ilashukri.blogspot.com

Saturday 5 August 2017

[ Bab 10 ] Dia Bukan Skandal



KHAIRIL Izhan mulai gelisah. Sedari tadi dia menunggu bunyi beep dari Iphone nya. Dia jadi tidak sabar menunggu. Gelisah menanti.

“Khai, lain macam saja kau kebelakangan ni. Apa hal?”

Bahunya diangkat tanda tidak tahu. Dia bersandar badan. Nafasnya ditarik rakus. Tangan menyauk rambut ke belakang, walau rambutnya pendek.

“Macam orang frust.” Ketawa Haiqal dan Imran menambah rasa sakit di hatinya.

“Gaduh dengan skandal eh?”

“Skandal?” Dia pandang wajah Haiqal. Dia tidak suka perkataan ‘skandal’ tu.

“Ha’ah.”

“Aku tak faham.”

“Eh, sekejap. Bukan kau dah nak bertunang dengan Puteri ke, anak Datok Zamri? Aku dengar mak aku cerita, mommy kau dah beritahu semua orang tau.” Itu satu lagi bala. Dia baru sahaja balik ke Malaysia, mommy dah sebok nak suruh dia bertunang dengan Puteri. Ingat dia hadap sangat agaknya.

Sebagai anak lelaki tunggal yang bakal mewarisi seluruh kekayaan milik keluarganya, jadi mommy sudah tetapkan jodoh buatnya. Hendak tak hendak, kata Puan Sri Maria, Khairil Izhan harus dengar katanya. Menantunya harus dari keluarga yang baik-baik, yang setaraf dan bukan dari orang biasa.

“Cuba kau kenalkan skandal kau tu kat kita orang. Jangan nanti aku ter mengorat, tak fasal-fasal bergaduh.” Betul juga cakap Imran tu. Dahlah Imran memang pantang nampak perempuan cantik.

“Tapi serius Khai. Aku pernah terjeling sekali, memang cantik. Dia edit kot, sekarang kan banyak dah application make over ni.”

“Kau ingat aku nak pilih yang macam tu. Tentulah aku dah tengok..”

“Kau dah tengok? Semuanya? Wah… hebat betullah kau.”

“Kau dah kenapa Qal? Lain kali biar aku habis cakap dulu. Stok nak buat bini tak akan nak tengok dulu semuanya. Maksud aku, aku dah tengok muka dia tanpa make-up. Dia memang putih, manis orangnya. Kalau kau orang jumpa pun kau orang mesti suka.” Khairil Izhan suka tengok sahabat baiknya itu melopong mulut. Ishk tak akanlah dia dah tengok semuanya, gila. Tentu saja Umaira tak akan bagi.

“Sekarang ni kau mengakulah yang kau ada skandal? Semalam kau keluar dengan diakan? Tadi kau belikan dia bunga, kan?” Kening Imran yang terjongket-jongket itu buat Khairil tergelak besar. Pandai sahaja sabahatnya itu.

Dia bersahabat baik dengan Haiqal dan Imran sejak dari mereka sama-sama belajar di University Heathrow. Awalnya memang dia tak mahu bersahabat baik, biasa-biasa sahaja, namun kemudian mereka menjadi rapat.

Imran juga anak orang kaya. Anak Datok Harun, juga kenalan daddy nya Tan Sri Sufrie. Sejak dia ikut Aunty Mariam ke London seawal usia 10 tahun Khairil Izhan memang tidak ada rakan di Malaysia. Masa itu dia tidak tahu macam-mana nak menghubungi rakan-rakan di sekolah rendahnya. Zaman itupun gadget belum popular sangat.

Cuma bila dia mula belajar di University Heathrow, dia mengenali Imran dan Haiqal. Awal dahulu mereka kata dia sombong. Orang Melayu duduk London, berlagak dah tak kenal orang kampung. Hah, cakaplah apapun, bak pepatah melayu, tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal, mereka kini menjadi sahabat baik.

“Ermmm..”

“Tadi kau kata stok buat bini, kau serius ke dengan dak perempuan tu? Mommy dengan daddy kau okay ke? Siapa tak kenal Puan Sri Maria, orang kena dengar cakap dia saja. Mana boleh bantah.” Haiqal menyedut orange juice sebaik habis bertanya. Dia tahu kalau Khairil sudah kata dia sukakan seseorang, pasti dia akan suka sepenuh hati. Susah sahabatnya itu hendak jatuh suka pada perempuan. Kalau yang pakai buang ramailah. Tak suka yang ni, dia pilih yang tu. Budak London tu ramai juga kawan perempuan.

“Stok geli-geli tu ramai. Tapi stok buat bini kena pilih yang ada agama, ada rupa, dari keluarga yang baik-baik. Aku ingat ustaz kata, perempuan yang baik-baik itu adalah untuk lelaki yang baik-baik. Macam akulah.”

“Heh, baik sangatlah kau tu. Dia kenal tak kau siapa? Dia dah tahu kau CEO Mega Holdings?” Khairil pandang wajah Imran sejenak.

“Tak kot. Nama akupun dia tak ada tanya. Ha’ahlah. Dia tak tanya nama akupun. Serius, kau tengok, nama akupun dia tak tahu, lagilah jawatan aku.”

Mereka kemudian sama-sama menghabiskan minuman. Khairil Izhan sedang berfikir kenapalah Umaira masih tidak menjawab mesejnya. Dapatkah dia bunga yang dia hantar. Khairil Izhan tidak akan sempat untuk bertemu Umaira tengahari ini sebelum gadis itu bertolak balik ke Johor. Dia perlu ke Ipoh bersama Tan Sri Sufrie. Hendak menemui gadis itu di pejabat, bimbang kecoh pula nanti.

“Kau dah serasi dengan cuaca Malaysia?”

“Okay jer Im. Akupun bukan tak pernah balik bercuti. Cuma aku penatlah, two weeks ni tak rehat. Sampai jer Malaysia dengan jetlack tak hilang lagi mommy dah suruh masuk office. Dah suruh aku ganti jadi CEO. Kalau aku tahu, aku round kasi habis satu Eropah, baru balik Malaysia.”

“Itu yang nak start balik buat gaya Mr. Stone Cold tu? Haha!” Haiqal ketawa lepas. Dia teringat sewaktu mereka pertama kali bertemu. Di dalam kelas Prof. Jackson, bila nama disebut untuk menanda kedatangan, Haiqal, Imran dan Diana hampir terjerit mendengar nama pemuda berkulit cerah dan berambut perang itu Khairil Izhan Bin Mohd Sufrie rupanya seorang rakyat Malaysia yang sudah hampir 10 tahun menetap di London.

Dan yang mereka tidak jangkakan, pemuda itu masih fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia. Dan sejak mereka bersahabat, pemuda itu jarang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan, walaupun dia boleh bertutur dalam tiga bahasa lain.

Persepsi awal mereka terhadap Khairil Izhan, dia seorang yang sangat sombong. Tidak mahu bersahabat dan suka menyendiri. Namun bila mula mengenali dia rupanya sangat peramah. Dengan ketampanan yang dia ada, dia juga sentiasa menjadi perhatian pelajar perempuan.

*****

Mukanya masam sedari dia berjumpa sahabat baiknya. Berada di dalam kereta BMW Tan Sri Sufrie untuk urusan kerja di Ipoh, membuatkan Khairil Izhan bertambah bosan.

Perjalanan yang sekejap bagaikan terasa lama, meeting yang tidak sampai satu jam itu dirasakan seharian dia di dalam bilik itu mendengar penerangan yang satupun tidak masuk di kepalanya. Ini semua gara-gara Nurin Umaira yang tidak menjawab pesanannya. Apa sebenarnya yang berlaku. Dia tak dapat bunga ke, dia tak dapat mesej ke?

“Khai?”

“Yup.”

“Resah je. Tak fokus, kenapa ni?”

“Dad.. I think I love her.” Wah Khairil Izhan sangat berterus-terang.

Who?” Tan Sri Sufrie yang duduk di sebelahnya menerungnya tajam.

“Nurin Umaira.” Tuturnya perlahan.

“Aah, that girl yang Khai suruh Helmi intip tu?” Ada tawa kecil dihujung kata Tan Sri Sufrie.

“Dad?” Wajah Khairil Izhan tua tiga tahun mendengar kata yang keluar dari mulut Tan Sri Sufrie. Tan Sri Sufrie tahu dia suruh Helmi intip Nurin Umaira?

I’m joking. Okay, daddy setuju. Bila nak masuk meminang dia?”

Seriuosly dad? Hari ni pun okay. Rasa 30 tahun dah sesuai untuk Khai kahwin.” Teruja dia dengan persetujuan Tan Sri Sufrie. Tiba-tiba rasa seronok pula hendak berkahwin dengan Nurin Umaira, walaupun dia belum tahu tentang perasaan gadis itu terhadapnya.

“Agak-agak mommy setuju tak? Dia dah beritahu satu dunia yang Khai akan dijodohkan dengan Puteri, anak Datok Zamri tu. Daddy tak rasa mengahwini Umaira satu kerja yang mudah. Rasanya Umaira tu hanya boleh jadi your scandal sajalah.”

Skandal? Again? Khairil mengeluh. Ingatkan bila Tan Sri Sufrie dah tahu, senang sikit hatinya, rupanya soalan Tan Sri Sufrie lebih menyesakkan kepala.

Tan Sri Sufirie memang sudah lama berkenan pada Nurin Umaira. Awal dulu sewaktu Nurin Umaira mula-mula masuk kerja, hatinya pernah terdetik, alangkah indahnya kalau Khairil Izhan mendapat calon isteri seperti Nurin Umaira. Gadis itu sangat bertepatan sebagai calon menantu. Namun bila mengingatkan si isteri, Puan Sri Maria, dia tidak yakin ada jalan yang lurus di hadapan, pastilah banyak liku yang Khairil kena tempuhi. Jatuh kasihan dia pada anak bujangnya itu, dari kecil, masa hadapannya sudah diatur oleh isterinya itu. Sampai bila anaknya itu harus mengikut kata.



, ,

No comments:

Post a Comment