ilashukri.blogspot.com

Tuesday 30 January 2018

[ Bab 23 ] Dia Bukan Skandal



PUAS dia memujuk Nurin Umaira untuk makan. Adalah sesuap dua yang gadis itu telan, selebihnya hanya dikuisnya nasi goreng cina di pinggan. Berdiam diri sedari keluar dari bilik hotel. Kaku tanpa sebarang suara, memang buat Khairil Izhan penasaran.

“Nanti kita pergi cari baju ya.”

“Nak balik…” Wajah ayu yang matanya sudah bergenang air jernih itu sangat melemahkan hati lelaki Khairil Izhan. Namun dia cekalkan hatinya. Dia hanya ingin bersama Nurin Umaira, tak akan ada yang mampu menghalang.

“Nanti kita balik ya. Janganlah menangis kat sini, malu orang tengok. Nanti orang ingat, I kidnap you pula.”

“Memanglah. Saya satu apapun tak ada. Nak call Juita nombor phone dia tak ingat..”

“Siapa kata you tak ada apa-apa, you kan ada I. Your future husband.”

“Jangan nak beranganlah Mr. CEO.”

Khairil Izhan tersengeh. Kalau mommy menentang sekalipun dengan pilihan dia, dia tetap akan kahwini Nurin Umaira. Kahwin kat Thailand pun dia sanggup. Asalkan Nurin Umaira yang cantik di hadapannya ini, menjadi milik dia seorang.

“Awak baru saja kenal saya, dah sebut kahwin, awak yakin ke dengan hati awak tu?”

“Yakin.” Jawabnya pantas dan senafas. Kita dah lama kenal, Umaira. You yang tak kenal I.

“Kalau you nak I pergi jumpa your parents sekarangpun I sanggup, asalkan you jadi milik I. Kalau pergi pejabat agama lagi I suka. Boleh jumpa Tok Kadi, terus nikah. Then you will be my wife. So I boleh pegang tangan ni, main jemari dia.. cium pipi dia..” Mata redup milik Nurin Umaira di hadapannya dipandang tanpa kerdip. Sengaja dia buat bentuk hati dengan kedua tangannya, sehingga gadis manis itu mengukir senyum. Ah, bahagianya melihat senyuman itu. Indahnya perasaan cinta ini Ya Allah.

Girlfriend awak tak marah ke?”

She’s at London. So, she will not know about us.”

Melihat raut wajah Nurin Umaira berubah, iPhone di poket dikeluarkan. Dia mencari sesuatu, dan disua ke depan Nurin Umaira. “Ni gambar girlfriend I. Baka baik ni, tapi tak sesuai tinggal kat Malaysia, so terpaksa tinggalkan kat London. Hari-hari tidur dengan I, tapi dia banyak bulu, kaler orange pula tu.” Khairil Izhan tertawa kecil. Kitty, ya dia rindu Kitty, kucing comel ala-ala Garfield miliknya. Sedang buat apa agaknya Kitty sekarang.

“Awak bela kucing?”

Hanya mengangguk sebagai jawapan.
            
“Saya alah kucing.. Nanti cepat bersin..”
            
“Oh, kalau macam tu, I bela you sajalah. Tak ada kucingpun tak apa.”
            
“Ingat saya kucing ke?” Matanya dah terjegil memandang Khairil Izhan.
            
“Ialah, you macam kucing parsi, comel, cute, selalu buat jantung I bekerja lebih dari biasa. You pakai complete bertutup macam nipun, jantung I ni menggelabah je dari tadi.”
            
Ishkk.. Gatal..”
            
Khairil Izhan hanya tersenyum. Sungguh sebenarnya dia tidak pernah menyangka cinta akan membuatkan dia sangat bijak berbicara. Ada sahaja ayat manis bergula yang dia tuturkan untuk menghiburkan gadis pujaan hatinya itu.
            
“You sudi jadi kucing parsi I?”
            
“Nak kena cekau?” Matanya yang terbeliak dengan jarinya yang macam nak mencakar tu buat tawa Khairil Izhan meledak kuat. Comel sungguh Nurin Umaira ni. Aduhai, serasa sekarang ini dia sedang terbang di awangan. Jom kita kahwin, Umaira. Bisik hatinya suka.
            
Kereta dipandu menyusuri pagi. Sekejap lagi fajar akan menyinsing. Ya Allah, Khairil Izhan baru teringat, yang mereka belum bersolat Isya’. Bagaimana dengan Suboh nanti? Nurin Umaira nak guna telekung apa ya?
            
“Kita berhenti solat kat masjid dulu nanti, nak tak? Ke you nak mandi dulu?”
            
“Tak, sekarang ni kita kat mana? Saya tak kenal jalan ni. Kata tadi nak balik, ni nak bawa saya pergi mana ni?” Mata Nurin Umaira meliar melihat kiri-kanan jalan. Lebih lagi bila kereta memasuki kawasan berpagar dan perlu melalui pondok security. Lagi buat Nurin Umaira panik. Ni macam area rumah dia, tempat Nurin Umaira ambil kereta hari tu.
            
“Nak baliklah ni, balik rumah I.”
            
“Balik rumah awak nak buat apa? Kena tangkap khalwat nanti macam-mana?”
            
“Lagilah bagus, dapat I kahwin free dengan you.”
            
“Ya Allah, Encik CEO oi, kalau nak anak dara orang, buatlah cara yang betul, pergi meminang, ikut adat, bukan kahwin tangkap muat.”
            
“Auuchh..” Tak disangkanya, tangan Nurin Umaira sempat mencubit badannya. Aduh, perit juga, boleh birat badan macam ni.
            
You ni, tangan macam ketam.” Dia menggosok badannya yang sakit. Walau perlahan bunyinya tapi telinganya dapat menangkap gadis itu menyebut ‘padan muka’.
            
Kereta di parkir kemas di halaman rumah. Sengaja hendak melihat sejauh mana Nurin Umaira nak duduk dalam kereta. Dia yang sudah keluar, hanya bersandar di badan kereta. Menunggu dengan penuh sabar. Akhirnya si cantik manis itu keluar juga dari perut kereta Audi miliknya. Sebelum ini Umaira hanya mengambil keretanya di parkir, tidak lagi memasuki rumahnya.
            
Shall we?” Memang ayat minta penumbuk agaknya, bila buku lima Nurin Umaira yang tak seberapa nak besar itu di hala ke arahnya. Alahai, kena tumbuk dengan Nurin Umaira apalah sangatkan. Keningnya dijongket-jongket.
            
Banglo ini telah dibelinya beberapa tahun lalu. Sewaktu balik bercuti ke Malaysia. Dia meminta adiknya mencarikan dia sebuah rumah untuk dia bersendirian. Dan masa itu kebetulannya ada seorang kenalan yang ingin menjual banglo siap perabut ala-ala Korean, dan inilah dia, sekarang sudah menjadi hak milik Khairil Izhan. Kelak, jika jodohnya ada, dia ingin tinggal bersama Nurin Umaira di sini.
            
“Cantik tak rumah kita?”
            
“Kita?” Terbeliak mata Nurin Umaira. Kepalanya digeleng berkali-kali. Takut-takut dia hendak masuk. Khairil Izhan memang buat macam rumah sendiri, langkah terus dihayun ke bilik di tingkat atas.
            
Tapi Nurin Umaira rasa macam pernah datang sinilah. Dia macam kenal rumah ni. Hiasan dalaman banglo dua setengah tingkat itu, macam dia yang reka. Konsep Korean? Ialah…
            
Baju kemeja dan singlet ditanggalkan dan dicampak sahaja di atas katil. Tuala dicapai, dan terus dililit di pinggang. Seluar slack putihnya juga sudah melorot ke bawah. Dia memang hendak mandi, namun teringatkan Nurin Umaira di luar, dia mengambil sehelai tuala baru dari dalam almari.
            
“Umaira, you kalau nak basuh muka boleh guna toilet hujung sana.” Tangannya menghulur tuala yang dipegang. Sebaik Nurin Umaira menoleh, dia sudah terjerit. “Ya Allah, Encik CEO, dah kenapa berlenggeng ni, kalau ya pun nak buat aksi 18SX bukan dengan saya.”
            
“Kalau bukan dengan you, dengan siapa pula I nak buat aksi 18SX? I cuma sukakan you saja.” Dia cuba mendekat, sengaja dengan niat hendak mengusik. Sengaja hendak menunjuk badan sasanya. Langkahnya semakin hampir. Dan Nurin Umaira sudah terjerit berlari. Ini kalau duduk rumah teres ajer mati didengar jiran sebelah.
            
Khairil Izhan kembali ke bilik tidurnya. Bersegera mandi. Azan Suboh sudah berkumandang, dengan segera dia terus bersolat. Usai bersolat dia duduk sebentar di sejadah. Sejenak dia berfikir, dan kemudian menuju ke sudut wardrobe. Mencari stokin dan sarung tangan miliknya. Sehelai kain pelikat baru. Dia perlu beli kain telekung buat simpanan di rumah. Kalau ada tetamu yang datang dan hendak menumpang solat, dia sudah ada kelengkapan.
            
Dia kemudiannya kembali ke ruang tamu. Dia melihat Nurin Umaira sedang duduk di sofa sambil memeluk tuala. Kasihannya. Tentu dia takut. ‘I tak akan sentuh you, selagi you belum menjadi milik I yang halal, Umaira. Percayalah.’ Hatinya berjanji pasti.
            
“You..” Dia bersuara. Nurin Umaira menoleh. Memandang ke arahnya atas bawah.
            
Tentu Nurin Umaira kagum melihat dia. Ialah, lelaki yang sasa dengan kain pelikat, kan seksi. Hahah, dia yang perasan sendiri.
            
“You boleh solat dalam bilik I. Sorry I tak ada telekung, tapi I dah sediakan stokin, kain pelikat, kemeja, tengok mana yang you rasa sesuai. Kunci pintu ya, takut I tersasul masuk bilik pula.”
            
“Kalau saya kunci, awak buka dari luar guna kunci pendua?”
            
“Demi Allah, Umaira sayang, I tak akan buat macam tu.” Mata kirinya dikenyit pada Nurin Umaira. Dan gadis itu bersegera bangun. “Master bedroom, bilik belah kanan tingkat atas tu. Dalam toilet I dah sediakan berus gigi baru kalau nak guna..” Dia lihat Nurin Umaira mengangguk beberapa kali.
            
Khairil Izhan tidak sangka yang kisah merajuk boleh bawa Nurin Umaira sehingga ke banglo nya. Memang dia hendak bersama gadis itu hari ini. Menghabiskan sepanjang hari dengan gadis itu, mengenali gadis itu dengan lebih dekat, tapi tidak disangkanya sebegini senang.
            
Dah parah dah Khairil Izhan. Dia memang sudah jatuh hati sangat dengan Nurin Umaira. Dia tahu mommy pasti tidak setuju dengan pilihannya. Dia duduk bersandar, remote TV ditekan. Mencari siaran yang sedap ditonton di Astro. Dan entah bila dia terlelap di sofa.
            
“Awak…” Sayup-sayup dia terdengar suara perempuan memanggilnya.
            
“Awak…” Matanya dibuka. Senyum diukir, Nurin Umaira rupanya. Lain wajah itu tanpa solekan. Lebih manis dipandang. Kena cari baju lain untuk dia, dah semalaman dia dengan baju tu.
            
“Awak tak buatkan tetamu awak air ke?”
            
“Heh?” Khairil Izhan buat muka pelik.
            
“Ha’ahh.. Tak. You buatlah. I tak pandai. Tak tahu apa ada kat dapur tu.”
            
“Sayakan tetamu..”
            
“You bukan tetamu, you tu bakal isteri, so pandai-pandailah cik bakal isteri buatkan air untuk encik bakal suami. I suka kopi pekat. Cuba tengok kat dapur tu, lagi cepat you buat lagi cepat kita keluar dari sini.”


“Ya Allah, dia ni… Memang taklah nak jadi bakal suami aku…” Bebel Nurin Umaira. Namun tetap melangkah menuju ke ruang dapur. “Mana nak cari ni?” Khairil Izhan senyum sendirian mendengar bebelan Nurin Umaira. 



, ,

No comments:

Post a Comment