ilashukri.blogspot.com

Friday 26 January 2018

[ Bab 21 ] Dia Bukan Skandal



NURIN Umaira tidak kembali ke meja. Dia menonong terus keluar dari dewan makan. Entah kenapa dia rasa sangat sedih, marah dan kecil hati. Sebenarnya kenapa dia perlu rasa begitu? Dia rasa Izhan itu seorang penipu ke? Tidaklah. Dia cuma terkilan kenapa Izhan tak berterus-terang dari awal.
            
Dia marahkan Juita sebab berangan nakkan CEO baru tu, rupanya tanpa sengaja dia yang berkawan dengan CEO. Pegawai cabuk macam dia mana layak hendak berkawan dengan CEO. Kalaulah Juita dan Dayang tahu, yang Mr. MMK itu CEO baru… apa riaksi mereka agaknya.
            
Kakinya terus melangkah. Dan entah bila dia sudah tiba di lobi. Dia terdengar derapan kaki di belakangnya. Saat ini jiwanya kosong. Dia bingung dengan perasaannya sendiri. Dia memang sudah sukakan Izhan. Sangat suka. Malah sudah sayang. Tapi dia CEO? Bukankah CEO baru Mega Holdings akan bertunang dengan Puteri?
            
“Nurin Umaira.” Seorang lelaki berdiri menghalang jalannya. Dia hanya memandang kosong lelaki itu.
            
Please, Nurin Umaira. Stop walking..” Lengannya dipegang lelaki itu.
            
“Apa pegang-pegang ni?” Bagai tersedar dari mimpi, Nurin Umaira pantas menepis tangan lelaki itu.
            
“You marah I ya?”
            
“Awak siapa?”
            
“Sayang, please…” Sekali lagi lengannya ditarik. Langkah yang dihayun berhenti.
            
“Hei, jangan pegang..” Dah tak peduli mata yang memandang, Nurin Umaira terus dengan keras hatinya. Terus dengan rasa terkilan dan sakit hati. Tapi kenapa Nurin Umaira perlu ada rasa macam itu? Kenapa nak buat perangai. Kenal dengan Izhan pun baru sahaja. Dia pelik sendiri.
            
“Okay, kalau you tak nak I pegang, stop walking and come with me.”
            
“Apasal saya nak kena ikut lelaki penipu macam awak?”
            
“I tak pernah tipu, you tak pernah tanya kalau-kalau I CEO..”
            
“Jadi salah saya? Sedangkan selama ni siapa yang selalu berahsia?”
            
“I nak perkenalkan diri I sebagai CEO, tapi you yang tak ada masa tu. You keluar dengan Izzuwan. Sengaja nak buat I jeles, kan?”

“Eh? Saya keluar kerana kerja. Bukan pergi dating!” Bagai nak terjerit Umaira menjawap, namun dia cuba kawal amarahnya.

“Okay, kalau I CEO sekalipun, salah ke kalau I nak jatuh cinta dengan you? Salah ke I sebagai manusia nak sukakan you, Nurin Umaira?”
            
“Orang kaya-kaya ni selalunya perempuan keliling pinggang.”
            
“You banyak sangat tengok drama ni, Umaira.”
            
Malas Nurin Umaira nak dengar Izhan bercakap. Hatinya sakit. Dia terus sahaja keluar dari lobi dan sudah berada di luar. Memandang langit yang gelap yang hanya dihiasi beberapa butir bintang. Angin malam menyapa tubuhnya. Dingin hingga ke tulang.
            
“Sejuk kat luar ni Umaira.” Kot putih yang dipakai dibuka dan dibalut ke badan Umaira.
            
“Tak perlu susah-susah Encik CEO. Pergilah awak masuk, ramai yang nak jumpa awak tu. Jangan kesahkan saya. I’m nobody.”
            
You’re somebody to me, Umaira. I kalau dah suka, I tak akan lepaskan. First time tengok you I dah tahu you dicipta Allah untuk I.”
            
Confident jer cakap. Awak boleh lawan takdir ke?”
            
Please Umaira. You jangan anggap I, CEO, you just anggap I Izhan, orang yang sama yang you kenal. The handsome guy with Audi.” Cuba nak berseloroh konon. Ingat Nurin Umaira makan dengan lawak dia tu? Namun di sudut hati Nurin Umaira tercuit juga dengan usikan itu.
            
“Eh awak masuklah…” Tubuh Izhan ditolak menjauh.
            
Sebenarnya Nurin Umaira dah hilang arah, dia keluar tadipun handphone tak bawa, beg tangannya pun sama. Kunci kereta, aduhai. Nak masuk semula, dia dah rasa malu. Hendak tak hendak dia ikutkan sahajalah perangai mengada dia sekarang ni.
            
“I hantar balik ya?”
            
Handphone dipoket mamat muka ketat itu asyik berbunyi. Ialah, majlis belum selesai lagi, tentu mereka sedang mencari di mana agaknya CEO baru mereka. Mana yang nak bergambar, mana yang nak bersalaman. Errmm.. Nurin Umaira diusik cemburu.
            
Cemburu? Tidaklah. Tak akanlah Nurin Umaira nak cemburu. Mereka berdua tak ada apa-apa hubungan istimewa.
            
“You nak I melutut depan you ke, atau you nak I announce kat stage yang I love you?”
            
Mudahnya Izhan nak lafaz I love you. Mana pergi ego seorang lelaki yang berjawatan CEO?
            
“Sanggup?”
            
“Eh, apa pula tak sanggup, demi you I rela buat apa saja. Janji you, I punya. Melutut kat sini tak bestlah, bukan ada sesiapa nak jadi saksi, lagipun I tak ada cincin nak bagi, kita announce kat stage ya. Jom.” Terus sahaja hujung baju Nurin Umaira di tarik. Panik Umaira, namun langkah deras Izhan buat dia hampir terjatuh kerana terpijak bajunya. Lagilah kena naik tangga. Aduh, biar betul.
            
“Okay, okay. Tak mahu tak mahu..” Kali ini giliran Nurin Umaira pula menarik lengan Izhan aka Encik Khai CEO itu. Dia dah malu bila mata-mata di lobi semua memerhatikan mereka. Ada ni nanti jadi topik hangat esok.
            
Nurin Umaira buat muka comel.
            
“Jangan Umaira. I ni iman tak berapa nak kuat sangat.”
            
Uppss… Nurin Umaira gigit bibir lagi. Dia tersengeh bila melihat lelaki di hadapannya itu menarik nafas panjang. Errmm.. tak tahan godaan, kalau perempuan lain yang goda? Sama jugalah nak terpikat, macam tu? Ishk.. dasar player. Mereka bergerak ke hadapan lif, kawasan yang agak tersorok dari pandangan orang.
            
“Saya tak nak masuk sana semula. Malu..”
            
Nurin Umaira cemek muka. Ialah, malu kalau-kalau betul Izhan nak buat announcement, mati kejang dia.
            
“Ini kunci kereta I. I park kat B2. You nak tunggu kat kereta ke? Or ini kad bilik, okay jangan salah faham. Diorang tempah untuk I senang nak bersiap untuk dinner, barang-barang I ada kat situ. You boleh rest dulu kat situ. Nanti I jemput. Kalau I lambat, please wait for me, Umaira. Please..”
            
Pintu lif sudah terbuka. Ada beberapa yang keluar, tapi hanya mereka berdua yang masuk.
            
“You nak tunggu kat kereta ke?” Soalan itu boleh buat Umaira pecah kepala nak jawab. Tapi kaki dia sakit. Dia nak berehat, kalau dapat berlunjur lagi baik. Jari Izhan masih lagi belum menekan tingkat mana yang hendak pergi.
            
“Bilik nombor berapa?”
            
“1306. Rehat dulu, kalau bosan boleh tunggu kat kereta. I park kat B2 tau. Nanti I inform your friend. Janji, tunggu I.”
            
Nurin Umaira hanya mampu mengangguk. iPhone lelaki itu dihulur kepada Nurin Umaira. “Nanti I call.” Macam biasa, Nurin Umaira buat muka pelik. ‘Kalau dia bagi aku phone dia, dia nak guna phone apa?’ Satu lagi iPhone di tangan Izhan digoyangkan. ‘Oh ada dua phone. Patutlah jarang online, mesti yang ni phone spare. Ceh!’
            
Bye, sayang. Tunggu I ya.” Satu kenyitan mata buat Nurin Umaira sebaik kaki Izhan melangkah keluar dari perut lif. Oh my! Nurin Umaira rasa nak pengsan, tapi dengan sengaja Nurin Umaira buat muka siap jelir lidah, mengejek. Ialah, sebab dia rasa pintu lif akan tertutup, namun sempat lagi Izhan menahan pintu lif dari tertutup dan terus mendapatkan Umaira.

“Nakal ya. Nasib belum jadi wife I.” Hujung hidungnya dicuit. Sungguh Nurin Umaira tidak menyangka Izhan akan buat begitu, terperosok dia dipenjuru lif dek kerana takut. Manakan tidak dia sudah tersepit bila ke dua tangan lelaki itu memaku dinding, membuatkan muka mereka hanya berjarak seinci. 



, ,

No comments:

Post a Comment