ilashukri.blogspot.com

Thursday 25 January 2018

[ Bab 19 ] Dia Bukan Skandal


MATANYA melihat sekeliling. Cantik-cantik pakaian di butik itu. Dibeleknya sehelai busana yang tersarung di badan patung. Lembut kainnya, entah dari material apa. Mungkin juga perekanya, jurureka terkenal.
            
Melihatkan semua pakaian yang tergantung, dia rasa butik ini khas untuk golongan mak-mak datin, orang kaya-kaya. Mana mampu marhaen seperti dia hendak membelinya, kalau sehelai sahaja sudah mencecah ratusan ringgit.
            
“Kenalkan, Qaireen, pemilik butik ni.” Seorang perempuan bertudung datang mendekat.
            
Cantiknya. Kecil molek orangnya, muda dan berwajah manis. Muda-muda dah ada butik mewah macam ni. Mungkin anak billioiner.
            
“Qaireen.”
            
“Umaira.” Mereka berjabat salam. Umaira jadi segan pula. Qaireen sangat peramah orangnya, senang berkomunikasi dan sangat berlemah-lembut.
            
“Errmmm.. Nak cari baju untuk dinner ya? Encik Izhan nanti pakai kaler apa ya? Senang Qaireen nak match kan biar nampak sedondon.”
           
“Carikan dia kaler biru air laut. I’ll wearing shirt with that color.”
            
Amboi, sebok nak sedondon pula. Namun Nurin Umaira gembira kerana dia akhirnya dapat bersama Izhan ke jamuan syarikat. Lagipun Izhan memang bekerja di Mega Holdings, cuma yang dia tidak tahu Izhan bekerja di jabatan yang mana. Dia juga tidak pernah mahu mencari, mahupun bertanya dengan sesiapa. Dia jadi lupa bila kebelakangan ini, Izhan tidak sering menghilang. Izhan sentiasa ada untuknya.
            
Sehelai busana berwarna royal blue dihulur. Dari material Korean Chiffon, sangat lembut bila dipegang. Harganya Umaira takut hendak melihatnya. Dengan corak bunga 3D dan beads, di lengan dan pinggang, Umaira jadi tak sabar hendak mencuba, walaupun dia tahu, dia tidak mungkin mampu membelinya.
            
“Yang ni ok tak?”
            
Try it on dear. Kalau cantik, kita proceed. Royal blue, I boleh cari kemeja warna tu.”
            
“Nak kena cuba ke?” Umaira buat wajah polos.
            
“Ialah sayang, kalau tak muat nanti kan susah.”
            
“Ingat Umaira gemuk ke?”
            
Dia mengambil pakaian itu dari tangan Qaireen, namun sebelum ke fitting room, dia mendekati Izhan dan berbisik kepada lelaki itu. “Mana saya ada duit nak sewa baju ni.. Mahal kot..” Dahinya berlapis memikirkan entah berapalah harga baju itu, mungkin lebih RM500.00
            
“Kan I yang bayar.” Izhan pandang wajah Umaira.
            
“Tapi saya tak suka. Kita pergi kedai yang lainlah.” Walau dalam hati Nurin Umaira saat ini melonjak-lonjak hendak mencuba busana itu.
            
“Ini butik kawan I. So, nanti I adjust lah harga. Sayang janganlah risau. Ok?” Izhan cuba memujuk. Dia juga menolak sedikit Umaira ke arah fitting room.
            
“Cuba dulu, I nak tengok. Kalau tak ok kita pilih yang lain.”
            
Nak pergi dinner syarikat sajapun, Nurin Umaira boleh pakai kebaya nyonya yang dibelinya di Melaka dua bulan lepas, rasanya dia belum pakai lagi kebaya itu ke mana-mana function atau pergi kerja. Niatnya ketika membeli waktu itu untuk disimpan dan diguna ketika musim raya nanti.
            
Sudahlah Juita dan Dayang tarik muka dengannya, bila dia kata dia akan cari baju dengan Izhan. Semenjak ada Izhan, Umaira sudah lupakan mereka. Semenjak ada Izhan, Umaira banyak habiskan masa dengan lelaki itu.
            
Dia melangkah juga ke fitting room.
            
“Cik Maira.. Jangan sarung atas blouse tau, nanti Qaireen nak ukur badan Cik Maira.” Ishk, tahu pula yang Umaira cuma nak sarung sahaja busana itu. Malas nak tanggalkan blouse yang dipakai.
            
Umaira membelek busana di tangannya. Cantik dan lembut. Matanya hampir terbeliak melihat harga pakaian itu, di tag harga. RM750.00 Aduh. Ini kalau terkotor, atau tercarik, macam-mana nak menggantinya. Sebulan gaji Umaira tak pernah ada berbaki sampai RM750.00. Memanglah Umaira ada simpanan, tapi tak mahulah habiskan kat baju mahal macam ni.
            
Dengan penuh hati-hati, busana itu disarung ke badan. Blouse dan jeans yang dipakai sudah digantung di dinding. Tudung instant di kepala dikemaskan. Dia membelek dirinya di muka cermin. Juita selalu berkata, yang dia memiliki tubuh seorang model. Lihat sahaja busana itu cantik terletak di badannya.
            
Setelah berpuas hati dia melangkah keluar. Tertinjau-tinjau mencari Izhan. Lelaki itu rupanya memang sedang menunggu dia. Senyum terukir di bibir lelaki itu. “That’s my girl. So, beautiful.”
            
“Ok, Qaireen. Deal.” Pantas sahaja Izhan memberitahu Qaireen.
            
Tahulah dia yang nak bayar, tapi cubalah tanya Umaira dulu.
            
“Awak…” Umaira bersuara meleret.
            
“Errmm…” Izhan buat-buat tidak dengar.
            
“Saya tak sukalah. Baju ni mahal. Kan saya dah kata saya tak suka…” Tuturnya tidak mampu dihabiskan bila mata Izhan memandang tepat ke wajahnya, siap dengan jari telunjuk di bibir. “I’ll do anything, for my future wife.”
            
Qaireen yang ada di situ tertawa kecil. Lagilah buat Nurin Umaira malu. Umaira bukan suka nak meminta-minta, Umaira bukan nak ambil kesempatan. Nantilah dia akan cuba bercakap dengan Qaireen, mungkin Qaireen boleh carikan yang lebih murah. Yang dia mampu beli. Kalau tidak terpaksalah dia gunakan kad kredit yang disimpan khas dikala susah.
            
“Cik Maira ok tak?” Bibirnya dicemekkan sebagai jawapan tidak. Dia yang sudah menukar pakaian, berdiri bagaikan sotong di kaunter. Izhan pula sebok menjawab telefon.
            
“Baju tu akak sewa, boleh?”
            
“Encik Izhan dah bayar dah, Cik Maira..” Umaira dapat lihat senyum sinis pembantu kedai Qaireen. Alahai malunya.
            
“Akak seganlah. Lagipun akak baru saja kenal Encik Izhan tu. Tak sukalah nak terima barang dari dia. Bolehlah kalau akak bayar guna kad?”
            
“I dah bayar dah Umaira. Kalau you tak pakai baju ni, I tak akan pergi dinner tu. So you tak boleh tahu I dari department mana.”
            
“Ugut?” Matanya membulat memandang Izhan.
            
Lelaki itu tidak menjawab, hanya renungannya saja yang menatap tepat ke mata Umaira.
            
“Kita baru saja kenal. Tak akanlah saya nak ambil barang mahal macam ni dari awak. Saya bukan jenis materialistic, walaupun awak mampu beli satu kedai ni pun. Saya tak suka orang kata saya ambil kesempatan atas kemampuan awak. Saya tahulah awak orang kaya, banyak duit.” Ada keluhan kecil dihujung katanya.
            
“Siapa kata I orang kaya?”
            
“Dah tengok your car saja dah boleh tahu awak orang kaya. Jangan lupa pula kat mana awak tinggal. Rumah jenis apa yang awak ada. Nak cakap awak orang miskin?”
            
Ishk, buat malu saja nak bergaduh kat sini. Depan Qaireen dan pembantunya, entah siapa namanya. Ah, Nurin Umaira buat hal pula.

            
“Maaf saya bukan nak menyampuk. Ok macam ni sajalah. Qaireen kenal Encik Izhan, dan sebabkan dia loyal customer, Qaireen akan sponsor pakaian ni. So Cik Maira pakai saja, tapi with one condition. Cik Maira kena datang sini on that day, sebab kita akan sponsor siap tudung dan make-up. So, both of you tak perlu nak bergaduh siapa yang nak bayar. Payment will under Qaireen Qaseh. Ok tak?”



, ,

No comments:

Post a Comment