ilashukri.blogspot.com

Monday 5 February 2018

[ Bab 28 ] Dia Bukan Skandal


“DADDY… do something!” Khairil Izhan sudah tidak senang duduk. Dia sangat cintakan Nurin Umaira, dia tahu dia sangat sayangkan gadis itu, dan sekarang ini dia akan berkeras untuk mendapatkan gadis itu walau dengan apa cara sekalipun.
            
“Khai nak daddy buat macam-mana? Khai tahu tak, yang Khai ni keras kepala sama macam mommy?” Tan Sri Sufrie pening kepala dibuat dek anak bujangnya itu. Lebih pening lagi dengan karenah isterinya, yang pandai-pandai menyuruh HR tukarkan Nurin Umaira ke Sibu, padahal projek di Sibu belum ada apa-apa lagi.
            
“Daddy, I love her. Kalau Khai tahu macam ni, baik semalam Khai bawa dia lari saja. Terang-terang dia ada dengan Khai sepanjang malam, sepanjang hari.”
            
“Kamu buat apa dengan dia?”
            
“Buat apa, tengok sajalah. Kalau tahu baik buat macam-macam.”
            
“Khai, daddy memang tak jaga Khai sampai Khai besar, memang Khai membesar dengan aunty Mariam, tapi daddy dah pastikan your aunt, hantar Khai mengaji, belajar agama walaupun Khai tinggal di London. Daddy tak sangka yang Khai boleh fikir sejauh tu. Bawa anak dara orang masuk bilik hotel, bawa balik banglo. Tahu tak berduaan lelaki perempuan bukan mahram tu boleh mendatangkan maksiat?”
            
Khairil Izhan yang sangat tertekan langsung tidak memperdulikan kata-kata daddy nya. Beberapa kali dia meraup wajahnya. Hatinya sebal dengan tindakan mommy nya yang berkeras mahu dia mengahwini Puteri. Sedangkan hati dan perasaannya sekarang ini hanya inginkan Nurin Umaira.
            
“Khai nak daddy pinang Umaira. Kalau tak Khai akan letak jawatan dan balik London. Itu keputusan Khai. I don’t want your harta, kekayaan ni semua, your legacy, I don’t care if I’m not CEO or what so ever anymore, I just want Nurin Umaira. Fullstop!”
            
“Ya, daddy akan pinangkan dia, I will. Just let all things slow down first, then we think the best way to settle it. Please Khai, kalau daddy tak turunkan semua harta dan perniagaan daddy pada Khai, then to whom? Khairina? You are the only one my son, so all this legacy should be yours.”
            
“Ada apa pada legacy kalau hati tak suka.” Khairil Izhan dengan keras kepalanya terus berlalu meninggalkan pejabat Tan Sri Sufrie. Apa yang dia tidak tahu, Tan Sri Sufrie telah memikirkan sesuatu yang lebih baik dari itu. Lantas terus menghubungi Head of Human Recourses. “Daddy pun nak dia jadi menantu daddy, Khai. Daddy tahu Nurin Umaira seorang gadis yang baik.” Pertama kali melihat gadis itu, dia sudah berangan bermenantukan Nurin Umaira, dan sesungguhnya percaturan Allah itu maha hebat, apa yang dia angankan dulu kini hampir menjadi kenyataan.
            
Entah sudah berapa kali Khairil Izhan cuba menghubungi Nurin Umaira. Namun nombor yang didail masih tidak dapat dihubungi. Asyiklah operator sahaja yang menjawabnya. Saat dia sudah berputus asa dan hampir membaling iPhone nya ke lantai, pintu biliknya diketuk. PA nya masuk sambil membawa secawan air.
            
“Cik Nurin Umaira pesan, suruh buatkan Encik Khai kopi pekat.”
            
Wajah PA nya itu dipandang. Lama. Jadi canggung dan serba-salah pula PA nya itu. Dia yang minta Helmi menjadi PA nya, kerana dia tidak mahu PA perempuan. Tidak mahu PA nya menggoda dia. Dan juga dia tidak pernah menyuruh Helmi membuatkan dia air, dia boleh buat sendiri.
            
She calls you, Helmi?”
            
“Ya. Dia call dalam 15 minit lepas, tapi tak sure dia kat mana, sebab bunyinya bising.”
            
“Dia cakap apa lagi?”
            
“Dia pesan, suruh beritahu Encik Khai, jangan ganggu dia, buat masa ni dia cuma nak tenangkan fikiran. Kalau ada jodoh antara Encik Khai dan dia, pasti suatu hari nanti akan bertemu juga.”
            
“Itu saja?” Helmi hanya mengangguk.
            
“Encik Khai.."

Khairil Izhan akhirnya duduk di kerusi empuknya. Bersandar dan memejamkan mata.
            
“Ermm..”

Helmi bukan hendak masuk campur, namun dia rasa terpanggil hendak memberi sedikit nasihat kepada CEO barunya itu.
            
“Minta maaf saya bukan nak campur urusan Encik Khai. Tapi kita ada meeting penting petang ni, dokumen semua saya dah siapkan, minta Encik Khai semak dulu.” Helmi menarik nafas panjang sebelum menyambung kata.
            
“Encik Khai tak boleh campur adukkan kerja dan peribadi. Encik Khai kena buktikan pada semua orang yang Encik Khai bukan CEO yang suka main-main. Nanti apa kata board of director. Soal Nurin Umaira tu, saya yakin diapun nak Encik Khai berjaya kendalikan syarikat ni. Bagi dia masa bertenang, lagipun teruk dia kena umpat, gambar Encik Khai dengan dia dah merata orang forward. Dia perempuan Encik Khai, kita sebagai lelaki kena jaga maruah perempuan yang kita sayang. Semua orang tahu dia gadis yang baik, peramah dan selalu tersenyum. Dan kerana hubungan dia dengan Encik Khai, dia terus dilabel perempuan tak baik. Bukan Encik Khai sahaja yang sukakan dia, saya percaya ada ramai lagi pekerja lelaki di bangunan ini yang syok kat dia.”
            
Sekali lagi Helmi jadi canggung bila wajahnya dipandang Khairil Izhan tanpa kerdip. Ada benarnya kata-kata Helmi. Khairil Izhan hanya pentingkan diri dia sahaja. Dia tak jaga perasaan Nurin Umaira. Dia tak jaga maruah gadis itu, semuanya dia buat kerana dia terlalu sayangkan Nurin Umaira. Sedangkan gadis itu baru hendak mengenalinya.
            
“Fail mana yang nak disemak?”
            
Ada senyum di bibir Helmi sambil jarinya menuding ke arah fail yang sudah disusun di atas meja. “Pukul 3:00 Encik Khai, saya akan ingatkan Encik Khai lagi. Jangan risau, saya akan tolong Encik Khai hubungi Nurin Umaira. Sekarang ni, Encik Khai cuma fokus pada kerja.”
            
Khairil Izhan hanya mampu mengangguk. Dia tahu niat Helmi itu baik, hanya mahu melihat dia pandai membahagikan masa antara kerja dan peribadi. Dia sedar tindakannya langsung tidak membantu Nurin Umaira, tindakannya lebih kepada mencemarkan lagi nama baik gadis itu.
            
“Dia perempuan Encik Khai, sekali nama dia tercemar, sukar untuk dibersihkan. Lain kita lelaki, kita buat apa saja orang tak ambil peduli, berapa perempuan kita nak miliki, memang orang tahu dah namanya lelaki boleh pasang empat. Lelaki kaya macam Encik Khai pun sinonim dengan status ‘player’. So kita tak tercuitpun kalau melibatkan hal perempuan. Tapi bila orang dah label Nurin Umaira sebagai skandal Encik CEO, selamanya dia akan diingati begitu. Pity of her. Encik Khai kena bersihkan nama dia. Jangan Encik Khai tambah lagi kekusutan, buat masa ni Encik Khai tenang-tenang saja.”

Kata-kata Helmi itu memang makan dalam. Yaa, pity of her. Dia kemudian hanya mampu termenung memandang fail yang tersusun di meja. Fokus, Khai, fokus. Dia kemudian beristghfar berkali-kali di dalam hati. Tapi mampukah dia fokus pada kerja, jika hatinya sedang tidak tenteram sekarang.


Dia hanya ingin tahu, di manakah Nurin Umaira sekarang ini, sedang buat apakah dia, adakah dia sedang bersedih sekarang. ‘I’m sorry Umaira, I’m sorry.’ Dia berbisik sedih.

***
[ Bab 29 ] Dia Bukan Skandal
[ Bab 27 ] Dia Bukan Skandal



, ,

No comments:

Post a Comment