ilashukri.blogspot.com

Wednesday 11 July 2018

[ Bab 41 ] Dia Bukan Skandal


MEREKA kemudian sama-sama menyusuri pantai. Melihat cahaya petang yang cukup indah.

Umaira tidak peduli kiranya hilangnya Izhan disebabkan dia sudah punya keluarga sendiri. Mungkin sudah punya isteri dan anak. 

Dua minggu dia cuba menyelami hatinya. Dua minggu juga dia kenal dan faham erti kehilangan. Apatah lagi setelah dia menunaikan solat Istikharah, dia mendapat ketenangan setiap kali menyebut nama Khairil Izhan.

Jika dia jodohku, aku akan jaga dia seperti nyawaku sendiri. Janjinya.

"Cepatnya nak balik KL?"

"Misi kat sini dah berjaya."

Nurin Umaira senyum.

"Saya dengar awak tak masuk ofis seminggu dua ni. Awak pergi mana? Saya meseg pun tak balas."

"Membawa hati yang luka. Belajar muhasabah diri."

Nurin Umaira pandang wajah lelaki di sebelahnya. Lelaki yang telah berjaya mencuri hatinya. Lelaki yang dalam tempoh sebulan ini banyak memporak perandakan hidupnya.

"Tak nak makan dulu sebelum balik?"

"You masak?" Soalnya pantas.

"I tinggal seorang, tak manis lelaki masuk rumah. Makan kat sini? Haa saya tahu kat mana, jom pergi kitchen." 

Spontan tangannya menarik tangan Izhan. Kekal begitu hingga dua tiga langkah berjalan. Kemudian dia merasakan Izhan mengemaskan genggaman jemarinya. Langkahnya terhenti dan matanya terpaku pada jemari yang bertaut. Dan matanya kemudian beralih ke arah Izhan yang sedang elok juga memandangnya, dengan wajah yang seolah bertanya what? Why? Huhu.. 

"Ishk." Tangannya cuba ditarik.

"Lepaslah."

"You yang pegang I."

"Ialah, tak sengaja. Tersasul okay. So lepaslah. Tak elok orang tengok."

Izhan geleng kepala.

"Please.."

"Say you love me first.."

"No!" Pantas Nurin Umaira menggeleng.

"So I'll not let you go." Genggamannya semakin kejap, buat Nurin Umaira ternganga mulut.

"Lepaslah. Kalau tak saya jerit."

"Jeritlah I tak takutpun."

"Alaaaa please lepaslah." Matanya dikebil-kebilkan bagaikan kucing parsi minta makan.

"Tak cukup seksi."

"Awakkk.." Suara Nurin Umaira semakin meleret. Dia canggung dengan situasi yang berlaku tika ini.

"Say you love me."

"Malulah.."

"So you tak sayang I lah ya?"

"Sayang.."

"Then?"

"Ishk dia ni.." Semakin tak menentu Nurin Umaira bila jemari Izhan mula bermain-main dengan jarinya. Terkuis sini terkuis sana. Izhan memang tak akan lepaskan peluang yang datang. Memang dah lama dia idamkan untuk menggengam jemari Umaira. Jemari yang macam ketam, suka mencubit itu. Kalau dia gigit macam-mana? Haha! Izhan tertawa dalam hati.

"Haram tau tak pegang-pegang. Belum halal lagi." Mendengarkan itu, Izhan beralah.

"Ya.." Jemarinya dilepaskan. Tersengeh dia memandang Mr. CEO yang sudah kembali menjadi mamat muka ketat.

"Eh awak cuba tengok tu.." Mulutnya dan jarinya menunjuk ke satu arah, dan bila Izhan memusingkan kepalanya memandang ke arah yang ditunjuk, pantas dia merapatkan wajahnya sedikit ke tubuh lelaki itu.

"I love you Mr. CEO." Sebaik kata itu Nurin Umaira lafazkan dia terus berlari ke resort meninggalkan Izhan tersengeh seorang.

Malunya Nurin Umaira.

'Mak, kakak dah jatuh cinta dengan dia. Dengan skandal.. Ayah, kakak nak kahwin dengan dia boleh?'

Hatinya berkata-kata sendiri. Berbunga-bunga jiwanya. Berangan-angan sambil tangan sebok menggoreng nasi di kuali.
Nasib baiklah chef yang bertugas memang ngam gila dengan dia. Bolehlah dia masakkan lauk ketam lemak cili api untuk Izhan. 

Walau Nurin Umaira baru nak masuk dua minggu bekerja di resort itu, namun dia diterima baik semua staf, mungkin sebab sikapnya yang sedikit peramah, dengan senyum manis yang tidak lekang dari bibirnya, dan raut wajahnya yang ayu, dia senang mendapat kawan. Lemah lembutnya sangat disenangi.

"Okay makanan dah siap."

"You masak?"

"Yup." Nurin Umaira mengangguk.

"Bukan chef?"

"Awakk.." Mukanya dicemekkan. Buang mood lah dia ni. Penat-penat saja orang kat dapur masak untuk dia.

"Pandai masak eh?"

"Tak.." Bibirnya dicemekkan. Geram dan sakit hati.

"Comellah buat macam tu. Rasa nak gigit-gigit."

"Ingat saya ni ayam goreng ke, nak gigit-gigit, dahlah serve yourself." Umaira dah tak ada mood nak melayan lelaki di hadapannya itu. Dia rasa menyampah sekarang ini. Ya Allah, macam-macam rasa rupanya bila kita dah menyukai seseorang. Cepatnya tersentuh, cepatnya terasa, cepatnya merajuk dan cepatnya nak menarik muka masam bila geram.

"Umaira.. Umaira.. kalau you tu ayam goreng, habis I ratah..” Khairil ketawa perlahan. Cakap kuat-kuat depan Umaira yang dah tarik muka tu, mau merajuk teruk pula nanti. 

Topi dibuka. Diletakkan di atas meja. Rambutnya yang tidak terlalu pendek dan panjang itu disauk ke belakang dengan jari. 

Terpegun Umaira memandang. Tak berkedip mata dia memandang puas wajah itu tanpa terlindung topinya.

'Juita!!! Aku cintakan Encik CEO!'

Khairil Izhan menyuap nasi ke mulut selepas membaca doa makan. Dikunyah perlahan dan kemudian menyuap lagi. Umaira hanya duduk memerhati sambil memeluk tubuh.

Kemudian Encik CEO menceduk pula lauk ketam cili api ke pinggan. Nampak elok sahaja dia makan. Tapi beberapa minit kemudian dia tiba-tiba bangun.

"Umaira!" Wajahnya gelisah.

"Kenapa ni?"

"Pedas.. Air mana?" Topi yang di atas meja sudah dijadikan kipas.

Ya Allah. Umaira tepuk dahi. Air tak dibawa sekali. Kasihannya Izhan mukanya merah menahan rasa pedas di lidah. Tadi sewaktu mereka sampai, memang ada pelayan yang bertanya, namun Umaira yang mahu membuatnya sendiri.

Khairil Izhan sudah bercekak pinggang sewaktu Umaira berlari dengan membawa segelas air. Manik-manik peluh sudah memenuhi dahinya.

"You letak cili berapa batang?"

"Enam saya tumbuk. Empat lagi saya potong dua. Saya campak je kat kuah. Pedas sangat ke?"

"Taklah. Cili tu rasa manis."

Hah?

Khairil menyambung makannya. Langsung tidak memperdulikan Umaira di hadapan. Nasi goreng China nampaknya habis dipinggan. Cuma ketam sahaja yang dia tidak habiskan. Pedas kot. Mungkin tekak orang London ni belum pandai makan pedas, omel Umaira sendiri.

"Sedap. Pandai future wife I masak. Nanti bila dah jadi wife, habislah I buncit dibuatnya.”

Khairil Izhan memandang wajah redup yang sangat dirindukannya itu. 

Sepatutnya minggu lepas lagi dia sudah menatap wajah ayu itu. Tapi disebabkan Puan Sri Maria, dia menghilangkan dirinya seminggu lagi.

Keputusannya untuk pulang seketika di rumah, untuk menukar pakaian lain, menjerat dirinya sendiri, bila baru sahaja 20 minit dia memasuki rumah, Puan Seri Maria tiba dengan Puteri. Hendak menyorok, terang-terang keretanya terpakir di luar. Dihadapnya juga bebelan mommy nya. Walau di hadapan Puteri, mommy nya itu tidak sedikitpun ada perasaan malu hendak menempelak dan membebelkannya. Dipekakkan sahaja telinga. Untung ada Imran yang menyelamatkan dia. Dan bersama Imran dan Haiqal, dia berseronok di Kuala Selangor.

Sambal goreng ibu Umaira pun dia tak dapat nak hantarkan. Habis sudah dimakannya.

“I nak kena balik KL, banyak kerja yang tertangguh.” Umaira menemankan Izhan hingga ke lobi. Cepatnya dia nak balik, Umaira belum puas lagi memandang wajahnya.

“Lepas ni I janji, I akan luangkan lebih masa untuk you. I tak akan hilang lagi. Sebab you dah terima cincin I, so I dah booking. Jangan main mata dengan sesiapa ya. Kalau I tahu, I bawa you lari pergi Lombok.” Dah, Lombok pulak? Selalu ajak pergi Thailand.

“Datang sini drive ke, atau naik flight? Nak Umaira hantar ke?”

“Datang sini dengan mamat tu, dia yang drive.” Jari Izhan menunjuk ke arah seseorang. Umaira cuba ingat. Wajah yang tak kurang tampan itu dia amati. 

“Please, jangan pandang dia lama sangat. Dia tu cepat perasan.” Bisik Izhan ke telinganya.

Oh, dia. Ya, dia tu. Lelaki yang kat kedai makan dulu. Kawan baik Izhan. Adoi, Umaira diusik malu bila lelaki itu melambai tangan ke arahnya. Baru dia hendak membalas lambaian itu, Izhan menarik lengan bajunya. “Tak payah nak lambai-lambai sangat ya. Tak nampak hero kat sebelah ni dah jeles?”

Hamdan datang mendekati mereka. 

“Maaf Encik Khai, kami tak perasan siapa Encik Khai tadi. Beg semua kami dah letak dalam bilik. Ni kunci. Room 202, Cik Nurin boleh tunjukkan nanti.”

Room 202? Wajah Hamdan Umaira pandang. Dahinya berkerut. Kunci yang Hamdan hulur padanya dicapai. Menjeling tulisan di sampul, 202. Ni antara chalet bertaraf suite mewah di resort ini. Kata tadi nak balik KL?

“Bilik siapa?” Umaira bertanya.

“Encik Khai, CEO Mega Holdings, anak Tan Sri pemilik baru resort ni.” Habis dengan salasilah keluarga Hamdan sebut. Izhan sudah tertawa. Haha! Kantoi.

“Apasal bagi kunci kat I? Bagilah dekat dia ni.” Izhan menekan jarinya ke dada Imran yang sudah berdiri di hadapannya.

“Encik Imran, kami dah bagi kunci satu lagi tadi, yang ni Encik Khai punya.” Haha! Izhan tepuk dahi. Umaira di sebelah sudah bercekak pinggang.

“Jom makan Khai, laparlah tunggu kau berdua ber dating.”

“Aku dah makan tadi… dengan Umaira.” Jawab Izhan dengan muka tak bersalah.

“Hah!?”

“Lauk ada lagi tadi, Umaira simpan. Awak nak makan ke, jom, Umaira hidangkan.” Umaira sengaja nak buat Izhan menyampah. Macam dia rasa geram sekarang ni, tadi kata nak balik KL, tapi apasal pula siap dah check-in. Lepas tu boleh pula dia tinggalkan kawan baik dia keseorangan. Orang tu dah susah payah teman dia. Drive jauh-jauh datang sini. 

“Umaira… malam nanti ada menu istimewa tak?” Imran mengikuti Umaira yang sudah berjalan setapak dua. Izhan pula bingung sendiri. “Awak nak makan apa?”

“Siakap tiga rasa!” “Spagetthi carbonara!” Jawab Imran dan Izhan serentak.

“Eh, kau ni dah kenapa? Diakan girlfriend aku.” Marah Khairil Izhan.

“Apa salahnya, dia girlfriend kepada best friend aku kot. Kira best friend aku jugalah. Tak gitu Umaira?”

Umaira sekadar mengangguk. 

Kenapalah dengan dia orang berdua ni. Umaira ketawa kecil. Hatinya sangat terhibur melihat dua sahabat itu bertolak-tolak bahu dan saling tak mahu kalah.

Sengaja hendak membuat Khairil Izhan lebih menyampah, Umaira hanya berbual dengan Imran.

[ Bab 42 ] Dia Bukan Skandal
[ Bab 40 ] Dia Bukan Skandal




, ,

No comments:

Post a Comment