ilashukri.blogspot.com

Tuesday 30 January 2018

[ Bab 24 ] Dia Bukan Skandal


NURIN Umaira semakin rasa selesa dengan Encik CEO aka Encik Khai, atau Izhan atau juga Mr MMK. Dah tak ada dah mamat muka ketat, yang ada mamat muka manis. Seorang yang senang didekati dan sangat pandai berbicara. Ada sahaja kata-kata manis dia buat Nurin Umaira tersengeh.

“Awak lama tinggal kat London, fasih lagi cakap Melayu ya.” Cuba hendak membuang rasa janggal di dalam kereta, hanya lagu di radio yang memenuhi ruang kereta. Bukan dia tidak pernah naik kereta Izhan, namun kejadian semalam masih menghantui perasaannya.

“Hari-hari kat rumah memang cakap Melayu. Aunty I pun orang Malaysia. Dia married dan tinggal di London. Dia tak ada anak, masa umur I 10 tahun, mommy pregnant Khairina, dia alah dengan bau I. Kebetulan, aunty I nak berhijrah ke London ikut suami dia, so dia pujuk my mom and my dad, untuk bawa I sekali.

I sambung belajar di London. Susah nak survive, ialah English budak 10 tahun manalah elok sangat. Tapi Alhamdulillah, my aunt and her husband didik I sempurna, bahasa Melayu tak lupa, malah I boleh bertutur dalam bahasa Arab dan France.”

Nurin Umaira mengangguk mendengar cerita Encik CEO. Ooo, hebat kehidupan dia ni. Kenapalah Umaira tak pernah perasan, kadang-kadang ada clue yang Izhan bagi tentang dirinya. London, Heathrow.. Apalagi nak tanya dengan dia ya. Boleh ke nak tanya tentang family dia? Upps, sekejap. Tadi dia sebut Khairina..

“Awak ada adik?”

“Yup. Khairina, owner butik Qaireen Qaseh tu, adik I.”

Nurin Umaira tepuk dahi. Kena tipu terang-terang sajalah nampaknya. Dia hanya memandang ke luar tingkap, melihat pemandangan di tepi jalan. Entah ke mana dia dibawa, dia redha sahaja. Dahlah semalaman dah memakai pakaian ini, melengas rasa badan. Ini kalau di rumah sewanya, mahu dia hanya berkain batik.

Sedang buat apa agaknya Juita. Dia langsung tidak ingat nombor telefon Juita, dia hanya tahu tekan sahaja di contact list. Itulah, patutnya nombor-nombor penting patut terpahat di kepala.

“Kata semalam nak call saya? Saya tunggu lama sampai tertidur..” Nurin Umaira memandang Encik CEO yang sedang memandu.

“Sebok, ramai sangat yang nak dilayan. Nak bergambarlah, nak bersalamlah. Lagipun I nak you rehat saja dalam bilik tu.”

Hensem juga Encik CEO ni, dari sisi pun dia nampak tampan. Kulitnya putih bersih. Sesekali tersenyum ada lesung pipi melekuk cantik. Aduhai Nurin Umaira, awatlah hang duk belek muka Encik CEO kat sebelah awak tu.

Dia perasan Encik CEO mengambil handphone miliknya di poket kereta. Dia menekan sesuatu, dan kemudian iPhone di tangan Nurin Umaira pula yang berbunyi. Tertera nama ‘Khairil Izhan’ di skrin.

“Jawablah. I tengah call you ni.”

“Eh tak kuasa, sebelah-sebelah pun nak call.”

Encik CEO ketawa berdekah. iPhone di letak semula.

“Apa passcode ni?”

“Enam nombor awal IC you.”

“Eh?”
            
“Betullah, I dah hafallah IC you. Senang nak isi borang nikah.”             

Nurin Umaira cuba menekan passcode. Sungguh, dah kenapa dengan Encik CEO ni, semua perihal dia Encik CEO tahu. Dia memang benar-benar sukakan Nurin Umaira ke?
            
Tak ada apa dalam iPhone itu. Contact list pun cuma ada beberapa sahaja. Aunt Mariam, Khairil Izhan dan Nurin Umaira. Whatsapp history pun cuma ada chat dengan dia sahaja. Photo gallery? Ya Allah, penuh dengan gambar curi dia..
            
Satu persatu dia belek. Gambar dia masuk lif, gambar dia tengah berjalan, malah ada video juga. Eh dia ni dah macam stalker pula. Ini kalau dia saman Encik CEO confirm dia menang.
            
Stalker lah awak ni.”
            
“I bukan saja stalker, I juga secret admirer you. I juga future husband you. Jom kita kahwin nak? Kita pergi Thailand, kahwin kat sana orang kata senang.”
            
Eh, eh dia ni. Sekeh kepalanya karang baru tahu. Nurin Umaira membebel sendiri. Ini kalau aku delete gambar dalam ni baru padan dengan muka dia.
            
“Jangan delete ya. Itu pengubat rindu I. Tak dapat peluk you, peluk gambar you pun jadilah.”
            
Macam mana dia boleh baca kata hati aku. Nurin Umaira terusan mengomel. Ada 268 keping gambar dan 16 video. Semuanya tentang Nurin Umaira, entah bila dia curi ambil pun Nurin Umaira tak tahu. Sampai gambar dalam LRT, gambar kereta Umaira, gambar dia di rumah sewanya pun ada. Allah… teruk dah Encik CEO ni.
            
“I serius nak you jadi my wife. I dah 30 tahun, dah patut kahwin. You pun dah 26 kan, dah sesuai sangat jadi isteri orang. Kalau lambat kahwin nanti bila dah tua, anak kecil-kecil lagi.”
            
Rasa nak cekek-cekek saja leher Encik CEO nilah. Sesedapnya kata Nurin Umaira dah sesuai jadi isteri orang.
            
“Pergilah masuk meminang, kalau dah menggatal sangat nak kahwin.”
            
“Betul ni? Okay esok I akan bincang dengan my dad. I pun tak suka nak bawa you lari kahwin kat Thailand.” Keningnya kelihatan terjongket-jongket.
            
Keretanya dihentikan di hadapan sebuah kedai pakaian yang baru hendak memulakan perniagaan. Encik CEO mengarahkan Nurin Umaira keluar. “Cari baju kat situ, tak ada orang kenal kot kat area sini.”
            
“Kenapa takut orang kenal? Malu?”
            
“Ishk.. Bukanlah, kalau fikir malu, I tak kejar you semalam tau. I confirm mesti orang dah bercakap pasal kita.”
            
“Awak tak kesah ke? Jatuhkan image CEO jer.”
            
“Nak kesah buat apa. I yang kejar you, I yang nak you. Biar satu dunia tahu I yang tergilakan you, kalau diorang nak viralkan pun silakan. Sebab.. lepas tu confirm diorang tak akan berani mengurat you. You kan scandal Mr. CEO.”
            
Nurin Umaira keluar juga dari kereta. Melangkah memasuki kedai pakaian itu, dan kemudian berhenti dan menoleh ke belakang. “Ishhkk, jalanlah jauh sikit.” Bebelnya bila wajahnya terlanggar bahu Encik CEO. Lelaki itu angkat kening, seolah bertanya ‘kenapa?’
            
“Mana ada bawa duit, segala apapun tak ada ni. Nak beli guna apa?”
            
“Allah, apalah guna ada mamat kaya sebelah you ni? Duit I nak belikan you baju satu kedai nipun tak habis guna lagilah.”
            
Berlagak pula tu. Aduh, bikin Nurin Umaira sakit hati dan sakit jiwa. Dia hanya memilih sehelai seluar jeans, blaus ringkas dan instant shawl. Rasanya pakaian itu yang sesuai digayakan sebab Encik CEO pun sangat ranggi dengan T-Shirt Polo ketatnya dan seluar jeans yang dipakai. Eleh, nak sepasang pula. Apa salahnya kan, kata future husband. Nurin Umaira tertawa dalam hati.
            
Buat muka selamba, dia menukar pakaian di fitting room. Cuma pakaian dalam sahaja yang tidak berganti, tak selesa pula kalau membeli pakaian dalam dan terus pakai. Biasa dia akan basuh dahulu.
            
Not bad. You pakai apapun cantik, Umaira. Tapi kalau tak pakai apa-apapun lagi… Aduhhh…..” Menyeringai muka hensem Encik CEO bila cubitan ketam Nurin Umaira singgah di pinggangnya. Mengada, cakap tu ikut sedap mulut dia saja ya. Bebel Nurin Umaira.
            
“Awak ada perfume tak?”
            
“Nak buat apa?”
            
“Baju ni bau kedailah. Lagipun yang dalam-dalam tak tukar….” Nurin Umaira jelir lidah. Malu nak cakap sebenarnya… Mukanya terasa panas dek kerana malu. Dia berpaling memandang luar.
            
“Tak apa, I suka yang masam-masam…”
            
“Eh dia ni, geram betullah…” Hilang sabar Nurin Umaira dibuatnya. Terus jarinya menyepit halus lengan Encik CEO yang terdedah… Berlagulah ‘aduh’ dengan panjang macam lagu Ghazal Untuk Rabiah.
            
“You cubitlah I satu badan sekalipun, I tak kisah. I tahu macam mana nak diamkan jari tu. Nak tahu tak?”
            
Tangannya mencari jemari Nurin Umaira.
            
“Jangan nak pandai-pandai eh. Belum halal lagi.”
            
“Habis tu tadi you cubit kat kulit I yang tak berlapik, boleh pula. Ingat tak kisah..”
            
“Itu sebab dah geram dengan mulut awak tu, rasa macam nak cili-cili saja.”
            
“Tak payah cili Cik Nurin Umaira, you cium saja diamlah dia.”
            
“Ya Allah, peninglah bercakap dengan sweet talker ni. Mesti awek keliling pinggang. Itu ada hati nak kahwin dengan orang.”
            
“Mestilah nak kahwin dengan orang, tak akanlah dengan haiwan pula.”
            
“Arghhh!” Nurin Umaira rasa sakit kepala. Begini dia cakap, begitu jawap Encik CEO. Ke kanan dia kelentong, ke kiri dia kena tipu.
            
Dia ni nak bawa aku pergi mana agaknya. Dari tadi dalam kereta, perut pun dah bernyanyi minta diisi. Apa yang dia perasan, seolah sedang menghala ke Bukit Tinggi.
            
Beginilah agaknya rasa disayangi seorang lelaki. Belum pernah dibuat Nurin Umaira, dari bilik hotel, ke banglo, sekarang ikut pula entah ke mana. Dah macam perempuan jalang pula. Kalaulah ayah dan ibu tahu, manalah nak disorokkan muka.
            
Nurin Umaira beristighfar di dalam hati.
            
“Kenapa mengeluh?”

Kuat sangat ke dia mengeluh tadi? Sampai orang sebelah perasan? Manalah dia tidak mengeluh. Perbuatannya sekarang ini sangat tidak dituntut agama. Berdosanya dia sebagai seorang Muslim berduaan dengan lelaki bukan mahram.



, ,

No comments:

Post a Comment