“I’ll explain everything, just let me drive.” Suara lelaki di sebelahnya itu tidak diendahkan.
Nurin Umaira tidak mampu bersuara. Dia sudah beberapa
kali mengesat airmatanya. Dan paling yang dia tidak faham, kenapa dia harus
berasa sangat sakit hati sekarang, kenapa dia perlu menangis kerana lelaki itu.
Namun jauh di sudut hati, dia akui, dia menyukai lelaki di sebelahnya itu, dia
tahu hatinya sudah terpikat, sebab itulah dia rasa amat sakit bila dia
dikatakan ‘skandal’. Sungguhlah lelaki itu sudah berkeluarga. Nurin Umaira
tidak mahu menjadi orang ketiga dalam rumahtangga orang lain.
“Umaira…” Suara itu lunak menyapa telinganya.
“Kita kahwin nak?”
Dia menoleh. Menjadi isteri kedua lelaki ini? Jika
ditanya dia memang hendak. Dia suka, dia sayang, dia juga sudah cinta. Tapi…
“Macam yang I cakap sebelum ni, I bujang Umaira, you tak
perlu risau kalau kita kahwin. I akan cerita semuanya, tapi bagi I drive
okay?” Lelaki yang sudah berpaling duduk mengadapnya itu menatapnya tuntas. Dia
dapat merasakan pandangan lelaki itu dari ekor matanya.
“If I can hold your
hand…” Ada keluhan berat dilemparkan. Kemudian lelaki itu menyandarkan
badannya. “I’m sorry Umaira, you’re not my scandal, you’re my bride to
be.. I really want to marry you, Umaira..
Just only you..” Matanya terpejam tapi mulutnya membebel cakap orang putih.
“Jom I bawa you tengok tempat kerja I, rumah I. So you boleh percayakan I lepas ni?”
Umaira tak sempat melarikan wajahnya bila tiba-tiba Mr. MMK membuka mata dan
terus memandangnya. Senyuman yang terukir memang boleh buat segala kesedihan
Umaira hilang serta-merta.
“I drive?”
“Boleh ke bawa kereta ni?” Umaira pelik, nak ke dia drive kereta Umaira? Airmata yang
bersisa dikesat perlahan.
“Kereta I may be? Sorry bukan nak pertikaikan kereta you. Tapi kereta I ada GPS, sorry again, I belum berapa pandai
dengan jalan kat KL ni. Sebab tu guna GPS, guna Waze. Or you nak follow I? You park your car at my place. Okay?”
Melihatkan Umaira yang terpinga, cepat sahaja Mr. MMK
bersuara. “Never mind. Just leave your car here, I minta tolong
Imran hantarkan. Yang tadi tu nama dia Imran. My best buddy, masa belajar kat Heathrow.”
Nurin Umaira matikan enjin. Mr. MMK kata dia tak akan
keluar dari kereta kalau Umaira tak matikan enjin dan keluar dulu. Dia tak mahu
Umaira lari bila dia sudah keluar dari kereta. Umaira ikutkan sahaja sebab
entah kenapa dia jadi macam pak turut, ikut sahaja kata lelaki itu.
Airmata sudah lama kering. Melihat pada keluhan Mr. MMK
tadi dia jadi lembut hati. Dia ingin bersama lelaki itu hari ini, seperti yang
diangankannya sepanjang minggu ini. Seperti yang dia harapkan di sepanjang
perjalanan pulang tadi.
Dia juga ingin tahu siapa sebenarnya lelaki itu. Ada
banyak soalan yang hendak dia ajukan. Terutamaya nama penuh lelaki itu.
“Im, tolong drive
kereta ni, park kat rumah aku.”
“Eh, eeehh.. Sekejap. Habis kereta aku?”
“Alah, pandai-pandai kau lah. Okay bro, chow. Thanks.” Kunci kereta Nurin Umaira dicampak kepada Imran.
Sahabatnya itu menggeleng kepala, kemudian tersenyum bila melihat Umaira
menundukkan kepalanya tanda hormat.
“Wei, nasib skandal kau cantik.”
Upps… perasan yang dia terlepas sebut ‘skandal’
cepat-cepat Imran tutup mulut.
Mereka berpindah ke kereta Audi R8 milik Khairil. Harum
bau keretanya, seharum perfume yang
dia pakai. Bau Umaira entah macam mana agaknya. Bukan calang-calang orang
rasanya Mr. MMK ini, dari keretanya malah dari perfumenya tentu sahaja mahal harganya.
“Okay. First
rasanya tak sesuai kalau masih gelarkan I Mr. MMK, kan sayang?” Kening yang
dijongketkan, dengan bibir yang digigit, ah, memang tak sesuai sangat. Mr Mamat
Muka Ketat, sekarang ini yang sesuai adalah Mr. Pervert. Dahlah panggil orang
‘sayang.’
“Mamat Muka Hensem or
Jejaka Korea?”
“Mr. Pervert.”
“What? Okay, pervert dengan you saja. I dengan orang
lain, tak macam ni. I tegas, tak suka berkawan. Muka ketatlah katanyakan..” Ada
tawa dihujung katanya. Kereta dipandu memasuki simpang, argh tak sempat Nurin
Umaira nak tengok sekeliling, dia khayal dengan haruman kereta Mr. Pervert, eh,
Mr. MMK. Haha! Jejaka Korea.. Lee Min-Ho. Nurin Umaira jadi lupa pada kesedihan,
dia tertawa di dalam hati.
“Kita dah kat mana ni?”
“Kita pergi Shah Alam ya. Main ice. Okay? Lama dah tak rasa sejuk, sejak balik dari belajar I
rindukan cuaca sejuk. You okay kan? Kita pergi I-City kay?”
Nurin Umaira hanya mengangguk. Tak kisahlah ke manapun,
janji dengan Mr. MMK. Mungkin di sana dia boleh bertanya itu ini. Bertanya
dalam keadaan santai lebih seronok dari duduk berhadapan di meja makan.
Ah, jadi Nurin Umaira akan habiskan sepanjang harinya
dengan Mr. MMK? Oh, seronoknya. Belum pernah Umaira rasa seronok begini. Kali
terakhir dia berasa seronok bila dapat result
di universiti dulu. Sekarang ini dia rasa macam nak buat lompat bintang. Baru
Umaira tahu, betapa indahnya kalau kita menyukai seseorang, atau lebih tepat
lagi mencintai seseorang.
“Nama I, Izhan.”
“Bin?”
“Satu-satulah sayang. Jauh lagi kot nak sampai I-City.
Nanti semua jawapan habis dah tak seronoklah.”
Namun bila mereka sudah tiba di I-City, bila dia dah
bergembira dengan lelaki yang perkenalkan namanya Izhan itu, dia jadi lupa
semuanya. Gelak tawa, rasa terujanya bila dibawa mengelilingi Snowwalk, dibawa ke
sana sini, apatah lagi bila melihat indahnya malam di I-City yang dilimpahi
cahaya lampu dan perbagai permainan itu, Umaira jadi sangat gembira. Ah, Nurin Umaira
rasa sangat bahagia. Indahnya bila hati sedang mencintai seseorang, apatah lagi
bila perasaan itu dibalas.
Sedar tak sedar, hari sudah semakin malam. Esok nak
kerja. Dia langsung tidak menelefon Juita, malah keluarganya juga, untuk
memberitahu dia sudah sampai ke Kuala Lumpur. Ah, lihatlah penangan lelaki
bernama Izhan itu, seharian dengannya, Nurin Umaira langsung tidak melihat handphone. Malah semua gambar kenangan
juga diambil dari iPhone lelaki itu.
Satu yang Umaira sangat kagum dengan lelaki bernama Izhan
itu, dia sentiasa mengingatkan Umaira tentang solat. Setiap kali iPhone nya
berkumandang Azan, dia akan mengajak Umaira bersolat dahulu.
Makan
dan minum Umaira juga tidak pernah diabaikan. Memang saat ini kalaulah lelaki
itu adalah suaminya, lelaki yang sudah halal buatnya, pasti akan lebih indah
bila mereka boleh berpegangan tangan dan bermesra. Layakkah Umaira hendak
bersuamikan lelaki yang mungkin berpangkat Pengarah Urusan, CEO atau CFO atau
COO itu? Lihat sahaja dia belajar di university mana. Ermm… Ada banyak perkara
yang dia rahsiakan. Sukar hendak menyuruh lelaki ini berterus-terang.
No comments:
Post a Comment