ilashukri.blogspot.com

Tuesday 8 May 2018

[ Bab 39 ] Dia Bukan Skandal


“KAU pergi kampung skandal kau? Serius?” Imran sudah terbeliak mata.
            
“Apa ni Im? Mana ada skandal.”
            
“Sorry, sorry.. Umaira. Panggil nama dia sajalah ya.”
            
“Aah, pergi kampung dia, berkenal-kenalan dengan ahli kelurga dia, jiran tetangga dia, orang kampung dia.”
            
“Seminggu?” Imran masih tak puas hati.
            
“Ia. Seminggu. Hei, lambatlah kau ni.”
            
Hahaha! Imran tertawa lepas. Haiqal yang baru tiba juga tertawa suka. Sudah lama mereka tidak makan bersama, lebih-lebih lagi makan tomyam dan ikan siakap masak tiga rasa. Teringat akan zaman mereka belajar di Heathrow, selalu sahaja mereka tertawa riang setiap kali Haiqal masak di hostel dan mereka makan bersama.
            
Khairil sudah menelefon ibu Umaira tadi, menyatakan yang dia belum dapat menghantar sambal jawa kepada Umaira. Tersangkut dia di KL. Dia juga sudah meminta agar dirahsiakan dahulu tentang dirinya, kerana dia ingin membuat surprise pada Umaira. Dia sangat ingin melihat wajah penuh rindu itu.
            
“Jadi sekarang ni, kau nak buat apa Khai?”
            
“Entahlah. Aku pun bingung.”
            
“Tapi serius tau, skandal kau tu cantik. Kalau kau lepaskan memang tak patutlah.”
            
“Dah 6 pinangan keluarga dia tolak.”
            
“6 pinangan?” Soal Imran dan Haiqal hampir serentak. Khairil hanya mengangguk.
            
“Pergh dah macam Miss Universe. Tapi Puteri pun tak kurang juga cantiknya, Khai. Puteri tu kita tak pernah dengar ada gossip tentang dia dengan mana-mana lelaki. Aku rasa macam dengan kau saja.”
            
Khairil setuju dengan kata-kata Haiqal. Dia akui memang Puteri itu bersih dari gossip. Mungkin juga keluarga Dato Zamri menjaga nama baik anaknya itu.
            
“Apa kata kau saja yang mengurat Puteri, Im. Jadi aku boleh layan Umaira seorang. Nak bagi Haiqal dia dah kahwin. Ni keluar dengan kita ni, sekejap lagi mesti wife dia call.”
            
“Wife aku tak adalah, dia ada kursus kat Penang. Jadi ini malam, kita yang punya!”
            
Tiga sahabat itu tertawa lepas lagi. Jarang-jarang hendak nampak mereka bersuka ria begitu. Sudah lama tidak berborak bersama, tentu banyak cerita yang hendak dibualkan. Lagi-lagi tentang cerita keluarga Umaira.
            
Jangan kata lelaki tak mem’bawang’. Habis cerita tentang Diana, rakan lama mereka di Heathrow pun digosip sama. Cerita tentang admirer sewaktu di London juga. Ah, tak kering gusi dibuatnya. Air di atas meja entah sudah berapa gelas habis. Selagi tuan kedai tidak menyuruh balik, mereka tidak habis-habis berborak.
            
“So, kali ni berapa lama nak lari Khai?”
            
Wajah kedua sahabatnya dipandang. Bahu dijongket tanda tidak tahu.
            
“Seminggu lagilah Khai. Genapkan 2 minggu kau hilang. Aku takut lingkup jer Mega Holdings tu. CEO hilang, masuk muka depan paper. Haha!” Imran kalau bercakap memang ikut sedap tekak dia saja. Tapi bagus juga idea dia tu.
            
“O.K juga kan. 2 minggu. Jadi aku kena sabar lagi seminggu lah ni, nak jumpa Umaira. Aku nekad, aku nak kahwin dengan Umaira, kalau cara baik tak jalan, aku nak korang tolong aku buat cara jahat.”
            
Melihat riaksi kerut dahi dua sahabatnya, Khairil tahu mereka tidak faham dengan apa yang dia katakan.
            
Ya, jika dia tidak dapat memiliki Umaira secara baik, secara meminang, dek kerana halangan keluarganya, dia akan cari jalan lain, walau jalan yang terpaksa diambil bakal memalukan keluarga. Dia sudah ada beberapa rancangan asalkan Umaira menjadi miliknya.
            
“Umaira memang tak ada boyfriend eh? Kata dulu ada officemate yang suka kat dia tu, apa cerita?”
            
“Nanti aku masuk kerja, aku pecat jelah budak tu. Ada hati nak mengurat bakal isteri aku.”
            
“Hei, tapi kau kena tau, dia sukakan Umaira lebih dulu dari kau. Kau tu baru je balik Malaysia.”
            
Imran, Imran. Yang kau tak tahu, Umaira tu sudah berjodoh dengan aku sedari kecil. Bukan baru sebulan dua. Tapi cerita itu, biarkanlah rahsia. Biarlah menjadi kejutan. Perancangan Allah itu adalah sebaik perancangan. Siapa tahu, akhirnya Khairil dipertemukan Allah dengan seseorang yang sangat dia hendak berjumpa, tanpa perlu susah hendak mencari.
            
“Jadinya, sekarang ni, hanya ada Umaira lah ya. Tak ada lagi kisah budak perempuan tocang dua, atau Puteri Datok Zamri?”
            
“Yup, only Nurin Umaira, my beautiful scandal.”
            
“Kalau macam tu, malam ni aku teman kau kat sini. Lagipun wife aku tak ada, akupun kebetulan memang cuti. Lepak dengan kau jelah Khai. Mula ingat nak memancing.”
            
“Kita boleh memancing kat tasik..” Bukankah homestay ni berdekatan tasik. Apalagi, sepanjang siang esok mereka boleh sahaja memancing.
            
“Eyalah. Nasib joran semua dah ada dalam bonet. Umpan je tak ada. Esok pagi kita pergi pasar lah ya.”
            
“Korang ni, boleh ke tidak memancing kat tasik tu? Dah tanya tuan rumah belum?” Imran tak puas hati. Dia pun hendak sekali memancing bersama, walaupun hakikatnya dia tidak minat memancing. Baik pergi pasar beli sahaja terus ikan. Tak perlu bersusah payah menunggu berjam-jam untuk umpan dimakan ikan.
             
“Ada orang tak puas hati.” Haiqal dan Khairil tertawa.
            
Rindunya pada Umaira terubat seketika dengan kehadiran sahabat baiknya itu. Nanti dia akan fikirkan, mahu lari lagi atau terus ke Kuala Terengganu mencari Umaira.
            
Esok dia akan menelefon Helmi. Dia akan menyuruh Helmi membawa fail atau surat yang perlu dia tanda tangani. Dia belum mahu masuk pejabat lagi.
            
Iphone nya berdering. Ah, dia lupa nak off handphone. Alamak! Nama ‘Daddy’ tertera di skrin. Nak angkat ke tidak ya. Melihat ke wajah dua sahabatnya, mereka seolah menyuruhnya menjawab panggilan itu.
            
“Khai..” Lembut suara tua Tan Sri Sufrie, memanggil namanya setelah mereka berbalas salam.
            
“Ke mana sahaja seminggu ni? Balik London ke?”
            
“Balik London, tunggu dah kahwin dengan Umaira nanti. Bawa dia tinggal sana terus.”
            
“Kenapa keras kepala sangat ni? Kan daddy dah setuju Khai kahwin dengan Umaira.”
            
“Daddy saja yang setuju, mommy tetap suruh Khai kahwin dengan Puteri.”
            
“Daddy dah cakap dengan mommy. O.K mommy dah setuju, Khai dengan Umaira. So, Khai balik sambung kerja kat office ya. Daddy nak rehat. Daddy nak holiday dengan mommy.” Ya, puas sudah Tan Sri Sufrie memujuk isterinya. Dia tidak mahu melepaskan legasi perniagaan keluarganya kepada orang lain. Sudahlah dia anak lelaki tunggal keluarga, sama juga dengan Khairil, jadi pada siapa dia hendak serahkan perniagaan keluarganya itu.
            
“Daddy sembunyikan Umaira kat mana?” Sengaja bertanya, walhal dia sudah tahu Umaira di mana.
            
“Biarkan Umaira tu tenang-tenang dulu..”
            
“Kalau macam tu, samalah, biarkan Khai tenang-tenang dulu.”
            
“Ya Allah. Khairil Izhan!” Sedikit keras suara Tan Sri Sufrie di hujung sana. Susahnya hendak memujuk anak lelaki nya itu, jiwanya keras sama seperti isterinya. Kalau sudah dikata TIDAK, susahnya hendak ditukar kepada YA.
            
“One more dad. Tolong pecat Izzuwan, Khai tak boleh lah tengok dia kat office tu. Semaklah kepala.”
            
“Astaghfirullahalazim…” Beristighfar panjang Tan Sri Sufrie.
            
“What?” Khairil bingung.
            “Be professional, Khai. Jangan campur adukkan kerja dengan peribadi. Khai kat mana ni?”
            
“Bumi Allah..”
            
“Ialah. Ikut Khai lah. Kalau rasa nak balik London, atau rasa nak merajuk sampai sebulan ke, I’ll replace your position as CEO with your cousin, Mukhriz. Full stop.” Putus asa Tan Sri Sufrie dibuatnya.
            
“Khairina kan ada, kenapa Mukhriz?”
            
“Sebab Mukhriz saja yang layak. Khairina sebok dengan butik dia. Nak harapkan Idham, diapun sebok dengan company dia. Daddy ingat, dapatlah harapkan Khai, pun tak boleh diharap. Badan sado, tegap, muka hensem, tapi dalam hati ada taman. Pasal perempuan merajuk sampai dah tak ada hari esok nak bawa berbincang. I’ll give you another one week, by next Monday, kalau Khai tak masuk juga office, daddy akan buat PC untuk gantikan CEO baru. Mukhriz tu dah tak sabar nak jadi CEO.”
            
Dan tanpa pamitan, Tan Sri Sufrie terus mematikan talian. Khairil Izhan terpinga sendiri.

            
Khai.. Khai.. Kau sanggup buat apa saja demi Nurin Umaira. Semua orang tahu kau cintakan Nurin Umaira. Kau dah beritahu semua, kau dah dapat restu keluarga Umaira, kau nak merajuk apa lagi? Kau lelaki Khairil Izhan, jadilah lelaki yang kuat dan tidak mudah mengalah. Jangan tunjuk kau lemah, jangan terlalu mengikut kata hati. Be a gentleman, Khai.



, ,

No comments:

Post a Comment