tak ber crochet, akhirnya saya berjaya siapkan alas meja - granny square table cover. Itulah yang dikatakan, di mana ada usaha di situ pasti ada kejayaan. Yeaahhh! 

Biasa kalau buat encik asben selalu geleng kepala, katanya hangat-hangat tahi ayam, tapi kali ni, muka dia ada senyum, sebab mrs wifey dia berjaya juga buat alas meja walaupun tak seberapa nak cantik untuk Hari Raya Aidilfitri. 😆

Ini granny square table cover yang saya dah berjaya buat. 

Granny Square Crochet

Granny Square Table Cover Crochet

Granny Square Table Cover Crochet

Lepas raya tu, ada lebihan benang, jadi saya cuba-cubalah nak buat sarung bantal. Crochet pillow cover. Buat letak kat sofa. Habislah saya meng google dan meng youtube, nak cari design yang paling senang dan cepat. Sebab kan saya bekerja siang hari mana sempat nak kait mengait ni, malam pun dengan urusan keluarga lagi, jadi kena cari yang simple dan cepat. Akhirnya saya jumpa. Taadaaa! Dah siap dah 2 sarung bantal saya :) 


Pillow Cover Granny Square Crochet - front
Pillow Cover Granny Square Crochet - back
Macam-macam juga saya tengah usaha untuk belajar dari uncle Google dan Youtube. Sekarang ni saya tengah berusaha menyiapkan sarung bantal ada kawan saya minta saya buatkan. Untuk Putera Az nanti saya siapkan ya abang punya sarung bantal bentuk LOVE tu. Harap-harap cantiklah ya. Hehe... Saya buat guna cara C2C - Corner to Corner. Berpusing-pusing dibuatnya, nasib tak pening hehe.. 

C2C - Corner to Corner Crochet.
Cubaan pertama terkecil pulak. Tunggu cubaan kedua ya.

Okay kawan-kawan, nanti sarung bantal dah siap saya upload gambar ya.
Oh ya, saya beli perkakas crochet ni online kat FB Diy Alatan Kraf Dan Benang Kait tapi benang saya beli kat Summit Parade Batu Pahat jer. Saya beli Aluminium Hook Set. You all boleh tengok kat FB atau Instagram diy_alatan_kraf_benangkait ya.


Jumpa lagi nanti. Senyum-senyum selalu.
Terima kasih pada yang sudi membaca. 

FB: Suhaila Said 
IG: ilashukri

, , ,

Saturday 5 August 2017

[ Bab 12 ] Dia Bukan Skandal


HARI pertama bekerja di cawangan Nusajaya, Nurin Umaira diterima baik sahabat barunya. Mereka bekerja di bawah company yang sama, jadi tidak perlu hendak sombong sesama sendiri.

Encik Fikri melayannya baik. Banyak yang dibincangkan sebelum mereka ke site. Sebok dengan tugasan harian, dia terlupa ada yang menanti panggilannya, mahupun mesejnya. Dia seronok bekerja, seronok dengan pengalaman baru bekerja di site hingga lupa semuanya.

Handphone pun tidak dilihatnya. Terbiar di dalam beg tangan tanpa diusik. Entahkan ada bateri entahkan tidak. Sehinggalah tiba waktu balik, dia diajak minum petang bersama. Dia baru teringatkan yang ibunya ada berpesan supaya balik awal.

“Hari ni tak boleh. Mak saya dah masak. Esok mungkin, saya beritahu mak awal-awal.” Umaira yang manis dan suka tersenyum. Tidak pernah lokek menghadiahkan semua orang senyuman manisnya.

“Tadi Izzuwan ada call, dia tanya you. Dia kata dia call you tak dapat. I dah inform dia yang you baik-baik saja di bawah jagaan I. He should no worries. Dia kena percayakan you this two weeks ni.”

Umaira mengangguk. Izzuwan call? Ya Allah dia tak melihat phone pun satu hari ni. Ya Rabbi, dia ada 30 miss called dari pelbagai nama dan 1210 pesanan di WhatsApp yang tidak dibaca. Ah, dia hanya berminat hendak melihat pesanan dari Mr. MMK. Dia begitu terusik dengan kata-kata terakhir perbualan telefon mereka semalam. Betul ke? Dan entah kenapa, hati dia berasa sangat gembira dengan pengakuan itu. Berbeza jika ia dilafazkan Izzuwan, dia langsung tidak berperasaan.

Tapi kenapa lelaki itu tidak menghantar pesanan buatnya? Miss called pun tak ada. Habis tu semalam, dia bohong? Okay relaks Umaira, tenang, tarik nafas. Mungkin dia sebok. Macam Umaira juga seharian sebok sampai handphone pun tak sempat tengok.

Dia kemudian memandu dengan tenang pulang ke Kulai.

Namun sebaik kereta berhenti di halaman, hatinya jadi tidak tenang semula. Dia melangkah memasuki rumah. Menjeling sahaja adik lelaki bongsunya yang asyik bermain karom dengan ayahnya. Dia ingin mandi dan bersolat Asar.

Usai bersolat dia mencapai Huawei P10 miliknya. Mencari contact list Mr. MMK dan terus menaip..

·         Awak…

Menanti beberapa saat sebelum WhatsApp nya dibalas.

·         Umaira… I dah mati kering tunggu you call.

Dia membalas.

·         Kenapa tak call saya saja?

Beberapa saat mendapat jawapan balas.

·       Bukan you kata, kalau free you akan call. So I ingat you busy tak mahulah kacau.
·       Nasib tak mati kering betul. 😊
·       You suka ya? I lately ni selalu berdoa pada Allah, andai I dijemput menghadap-Nya, I nak jadi suami you dulu. I nak bahagia dengan you, I nak jumpa you di syurga nanti.

Oh, touching nya. Mr. MMK, awak dah buat Nurin Umaira merah muka menahan malu dan terharu sekarang ini. Nurin Umaira suka berkawan dengan Encik Mamat Muka Ketat. Dia sangat sweet talker. Pandai buat Nurin Umaira tersenyum sendiri. Manakan tidak. Sepatah yang Umaira tulis, berpatah-patah yang dijawab. Dah macam buat karangan sekolah.

·      How’s your day? Everythings fine?

Seronok dia dengan soalan begitu, bagaikan seorang suami sedang bertanyakan cik isteri.

·     Alhamdullillah. Encik Fikri layan saya baik. Sambung nanti, ibu dah panggil ajak makan.

Dia terdengar adiknya sudah terjerit memanggil namanya di luar bilik.

·       Alangkah bestnya kalau dapat makan dengan you, Umaira.

·     Umaira sayang, please, call me when you free. I tak boleh buat kerja asyik teringatkan you.

Tersengeh dengan mesej balasan, Nurin Umaira menaip sesuatu.

·         Bawa-bawa beristighfar Mr. MMK.

Dia tak boleh terus-terusan melayan lelaki yang tidak dikenali itu. Aura lelaki itu seakan memanggil-manggil. Adakah benar hati dia sudah terusik dengan lelaki yang dia tidak tahu namanya itu. Mungkinkah itu semua boleh terjadi, kita menyukai seseorang yang kita sendiri tidak tahu latar belakangnya. Jika dia seseorang yang tidak sepatutnya untuk kita bersahabat, bagaimana nanti?

Jika dia memang benar seorang player, kaki perempuan, atau gigolo, atau mungkin juga samseng, macam-mana dengan hati Nurin Umaira. Ah, dia perlu selidik tentang lelaki itu. Mungkin bila balik ke KL nanti dia akan siasat habis-habisan.

Namun yang dia pasti, ada suatu rasa di hatinya sejak mengenali lelaki itu.



, ,

[ Bab 11 ] Dia Bukan Skandal


DIA sukakan Nurin Umaira. Dia yakin dengan perasaan yang Allah kurniakan pada dia saat ini. Bagaimana saat ini dia sangat rindukan gadis itu. Ingin sahaja dia ke Johor dan menemui gadis itu, agar rasa rindu yang menyakitkan ini segera hilang.

Dia juga sudah tiga kali menelefon, namun panggilannya tidak dijawab. Ini memang menambahkan lagi sakit rindunya. Ah, jika tidak dapat melihat wajahnya, cukuplah jika dapat mendengar suaranya.

“Nurin Umaira, I love you.” Berkali-kali dia menuturkan kata-kata itu. Matanya yang tidak boleh lelap, hanya memandang siling biliknya. Tangan kanan memegang dadanya, tangan kiri mengenggam erat handphone. Ada rasa sakit di dadanya, sakit rindu yang begitu menyeksakan.

Dia akui benar bak kata peribahasa Melayu, ‘Makan tak kenyang, mandi tak basah.’ Dia sedang lalui perkara itu sekarang. iPhone nya bergetar, bagai ada kuasa elektrik dia terus bangun dan duduk bersila di katil. Nama Miss Clumsy tertera di skrin, tanpa berlengah butang hijau ditekan.

“Assalamualaikum..” Suara yang dinanti memula bicara.

“Waalaikumussalam..” Dia cuba mengawal tonasi suaranya. Jadi lelaki kena kental, tak boleh tunjuk kita lembik kerana perempuan.

“Hai awak. Sorry tak jawab call tadi. Keluar makan dengan family, nanti dia orang banyak tanya.” Oh, patutlah dia tak jawab call.

“Kenapa? Malu ke nak beritahu your family I ni boyfriend you?”

“Eh, bila pula awak jadi boyfriend saya?”

“Umaira… I ingat I dah officially jadi your boyrfriend. You dah ada lelaki lain ya? Izzuwan?” Bengang betul dia dengan lelaki bernama Izzuwan itu, kalau dia pecat Izzuwan esok, agaknya boleh tak?

“Saya belum pilih sesiapapun. Sekarang ni, macam mana nak jadikan awak tu boyfriend sedangkan nama awakpun saya tak tahu? Awak kerja department mana, floor berapa. Saya perlu tahu semua tu, sebab saya tak suka berahsia tentang boyfriend saya. Saya tak nak orang cop saya sebagai skandal, perempuan simpanan, perampas or apa sahajalah.” Sedikit terkesan Khairil dengan kata-kata Umaira. Bagaimana hendak dia berterus-terang yang dia adalah CEO Mega Holdings, waris lelaki tunggal billionaire Tan Sri Sufrie? Sudikah Umaira menerimanya kalau dia tahu siapa sebenarnya dia, yang sedang diketahui umum akan bertunang dengan Puteri, anak Datok Zamri?

“Nama tak penting, yang penting hati. I sukakan you, I ikhlas.”

“Ikhlas tu kan hanya Allah sahaja yang boleh tentukan.”

“Ya, tapi I tahu hati I, I really in love with you. Kalaulah boleh I nak you terus jadi my wife. Boleh I masuk meminang you, Umaira?”

Hanya diam dan deruan nafas yang kedengaran sekarang. Diam Umaira buat Khairil faham sesuatu, gadis itu belum bersedia menerima kehadirannya. Dia perlu lebih berusaha untuk memenangi hatinya. Mungkin sebab mereka baru sahaja kenal. Dan baru sekali bertemu janji.

Thanks for the flower. Kecoh satu ofis tadi.”

“I macam orang gila tunggu you WhatsApp, you dapat ke tidak bunga dari I. Sorrylah buat kecoh ofis you tadi.  Ada orang jeles ke?”

“Maunya tidak. Pening saya nak jawab. Sampai merajuk-rajuk.”

“Habis you pujuk dia?” Tergesa-gesa bertanya. Sakit hatinya mendengar ada yang merajuk kerana bunga yang dihantar.

“Eh, tak kuasa. Awak kalau nak kenal saya, tak payah bagi bunga semua tu, saya tak suka. Saya tak boleh move on dengan lelaki yang suka bagi saya macam-macam, saya bukan materialistic. Saya tak suka restoran mewah, saya tak suka dimanjakan. Saya nak lelaki yang jujur sukakan saya. Eh.. sekejap, kenapa saya kena beritahu awak eh?”

“Sebab you pun sukakan I, kan Umaira? Mengaku sajalah.”

“Okaylah. Dah lewat saya nak tidur. Esok nak kena report duty kat Nusajaya.” Sebenarnya Umaira dah malu sendiri.

“Nanti I upah bodyguard untuk jaga you ya.”

“Kan tadi saya dah kata saya tak suka semua tu?”

“Okay, okay fine. Sorry my mistake. Esok pagi boleh call lagi?”

“Kalau saya free saya call.”

“Tunggu you call, macam tunggu bulan jatuh ke riba.”

“Nak kawan dengan saya kena jadi seorang yang penyabar.”

“Baik princess. Sweet dream kay, sleep tight.”

“Awak juga. Okay, Assalamualaikum..”

“Wa’alaikumussalam… Eh, Umaira wait!”

“Errmmm..”

I miss you. Really miss you. Sayangku Nurin Umaira, I love you. Kay, bye.”        

Terus menekan butang merah. Ah, Khairil Izhan malu sendiri. Terus sahaja wajah jelita Nurin Umaira bermain di matanya. Gadis itu cukup sempurna, matanya yang redup, hidungnya yang mancung, dan pipinya yang membulat bila dia tersenyum sangat memikat. Dan bibir yang selalu menguntum senyum itu yang membuatkan Khairil Izhan tergilakan dia.

Tak pernah Khairil Izhan buat perangai begini, dia bukan tidak pernah ada teman wanita sebelum ini, namun dia akui Nurin Umaira ada aura yang tersendiri. Kalau tidak kerana insiden gadis itu terlanggar badannya, dia mungkin tidak mengenali gadis itu. Semua itu telah diatur Allah untuk mempertemukan dia dengan seoarang gadis bernama Nurin Umaira.

Ya memang dia menyuruh Helmi memerhatikan Umaira. Mengambil gambarnya secara senyap dan mengikuti gadis itu sampai ke rumah. Dia hanya ingin mengenali Nurin Umaira, dia ingin tahu tentang gadis itu, sebab dia sudah tersuka tanpa sengaja.

‘Ah, kalau orang nak kata dia skandalpun aku peduli apa. Aku akan pastikan Nurin Umaira menjadi milik aku seorang, walau terpaksa berkeras dengan mommy.’

Dia membelek gambar Nurin Umaira yang diambil curi oleh Helmi. Kasihan PA nya itu, baru seminggu bekerja dengannya, sudah disuruh mengintip perempuan.



[ Bab 12 ] Dia Bukan Skandal
, ,

[ Bab 10 ] Dia Bukan Skandal



KHAIRIL Izhan mulai gelisah. Sedari tadi dia menunggu bunyi beep dari Iphone nya. Dia jadi tidak sabar menunggu. Gelisah menanti.

“Khai, lain macam saja kau kebelakangan ni. Apa hal?”

Bahunya diangkat tanda tidak tahu. Dia bersandar badan. Nafasnya ditarik rakus. Tangan menyauk rambut ke belakang, walau rambutnya pendek.

“Macam orang frust.” Ketawa Haiqal dan Imran menambah rasa sakit di hatinya.

“Gaduh dengan skandal eh?”

“Skandal?” Dia pandang wajah Haiqal. Dia tidak suka perkataan ‘skandal’ tu.

“Ha’ah.”

“Aku tak faham.”

“Eh, sekejap. Bukan kau dah nak bertunang dengan Puteri ke, anak Datok Zamri? Aku dengar mak aku cerita, mommy kau dah beritahu semua orang tau.” Itu satu lagi bala. Dia baru sahaja balik ke Malaysia, mommy dah sebok nak suruh dia bertunang dengan Puteri. Ingat dia hadap sangat agaknya.

Sebagai anak lelaki tunggal yang bakal mewarisi seluruh kekayaan milik keluarganya, jadi mommy sudah tetapkan jodoh buatnya. Hendak tak hendak, kata Puan Sri Maria, Khairil Izhan harus dengar katanya. Menantunya harus dari keluarga yang baik-baik, yang setaraf dan bukan dari orang biasa.

“Cuba kau kenalkan skandal kau tu kat kita orang. Jangan nanti aku ter mengorat, tak fasal-fasal bergaduh.” Betul juga cakap Imran tu. Dahlah Imran memang pantang nampak perempuan cantik.

“Tapi serius Khai. Aku pernah terjeling sekali, memang cantik. Dia edit kot, sekarang kan banyak dah application make over ni.”

“Kau ingat aku nak pilih yang macam tu. Tentulah aku dah tengok..”

“Kau dah tengok? Semuanya? Wah… hebat betullah kau.”

“Kau dah kenapa Qal? Lain kali biar aku habis cakap dulu. Stok nak buat bini tak akan nak tengok dulu semuanya. Maksud aku, aku dah tengok muka dia tanpa make-up. Dia memang putih, manis orangnya. Kalau kau orang jumpa pun kau orang mesti suka.” Khairil Izhan suka tengok sahabat baiknya itu melopong mulut. Ishk tak akanlah dia dah tengok semuanya, gila. Tentu saja Umaira tak akan bagi.

“Sekarang ni kau mengakulah yang kau ada skandal? Semalam kau keluar dengan diakan? Tadi kau belikan dia bunga, kan?” Kening Imran yang terjongket-jongket itu buat Khairil tergelak besar. Pandai sahaja sabahatnya itu.

Dia bersahabat baik dengan Haiqal dan Imran sejak dari mereka sama-sama belajar di University Heathrow. Awalnya memang dia tak mahu bersahabat baik, biasa-biasa sahaja, namun kemudian mereka menjadi rapat.

Imran juga anak orang kaya. Anak Datok Harun, juga kenalan daddy nya Tan Sri Sufrie. Sejak dia ikut Aunty Mariam ke London seawal usia 10 tahun Khairil Izhan memang tidak ada rakan di Malaysia. Masa itu dia tidak tahu macam-mana nak menghubungi rakan-rakan di sekolah rendahnya. Zaman itupun gadget belum popular sangat.

Cuma bila dia mula belajar di University Heathrow, dia mengenali Imran dan Haiqal. Awal dahulu mereka kata dia sombong. Orang Melayu duduk London, berlagak dah tak kenal orang kampung. Hah, cakaplah apapun, bak pepatah melayu, tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal, mereka kini menjadi sahabat baik.

“Ermmm..”

“Tadi kau kata stok buat bini, kau serius ke dengan dak perempuan tu? Mommy dengan daddy kau okay ke? Siapa tak kenal Puan Sri Maria, orang kena dengar cakap dia saja. Mana boleh bantah.” Haiqal menyedut orange juice sebaik habis bertanya. Dia tahu kalau Khairil sudah kata dia sukakan seseorang, pasti dia akan suka sepenuh hati. Susah sahabatnya itu hendak jatuh suka pada perempuan. Kalau yang pakai buang ramailah. Tak suka yang ni, dia pilih yang tu. Budak London tu ramai juga kawan perempuan.

“Stok geli-geli tu ramai. Tapi stok buat bini kena pilih yang ada agama, ada rupa, dari keluarga yang baik-baik. Aku ingat ustaz kata, perempuan yang baik-baik itu adalah untuk lelaki yang baik-baik. Macam akulah.”

“Heh, baik sangatlah kau tu. Dia kenal tak kau siapa? Dia dah tahu kau CEO Mega Holdings?” Khairil pandang wajah Imran sejenak.

“Tak kot. Nama akupun dia tak ada tanya. Ha’ahlah. Dia tak tanya nama akupun. Serius, kau tengok, nama akupun dia tak tahu, lagilah jawatan aku.”

Mereka kemudian sama-sama menghabiskan minuman. Khairil Izhan sedang berfikir kenapalah Umaira masih tidak menjawab mesejnya. Dapatkah dia bunga yang dia hantar. Khairil Izhan tidak akan sempat untuk bertemu Umaira tengahari ini sebelum gadis itu bertolak balik ke Johor. Dia perlu ke Ipoh bersama Tan Sri Sufrie. Hendak menemui gadis itu di pejabat, bimbang kecoh pula nanti.

“Kau dah serasi dengan cuaca Malaysia?”

“Okay jer Im. Akupun bukan tak pernah balik bercuti. Cuma aku penatlah, two weeks ni tak rehat. Sampai jer Malaysia dengan jetlack tak hilang lagi mommy dah suruh masuk office. Dah suruh aku ganti jadi CEO. Kalau aku tahu, aku round kasi habis satu Eropah, baru balik Malaysia.”

“Itu yang nak start balik buat gaya Mr. Stone Cold tu? Haha!” Haiqal ketawa lepas. Dia teringat sewaktu mereka pertama kali bertemu. Di dalam kelas Prof. Jackson, bila nama disebut untuk menanda kedatangan, Haiqal, Imran dan Diana hampir terjerit mendengar nama pemuda berkulit cerah dan berambut perang itu Khairil Izhan Bin Mohd Sufrie rupanya seorang rakyat Malaysia yang sudah hampir 10 tahun menetap di London.

Dan yang mereka tidak jangkakan, pemuda itu masih fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia. Dan sejak mereka bersahabat, pemuda itu jarang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan, walaupun dia boleh bertutur dalam tiga bahasa lain.

Persepsi awal mereka terhadap Khairil Izhan, dia seorang yang sangat sombong. Tidak mahu bersahabat dan suka menyendiri. Namun bila mula mengenali dia rupanya sangat peramah. Dengan ketampanan yang dia ada, dia juga sentiasa menjadi perhatian pelajar perempuan.

*****

Mukanya masam sedari dia berjumpa sahabat baiknya. Berada di dalam kereta BMW Tan Sri Sufrie untuk urusan kerja di Ipoh, membuatkan Khairil Izhan bertambah bosan.

Perjalanan yang sekejap bagaikan terasa lama, meeting yang tidak sampai satu jam itu dirasakan seharian dia di dalam bilik itu mendengar penerangan yang satupun tidak masuk di kepalanya. Ini semua gara-gara Nurin Umaira yang tidak menjawab pesanannya. Apa sebenarnya yang berlaku. Dia tak dapat bunga ke, dia tak dapat mesej ke?

“Khai?”

“Yup.”

“Resah je. Tak fokus, kenapa ni?”

“Dad.. I think I love her.” Wah Khairil Izhan sangat berterus-terang.

Who?” Tan Sri Sufrie yang duduk di sebelahnya menerungnya tajam.

“Nurin Umaira.” Tuturnya perlahan.

“Aah, that girl yang Khai suruh Helmi intip tu?” Ada tawa kecil dihujung kata Tan Sri Sufrie.

“Dad?” Wajah Khairil Izhan tua tiga tahun mendengar kata yang keluar dari mulut Tan Sri Sufrie. Tan Sri Sufrie tahu dia suruh Helmi intip Nurin Umaira?

I’m joking. Okay, daddy setuju. Bila nak masuk meminang dia?”

Seriuosly dad? Hari ni pun okay. Rasa 30 tahun dah sesuai untuk Khai kahwin.” Teruja dia dengan persetujuan Tan Sri Sufrie. Tiba-tiba rasa seronok pula hendak berkahwin dengan Nurin Umaira, walaupun dia belum tahu tentang perasaan gadis itu terhadapnya.

“Agak-agak mommy setuju tak? Dia dah beritahu satu dunia yang Khai akan dijodohkan dengan Puteri, anak Datok Zamri tu. Daddy tak rasa mengahwini Umaira satu kerja yang mudah. Rasanya Umaira tu hanya boleh jadi your scandal sajalah.”

Skandal? Again? Khairil mengeluh. Ingatkan bila Tan Sri Sufrie dah tahu, senang sikit hatinya, rupanya soalan Tan Sri Sufrie lebih menyesakkan kepala.

Tan Sri Sufirie memang sudah lama berkenan pada Nurin Umaira. Awal dulu sewaktu Nurin Umaira mula-mula masuk kerja, hatinya pernah terdetik, alangkah indahnya kalau Khairil Izhan mendapat calon isteri seperti Nurin Umaira. Gadis itu sangat bertepatan sebagai calon menantu. Namun bila mengingatkan si isteri, Puan Sri Maria, dia tidak yakin ada jalan yang lurus di hadapan, pastilah banyak liku yang Khairil kena tempuhi. Jatuh kasihan dia pada anak bujangnya itu, dari kecil, masa hadapannya sudah diatur oleh isterinya itu. Sampai bila anaknya itu harus mengikut kata.



, ,

[ Bab 9 ] Dia Bukan Skandal



Umaira ambil half day hari ni. Lepas lunch dia akan terus bergerak ke Johor. Kalau nak tunggu petang lepas balik kerja dia risau sangkut jem. Biarlah awal sedikit, boleh dia rehat awal di rumah.

“Umaira!” Namanya dijerit. PA Tuan Mansur, Natasya, dia hendak apa dengan Umaira? Bergegas Umaira datang.

“Nah.” Wah, cantiknya sejambak bunga ros merah. Sudah tercium kesegaran baunya. Dari siapa? Tuan Mansur? Ishk, tak naklah.

“Tak naklah. Nanti Tuan Mansur fikir yang bukan-bukan pula kalau ambil.”

“Bukan dari Tuan Mansur lah.”

“Habis tu?”

“Manalah Tasya tahu, dak dispatch yang hantar, cuba tengok kat kad tu. Orang ada secret admirer ya sekarang ni.” Natasya cuit lengan Umaira. Ni yang tak best ni, lagilah entah bila Izzuwan sudah berdiri di sisinya. “Dari siapa?” Soalnya tegas.

“Entah.” Umaira jadi risau hendak melihat kad. “Terima kasih ya, Tasya.” Terus sahaja dia berlalu. Kembali ke meja kerjanya. Izzuwan mengekornya dari belakang.

“Umaira, dari siapa?” Aduh jadi kecoh pula ni.

“Manalah saya tahu, nah lah tengok sendiri.” Dia hulur jambangan bunga ros segar itu pada Izzuwan. Jangkanya Izzuwan pasti menolak, sebab lelaki itu setahu Umaira bukan jenis yang suka menyebok. Namun sangkaannya meleset, jambangan ros sudah bertukar tangan. Izzuwan terus mengambil kad yang terselit di celah bunga. Juita dan Dayang juga sudah menghampiri.

Umaira mula panik. Sepanjang empat tahun dia bekerja dengan Mega Holdings ini pertama kali dia mendapat jambangan bunga. Siapalah agaknya yang hantar.

I’m sorry, can’t make it this lunch.
But I promise I’ll call U.
Love U, Miss U
Miss Clumsy – Mr MMK

Walau tidak sekuat mana, namun Umaira mendengar jelas apa yang dibaca Izzuwan. Kepala terasa pening tiba-tiba. Sebut sahaja Miss Clumsy dia sudah tahu dari siapa. Mr. MMK – wah dah pandai guna short font, Mr Mamat Muka Ketat. Errm.. Interesting.

“Siapa ni?”

“Entah.”

“Kawan I kata dia nampak you keluar dengan lelaki semalam. Dia ni ke?” Alamak. Ada pula yang nampak. Dia orang nampak ke lelaki tu siapa? Malas nak layan dia terus duduk di kerusi kerjanya. Pelik, kenapa Izzuwan jadi macam ni, biasanya lelaki itu sentiasa tenang dan bertimbang rasa.

“You tahu I suka you kan Umaira.”

Ya Allah, janganlah buat Umaira macam ni. Umaira peninglah. Lagilah nak bersandiwara depan kawan-kawan. Semua mata memandang mereka.

“Siapa lelaki tu, skandal you?”

“Cuba tanya kawan awak tu, tak akan dia tak nampak lelaki tu siapa. Jangan main tuduh saja ya.” Geram. Ia, Umaira geram sekarang ni. Yang Mr. MMK tu pula dah kenapa nak hantar bunga bagai. Whatsapp sahaja kan boleh. Tak payah nak create havoc kat ofis ni. Tak pasal-pasal dikata skandal.

“Dia tak nampak lelaki tu. Dia nampak dari belakang saja.” Suaranya sudah merendah.

“Izzuwan yang saya kenal bukan macam ni orangnya. Mana tahu kalau lelaki itu saudara saya ke?” Umaira terpaksa cakap begitu.

“Maaf. Tapi saya tak boleh tidur semalaman asyik geram dengan cerita kawan saya tu. Susahnya nak ajak awak keluar dengan saya, tapi awak boleh habiskan masa bersembang dengan lelaki tu, betul-betul buat saya jadi cemburu.” Izzuwan mengeluh.

Ya, Izzuwan sudah banyak kali memujuknya untuk keluar makan bersama. Lelaki itu sentiasa tersenyum walau Umaira tidak pernah mahu menerima pelawaannya. Umaira juga hairan kenapa pula senang sahaja dia keluar dengan Encik Mamat Muka Ketat semalam.

Sorry Umaira. Saya tahu selama inipun saya yang tergilakan awak. Awak sedikitpun tak ada hati pada saya. Saya sedar tu.” Jambangan bunga diletak di atas meja. Umaira hanya mampu melihat Izzuwan berlalu ke bilik kerjanya. Ah, Umaira. Tega kau permainkan sekeping hati Izzuwan.

“Tak baik buat Wan macam tu. Tak ceritapun semalam keluar dengan lelaki, siapa orangnya?” Umaira tenung wajah Juita. Umaira belum rasa hendak berkongsi cerita dengan sesiapa. Dia sendiri tidak begitu mengenali Mr. MMK. Dan dia juga tidak tahu apa yang ada di dalam hatinya saat ini.

Umaira rasa, sudah sampai masanya dia harus menunaikan solat Istikharah. Memohon petunjuk dari Allah. Dia tidak mahu terus serabut memikirkan hal lelaki. Satu pesanan di Whatsapp diterima. Dia jeling nama pengirim. Mr. MMK. Aduhai.

·                     Busy? Can I call you?

Dia tidak mampu hendak membalasnya. Kerana saat ini Umaira hanya ingin bersendiri. Dia tidak mahu hal yang melibatkan hati mengganggu kerja sehariannya.


[ Bab 10 ] Dia Bukan Skandal
, ,