ilashukri.blogspot.com

Thursday 24 May 2018

[ Bab 40 ] Dia Bukan Skandal



SUDAH hampir dua minggu Nurin Humaira di Kuala Terengganu. Memang waktu siangnya dia sebok dengan urusan kerja di resort. Namun bila malam menjelma, dia mula merasakan kesepian.

Beberapa kali matanya menjeling ke arah telefon bimbitnya. Dia sangat berharap agar mendapat panggilan atau pesanan dari Khairil Izhan. Saat ini, tika ini, dia sangat rindukan lelaki itu.

Sedang buat apakah dia? Sedang bersenang-lenangkah, atau sedang merindu juga seperti dia? Ah, Umaira jadi penasaran. Dia ingin tahu, dia ingin mendengar cerita. Rindunya sudah tidak mampu dibendung.

Akhirnya jemarinya menaip sesuatu di applikasi WhatsApp. Walau dia tahu lelaki itu tidak online. Dia juga menghantar pesanan buat Juita. Hanya dari sahabatnya itu sahaja dia mengetahui tentang perkara yang menjadi tanda tanya.

- Helmi tak ada call Encik Khai ke?

- Ada juga, tapi tak dapat.

- Helmi kata Encik Khai tak on handphone. Kalau dia call pun malam guna nombor lain. Nombor tu pun tak online.

Ya Allah, di manakah agaknya Khairil Izhan sekarang ini. Ya Allah, kau lindungilah Khairil Izhan dari sebarang marabahaya.

Rindunya hati ini padanya. Rintih Nurin Umaira sendirian.

***

Nurin Umaira berjalan sendirian menyusuri pantai. Cantik pemandangan petang di kawasan resort, patutlah Tan Sri Sufrie sanggup melabor di resort ini. 

Memandang jauh ke hadapan, teringin hatinya hendak berjalan menyusuri pantai bersama Khairil Izhan. Rindu bertandang lagi, rindu pada Mr. CEO yang menghilang tanpa khabar berita. 

Marahkah dia pada Nurin Umaira, kenapa dia tidak menghubungi Nurin Umaira langsung. Sudah putus asakah dia hendak memikat Nurin Umaira?

Hempasan ombak ke pasir pantai, seolah hempasan rindunya yang menyiksakan jiwa. Ke mana sahaja matanya memandang, hanya wajah Khairil Izhan yang dilihat. Sungguh dia tidak pernah menyangka, begitu sekali kuatnya kuasa cinta, kuasa rindu. 

Ya, the power of love. Boleh bawa kita terbang ke angkasa, boleh juga bawa kita terdampar di tengah lautan.

Langkah terhenti saat terdengar laungan namanya dipanggil. Dia menoleh dan terpandang seorang staf resort melambainya. Dengan gontai dia melangkah, menghampiri si pemanggil.

“Cik Nurin, ada orang cari kat reception.” Dia mengangguk tanda faham. Namun langkahnya masih perlahan dan terasa bagai diseret kaki melangkah. Berat sungguh kakinya itu membawa beban rindu yang menggunung.

Setiba di lobby dia terus ke reception counter. Dia memerhati sekeliling, tiada sesiapa di reception kecuali staf resort. Ritha yang bertugas di kaunter melemparkan senyuman kepadanya. Namun Nurin Humaira yang saat ini sedang jiwa kacau, menongkat dagu di kaunter. Wajah lesu dipamer.

“Kak Nurin, tadi ada orang nak jumpa.”

“Siapa?” Soalnya malas. Dari menongkat dagu dia kemudian melentokkan kepalanya ke kaunter, sambil tangannya dibuat bantal.

“Nicholas Saputra. Haha! Entah Ritha tak kenal. Dia kata kawan kak Nurin.”

“Tak habis-habis dengan Nicholas Saputra dia.” Dua minggu ini dia sudah masak dengan perangai Ritha. Asalkan ada sahaja customer yang nak check-in, handsome sikit jer, sado ke, macam-macam digelarnya, Nicholas Saputra, Fattah Amin, Fahrin Ahmad, Brad Pitt. Semualah dia sebut. Jadi tak hairanlah, kali ni siapa pula yang digelarkannya.

“Mana orangnya?” Mulut bertanya tapi kepala masih terlentok tak bermaya. Parah sungguh panahan rindu Khairil Izhan. Manakan tidak masuk hari ini, sudah 10 hari tiada khabar berita dari lelaki itu.

“Wanginya Ritha! Sedap baunya..” Nurin Humaira menarik nafas panjang menghidu haruman yang seolah dikenalnya.

“Macam bau Mr. CEO akak jer. Rindunya kat dia.. aarrghhh!” Nurin Humaira separuh menjerit. Kali ini dagunya pula ditongkat di kaunter. Tangan kanannya dibawa memukul peha, lenguh bukan kepalang. Sejak berkerja di resort itu dia kerap berdiri dan berjalan di dalam kawasan resort. Dahulu sewaktu di Mega Holdings dia hanya duduk memanjang. Beberapa kali kakinya yang lenguh digoyang-goyangkan. Tumitnya sakit.

“Kak Nurin, sana tu..” Ritha menunjuk dengan muncung.

“Mana?” Dia menoleh ke arah muncung Ritha. Terpandang di matanya seseorang yang segak bertopi baseball NYC hitam, berkaca mata hitam, dengan t-shirt kelabu yang dipadankan dengan kemeja jeans yang tidak dikancing butangnya. Dengan seluar khaki separas lutut. Santai sungguh. Dia amati lagi.

Menoleh semula ke arah Ritha, takutlah kalau dia berhalusinasi, maklumlah dia sangat rindu sekarang ini. “Boyfriend kak Nurin eh? Hehe, Nicholas Saputra.” Ritha tertawa.

"Ishk kamu ni, tak habis-habis dengan Nicholas Saputra lah" Kemudian dia menoleh semula.

“Hai sayang. Miss me?”

Suara itu? Argh Nurin Umaira berilusi lagi. Dia rindukan suara itu. Dia kenal suara itu. Walau sudah hampir dua minggu dia tidak mendengarnya. Dua minggu juga dia tidak mendengar khabar pemilik suara itu. Ada rindu yang bertandang. Dua minggu ini dia belajar erti rindu pada Khairil Izhan. Tidak mengendahkan suara itu, dia terpandang notification di WhatsApp. Pantas tangannya menekan.

- Hai sayangku Nurin Umaira. (love) (flying kiss)

Siap ada emoji ‘love’ dan flying kiss. WhatsApp Umaira dah bluetick! Khairil Izhan tengah online! “Yeahhh!” Umaira hampir terlompat riang. Hatinya teringin untuk menoleh sekali lagi, tapi hatinya ragu. Dan serentak itu, dadanya berdebar sangat laju. Kadar adrenalin di tubuhnya meningkat serta merta.

“Argghhh!!” Nurin Humaira menjerit lagi bila dia melihat lelaki di hadapannya itu mendepangkan tangannya. Dia mahu saja berlari ke arah lelaki itu dan memeluknya erat melepaskan segala beban rindu yang menggunung dijiwanya.

Namun dia hanya tersenyum, malu mengetuk hatinya saat lelaki itu mendekatinya. Sangat dekat. Mulutnya ternganga melihat lelaki segak yang berdiri di hadapannya.

"Tutup mulut tu nanti I jeles kalau lalat masuk.." Keningnya yang dijongket-jongket dengan senyuman yang manis itu ah, buat Nurin Umaira boleh jadi gila. Terlopong melihat ketampanannya.

"Ritha nampak tak lelaki sebelah akak ni?" Tanyanya minta kepastian.

"Nampaklah. Tadikan Ritha dah kata hensemnya boyfriend kak Nurin, macam Nicholas Saputra." 

"Nicholas Saputra lagi. Ni Lee Min-Ho lah. Ritha tak kenal dia ni siapa?"

"Kenal. Boyfriend Kak Nurin.. Hehe.." Ritha tertawa kecil. Hamdan yang baru muncul di reception sebok berbisik-bisik dengan Ritha. Kecohlah nanti satu resort tahu.

"Sayang....." Meleret manja suara lelaki itu menyebut sayang. Oh boleh cair jadinya dengan rengekan kata-kata sayang itu.. Buat jantung Nurin Umaira berdegup lebih kencang. Menahan gelora jiwanya.

"Nak hug.. Nak kiss.. Miss you like crazy.." Tangan kirinya sudah menongkat pipi di kaunter. Tangan kanannya didepang seolah minta dipeluk. Oh melting dibuatnya. Kalaulah dia sudah menjadi suami, memang tentu dia akan peluk erat-erat lelaki itu. Tak akan bagi lepas.

“Oh my..” Ritha dan Hamdan tertawa kecil. Romantik sungguh.

"Miss me?" Tanya lelaki itu lagi.

Atas bawah Nurin Umaira memandang lelaki segak itu. Hatinya melonjak ingin menjawab of course. I'm madly miss you and love you. Uppss.. Tapi dia belum boleh jawab begitu.

"After two weeks baru datang cari saya?" Tak mahu terperangkap dengan soalan Izhan, Nurin Umaira cuba mengelak dengan bertanya soalan lain.

"Kata nak tenangkan fikiran. Nak relaks, so I tak naklah ganggu."

"So, mesej pun tak, call pun tak.. Datang sini untuk apa?"

"Nak ajak Nurin Umaira kahwin lari kat Thailand. Kalau dapat malam ni lagi bagus. Rindu kata, dia dah tak tahan nak peluk Nurin Umaira. Cinta kata dia dah tak sabar nak cium-cium Nurin Umaira.."

“Eeuuu... Sweet talker.. Seramm.." Nurin Umaira kemudian berjalan keluar dari lobi. Tak boleh berlama-lama kat situ. Bukan dia tidak tahu Ritha dan Hamdan yang memasang telinga. Lagi-lagi ada cctv di kawasan itu, mahukan mereka ulang tayang drama cinta Umaira dan Izhan.

Walaupun kakinya sakit, namun dia inginkan tempat yang lebih privacy untuk berbual bersama Izhan.

"Nak ke mana? Tak lenguh kaki ke?” 

Namun lelaki itu tetap mengikutnya berjalan hingga sampai ke tepi pantai. Nurin Umaira memilih untuk duduk di batu besar yang telah lama menghuni pantai itu. Kurang-kurang dia dapat membuka kasutnya dan melegakan kakinya dengan air dan pasir pantai. Dia tersenyum bila melihat Izhan juga membuka sandal yang dipakai dan turut duduk di sisinya.

"You macam tak sihat je?"

"Taklah. Ok jer. Mungkin sebab dari interior designer, saya kat sini kena jadi pengurus resort pula, lari bidang, itu yang saya letih." 

Amboi, panjang lebar pulak jawab ya. Tak nak merajuk dengan buah hati ke? Tak payahlah. Buang masa dan tenaga sajakan. Dia dah datang ni, tangkap jelah. Peluk erat-erat jangan kasi lepas.

"Do you miss me?"

"Awak rindu saya tak?" Soalan Izhan pula yang diulang.

"Of course I miss you. Sangat rindu. Kalau ikut hati gila I masa tu, memang I bawa you kahwin lari kat Thailand. Tapi I kena jaga maruah you juga, so I diamkan diri dua minggu ni, hope emosi you dah stabil."

"Ingat saya mental ke?" Matanya memandang Izhan.

"Bukan.. Cuma tak nak you tertekan dengan sikap I yang mendesak nak ajak you kahwin. I yang terhegeh-hegeh, Tapi you tak ada perasaanpun kat I. So two weeks ni, ada rasa rindu tak kat I?"

Nak jawab ke tak? Nak jujur ke nak dera lagi hati Mr. CEO? Muka merayu dia ni comel sangatlah. Tak puas nak pandang. Eeei.. Rasa nak cubit-cubit pipi dia. Aduhai Umaira… sabarlah sikit.

"You, nak tanya sikit, boleh?" Izhan betulkan duduknya. Sakit pula rasa punggung duduk di batu yang tajam.

"Ermmm.. Apa dia?"

"Nicholas Saputra tu siapa? Singer? Actor?"

"Ishkk.. Pergilah tanya pakcik google."

"I macam dia ke?"

"Nicholas Saputra lagi hensemlah dari awak."

"Yelah. I memang tak hensem, sebab tu orang tu tak suka I.. I saja yang terhegeh-hegeh nakkan dia. Dia tak pernah sayang I.."

"Alololo.. Siapa kata saya tak sayang? Saya perempuan, kenalah jual mahal sikit." Umaira tarik senyum.

"So, you sayang I?"

Mengangguk.

"Betul?"

"Betul."

"Yes!! Jom kahwin kat Thailand." Tak habis-habis ajak kahwin dekat Thailand. Serius ke kahwin kat sana senang?

"Kalau nak kahwin dengan saya kena masuk meminang."

Wajah gembira Izhan berubah seketika. Seolah sedang berfikir sesuatu. Nurin Umaira meneka tentu Puan Sri Maria tidak akan bersetuju kalau Izhan berkahwin dengan dia.

"I ada sesuatu untuk you." Tangannya menyeluk kocek seluar yang dipakai. Dia suka melihat segaknya Encik CEO bila memakai pakaian kasual, santai dan sangat tampan, lebih-lebih lagi dengan cap NYC yang menutupi rambutnya, dia sangat-sangat menawan. Kacamata hitamnya sudah di simpan di kocek baju. Tapi kalau dia memakai sut seperti ketika di pejabat lebih menyerlahkan gayanya sebagai ahli korporat. Senang kata apapun yang Encik CEO gayakan pasti menawan.

Sebuah kotak kecil berwarna hijau muda lengkap bereben putih dihulur. 

"Bukalah"

Nurin Umaira mengambilnya dan memandang kotak itu lama. Oh, Tiffany And Co? Nurin Umaira terbeliak mata sebaik membukanya. Sebentuk cincin bertakhta berlian tertulis Tiffany and Co. Ring berkilau di dalam kotak itu.

"Cantiknya.."

"Itu untuk you, my future bride."

"Tak naklah."

"Eh kenapa?"

"Mahal kot cincin ni.."

"Untuk bakal isteri I mahalpun apa salahnya. Lagipun I beli cincin ni dari hasil titik peluh I sendiri sepanjang duduk kat London. I memang dah niat kalau I berkenan dengan seseorang dan dia tu bakal isteri I, I akan hadiahkan dia cincin ni.."

"Kasilah masa meminang nanti.. Tiffany and Co tu.. Bukan dapat seratus dua.."

"I kalau meminang kita terus nikah, tak ada tunang-tunang."

"Saya tak sukalah terima barang mewah macam ni. Saya bukan materialistik."

"I tak kira."

Tanpa menunggu persetujuan Nurin Umaira, Izhan terus saja menarik tangannya. Dan menyarungkan cincin itu ke jari manis Umaira.

"Cantik. Muat, pandai I. So officially you're my fiance. Okay. Jom I nak balik KL dah ni."

Nurin Umaira terpegun melihat cincin di jarinya, lebih terpegun bila melihat wajah Izhan yang asyik tersenyum. Seketika kemudian dia memandang Izhan yang sudah berdiri. Serius ke dah nak balik KL? Lantas dia juga berdiri dari batu yang mereka duduk.

"Eh tepilah sikit, tercium nanti kang.." Nurin Umaira menolak sedikit tubuh Izhan bila jarak mereka terlalu dekat, hinggakan wajah Nurin Umaira hampir terkena pipi Izhan.

"Tercium lagi bagus. I suka jer. Ter kan. Tak sengaja kot.." Ada tawa yang mengiringi katanya.

"Eeee dia ni.."

"Auch.." Menyeringai wajah itu bila jari ketam Nurin Umaira mencubit lengannya.

"Ishk jari tu nak kena gigit agaknya."

"Gigitlah kalau berani." Dan kemudian Nurin Umaira terus mencapai kasutnya dan berlari menyusuri pantai. Hilang rasa penat, hilang rasa lenguh, yang ada hanya rasa kasih, sayang, bahagia yang menebal dalam dada. Tak perlu dia hendak menjual mahal dan bersoal jawab panjang dengan lelaki itu, sedangkan mereka memang sudah saling menyayangi. Teruskan saja dengan menyemai lagi rasa kasih dan hilangkan rindu yang bersarang.
, ,

No comments:

Post a Comment