ilashukri.blogspot.com

Sunday 8 July 2018

I Am A Crochet Lovers - CL Akademi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah, kita dipertemukan sekali lagi di Dunia Kecilku - ilashukri.blogspot.com - I Am A Crochet Lovers.

Kali ini akak nak berkongsi tentang seorang cikgu crochet yang sangat baik, sporting dan sangat membantu akak dalam mendalami dunia crochet. Rasa sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang yang mahir ber crochet dan sangat tidak lokek ilmu.
Mari akak perkenalkan dahulu cikgu crochet kita yang cantik molek itu ya:

Nama: Siti Zaleha
Panggilan Manja: CL - Cheq Leha
Instagram: Cheq_lehacrochet 
Kelas Online: CL Akademi

Akak mula-mula terbaca tentang kelas online cikgu CL ni, pada 11 March 2018 di group fb Geng Hobi Mengait. Masa tu akak sangat berminat nak belajar buat Amigurumi dan kopiah bernama yang cikgu CL ajar. Terus tekan link wassap. Dan dari situlah bermulanya perkenalan dengan cikgu CL.

Baiknya cikgu CL ni, akak baru cakap nak belajar, belum bayar pun lagi tapi dah di add dalam group wassap. Malah cikgu CL boleh dibawa berunding tentang payment. Dan walau kelas dah lama habis, group masih ada untuk kita bersoal jawab. Yang pastinya kelas online cikgu CL yurannya sangat berpatutan.

Bila bercerita tentang kelas online ni, semua gambar, video akan dihantar ke Whatsapp, so bila time cikgu ajar dan share, tapi kita tak sempat nak attend kelas, kita star kan dahulu. Bila free kita buatlah. Cikgu tak adalah paksa kita buat sampai kita pening dan tak tidur malam. Hehe.

Cikgu CL juga ada jual accessories untuk Ami, akak beli safety eyes 50 pasang, pre-order dengan cikgu CL. Beli jarum kait (hook), beli gunting merak, pakej benang mc/jane cotton, malah terbaru ni akak main kutu untuk beli benang Bobocorn yang cikgu CL anjurkan. Setiap pembelian ada jer free gift dari cikgu CL.

Baru-baru ni akak masuk kelas personal Kopiah Masjid (2 patern tapak) dengan cikgu CL tapi belum siap projeknya. Pelan2 kayuh laa ya. Hehe.

Paling akak seronok, cikgu CL add akak dalam group VVIP CL Akademi, untuk yang dah 2-3 kali belajar online dengan cikgu CL. Dalam group tu ada beratus crocheters yang tak lokek ilmu dan saling membantu, berkongsi diagram dan pendapat.

Akak sangat berterima kasih pada cikgu CL sebab pertemukan akk dengan kawan2 crocheters. 

Baru-baru ni cikgu CL invite masuk kelas CAL - Crochet Along (Batch 1). Syarat kelas tu: belajar mengikut pattern yang diberi, cuma penambahan hiasan dibenarkan. Sebarang pengubahsuaian bilangan stich, atau pun pengurangan, penyertaan untuk contest terbatal. Ada contest lagi, dengan hadiah yang menarik.

Jadi masing-masing berebut nak siapkan CAL sebelum tarikh tamat. Kak dah berjaya siapkan #CALSarungBotolAir sebelum tarikh tamat, jadi dah boleh joint CAL seterusnya, #CALPurseKulitBoya (crocodile stich) - yang ni setakat info ni akk punya belum siap lagi 😅 sebab due date lambat lagi. Jadi boleh kejar kelas lain dulu.

Ongoing akak dah book nak belajar buat TBC Swan/ropol - Tissue Box Cover dengan cikgu CL dan belajar cara-cara nak edit gambar. Yang ini nanti akak akan share kemudian sebab belum attend kelasnya lagi.

Di sini akak share gambar2 yang akak dah berjaya buat dengan kelas cikgu CL. Kalau cikgu CL izinkan akak share gambar pakej kelas online cikgu CL, akan akak kongsikan kalau-kalau ada yang berminat.

Kalau kawan-kawan crocheters berminat nak belajar dengan cikgu CL boleh tekan Link wassap atau facebook cikgu CL kat atas tu. Pasti terbaik .

Akak berkongsi kerana akak gembira dengan hasilnya. Mungkin suatu hari nanti, dari hanya sekadar buat untuk suka-suka, akan jadi pendapatan sampingan untuk akak dengan ber crochet. Siapa tahu kan. 

Jangan lupa tekan link wassap itu, untuk berkenalan dengan Cheq Leha - ticer CL kita 😍
Kelas online yang akak dah belajar dengan cikgu CL:

1. CL Kopiah Bernama 
    - cikgu juga ajar cara mengira ukur lilit, saiz kanak-kanak mahupun dewasa. 
2. CL 3 Amirugumi for beginner
    - lebah, kucing dan heart (love) serta 2 ami pilihan cikgu CL. 
3. CAL sarung botol air. 
    - akak suka yang ni, sebabnya, anak2 happy bawa sarung botol air pegi sekolah 😍
4. CL Kopiah Lebai (viral) Hasnul Rahmat Teratai Kemboja 
    - yang inipun akak suka, sebab asben, adik dan anak lelaki akak suka pakai.
5. CAL purse kulit buaya
6. CAL sarung telur
7. CAL stokin
8. CL TBC - yang ni kelas belum mula lagi. 
9. CL Sarung Balang Kuih.
10. CL Kopiah Masjid - 2 pattern tapak.
11. CL editing class - siap bahan 

Akak doakan semoga cikgu CL akan terus ber crochet, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan oleh-Nya. Semoga cikgu muda, baik dan cantik ni, sentiasa sabar dalam menghadapi karenah anak-anak murid crochet nya yang pelbagai peringkat umur. Akakpun dah 40 series hehe.. Kita nak belajar tak kiralah walau umur dah berapa kan, yang penting ada usaha dan kesungguhan.

Ok. Jumpa lagi nanti di I Am A Crochet Lovers yang lain ya. Jom crocheters, kita ramai-ramai add friend fb siti zaleha (cheq leha cl), like pages Cheq Leha Crochet & Craft Supply , follow IG cheq_lehacrochet .

Dan jangan lupa tekan Link Wassap Cheq Leha kita ni untuk kelas online anda. Bye.

Assalamualaikum.
Selamat Sejahtera.

Antara gambar2 yang akak dah berjaya buat dalam kelas #CLakademi. maaflah amatur sangat, tak pandai ambik gambar, belum belajar editing lagi.


#CLakademi #CLkopiahbernama
#CLakademi #CLamirugumiforbeginner


#CLakademi #CLamirugumiforbeginner
#CLakademi #CALsarungbotolair


#CLakademi #CALsarungbotolair


#CLakademi #CALsarungbotolair


#CLakademi #CALsarungbotolair
#CLakademi #CLpiohlebaihasnulrahmat


#CLakademi #CLpiohlebaihasnulrahmat


#CLakademi #CLpiohlebaihasnulrahmat


#CLakademi #CLsarungbalangkuih
#CLakademi #CALstokinkerang

#CLakademi #CALsarungtelur

#CLakademi - Kelas online anjuran cikgu CL


#CLakademi - Kelas online anjuran cikgu CL
#CLakademi - Kelas online anjuran cikgu CL
Facebook Cikgu CL - Siti Zaleha (Cheq Leha CL)
Pages Cikgu CL - Cheq Leha Crochet & Craft Supply
Instagram Cikgu CL : Cheq_lehacrochet





, ,

No comments:

Post a Comment