ilashukri.blogspot.com

Wednesday 24 January 2018

[ Bab 18 ] Dia Bukan Skandal


“KAU tahu tadi Mai…”

“Tak tahu..” Dia menjawab malas soalan Juita. Dahlah dia kebosanan duduk dengan Izzuwan dan Encik Fikri, ini dia diheret ke restoran Secret Recipe sebabkan dua sahabat baiknya itu hendak bergossip.
            
“Tadi CEO baru tu, Encik Khai, berdiri lama kat meja kau. Siap duduk kat kerusi kau lagi.”
            
CEO baru? Encik Khai? Oh ialah, tadi Izzuwan kata dia nak berkenalan dengan staf department ID.
            
“Dia siap belek gambar kat meja kau. Gambar family kau masa raya tu.” Juita bercerita lagi.  Dah kenapa pula CEO baru nak belek gambar dia? Ke sebab dia tak ada? Semua orang wajib tunggu dia datang ke? Buat apa dia nak ambil tahu hal Nurin Umaira?
            
“Tuan Mansor tegur baru dia bangun. Handphone kau pun dia pegang.” Rootbear float yang baru tiba di meja, Juita tarik mendekat.
            
“Tuan Mansor tak cakap aku pergi mana ke?”
            
“Cakap. Dia kata kau ada discussion dengan Izzuwan pasal projek kat Nusajaya. Tapi dia nak tengok profile kau dengan Izzuwan. Sebab aku dengar dia nak kenal dengan semua staf.”
            
“Kau nak tahu lagi tak?” Dayang bertanya dengan wajah penuh keterujaan, walaupun mulutnya penuh dengan kek.
            
“Hensemnya CEO baru tu, Mai. Gorgeous. Ternganga aku tengok dia. Tak berkelip matalah. Kulit dia bersih, tinggi orangnya, tak berapa nak kurus, tegap-tegap gitu. Sado. Mungkin dalam 185cm macam Kim Woo-Bin. Eh tak, macam Lee Min-Ho yang kau gilakan sangat tu. Wooo… kalau kau ada masa tu, Mai.. bertentang mata dengan dia, mesti kau cair.”
            
“Apasal pulak?” Aku dah ada Izhan, aku tak nak lelaki lain dalam hidup aku. Mana agaknya Izhan ya? Dia dah buang aku dari hidup dia ke?
            
“Ialah. Sampai bila kau nak membujang? Apa salahnya kau berkawan dengan CEO tu, mana tau boleh jadi isteri dia.” Ishk Dayang ni.
            
“Aku dengar Encik Khai nak bertunang dengan Puteri, model glamor yang seksi tu. Orang kaya mesti nak dengan golongan kaya raya juga. Setakat kita-kita ni mana nak pandang.” Eceh, tadi dia dengar dari perbualan Encik Fikri dan Izzuwan, boleh pula dia yang menyampaikan berita pada Juita dan Dayang. Entahkan betul entahkan tidak berita tu. Kalau salah, sudah jadi fitnah pula.
            
“Tapi Helmi kata dia ada skandal. Dia sukakan perempuan lain. Taste dia dah berubah katanya.”
            
Helmi. Errmm.. Lelaki itu dah mula rapat dengan Juita. Serius kot hubungan dia orang sampai cerita pasal CEO baru pun Juita boleh tahu. Maklumlah, sejak CEO baru mula masuk bekerja, Helmi dipilih menjadi PA. Dia tak mahu PA perempuan katanya, takut tergoda dan digoda. Auchh.. Nampak baik sahaja bunyinya tu.
            
“Lepas tu kau ingat tak, bunga yang kau dapat dari Mr. MMK? Lepas tu bila kau balik dari JB, Izzuwan pun bagi kau bunga. Dua-dua tu kau letak atas meja, kan?”
            
“Aah. Kenapa?” Nurin Umaira dah rasa pelik. Kenapa CEO tu nak belek meja dia. Langsung tak jaga privacy orang lain.
            
“Dia siap baca lagi kad yang kau dapat kat bunga tu. Muka dia macam berubah bila tengok kad dari Izzuwan tu. Aku serius ni Mai, aku rasa dia syok kat kau. Sayang betul tadi, lupa nak ambil gambar dia.” Dayang walau mulut penuh dengan kek Red Velvet namun masih bersungguh hendak bercerita.
            
Nurin Umaira pula sedang cuba menghadam cerita yang disampaikan sahabat baiknya. Dia langsung tidak kenal siapa Encik Khai CEO baru tu. Tak akanlah lelaki itu hendak mengenali dia, atau suka padanya, sedangkan mereka tidak pernah bertemu. Nurin Umaira tarik nafas panjang. Cuba membuang segala persoalan tentang Encik Khai, CEO baru Mega Holdings.
            
“Dia beritahu hujung bulan ni, ada dinner untuk semua staf. Hujung bulan ni, tak sampai dua minggu beb. Jom kita pergi cari baju. Aku nak pakai dress yang paling meletop sekali, biar Encik Khai tu nampak aku nanti.” Dayang tertawa besar. Ibu kepada dua orang anak itu, walau tahu statusnya adalah isteri orang, namun tetap nak bergaya. Sedangkan Nurin Umaira yang bujang dan cantik manis, langsung tidak mahu berfikir tentang itu semua. Sebab ada benda lain yang mengganggu benaknya.
            
Nurin Umaira buang pandang ke luar restoran. Melihat kereta yang lalu lalang, melihat ragam manusia. Siapa Encik Khai CEO baru tu? Siapa juga Izhan yang selalu dia rindukan, kenapa Izhan tidak bertanya khabar tentangnya. Dalam dia berkhayal sendiri, telefon bimbitnya berbunyi. Huawei P10 yang memang terletak di atas meja itu, sedang direnung tiga pasang mata.
            
Mr. MMK tertera di skrin.
            
Nak angkat ke tidak? Nak angkat ke tidak?
            
“Tak nak jawab ke?” Juita bertanya.
            
“Tak nak.” Umaira geleng kepala. Dia nak jual mahal kali ni. Kalau Mr. MMK betul-betul sukakan Nurin Umaira, dia kena berusaha untuk memenangi hati Umaira, kena berusaha meminta maaf dan kena bagi alasan yang munasabah kenapa dia menghilang beberapa hari ini.
            
Telefon bimbitnya berbunyi lagi. Sudah 3 miss called. Baru sahaja Umaira hendak power off handphone nya, satu notification Whatsapp tertera di skrin.

-          Sayang, please pick up my call.

“Eeuuu… he calls you sayang? Seriously Maira? Kau dengan Mr. MMK tengah couple ke sekarang ni? Siapa Mr. MMK tu, kenapa tak kenalkan dengan kita orang?” Dayang yang kepoci memang suka nak tahu semua perkara.

Nurin Umaira sudah tidak tahu hendak jawab apa. Dia memandang Juita yang juga sudah tarik muka dengannya. “Dia lelaki yang aku terlanggar tulah.” Jawabnya cuba berselindung.

“Itu aku tahu. Mr. MMK tu, mamat muka ketat yang kau terlanggar kat surau tu, yang bagi kau bunga. Tapi kenapa dia panggil kau ‘sayang’. Kau dengan dia ada hubungan istimewa ke?” Juita kalau dah bertanya, memang terpaksalah Nurin Umaira menjawab dengan jujur. Dia tak sanggup hendak berbohong dengan Juita. Sudah lebih tiga tahun dia kenal Juita, sakit pening makan minum dia, Juita yang jaga, memandangkan mereka tinggal serumah.

“Taklah sampai ke hubungan istimewa, cuma adalah dua-tiga kali keluar minum dengan dia.” Masih cuba menyembunyikan hal yang sebenar, dengan harapan apa yang dia katakan itu tidak disoal selidik lebih lanjut dek Juita dan Dayang.

“Jadi lelaki yang minum dengan kau, yang Izzuwan tanya tu, dia ke?”

Menjawab dengan anggukkan. Wajahnya tunduk dan Rootbear float disedut perlahan. Takut hendak memandang ke wajah Juita dan Dayang.



, ,

No comments:

Post a Comment