ilashukri.blogspot.com

Monday 5 February 2018

[ Bab 27 ] Dia Bukan Skandal


MAMPUKAH kita sebagai hamba-Nya hendak melawan takdir Allah?
            
Berat kaki Nurin Umaira hendak melangkah ke tempat kerja. Matanya bengkak dek semalaman menangis. Sebaik memasuki pejabat, mata-mata mula memandangnya. Biasanya Nurin Umaira ceria dan menyapa rakan sepejabat, namun pagi itu dia sugul dan sangat tertekan.
            
Dia dipanggil Tuan Mansor ke pejabatnya. Dia tahu pasti Tuan Mansor akan memarahinya. Pasti Tuan Mansor sudah mengetahui hal ini. Ah, mana lagi hendak disorokkan mukanya. Walau berkalipun dia menyatakan dia tidak berbuat apa-apa dengan Encik CEO di bilik hotel itu, ataupun di banglonya, atau di Bukit Tinggi, adakah yang mahu mempercayainya. Pasti mereka menuding jari menyalahkan dia dan menuduhnya yang bukan-bukan.
            
Whats happened, Umaira?” Soalan pertama Tuan Mansor.
            
Nothing.” Jawabnya sepatah,
            
“Ini dah kecoh satu pejabat, you ada skandal dengan CEO baru kita tu, Encik Khairil Izhan. You perempuan simpanan dia ke?”
            
Astaghfirullah-halazim. Sampai macam itu sekali Tuan Mansor fikirkan.
            
I’m sorry Umaira. Walau macam-mana I sayang you sekalipun, Puan Sri Maria dah paksa HR transfer kan you ke Sibu, you pergi ke pejabat Tan Sri Sufrie, katanya dia nak jumpa you pagi ni.”
            
Dia hanya mengangguk.
            
Keluar dari bilik Tuan Mansor, tanpa menoleh kiri kanan, dia terus menju ke lif untuk ke pejabat Tan Sri Sufrie. Harap-harap janganlah dia terserempak dengan Encik CEO. Boleh luruh hatinya jika terlihat lelaki itu.
            
Namun sebaik pintu lif terbuka, Izzuwan yang keluar. Nurim Umaira buat-buat tak nampak sahaja Izzuwan. Sebaik Umaira memasuki lif, tanpa diduga, Izzuwan mengekorinya.
            
“Berapa semalam dia bayar awak, Umaira?”
            
“Hah?” Dahinya berlapis cuba memahami maksud kata-kata Izzuwan.
            
“Saya sanggup habiskan semua duit simpanan saya kalau boleh dapat ke bilik hotel dengan awak, semalam dua. Awak tahukan yang saya sangat sukakan awak, Umaira. Saya tak kisah berhabis kalau perlu untuk dapatkan layanan awak.”
            
Allahuakbar. Bagai nak terjatuh Nurin Umaira ketika mendengar kata-kata Izzuwan. Jadi mereka semua ingat Nurin Umaira dibayar untuk bersama Encik CEO? Rendahnya maruah dia dimata kawan-kawan. Tidak memperdulikan Izzuwan yang turut berdiri di hadapan PA Tan Sri Sufrie, Nurin Umaira tersekat-sekat bersuara, menahan rasa sebak di dada.
            
Dia dibenarkan masuk oleh PA Tan Sri Sufrie. Daun pintu diketuk sekali dua, dan dia terus melangkah masuk. Buat pertama kalinya dia berdepan empat mata dengan Tan Sri Sufrie. Dia pernah juga berbual dengan pemilik Mega Holdings itu, tapi hanya sekali dua dan itupun ada rakan yang lain.
            
“Duduk Umaira.” Punggungnya dilabuhkan ke sofa hitam berkilat yang ada di bilik itu, mewahnya pejabat Tan Sri Sufrie. Perabut dan segala kelengkapan bersinar bagai tidak pernah disentuh.
            
“You mesti dah tahu yang you dah ditukarkan ke Sibu, berkuat-kuasa serta-merta. Tiket flight semua dah siap ditempah. Pagi esok, penerbangan pertama.”
            
Cepatnya? Namun dia hanya mengangguk tanpa berani mengangkat muka.
            
“You nak tahu tak, masa I interview you kerja dulu, I terfikir nak jadikan you PA I. I suka dengan penampilan you, gaya you, kemanisan dan keayuan melayu yang ada pada you, that’s time, memang I terus teringatkan my son, Khai. I terbayang alangkah indahnya kalau Khai beristerikan wanita seperti you. Bukan perempuan kat London tu, atau pilihan hati mommy dia, semua yang tak cukup kain. Duk tayang betis, peha kat semua orang.
            
Ermm.. tak sangka pula yang angan I masa tu hampir jadi kenyataan sekarang. Satu-satunya anak bujang I tergilakan you. I tahu dia yang sukakan you, sebab dari awal dia dah cari you siapa, dari awal dia masuk kerja dia dah tunjukkan pada I dia nak kenal dengan you. So, as a father, I tak akan bantah pilihan dia sebab I tahu, dia dah pilih permata yang sangat bernilai. I pernah kata pada dia, kalau dia sengaja nak permainkan you, I yang akan ambil you jadi my second wife.”
            
Jadi isteri kedua Tan Sri Sufrie? Bermadu dengan Puan Sri Maria? Tidaklah. Mati hidup semula pun dia tidak mahu. Tiba-tiba pintu dibuka. Seorang lelaki masuk tergesa-gesa.
            
“Dad, kenapa transferkan Umaira ke Sibu?”
            
“Biarlah, Umaira pergi dulu, bila keadaan dah reda, daddy akan cari jalan transfer kan Umaira balik KL semula. Sekarang ni your mom tengah mengamuk tu.”
            
“Kalau macam ni, Khai nak letak jawatan. Khai akan pergi kampung Umaira, minta izin family dia, Khai nak kahwin dengan Umaira, then Khai akan bawa dia ke London. Kenapa nak pisahkan Khai dari dia?” Menyinga sahaja muka Encik CEO sekarang ini. Sekejap dia berpeluk tubuh, sekejap dia bercekak pinggang. Terlalu mengambil berat dia soal seorang Nurin Umaira yang serba tiada ini.
            
You marry her, daddy restu. Tapi kita buat ikut adat. Buat masa ni, kita biarkan keadaan slow down dulu. Ni tengah kecoh, kesian Umaira ni kena tuduh jadi skandal CEO.”
            
“Tapi kenapa Sibu? Cawangan lain banyakkan yang dekat-dekat, yang Khai boleh tengok dia selalu. Khai bawa lari kahwin kat Thailand lah macam ni.”  
            
“Umaira tengok, anak uncle ni memang dah tak sabar nak kahwin dengan Umaira. Air dah penuh kat kepala tu, asyik fikir nak kahwin saja. Macamlah dia nak kahwin dengan anak kucing.”

Anak kucing? You sanggup tak jadi kucing parsi I? Ah, dia teringatkan kenangan indah itu.

Sebaik keluar dari bilik Tan Sri Sufrie, dia terus dikejar Encik CEO sampailah dia ke meja kerjanya. Sedaya upaya dia cuba cekalkan hati untuk tidak menangis di hadapan kawan-kawan, walau jauh di sudut hatinya dia sangat terusik dengan sikap prihatin lelaki berpangkat CEO itu. Yang sanggup membuang ego dan statusnya hanya untuk mengejar seorang perempuan seperti dia.
      
Tanpa memandang sedikitpun ke arah Encik CEO yang sudah berdiri di meja kerjanya, dia hanya mengemas beberapa barang peribadi.
            
“Umaira…”
            
Dia buat tidak tahu saja panggilan itu. “Nurin Umaira…”
            
“Sudahlah Encik Khai. Jangan kacau Umaira lagi..” Juita yang tidak tahan melihat drama cinta di hadapannya cuba memujuk Encik CEO agar menjauhi Nurin Umaira.
            
“Umaira, say something.. Okay, I akan announce pada semua orang, you bukan my scandal. You’re my bride to be. Daddy I pun dah setuju kita kahwinkan, so tak payah transfer ke Sibu, berhenti saja kerja, I boleh tanggung makan minum you.” Suaranya tegas, setegas hatinya yang sedang memberontak, marah dan geram dengan tindakan daddy dan mommy.
            
Izzuwan datang menyebok. Seolah mencurah minyak ke api yang sedang marak.
            
Listen here. I’ll not marry another girl, or siapa-siapalah, Puteri ke, except you, Umaira. Sejauh manapun you pergi, you will be mine. Step away Izzuwan. Atau you nak hilang kerja?”
            
Mata Umaira yang sudah berkaca, dan penuh digenangi air jernih, membuatkan dia tidak mampu memandang ke hadapan. Kabur pandangannya, dan dia terus mencapai beg tangan dan melangkah laju menuju ke lif. Dia tidak sanggup lagi hendak berhadapan dengan Encik CEO yang terlalu baik dan sangat menyayanginya itu.
            
Dia pasrah jika beginilah ketentuan Allah baginya. Jika dia hanya mampu mengecap bahagia walau sehari bersama lelaki yang mengaku mencintainya itu, dia sudah bersyukur. Malah dia berterima kasih kerana diberi peluang untuk menikmati rasa indah dalam hatinya.
            
“Umaira!” Dia hanya buat pekak telinga jeritan lelaki di belakangnya. Meninggalkan pejabat itu sekarang adalah perkara paling penting yang harus dia lakukan. Tidak sanggup untuk dia berlama-lama di situ. Lebih-lebih lagi hendak memandang mereka yang ada di sekeliling.

Handphone nya juga entah sudah berapa kali berdering minta diangkat. Dia tidak mahu melihat siapa yang menelefon. Biarlah. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya.


, ,

No comments:

Post a Comment