Dunia Kecilku

ilashukri.blogspot.com

Monday 5 February 2018

[ Bab 30 ] Dia Bukan Skandal



“Umaira!” Jeritannya bukan tidak cukup kuat untuk didengari. Beberapa orang di sekeliling sudah menoleh pandang ke arahnya. Namun mungkin kerana Umaira sudah berlalu di Balai Berlepas, sebab itulah Umaira tidak mendengar jeritannya.
            
Khairil menundukkan wajahnya. Tangannya meraba tengkuk yang tegang. Ah, kenapalah banyak sangat dugaan yang menimpa. Dia terlalu cintakan Umaira, dia tidak pernah main-main dengan perasaannya.
            
Semalaman dia menunggu di hadapan rumah sewa Umaira, hinggakan dia terlelap di dalam kereta. Namun dia tidak nampak tanda-tanda Umaira atau Juita pulang ke rumah sewa mereka. Dan pagi ini dia bergegas ke airport bila akhirnya Juita memberitahu Umaira akan menaiki kapal terbang ke Sibu. Untuk apa Umaira ke Sibu? Kenapa Umaira mesti mengikut kata syarikat? Mereka boleh ke Thailand dan berkahwin di sana. Umaira boleh terus menjadi isterinya yang sah dan mereka boleh hidup bahagia di Malaysia. Tak perlu nak larikan diri. Lama kelamaan, tentu sahaja mommy akan setuju dan merestui perkahwinan mereka.
            
Sakit kepala Khairil dibuatnya.
            
“Assalamualaikum..” Seseorang memberi salam. Suara lelaki. Khairil mengangkat wajahnya. Menjawab salam perlahan. “Waalaikumussalam.”
            
“Khai.. Khairil Izhan ke ni?” Siapa pula lelaki ni? Segak orangnya, berkumis tipis, nampak baik sahaja orangnya, namun dari segi rupa Khairil jauh lebih hensem. Aduh, Khairil saat macam inipun masih nak membanding.
            
Yes I am Khairil Izhan.” Khairil memang sangat kekok hendak menyebut saya. Dia lebih gemar menggunakan kata ganti diri I dan YOU.
            
“Khairil Izhan, CEO baru Mega Holdings? Anak billionaire Tan Sri Sufrie?”
            
Ishk siapa lelaki ni? Soalan macam dia nak culik Khairil saja. Khairil dah penat ni, dia letih, sekarang inipun dia rasa dah tak mampu nak berdiri.
            
“Ya. You ni siapa? Sorry, I tak kenal you.” Diapun tak tahu kalau tuturnya kurang bersopan. Tapi itulah sekarang ini otaknya gagal berfungsi dengan tepat, dia dah macam nak pengsan keletihan. Dari petang semalam, sebutir nasi atau setitik airpun belum menjengah tekaknya.
            
“Kalau ni, kau kenal tak?” Satu tumbukkan tepat mengenai bibir dan pipi Khairil. Khairil yang memang sudah lemah dek kerana tak makan dan sakit kepala memikirkan Umaira, jatuh tersungkur ke lantai. Rahangnya sakit. “Aduhhh..” Dia mengaduh perlahan. Jadi anak lelaki kena kuat. Walau kena tumbuk sekalipun jangan nampak lemah. Tak akanlah kena tumbuk sekali dah jatuh tersungkur, Khairil bukan tidak ada ilmu pertahankan diri.
            
“Apasal kau tumbuk aku?” Suaranya lemah namun dia cuba untuk bangun. Dek kerana adegan tumbuk itu beberapa orang menghampiri. Pekerja airport juga. Namun Khairil cuba berlagak hero, dengan menyatakan dia tak apa-apa. Dia sekarang ini hanya nak tahu lelaki itu siapa, itu sahaja. Tak akanlah lelaki baik-baik nak tumbuk orang tanpa sebab.
            
“Ya Allah, Farid! Kenapa tumbuk orang ni?” Seorang wanita sebaya mommy datang menerpa ke arahnya. Dia dipapah ke kerusi yang berdekatan. Orang ramai yang mengerumun sudah bersurai. “Maaf ya nak. Anak mak cik tu dah gila agaknya.” Khairil lihat wanita itu mengeluarkan sapu tangan dari dalam beg tangannya. Dan kemudian terus sahaja mengesat perlahan darah di bibir Khairil. Kenapa wajah wanita ini seperti Umaira ya? Redup matanya, kulitnya, malah senyuman di bibirnya itu. Ah, Khairil berhalusinasi.
            
“Apa hal nya ni?”
            
Dua orang lelaki pula menghampiri. Khairil tersengeh kelat. Dah macam drama rasanya. Siapa pula pak cik dan lelaki muda ini yang mungkin tua sedikit dari Khairil.
            
“Inilah dia CEO Mega Holdings yang bawa lari Umaira tu ayah. Dia nilah yang sebabkan kakak kena larikan diri.” Okay, tadi si ibu dan kini ayahnya pula. Yang seorang lagi, abangnya ke? Tapi kenapa nama Umaira ada disebut?
            
“Ini ke Khai?”
            
“Ialah, dia nilah Khairil Izhan, kalau Along nak tahu.” Lelaki yang menumbuknya itu masih bercekak pinggang. Kau tumbuk aku waktu aku tak bersedia. Cubalah sekali lagi, ingat aku tak ada Judo? I’ve black belt you know?
            
“Ya Rabbi kalaupun dia Khairil Izhan yang dengan kakak tu, tapi kenapa kamu tumbuk dia Angah? Dah kakakpun sama menggatalkan? Kalau kakak tak ikut, tak akan jadi semua ni. Kenapa tak kamu tampar saja kakak semalam? Kamu lepaskan marah kamu kat dia kenapa?”
            
“Kalau dia tak mulakan ayah, tak akanlah kakak nak jatuh cinta pada dia. Dia yang pikat Umaira kan?” Tonasi suara yang keras itu buat hati Khairil mendidih mendengarnya.
            
Namun sekarang ni Khairil cuba hadam apa yang dihadapannya. Yang menumbuknya itu Angah. Yang seorang lagi, Along, dan yang itu Ayah dan yang di sebelahnya pula Ibu. Ah, mereka keluarga Umaira. Ya, Umaira ada enam adik-beradik lelaki. Dia dah kenal dua darinya. Seorang memang nampak garang, tak pasal-pasal dia dah kena penumbuk. Jadi dia redha bila bakal abang iparnya menumbuk dia. Alah, bukannya sakit sangat.
            
Kini semua mata memandang ke arah Khairil. Seolah menunggu penjelasan darinya. Liur cuba ditelan perlahan, sakit tekaknya, beberapa kali dia membetulkan duduk rahangnya. Kepala sangat pening sekarang ini, jangan pitam sudahlah. Hilang macho nanti.
            
“Khai..” Lelaki yang dipanggil Along mendekatinya.
            
“Maafkan dia ya. Dia memang cepat naik baran kalau hal melibatkan Nurin Umaira. Biar saya perkenalkan diri. Saya Mohammad Haris, abang sulong Nurin Umaira Mohd Noordin. Khai kenalkan adik Along tu, dia kerja di Mega Holdings, kawan baik Juita, dan gadis yang Khai bawa masuk hotel dan banglo Khai beberapa hari lepas. Ini Mohammad Farid, atau Angah. Kalau dia bergabung dengan Uda tadi, Along rasa ada yang patah kot. Ini nasib dia tumbuk saja. Farid, Farid.” Kepalanya digeleng berkali-kali.
            
“Ini ayah, ini ibu. Maaf sekali lagi sebab salam perkenalan kita tak berapa manis. Maklumlah Umaira tu satu-satunya adik-beradik perempuan kami, sebab itulah abang-abang dan adik-adik dia, sangat mengambil berat hal dia.” Tangannya dihulur untuk bersalam. Khairil berbangga untuk menyambut huluran salam itu.
            
Dan kemudian Khairil menghulur tangan kepada ayah Umaira, dan Angah, boleh tak kalau Khairil nak balas tumbukkan tadi? Ishk kata sukakan Umaira, jadi kenalah ambil hati keluarga dia. Nanti dapatlah tahu di mana Umaira, alamatnya, tempat kerjanya.
            
“Sakit?” Soalan lembut dari ibu Umaira buatkan Khairil jadi terharu. Alangkah indahnya kalau mommy juga selembut ibu Umaira.
            
“Tak sakit aunty, Khai lapar..” Dia meraba perutnya.
            
“Tak makan lagi ke?” Ibu Umaira kerut dahi.
            
“Dari semalam tak makan. Bajupun tak tukar, masam dah ni.” Khairil cuba berseloroh.
            
“Dah kenapa pula tak makan?” Ayah Umaira pula yang bertanya.
            
“Mana taknya semalaman duk tunggu depan rumah sewa Umaira. Juita beritahu tadi, jiran rumah sebelah yang telefon dia sebab risau tengok sport car depan rumah tak berganjak sampai pagi. Dah jom, mesti Kak Long dah siap masak. Nak ke klinik dulu ke, Khai?”
            
“Tak per, Abang Long. Sikit jer ni.” Sikit? Dah bengkak dah bibir tu Khai, lagi nak cover line.
            
“Belum boleh panggil Abang Long lagi.” Angah Umaira di sisinya bersuara sinis. Ishk dia ni, untunglah kau tu abang ngah Umaira, kalau tak memang aku bagi kau sebiji. Boleh tahan garang juga adik-beradik lelaki Umaira. Ini baru dua, ada lagi empat yang harus dia berhadapan.
            
“Khai park kat mana tadi? Angah ikut Khai. Along terus balik rumah.”
            
“Eh, kenapa pula Angah?” Meninggi tonasi pertanyaannya. Krisis tumbuk belum hilang dah kena ikut Khairil. Boleh jadi serabut kepala.
            
“Ialah, kalau tak Angah, siapa? Tak akanlah Ayah pula? Bukan Ayah cam jalan ke rumah Along tu. Dah jangan banyak songeh, pergi dengan Khai, banyak lagi yang nak ditanya dengan Khai tu.”

            
Banyak lagi yang nak ditanya? Ada soal siasat lagi? Adumak ai, matilah macam ni. Dahlah Khairil kadang-kadang ada kekok berbahasa Malaysia. Memang dia bertutur dalam Bahasa Malaysia sepanjang tinggal dengan Aunty Mariam, cuma kadang-kadang ada perkataan English yang lebih simple untuk dia sebut.



, ,

[ Bab 29 ] Dia Bukan Skandal


SEAWAL dahulu sewaktu mula mengenali Nurin Umaira, dia sudah selidik tentang gadis itu. Ada rahsia yang membuatkan dia jadi bertambah kasih pada Nurin Umaira. Dia juga tahu ada rakan sekerja yang menyukai Nurin Umaira dalam diam. Namun itu bukanlah halangan untuk dia mengenali gadis itu dengan lebih dekat lagi.
            
Dia menyuruh Helmi merisik dari pihak HR tentang flight Nurin Umaira ke Sibu. Namun apa yang dia tidak tahu, dan yang menjadi rahsia Tan Sri Sufrie, Nurin Umaira tidak akan menaiki flight ke Sibu, tetapi akan ke Kuala Terengganu. Ada sebuah resort yang baru diambil alih dan pengurusnya akan cuti bersalin, Nurin Umaira disuruh menggantikan pengurus itu buat sementara.
            
Dia menahan mata dari terlelap. Sedari tadi memerhatikan rumah sewa Nurin Umaira, mengharap gadis itu akan pulang dan dia akan berlari kepadanya. Jika tidak pagi esok dia akan bergegas ke airport untuk berjumpa Nurin Umaira. Beberapa kali dia menghantar pesanan di Whatsapp. Namun gadis itu tidak online. Bagaikan phone nya di off terus. Namun meseg di Whatsapp dari Aunty Mariam, bertanyakan khabarnya sedikit menceriakan. Pantas dia menjawab.

-       Aunty, Khai in love.
Dia menanti apa yang bakal Aunty Mariam balas.
-       Wow! In a month? Dengan siapa?
-       My dream girl aunty.
-       Your dream girl? That girl?
-      Yaa. It amazing aunty. I found her and now I’m deeply in love with her. She’s so beautiful.
-       Aunty nak tengok gambar dia Khai.
-       Wait I’ll tag you @ IG.

Lantas dengan pantas Khairil Izhan membuka Instagram. Gambar selfie Nurin Umaira yang diambil dari DP Whatsapp gadis itu dipilih. Dia menaip caption: My girl, my love, my soulmate, my everythings. Dia kemudian tag Aunty Mariam dan beberapa orang sahabat karibnya di London.
            
Beberapa saat sahaja dia sudah dihujani dengan soalan di comment.
            
Melayan matanya yang tidak mahu lelap, beberapa koleksi gambar candid Nurin Umaira dibuat collage. Malam ini, pastinya Instagram dia akan penuh dengan gambar milik Nurin Umaira. Berbagai caption ditulis, namun ada satu yang dia ulang baca berkali-kali.
            
Caption di bawah wefie candid dia dan Nurin Umaira. Comel sangat gadis itu, kala dia terperanjat bila gambar mereka diambil di parking kereta sewaktu dinner dahulu. ‘Scandal Mr. CEO? Stop calling her my scandal. She’s not my scandal, she is my bride to be. Wait for our wedding invitation. Daddy, Mommy I want to marry her.’
            
Dia juga puas membelek gambar Nurin Umaira di Instgram milik gadis itu. Juga gambar-gambar yang pernah dia ambil. Sesungguhnya semakin itu juga hatinya jadi bertambah rindu dan sayang pada Nurin Umaira.
            
Khairil Izhan tidak pernah sangka dia akan jadi selemah ini dengan perempuan. Selama dia di London, bukan dia tidak pernah kenal dengan mana-mana perempuan, berbagai bangsa, ada yang sanggup buat apa sahaja demi mendapat cintanya, namun dia percaya pada cinta pandang pertama. Baginya jika gadis itu teman sejiwanya, sekali pandang dia pasti jatuh suka.
            
Dan dengan sekali pertemuan, dia sudah terkejarkan Nurin Umaira.
            
I love you, Umaira. I love you very much and I miss you.
            
Dia teringatkan kejadian petang tadi. Marahnya dia pada Puan Sri Maria memang tidak dapat dikawal.
            
I’m sick of all this nonsense. Kalau mommy tetap nak juga Puteri in this family, suruh saja dad yang kahwin dengan dia. Kenapa nak suruh Khai? Khai dah ada Nurin Umaira. Just only her!”
            
“Khairil Izhan!” Melengking suara Puan Sri Maria.
            
“Pandai mommy marah bila Khai kata suruh dad saja yang kahwin dengan Puteri. Then, Nurin Umaira tak marahlah kalau mommy suruh Khai yang kahwin dengan Puteri? Khai tak pernah janjipun nak kahwin dengan Puteri, cukuplah mommy. Khai nak balik Malaysia nipun mommy patut bersyukur. Kalau berterusan macam ni, Khai akan balik London. Tinggal dengan Aunty Mariam tak adalah kepala Khai nak serabut macam ni.”
            
“Jadi Khai sayang Aunty Mariam lebih dari mommy?”
            
“Kalau mommy terus mendesak macam ni, of course Khai pilih Aunty Mariam. She’s better than you. She’s always support me, always encourage. Mommy? Tahu nak mendesak saja.” Bukan hendak melawan cakap ibu kandung sendiri, cuma Khairil Izhan harap ibunya itu faham akan perasaannya. Soal jodoh biarlah dia yang tentukan sendiri.
            
“Sepanjang Khai kat London, berapa kali mommy datang tengok Khai? Khai graduate pun mommy tak datang. Yang ada cuma Aunty, Uncle, daddy dan Khairina. So mommy nak expect apa? Khai pernah terfikir, yang Khai ni bukan anak mommy ke? Or Khai ni anak…” Dia tidak menghabiskan katanya bila matanya bertembung dengan mata Tan Sri Sufrie yang entah sudah berapa lama berdiri di situ. Khairil Izhan hanya mampu mengeluh.
            
Enough. She’s your mom Khai, please respect her.”

“Yaa.. Sorry. I’m sorry, mom, dad. Khai balik dulu.” Dan tanpa menoleh dia terus melangkah meninggalkan kediaman ibubapanya. Pulang ke banglo miliknya, membawa hati yang luka. Luka pada perbuatan ibunya sendiri. Walau sebenarnya dia sendiri tidak mahu menderhaka pada mereka, tapi hanya disebabkan cinta dia sanggup lakukan apa sahaja.

*** 





, ,

[ Bab 28 ] Dia Bukan Skandal


“DADDY… do something!” Khairil Izhan sudah tidak senang duduk. Dia sangat cintakan Nurin Umaira, dia tahu dia sangat sayangkan gadis itu, dan sekarang ini dia akan berkeras untuk mendapatkan gadis itu walau dengan apa cara sekalipun.
            
“Khai nak daddy buat macam-mana? Khai tahu tak, yang Khai ni keras kepala sama macam mommy?” Tan Sri Sufrie pening kepala dibuat dek anak bujangnya itu. Lebih pening lagi dengan karenah isterinya, yang pandai-pandai menyuruh HR tukarkan Nurin Umaira ke Sibu, padahal projek di Sibu belum ada apa-apa lagi.
            
“Daddy, I love her. Kalau Khai tahu macam ni, baik semalam Khai bawa dia lari saja. Terang-terang dia ada dengan Khai sepanjang malam, sepanjang hari.”
            
“Kamu buat apa dengan dia?”
            
“Buat apa, tengok sajalah. Kalau tahu baik buat macam-macam.”
            
“Khai, daddy memang tak jaga Khai sampai Khai besar, memang Khai membesar dengan aunty Mariam, tapi daddy dah pastikan your aunt, hantar Khai mengaji, belajar agama walaupun Khai tinggal di London. Daddy tak sangka yang Khai boleh fikir sejauh tu. Bawa anak dara orang masuk bilik hotel, bawa balik banglo. Tahu tak berduaan lelaki perempuan bukan mahram tu boleh mendatangkan maksiat?”
            
Khairil Izhan yang sangat tertekan langsung tidak memperdulikan kata-kata daddy nya. Beberapa kali dia meraup wajahnya. Hatinya sebal dengan tindakan mommy nya yang berkeras mahu dia mengahwini Puteri. Sedangkan hati dan perasaannya sekarang ini hanya inginkan Nurin Umaira.
            
“Khai nak daddy pinang Umaira. Kalau tak Khai akan letak jawatan dan balik London. Itu keputusan Khai. I don’t want your harta, kekayaan ni semua, your legacy, I don’t care if I’m not CEO or what so ever anymore, I just want Nurin Umaira. Fullstop!”
            
“Ya, daddy akan pinangkan dia, I will. Just let all things slow down first, then we think the best way to settle it. Please Khai, kalau daddy tak turunkan semua harta dan perniagaan daddy pada Khai, then to whom? Khairina? You are the only one my son, so all this legacy should be yours.”
            
“Ada apa pada legacy kalau hati tak suka.” Khairil Izhan dengan keras kepalanya terus berlalu meninggalkan pejabat Tan Sri Sufrie. Apa yang dia tidak tahu, Tan Sri Sufrie telah memikirkan sesuatu yang lebih baik dari itu. Lantas terus menghubungi Head of Human Recourses. “Daddy pun nak dia jadi menantu daddy, Khai. Daddy tahu Nurin Umaira seorang gadis yang baik.” Pertama kali melihat gadis itu, dia sudah berangan bermenantukan Nurin Umaira, dan sesungguhnya percaturan Allah itu maha hebat, apa yang dia angankan dulu kini hampir menjadi kenyataan.
            
Entah sudah berapa kali Khairil Izhan cuba menghubungi Nurin Umaira. Namun nombor yang didail masih tidak dapat dihubungi. Asyiklah operator sahaja yang menjawabnya. Saat dia sudah berputus asa dan hampir membaling iPhone nya ke lantai, pintu biliknya diketuk. PA nya masuk sambil membawa secawan air.
            
“Cik Nurin Umaira pesan, suruh buatkan Encik Khai kopi pekat.”
            
Wajah PA nya itu dipandang. Lama. Jadi canggung dan serba-salah pula PA nya itu. Dia yang minta Helmi menjadi PA nya, kerana dia tidak mahu PA perempuan. Tidak mahu PA nya menggoda dia. Dan juga dia tidak pernah menyuruh Helmi membuatkan dia air, dia boleh buat sendiri.
            
She calls you, Helmi?”
            
“Ya. Dia call dalam 15 minit lepas, tapi tak sure dia kat mana, sebab bunyinya bising.”
            
“Dia cakap apa lagi?”
            
“Dia pesan, suruh beritahu Encik Khai, jangan ganggu dia, buat masa ni dia cuma nak tenangkan fikiran. Kalau ada jodoh antara Encik Khai dan dia, pasti suatu hari nanti akan bertemu juga.”
            
“Itu saja?” Helmi hanya mengangguk.
            
“Encik Khai.."

Khairil Izhan akhirnya duduk di kerusi empuknya. Bersandar dan memejamkan mata.
            
“Ermm..”

Helmi bukan hendak masuk campur, namun dia rasa terpanggil hendak memberi sedikit nasihat kepada CEO barunya itu.
            
“Minta maaf saya bukan nak campur urusan Encik Khai. Tapi kita ada meeting penting petang ni, dokumen semua saya dah siapkan, minta Encik Khai semak dulu.” Helmi menarik nafas panjang sebelum menyambung kata.
            
“Encik Khai tak boleh campur adukkan kerja dan peribadi. Encik Khai kena buktikan pada semua orang yang Encik Khai bukan CEO yang suka main-main. Nanti apa kata board of director. Soal Nurin Umaira tu, saya yakin diapun nak Encik Khai berjaya kendalikan syarikat ni. Bagi dia masa bertenang, lagipun teruk dia kena umpat, gambar Encik Khai dengan dia dah merata orang forward. Dia perempuan Encik Khai, kita sebagai lelaki kena jaga maruah perempuan yang kita sayang. Semua orang tahu dia gadis yang baik, peramah dan selalu tersenyum. Dan kerana hubungan dia dengan Encik Khai, dia terus dilabel perempuan tak baik. Bukan Encik Khai sahaja yang sukakan dia, saya percaya ada ramai lagi pekerja lelaki di bangunan ini yang syok kat dia.”
            
Sekali lagi Helmi jadi canggung bila wajahnya dipandang Khairil Izhan tanpa kerdip. Ada benarnya kata-kata Helmi. Khairil Izhan hanya pentingkan diri dia sahaja. Dia tak jaga perasaan Nurin Umaira. Dia tak jaga maruah gadis itu, semuanya dia buat kerana dia terlalu sayangkan Nurin Umaira. Sedangkan gadis itu baru hendak mengenalinya.
            
“Fail mana yang nak disemak?”
            
Ada senyum di bibir Helmi sambil jarinya menuding ke arah fail yang sudah disusun di atas meja. “Pukul 3:00 Encik Khai, saya akan ingatkan Encik Khai lagi. Jangan risau, saya akan tolong Encik Khai hubungi Nurin Umaira. Sekarang ni, Encik Khai cuma fokus pada kerja.”
            
Khairil Izhan hanya mampu mengangguk. Dia tahu niat Helmi itu baik, hanya mahu melihat dia pandai membahagikan masa antara kerja dan peribadi. Dia sedar tindakannya langsung tidak membantu Nurin Umaira, tindakannya lebih kepada mencemarkan lagi nama baik gadis itu.
            
“Dia perempuan Encik Khai, sekali nama dia tercemar, sukar untuk dibersihkan. Lain kita lelaki, kita buat apa saja orang tak ambil peduli, berapa perempuan kita nak miliki, memang orang tahu dah namanya lelaki boleh pasang empat. Lelaki kaya macam Encik Khai pun sinonim dengan status ‘player’. So kita tak tercuitpun kalau melibatkan hal perempuan. Tapi bila orang dah label Nurin Umaira sebagai skandal Encik CEO, selamanya dia akan diingati begitu. Pity of her. Encik Khai kena bersihkan nama dia. Jangan Encik Khai tambah lagi kekusutan, buat masa ni Encik Khai tenang-tenang saja.”

Kata-kata Helmi itu memang makan dalam. Yaa, pity of her. Dia kemudian hanya mampu termenung memandang fail yang tersusun di meja. Fokus, Khai, fokus. Dia kemudian beristghfar berkali-kali di dalam hati. Tapi mampukah dia fokus pada kerja, jika hatinya sedang tidak tenteram sekarang.


Dia hanya ingin tahu, di manakah Nurin Umaira sekarang ini, sedang buat apakah dia, adakah dia sedang bersedih sekarang. ‘I’m sorry Umaira, I’m sorry.’ Dia berbisik sedih.

***
[ Bab 29 ] Dia Bukan Skandal
[ Bab 27 ] Dia Bukan Skandal



, ,

[ Bab 27 ] Dia Bukan Skandal


MAMPUKAH kita sebagai hamba-Nya hendak melawan takdir Allah?
            
Berat kaki Nurin Umaira hendak melangkah ke tempat kerja. Matanya bengkak dek semalaman menangis. Sebaik memasuki pejabat, mata-mata mula memandangnya. Biasanya Nurin Umaira ceria dan menyapa rakan sepejabat, namun pagi itu dia sugul dan sangat tertekan.
            
Dia dipanggil Tuan Mansor ke pejabatnya. Dia tahu pasti Tuan Mansor akan memarahinya. Pasti Tuan Mansor sudah mengetahui hal ini. Ah, mana lagi hendak disorokkan mukanya. Walau berkalipun dia menyatakan dia tidak berbuat apa-apa dengan Encik CEO di bilik hotel itu, ataupun di banglonya, atau di Bukit Tinggi, adakah yang mahu mempercayainya. Pasti mereka menuding jari menyalahkan dia dan menuduhnya yang bukan-bukan.
            
Whats happened, Umaira?” Soalan pertama Tuan Mansor.
            
Nothing.” Jawabnya sepatah,
            
“Ini dah kecoh satu pejabat, you ada skandal dengan CEO baru kita tu, Encik Khairil Izhan. You perempuan simpanan dia ke?”
            
Astaghfirullah-halazim. Sampai macam itu sekali Tuan Mansor fikirkan.
            
I’m sorry Umaira. Walau macam-mana I sayang you sekalipun, Puan Sri Maria dah paksa HR transfer kan you ke Sibu, you pergi ke pejabat Tan Sri Sufrie, katanya dia nak jumpa you pagi ni.”
            
Dia hanya mengangguk.
            
Keluar dari bilik Tuan Mansor, tanpa menoleh kiri kanan, dia terus menju ke lif untuk ke pejabat Tan Sri Sufrie. Harap-harap janganlah dia terserempak dengan Encik CEO. Boleh luruh hatinya jika terlihat lelaki itu.
            
Namun sebaik pintu lif terbuka, Izzuwan yang keluar. Nurim Umaira buat-buat tak nampak sahaja Izzuwan. Sebaik Umaira memasuki lif, tanpa diduga, Izzuwan mengekorinya.
            
“Berapa semalam dia bayar awak, Umaira?”
            
“Hah?” Dahinya berlapis cuba memahami maksud kata-kata Izzuwan.
            
“Saya sanggup habiskan semua duit simpanan saya kalau boleh dapat ke bilik hotel dengan awak, semalam dua. Awak tahukan yang saya sangat sukakan awak, Umaira. Saya tak kisah berhabis kalau perlu untuk dapatkan layanan awak.”
            
Allahuakbar. Bagai nak terjatuh Nurin Umaira ketika mendengar kata-kata Izzuwan. Jadi mereka semua ingat Nurin Umaira dibayar untuk bersama Encik CEO? Rendahnya maruah dia dimata kawan-kawan. Tidak memperdulikan Izzuwan yang turut berdiri di hadapan PA Tan Sri Sufrie, Nurin Umaira tersekat-sekat bersuara, menahan rasa sebak di dada.
            
Dia dibenarkan masuk oleh PA Tan Sri Sufrie. Daun pintu diketuk sekali dua, dan dia terus melangkah masuk. Buat pertama kalinya dia berdepan empat mata dengan Tan Sri Sufrie. Dia pernah juga berbual dengan pemilik Mega Holdings itu, tapi hanya sekali dua dan itupun ada rakan yang lain.
            
“Duduk Umaira.” Punggungnya dilabuhkan ke sofa hitam berkilat yang ada di bilik itu, mewahnya pejabat Tan Sri Sufrie. Perabut dan segala kelengkapan bersinar bagai tidak pernah disentuh.
            
“You mesti dah tahu yang you dah ditukarkan ke Sibu, berkuat-kuasa serta-merta. Tiket flight semua dah siap ditempah. Pagi esok, penerbangan pertama.”
            
Cepatnya? Namun dia hanya mengangguk tanpa berani mengangkat muka.
            
“You nak tahu tak, masa I interview you kerja dulu, I terfikir nak jadikan you PA I. I suka dengan penampilan you, gaya you, kemanisan dan keayuan melayu yang ada pada you, that’s time, memang I terus teringatkan my son, Khai. I terbayang alangkah indahnya kalau Khai beristerikan wanita seperti you. Bukan perempuan kat London tu, atau pilihan hati mommy dia, semua yang tak cukup kain. Duk tayang betis, peha kat semua orang.
            
Ermm.. tak sangka pula yang angan I masa tu hampir jadi kenyataan sekarang. Satu-satunya anak bujang I tergilakan you. I tahu dia yang sukakan you, sebab dari awal dia dah cari you siapa, dari awal dia masuk kerja dia dah tunjukkan pada I dia nak kenal dengan you. So, as a father, I tak akan bantah pilihan dia sebab I tahu, dia dah pilih permata yang sangat bernilai. I pernah kata pada dia, kalau dia sengaja nak permainkan you, I yang akan ambil you jadi my second wife.”
            
Jadi isteri kedua Tan Sri Sufrie? Bermadu dengan Puan Sri Maria? Tidaklah. Mati hidup semula pun dia tidak mahu. Tiba-tiba pintu dibuka. Seorang lelaki masuk tergesa-gesa.
            
“Dad, kenapa transferkan Umaira ke Sibu?”
            
“Biarlah, Umaira pergi dulu, bila keadaan dah reda, daddy akan cari jalan transfer kan Umaira balik KL semula. Sekarang ni your mom tengah mengamuk tu.”
            
“Kalau macam ni, Khai nak letak jawatan. Khai akan pergi kampung Umaira, minta izin family dia, Khai nak kahwin dengan Umaira, then Khai akan bawa dia ke London. Kenapa nak pisahkan Khai dari dia?” Menyinga sahaja muka Encik CEO sekarang ini. Sekejap dia berpeluk tubuh, sekejap dia bercekak pinggang. Terlalu mengambil berat dia soal seorang Nurin Umaira yang serba tiada ini.
            
You marry her, daddy restu. Tapi kita buat ikut adat. Buat masa ni, kita biarkan keadaan slow down dulu. Ni tengah kecoh, kesian Umaira ni kena tuduh jadi skandal CEO.”
            
“Tapi kenapa Sibu? Cawangan lain banyakkan yang dekat-dekat, yang Khai boleh tengok dia selalu. Khai bawa lari kahwin kat Thailand lah macam ni.”  
            
“Umaira tengok, anak uncle ni memang dah tak sabar nak kahwin dengan Umaira. Air dah penuh kat kepala tu, asyik fikir nak kahwin saja. Macamlah dia nak kahwin dengan anak kucing.”

Anak kucing? You sanggup tak jadi kucing parsi I? Ah, dia teringatkan kenangan indah itu.

Sebaik keluar dari bilik Tan Sri Sufrie, dia terus dikejar Encik CEO sampailah dia ke meja kerjanya. Sedaya upaya dia cuba cekalkan hati untuk tidak menangis di hadapan kawan-kawan, walau jauh di sudut hatinya dia sangat terusik dengan sikap prihatin lelaki berpangkat CEO itu. Yang sanggup membuang ego dan statusnya hanya untuk mengejar seorang perempuan seperti dia.
      
Tanpa memandang sedikitpun ke arah Encik CEO yang sudah berdiri di meja kerjanya, dia hanya mengemas beberapa barang peribadi.
            
“Umaira…”
            
Dia buat tidak tahu saja panggilan itu. “Nurin Umaira…”
            
“Sudahlah Encik Khai. Jangan kacau Umaira lagi..” Juita yang tidak tahan melihat drama cinta di hadapannya cuba memujuk Encik CEO agar menjauhi Nurin Umaira.
            
“Umaira, say something.. Okay, I akan announce pada semua orang, you bukan my scandal. You’re my bride to be. Daddy I pun dah setuju kita kahwinkan, so tak payah transfer ke Sibu, berhenti saja kerja, I boleh tanggung makan minum you.” Suaranya tegas, setegas hatinya yang sedang memberontak, marah dan geram dengan tindakan daddy dan mommy.
            
Izzuwan datang menyebok. Seolah mencurah minyak ke api yang sedang marak.
            
Listen here. I’ll not marry another girl, or siapa-siapalah, Puteri ke, except you, Umaira. Sejauh manapun you pergi, you will be mine. Step away Izzuwan. Atau you nak hilang kerja?”
            
Mata Umaira yang sudah berkaca, dan penuh digenangi air jernih, membuatkan dia tidak mampu memandang ke hadapan. Kabur pandangannya, dan dia terus mencapai beg tangan dan melangkah laju menuju ke lif. Dia tidak sanggup lagi hendak berhadapan dengan Encik CEO yang terlalu baik dan sangat menyayanginya itu.
            
Dia pasrah jika beginilah ketentuan Allah baginya. Jika dia hanya mampu mengecap bahagia walau sehari bersama lelaki yang mengaku mencintainya itu, dia sudah bersyukur. Malah dia berterima kasih kerana diberi peluang untuk menikmati rasa indah dalam hatinya.
            
“Umaira!” Dia hanya buat pekak telinga jeritan lelaki di belakangnya. Meninggalkan pejabat itu sekarang adalah perkara paling penting yang harus dia lakukan. Tidak sanggup untuk dia berlama-lama di situ. Lebih-lebih lagi hendak memandang mereka yang ada di sekeliling.

Handphone nya juga entah sudah berapa kali berdering minta diangkat. Dia tidak mahu melihat siapa yang menelefon. Biarlah. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya.


, ,

Thursday 1 February 2018

[ Bab 26 ] Dia Bukan Skandal


“KITA pergi butik Khairina dulu ya. You tunggu dulu kat situ, I ada hal sekejap.” Sebaik mendapat panggilan dari Tan Sri Sufrie tadi, Encik CEO nampak seperti tertekan. Dia asyik melihat iPhone nya. Sesekali menggelengkan kepala. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena.
           
“You tunggu sini dulu, nanti Khairina bawa you, okay. I ada hal sekejap.”
           
“Awak nak pergi mana?” Nurin Umaira terasa berdebar, seperti ada sesuatu yang buruk bakal berlaku. Sedari tadi hatinya berasa sangat tidak tenang. Manakan tidak, seawal pagi Izhan sudah mengajak dia pulang.
           
“Khairina dia keluar sekejap, nanti dia balik, you pergi dulu dengan dia. Kita jumpa kat sana ya, then I hantar you balik. Okay, sayang?”
          
Okay, sayang? Oh, hati Nurin Umaira sentiasa berbunga-bunga dengan panggilan tu. Apatah lagi dengan hadiah flying kiss dari Encik CEO, bertambahlah merah muka Nurin Umaira. Bahagianya bila ada seseorang yang sudi menyayangi dirinya. Dua hari bersama Izhan entah sudah berapa kali Encik CEO itu memanggilnya ‘sayang’.
            
Nurin Umaira hanya mampu melihat Encik CEO menghilang di sebalik pintu. Menaiki kereta Audi mewahnya. Mungkin dia ada hal penting sebab itu dia harus pergi. Nurin Umaira membelek-belek beberapa helai pakaian yang tergantung. Semua cantik-cantik, standard Mak Datin. Orang kerja biasa-biasa macam Nurin Umaira memang tidak mampu hendak membelinya.
            
“Kak Umaira, sini..” Dia digamit Ain, pembantu Khairina.
            
“Kenapa?”
            
“Sembunyi sini dulu, Puan Sri Maria datang.” Dia disuruh menyorok di dalam fitting room. Puan Sri Maria bukankah mommy Encik CEO? Kenapa dia perlu menyorok? Dia bukan kenal siapa Nurin Umaira pun.
            
“Mommy geram betul dengan abang kamu tu. Bukan dia tak tahu yang mommy nak jodohkan dia dengan Puteri.” Dia dapat dengar dengan jelas suara Puan Sri Maria di sebalik curtain fitting room berbentuk bulat itu.
            
“Sudah-sudahlah mommy nak jodohkan abang tu. Dari abang kecil dia tak boleh nak bersuara, semuanya mommy dah rancang untuk dia, biarlah soal jodoh dan masa depan abang tu dia tentukan sendiri. Yang nak kahwin dan bahagia tu abang, bukan mommy.” Itu suara Qaireen atau juga Khairina nama sebenarnya.
            
“Kamupun nak sebelahi abang kamu? Sama macam daddy?”
            
“Kak Umaira tu baik orangnya mommy. Khairina kenal dia. Sesuai sangat dengan abang, sama cantik, sama padan.”
            
“Kalau dia baik, tak adalah sampai ke bilik hotel, balik rumah abang kamu tu. Ikut abang kamu sampai ke Bukit Tinggi, buat apa semua tu? Perempuan jenis apa macam tu? Secantik manapun dia, pilihan mommy tetap Puteri anak Datok Zamri. Mommy dah janji dah dengan dia.”
            
“Yang mommy berjanji tu buat apa?”
            
“Ishk kamu ni, mommy tak kira esok juga daddy kena transferkan budak perempuan tu ke Sibu, biar dia jauh dari abang, biar mereka terpisah. Sampai bila-bilapun mommy tak akan terima dia sebagai menantu..”
            
Ya Allah.. Mendengar dengan telinga sendiri kata-kata hinaan seperti itu memang amat memedihkan. Nurin Umaira sedar diri. Yang hendak didampinginya itu, seorang CEO dari keluarga kaya. Siapa tidak kenal Tan Sri Sufrie, antara billionaire di Malaysia. Punya aset hampir di seluruh negara.
            
Tapi bukan dia yang tergilakan lelaki itu. Bukan dia yang terhegeh hendakkan lelaki itu.
            
Baru hati hendak menyemai rasa kasih, terasa begitu sukar hendak mendapat hasilnya.
            
Keadaan sunyi di luar. Seketika kemudian dia mendengar suara Khairina memanggilnya. “Kak Umaira, Khairina buka ya curtain ni?” Dia tidak menyahut, kerana sekarang ini jiwa Nurin Umaira kosong.
            
“Kak…” Khairina meraih tangannya. Kedua tangannya menggenggam erat jemari Nurin Umaira, seolah dia sedang memberikan kekuatan buat Nurin Umaira berdiri.
            
“Kakak tak apa-apa.” Hanya itu yang mampu dia tuturkan, walhal hatinya sudah pecah berderai, bagai kaca terhempas ke lantai.
            
“Jom kita pergi makan. Tentu abang dah tunggu..”
            
“Kakak tak naklah. Kakak nak balik..” Hatinya sangat sayu sekarang ini. Dia sangat berharap agar Juita atau sesiapa sahaja menghubunginya, agar boleh dia menyuruh mereka mengambil dia di sini.
            
Dia melabuhkan punggung di sofa. Dia mendengar Khairina berbual dengan seseorang di telefon, namun dia tidak dapat mendengar dengan jelas perbualan mereka. Biarlah, dia tidak mahu mencampuri urusan keluarga ini lagi. Kalaupun benar dia akan ditukarkan ke Sibu, dia rela. Biarlah dia membawa hatinya jauh dari Encik CEO. Dia tidak mahu dituduh yang bukan-bukan.
            
iPhone di tangannya bergetar. Nurin Umaira tertera di skrin. Ah kenapa dia tidak terfikir hendak menelefon nombornya sendiri, tentu sahaja Juita yang akan menjawabnya. Dia menekan warna hijau. Pantas dia berkata sebelum sempat Juita hendak bersuara.
            
“Jue, tolong ambil aku kat area Qaireen Qaseh. Aku tunggu kau kat tepi simpang dekat dengan 7E.” Talian dimatikan dan iPhone itu diletakkan di atas meja kopi. Dengan pantas dia keluar dari butik Qaireen Qaseh tanpa memberitahu sesiapa dan terus berjalan ke arah 7E di hujung simpang. Menyorok seketika di situ sementara menunggu Juita sampai.
            
Juita tiba kira-kira 40 minit kemudian. Untung dia ternampak Myvi kesayangannya kalau tidak mahu terlepas. Di dalam kereta puas dia dibebel Juita.
            
“Kau tahu tak, arini dah viral dah dalam group ofis, yang kau ni skandal Encik Khai. Kau boleh pula main tarik-tarik kat lobi, yang paling aku marah tu, kau keluar dari bilik hotel dengan dia pukul 3 pagi. Ya Allah, Nurin Umaira, kau tak jaga diri kau. Sekelip mata saja maruah kau orang hina. Dah tu kau menghilang sampai dua hari. Tau-tau kecoh kau kat Bukit Tinggi dengan dia. Aku tahulah dia secret admirer kau, dia Mr. MMK kau, tapi kau kan dah besar, tahu hukum hakam.” Sebaik dia memasuki kereta dia terus dibebel Juita.
            
“Tapi aku tak ada buat apa-apapun.” Matanya menekur hujung kaki.
            
“Itu kata kau. Kata orang lain? Dia tu CEO, kau tu siapa? Yang kena hina nanti orang marhaen macam kita ni. Orang tak akan pertikaikan tentang dia. Dia tu orang kaya, CEO, kau faham tak? Orang standard dia tu, nak ada perempuan banyak mana pun mana orang kesah.” Tinggi nada suara Juita. Marah sungguh sahabatnya itu. Ini kalau family dia tahu, tentu marahnya lagi berganda.
            
“Tapi dia kata dia suka aku, dia cintakan aku..dia nak kahwin dengan aku..” Nurin Umaira sudah tidak mampu menahan rasa sebak di dadanya. Dia menangis teresak-esak mengingati setiap kenangan indahnya bersama Khairil Izhan, Encik CEO nya.
            
“Ia, kalau dia mainkan kau macam-mana? Kau dah bagi seluruh diri kau pada dia ke?”
            
“Aku bukan perempuan semurah itu, Jue.”
            
“Baguslah. Aku risau sepanjang hari memikirkan kau. Puas aku try code phone kau tu, nasib akhirnya berjaya. Dah hampir nak kena block dah Huawei kau tu. Cuba kau tengok kat group, gambar kau dengan Encik Khai bukan main banyak lagi.”
            
Wajahnya masih sugul. Beberapa keping gambar yang dia lihat, memang jelas menampakkan wajahnya. Topik hangat dibincangkan, Nurin Umaira, skandal Mr. CEO. Argh, sakitnya hati.
            
Kereta dihentikan di hadapan pagar rumah sewa mereka. Nurin Umaira keluar dari kereta dan membuka pagar. Namun belum sempat pagar di tolak, seorang lelaki mendekatinya.
            
“Umaira..”
            
“Encik Khai baliklah. Tak manis orang tengok, cukuplah Umaira dihina, dituduh jadi skandal Encik Khai. Cukup-cukuplah tu.” Juita menarik Nurin Umaira kembali ke kereta.
            
Please, Umaira. You tahukan I sayangkan you. Just ignore what others said. Yang nak bahagia tu kita, bukan dia orang.”
            
“Awakkan nak kahwin dengan Puteri. Biarkanlah saya…” Tidak mampu untuk dia terus menuturkan kata, bila airmatanya turun membasahi pipi tanpa mampu dia tahan. Melihat wajah yang membahagiakan dia sepanjang dua hari tu, hatinya diusik rasa sedih.

“I tak akan kahwin dengan Puteri, I cuma nak kahwin dengan you. Depan Juita, I nak beritahu, kalau you setuju kahwin dengan I sekarang juga kita balik kampung you. I don’t care apa my mom nak cakap, sekarang ni apa yang penting hati dan perasaan I. Cukuplah dah 30 tahun family I rancang hidup I. This time around, biar I decide my future. And my future adalah untuk bersama you, forever.”

Semalaman itu dia puas menangis. Apatah lagi bila abang Ngah datang tanpa salam. Terus sahaja memarahinya tanpa soal selidik.



, ,