ilashukri.blogspot.com

Thursday 16 March 2017

[ Bab 8 ] Dia Bukan Skandal


“AWAK kerja kat mana?” Jadi canggung bila lelaki di hadapannya itu asyik memandangnya. Dah habis soalan juga hendak ditanya. Air yang dipesan baru seteguk di telan. Sengaja Umaira pilih untuk minum di medan selera itu. Ramai orang, keadaanpun agak riuh, jadi taklah segan sangat dia hendak berhadapan dengan lelaki itu.

“Kat Mega Holdings.” Dia tersenyum.

“La ia ke?” Patutlah. Kerja satu company, satu bangunan rupanya.

Sorry I stalk you. Gelaran mamat muka ketat tu tinggalkan kesan dalam diri I. I bukan mamat muka ketat. I bukan sombong.”

“Awak stalk saya? Jadi betullah memang ada orang perhatikan saya lately ni. Mana boleh macam tu. Patutnya awak sebagai lelaki, kena jaga kami orang perempuan ni, bukan nak takut-takutkan, jadi stalker pula tu.” Entah apalah yang Umaira bebelkan. Lidahnya jadi seperti bertih jagung pop pop pop. Sebenarnya dia cuma mahu membuang rasa gementar dalam dirinya. Dia sangat berdebar bila dia dapat rasakan, mata lelaki yang duduk berhadapan dengannya itu memang tajam memandangnya.

“Okay, kalau macam tu, apa kata you jadi my girlfriend? I bujang.”

“Bujang konon. Mana tahu you dah kahwin ke? Lelaki sekarang ni, dah kahwin pun mengaku bujang.”

“Ishk, jangan samakan I dengan lelaki lain, Umaira. I tahulah you tu ramai peminat. Tapi I tak cukup hensem ke nak dibanding dengan Izzuwan?”

Dia ni memang betul-betul tahu tentang Umaira. Agaknya apa lagi yang dia tahu tentang Umaira ya. Payahlah kalau macam ni. Umaira rasa dia dah tak boleh nak teruskan, dia kena balik lagipun dah nak Maghrib. Mesti nanti Juita risau.

Kalau nak bandingkan encik mamat muka ketat dengan Izzuwan, memanglah encik mamat muka ketat menang. Wajahnya ada aura tersendiri. Kulitnya cerah, rambutnya kemas pendek, sesekali ada lesung pipi melekuk cantik. Ah, kenapa dia rasa mereka ada persamaan?

“Kita sesuaikan? You baru perasan kan?”

Alamak, dia tahulah Umaira sedang belek muka dia. Umaira geleng kepala, tawa halus keluar dari bibirnya. Kelakar pula rasanya, Umaira buat perangai gedik. Umaira paling muka. Dia buat-buat tak perasan yang lelaki itu sedang menyinsing lengan kemejanya. Dilipat sehingga ke atas siku. Nampak urat lengannya yang sasa. Dia ni nak goda aku ke? Argh dah macam Lee Min-Ho.

“Kita solat Maghrib kat sini dulu ya? I ada benda lagi nak cakap dengan you.” Ah, dia lipat lengan kemeja sebab senang nak ambil wuduk ke? Aduh Umaira dah salah sangka. Terdengar suara azan dari Iphone milik lelaki itu yang terletak di atas meja. Mereka diam menghormati azan yang berkumandang. Sebaik azan berakhir, Iphone nya diambil.

“Umaira, satu lagi I nak beritahu.” Dia meletak kedua tangannya di atas meja dan badannya dicondong sedikit ke hadapan, sedikit dekat dengan Umaira. Iphone nya disua pada Umaira. Dia menekan sesuatu.

“I ambil dari DP Whatsapp you. Sorry dear I ambil without permission.” Matanya dikenyit. Ya Allah. Hensemnya dia buat gaya macam tu. Sebut dear pula tu. Ah! Umaira dah jatuh suka dengan mamat muka ketat. Ibu! Ayah! Umaira dah suka kat lelaki ni.

So, pulangkanlah semula.”

Come on Umaira. Mana boleh. Ni pengubat rindu I.”

Juita pun dahulu puji gambar selfie Umaira dekat kedai bunga aunty Rose tu. Cantik katanya, bila Umaira dikelilingi bunga.

“You mungkin tak perasan, hanya dengan lirikan mata you tu, hati lelaki boleh jatuh tergolek tengok you.”

“Eeuuu.. sweet talker.”

“I pun tak tahu, kenapa I jadi macam ni. Ni semua sebab you, Miss Clumsy. Eh, jom solat dulu. Tak elok lengah-lengah.”

Dia ni nampak macam orang ada-ada. Orang kaya, kereta saja Audi tu. Gaya dia yang segak dengan slack yang rasanya dari material yang mahal. Kemeja yang dipakai pun bukan calang-calang jenama, kemas bergosok dan wangi. Tapi dia nampak tak kekok nak minum kat medan selera ni. Ada setengah orang kaya tak nak masuk medan selera yang hingar bingar macam ni. Lagilah dengan bau gorengan, melekat kat baju.

Dia melangkah sama ke surau. Mengambil peluang ini untuk menenangkan fikirannya seketika. Menghantar pesanan ringkas pada Juita, memberitahu yang dia mungkin akan lewat pulang.


, ,

No comments:

Post a Comment