ilashukri.blogspot.com

Wednesday 2 November 2016

[ Bab 5 ] - Dia Bukan Skandal


NURIN Umaira terasa seperti diperhatikan sahaja sehari dua ini. Ah, mungkin perasaannya sahaja, siapalah yang hendak memadangnya. Okay, memang Nurin Umaira cantik, tapi dia jenis yang low profile, pakaiannya sentiasa dijaga, sentiasa menutup aurat. Tutur katanya juga selalu dijaga jika dia berbual dengan lelaki. Bak kata Juita, Nurin Umaira ni calon menantu pilihan.

Sudah dua hari juga dia tidak terserempak dengan lelaki yang digelarkannya ‘mamat muka ketat’ itu. Mungkin lelaki itu kerja di bahagian lain. Dia juga baru sekali dua itu melihatnya. Atau mungkin juga dia cuma pelawat yang tumpang solat. Tapi, kenapa ya Umaira mesti hendak memikirkan lelaki itu?

“Kau ni Mai, dua tiga hari ni asyik tertengok-tengok, cari siapa?”

“Mana ada?” Nurin Umaira buat muka pelik pada Juita. Ketara sangatkah yang dia sedang tercari-cari encik mamat muka ketat?

“Eh, Mai, Jue. Kau tahu tak yang CEO baru dah start kerja minggu lepas. Aku dengar cakap-cakap orang, CEO baru tu, garang. Dia orang kata lagi, cold like ice.”

“Itulah aku pun ada dengar. Muda ke tua?”

“Mudalah, kan anak Tan Sri Sufrie. Budak London.”

“Kau dah tengok dia ke?”

“Ishk, kau ni Jue, asyik soal aku jer.”

“Ialah, dah kau yang mula cerita, aku tanyalah. Kau dah jumpa dia ke?” Juita kalau dengan Dayang memang macam itulah, ada saja yang nak dibualkan.

“Belum. Aku kata dah tadikan, orang kata. Manalah orang macam kita nak jumpa CEO, Tan Sri Sufrie dulupun kita jumpa time ada dinner ke, jarang sekalilah nak terserempak kat lobi, kat lif. Dia orang ni macam invisible, ada tapi tak boleh dilihat.”

Nurin Umaira hanya memerhati sahaja kedua sahabatnya itu berbual. Dia tidak berminat hendak ambil tahu tentang CEO baru. Dia lebih berminat hendak mengingati ‘Encik Mamat Muka Ketat’. Kalau terjumpa sekali lagi agaknya macam mana reaksi dia ya. Mungkin malu, mungkin suka. Masakan tidak malu, bila lelaki itu memegang lengannya. Mungkin juga benci, bila dia ditolak kasar.

“Aku dengar cerita dia membesar di London. Dari umur 10 tahun dia ikut mak saudara dia berhijrah ke London. Agaknya kalau bercakap dengan dia, mesti nak kena speaking London. Pening.”

“Maira!” Dayang terjerit.

“Hah? Apa dia?” Dahi Umaira berlapis jadinya. Dia memandang wajah Dayang dan Juita. Kepalanya diangkat tanda bertanya ‘apa?’

“Kau dengar tak apa aku cerita?” Dayang sudah bercekak pinggang.

“Dengarlah.”

“Aku cakap apa?”

“Kau cakap Budak London, cold like ice. Itu Jue pun ada cerita hari tu.”

“Itu saja yang kau dengar?” Nurin Umaira mengangguk, kemudian tersenyum senget.

“Kau berangankan Izzuwan ke?” Soalan Juita tu, soalan minta penumbuk.

“Ishk. Dahlah. Dari melayan kau berdua, baik aku bersiap nak balik. Aku solat Asar dulu tau, Jue. Tunggu kat lobi macam biasa.”

Umaira menyusun dokumen dan pensel di atas meja. Draf yang sudah separuh siap diletak kemas. Esok dia akan sambung semula lakaran untuk projek di Nusajaya. Dia hanya ada tiga hari lagi untuk membentangkan ideanya kepada Tuan Mansur. Kalau dia boleh siapkan awal, mungkin boleh diserahkan dahulu pada Tuan Mansur, mana tahu ada yang boleh dibaiki.

Dan sepanjang perjalanan pulang dia, sementara menunggu lif, memasuki lif, bergerak ke parkir, dia hanya mengingati kejadian petang semalam. Sesekali dia tersengeh mengingatinya. Ketika itu dia sedang membelek telefon, rindu yang bertandang pada si ibu, membuatkan dia membelek gambar ibunya di telefon bimbit.

“Ehemm..” Langkah terus terhenti. Siapa tu?

“Auchh! Maaf” Umaira terjerit kecil. Dia hampir tersungkur ke hadapan dek kerana dilanggar dari belakang, mujur ada tangan yang menangkap lengannya.

“Eh, awak?” Nurin Umaira sudah bulat mata.

Yes, me. So? Kalau berjalan tu, mata biarlah pandang depan, bukan pandang handphone. Clumsy.” Hei dia ni memang nak cari gaduh agaknya.

“Eh, seluas-luas kawasan, yang pergi jalan belakang saya tu kenapa? Ada niat tak baik ke?” Nurin Umaira dah tak boleh nak tahan dah. Perkataan clumsy tu buat dia rasa nak cekik saja orang yang menyebutnya. Dia berdiri tegak, dengan berani wajah itu dipandangnya. Namun kemudian dia pula yang terpegun.

“Kalau tau tadi I biarkan you jatuh macam nangka busuk. Orang dah tolong tak berterima kasih.” Eh dia ni memang sengaja nak lancar perang dunia agaknya.

“Hiduplah awak dengan sombong awak tu, mamat muka ketat.” Bebel Umaira bila permintaan maafnya seolah tidak dilayan lelaki itu. Umaira terus berlalu ke bilik solat. Dia perlu segera bersolat dan kemudian turun ke lobi, cari Juita dan balik. Dia perlu lupakan terus bayangan mamat muka ketat dari ingatan. Annoying betullah.

Sehensem manapun kita, kalau perangai menyombong, tak guna juga. Bebelnya lagi. 



, ,

No comments:

Post a Comment