ilashukri.blogspot.com

Saturday 5 August 2017

[ Bab 12 ] Dia Bukan Skandal


HARI pertama bekerja di cawangan Nusajaya, Nurin Umaira diterima baik sahabat barunya. Mereka bekerja di bawah company yang sama, jadi tidak perlu hendak sombong sesama sendiri.

Encik Fikri melayannya baik. Banyak yang dibincangkan sebelum mereka ke site. Sebok dengan tugasan harian, dia terlupa ada yang menanti panggilannya, mahupun mesejnya. Dia seronok bekerja, seronok dengan pengalaman baru bekerja di site hingga lupa semuanya.

Handphone pun tidak dilihatnya. Terbiar di dalam beg tangan tanpa diusik. Entahkan ada bateri entahkan tidak. Sehinggalah tiba waktu balik, dia diajak minum petang bersama. Dia baru teringatkan yang ibunya ada berpesan supaya balik awal.

“Hari ni tak boleh. Mak saya dah masak. Esok mungkin, saya beritahu mak awal-awal.” Umaira yang manis dan suka tersenyum. Tidak pernah lokek menghadiahkan semua orang senyuman manisnya.

“Tadi Izzuwan ada call, dia tanya you. Dia kata dia call you tak dapat. I dah inform dia yang you baik-baik saja di bawah jagaan I. He should no worries. Dia kena percayakan you this two weeks ni.”

Umaira mengangguk. Izzuwan call? Ya Allah dia tak melihat phone pun satu hari ni. Ya Rabbi, dia ada 30 miss called dari pelbagai nama dan 1210 pesanan di WhatsApp yang tidak dibaca. Ah, dia hanya berminat hendak melihat pesanan dari Mr. MMK. Dia begitu terusik dengan kata-kata terakhir perbualan telefon mereka semalam. Betul ke? Dan entah kenapa, hati dia berasa sangat gembira dengan pengakuan itu. Berbeza jika ia dilafazkan Izzuwan, dia langsung tidak berperasaan.

Tapi kenapa lelaki itu tidak menghantar pesanan buatnya? Miss called pun tak ada. Habis tu semalam, dia bohong? Okay relaks Umaira, tenang, tarik nafas. Mungkin dia sebok. Macam Umaira juga seharian sebok sampai handphone pun tak sempat tengok.

Dia kemudian memandu dengan tenang pulang ke Kulai.

Namun sebaik kereta berhenti di halaman, hatinya jadi tidak tenang semula. Dia melangkah memasuki rumah. Menjeling sahaja adik lelaki bongsunya yang asyik bermain karom dengan ayahnya. Dia ingin mandi dan bersolat Asar.

Usai bersolat dia mencapai Huawei P10 miliknya. Mencari contact list Mr. MMK dan terus menaip..

·         Awak…

Menanti beberapa saat sebelum WhatsApp nya dibalas.

·         Umaira… I dah mati kering tunggu you call.

Dia membalas.

·         Kenapa tak call saya saja?

Beberapa saat mendapat jawapan balas.

·       Bukan you kata, kalau free you akan call. So I ingat you busy tak mahulah kacau.
·       Nasib tak mati kering betul. 😊
·       You suka ya? I lately ni selalu berdoa pada Allah, andai I dijemput menghadap-Nya, I nak jadi suami you dulu. I nak bahagia dengan you, I nak jumpa you di syurga nanti.

Oh, touching nya. Mr. MMK, awak dah buat Nurin Umaira merah muka menahan malu dan terharu sekarang ini. Nurin Umaira suka berkawan dengan Encik Mamat Muka Ketat. Dia sangat sweet talker. Pandai buat Nurin Umaira tersenyum sendiri. Manakan tidak. Sepatah yang Umaira tulis, berpatah-patah yang dijawab. Dah macam buat karangan sekolah.

·      How’s your day? Everythings fine?

Seronok dia dengan soalan begitu, bagaikan seorang suami sedang bertanyakan cik isteri.

·     Alhamdullillah. Encik Fikri layan saya baik. Sambung nanti, ibu dah panggil ajak makan.

Dia terdengar adiknya sudah terjerit memanggil namanya di luar bilik.

·       Alangkah bestnya kalau dapat makan dengan you, Umaira.

·     Umaira sayang, please, call me when you free. I tak boleh buat kerja asyik teringatkan you.

Tersengeh dengan mesej balasan, Nurin Umaira menaip sesuatu.

·         Bawa-bawa beristighfar Mr. MMK.

Dia tak boleh terus-terusan melayan lelaki yang tidak dikenali itu. Aura lelaki itu seakan memanggil-manggil. Adakah benar hati dia sudah terusik dengan lelaki yang dia tidak tahu namanya itu. Mungkinkah itu semua boleh terjadi, kita menyukai seseorang yang kita sendiri tidak tahu latar belakangnya. Jika dia seseorang yang tidak sepatutnya untuk kita bersahabat, bagaimana nanti?

Jika dia memang benar seorang player, kaki perempuan, atau gigolo, atau mungkin juga samseng, macam-mana dengan hati Nurin Umaira. Ah, dia perlu selidik tentang lelaki itu. Mungkin bila balik ke KL nanti dia akan siasat habis-habisan.

Namun yang dia pasti, ada suatu rasa di hatinya sejak mengenali lelaki itu.



, ,

No comments:

Post a Comment