ilashukri.blogspot.com

Monday 29 January 2018

[ Bab 22 ] Dia Bukan Skandal



KHAIRIL Izhan tersenyum puas. Berjaya juga dia memujuk Nurin Umaira. Gadis itu jinak-jinak merpati, bila dirapati dia lari. Pertama kali memandang Nurin Umaira hatinya sudah terdetik suka.

Dikejarnya saban hari dalam diam. Setiap gerak geri, tawanya, lincahnya dan tentu sekali keayuannya itu yang membuatkan Khairil Izhan semakin tidak sabar hendak dekat dengan Nurin Umaira.

Hati lelakinya tewas dengan hanya sekadar lirikan di bibir atau jelingan matanya. Dan tadi, hampir sahaja dia tidak mampu menahan gelora hatinya. Nasib tidak diciumnya gadis itu, sungguh gaya Nurin Umaira sangat menggetarkan dadanya.

"Juita?" Tersentak Juita yang sedang seronok menonton artis di pentas.

"Encik Khai?"

"You housemate Umaira kan? Boleh ambilkan IC dia?"

"Hah?" Berkerut dahi sahabat baik Umaira itu.

Namun belum sempat Izhan hendak berkata lanjut, beberapa orang staf mendekati dan hendak mengambil gambar bersama. Layan sahajalah. Mesti mereka hendak menyimpan kenangan dengan CEO.

"Umaira ada dengan I. Safe. Dia merajuk dengan I, tu yang dia menonong keluar."

"Umaira merajuk dengan Encik Khai? Bukan dia pergi ladies ke?" Semakin berkerut dahi Juita. Jatuh kasihan pula Khairil Izhan melihat wajah polos Juita.

"Umaira kenal ke dengan Encik Khai?"

Dayang datang mendekat. Ialah, kenapa Encik Khai tu nak berbual dengan Juita. Dan mana perginya si Umaira ni? Dari tadi menghilang.

"Kenal. I lah Mr. MMK, mamat muka ketat tu. Cuma dia tak tahu yang I ni CEO baru, itu yang dia merajuk tu."

"Ooooooooo...." Panjang ooo Juita. Dayang pula terpinga-pinga.

"Mamat muka ketat tu Encik Khai ya? Her secret admirer?" Khairil Izhan hanya menggangguk. 

"IC dia saja cukup. Boleh masuk poket. Phone, beg tangan tak payahlah. Kereta you bawa balik ya. I nak pinjam Umaira sekejap. Nak dating dengan dia."

Permintaan Encik Khai berat untuk Juita turuti. Risau dia akan keselamatan Nurin Umaira. Lagilah tanpa phone macam-mana dia hendak call Umaira nanti. Dia bercakap sesuatu dengan Dayang. Tak tahulah apa yang mereka bincangkan.

Sesekali dia dengan sengaja menjeling Izzuwan yang juga sedang memerhatikan dia. ‘Izzuwan, Izzuwan.. Kau cuma boleh bermimpi je memiliki Umaira. She’s mine!’ Hatinya tertawa jahat.

Khairil Izhan buat seperti tiada apa-apa yang berlaku, melayan tetamu, berbual dengan staf, namun di dalam hatinya sudah tidak sabar hendak menemui Nurin Umaira. Sedang buat apa agaknya gadis manis itu. Dia berjanji hendak menelefon gadis itu, namun dibiarkan sahaja gadis itu menunggu.

Bukannya apa, dia tidak ingin mengganggu, biarlah Nurin Umaira berehat. Malam nanti dia akan bawa Nurin Umaira makan, tentu gadis itu lapar.

Dan esok pula Sabtu, kalau dia bawa lari sekalipun, bukannya kerja. Hatinya sudah berkira-kira.

"Encik Khai.." Juita datang mendekat. 

"Macam mana saya nak call Umaira nanti? Macam-mana saya nak tahu yang Umaira selamat? Dia tu amanah keluarga dia pada saya.." Rencana Khairil Izhan, biarlah Nurin Umaira sehelai sepinggang, tak ada phone, tak ada wallet, biar senang dia nak bawa Nurin Umaira ke sana ke sini tanpa gangguan.

"You boleh call I, kat phone dia mesti ada nombor I."

"Encik Khai jaga Umaira baik-baik ya. Hantar dia pulang dengan selamat. Dia baik orangnya. Jangan buat macam-macam dengan dia, Encik Khai."

"Of coz. I love her very much. I'll never let her down."

Puas melayan tetamu, sahabat, pekerja, Khairil Izhan meminta diri untuk berehat. "Khai balik dulu, daddy, my house." Kalau balik banglo Tan Sri Sufrie, confirm lah dia tak boleh bebas hendak keluar dengan Umaira. Malas hendak menunggu lama, dia terus melarikan diri. Dia tahu ada yang Tan Sri Sufrie ingin tanyakan. Tentu sahaja perihal tadi. Lagipun bukankah Tan Sri Sufrie tahu dia sudah jatuh cinta pada Nurin Umaira.

Biarlah apa orang nak kata. Lagipun semua orang kenal dia dengan gaya ‘cold like ice’. Dia bukan suka tersenyum. Kalau senyumpun, sedikit saja. Senyumannya mahal dan hanya untuk Nurin Umaira seorang.

Khairil Izhan melangkah laju menuju ke suite 1306. Dia yakin Nurin Umaira ada di situ. Tak mungkin Nurin Umaira akan tunggu di kereta. 

Nasiblah Umaira tak lock pintu. Nasib jugalah dia ada kad pendua. Dapatlah dia masuk dengan senyap bagaikan pencuri.

Tepat seperti jangkaannya, tersengeh dia melihat Umaira yang polos terlena. Merekut tubuh gadis itu. Tak sanggup rasanya hendak mengejutkan sang puteri yang sedang nyenyak. iPhone masih elok di genggaman. Mungkin dia terlena tika menanti panggilan.

Dengan perlahan dia menarik selimut dan menutupi tubuh gadis itu. Biarlah dia lena dahulu, nanti bila terjaga dia akan bawa gadis itu pergi makan.

Tubuhnya dibawa berbaring di sebelah Nurin Umaira. Namun agak jauh sedikit biar ada jarak antara mereka. Memang hatinya sudah berdebar saat ini, berada sebilik dengan Nurin Umaira, bisikan syaitan sudah mula kedengaran. Lagilah Nurin Umaira sedang tidur, kalau dia apa-apakan gadis itupun, rasanya tentu gadis itu tak mampu melawan.

Ya Allah kau peliharakanlah imanku. Bisik hatinya. Dari menelentang dia kini berkalih memandang belakang tubuh Nurin Umaira. Beberapa kali tangannya ingin meraih tubuh itu mendekat, namun setiap kali itu juga dia beristighfar di dalam hati. Tangan kanannya dibuat alas kepala. Mengelamun memasang angan mengahwini Nurin Umaira. 

Sebaik pulang dari London, dengan jetlack yang belum hilang, mommy dah sebok suruh masuk office. Memang ketatlah muka dia dek tak setuju dengan keputusan yang Puan Sri Maria buat. Lebih tidak setuju bila dia sudah dipadankan dengan Puteri anak Datuk Zamri.

Semuanya sudah dirancang untuknya. Dia tidak punya kebebasan untuk memilih jalan hidup sendiri. Sudahlah seawal belasan tahun dia dihantar ke London, tinggal dengan ibu saudaranya.

Namun kejadian Nurin Umaira terlanggar tubuhnya, membuatkan jiwanya pandai memberontak dengan segala keputusan keluarganya. Dia seolah terdengar suara gadis itu, 'sombong, harap muka saja hensem’.. No. Khairil Izhan tak sombong. Dia biasa-biasa saja. Cuma awalnya memang dia nak orang kenal dia begitu. Cold like ice. Seorang yang dingin dan tegas.

Dan kali kedua pertemuan mereka, dia dapat gelaran mamat muka ketat. Dia ingin memperkenalkan dirinya sebagai CEO baru Mega Holdings tapi Nurin Umaira pula tidak ada sewaktu sesi perkenalan. Jadi jangan cakap yang dia sengaja tak mahu beritahu yang dia berpangkat CEO. Dia sudah merancang hendak membuat surprise pada Umaira ketika itu, namun hampa bila dia diberitahu Umaira keluar dengan Izzuwan.

"CEO pun manusia juga, Umaira. Ada hati dan perasaan." Dan kini dia yakin, dia memang sudah jatuh hati dengan gadis itu. Dua minggu Nurin Umaira di Nusajaya dia sudah angau jadinya. Nasiblah dia sudah dapat menyimpan nombor phone gadis itu, dan gambar profile di Whatsapp nya disimpan kemas di dalam handphone, juga beberapa gambar curi, buat penghilang rindu.

"I love you, Umaira.." Pelukannya dikejapkan. Nafasnya dihela lembut. Selembut tangan yang memeluk tubuhnya saat ini. Bermimpi memang indah. Namun saat mata terbuka.. Khairil Izhan hanya mampu telan liur.

"Allah.." Entah bila Nurin Umaira sudah berbaring di lengannya, dan elok memeluk tubuhnya. Dan diapun elok juga merangkul kemas gadis itu. Perlahan dia meraba handphone di poket kiri seluarnya. Pukul 3:00 pagi, ah bila masa dia terlelap. Bukan dia sedang berangan ke tadi?

Dalam cahaya lampu yang terang, memang Khairil Izhan tak tutup lampu tadi, dia tersenyum sendiri. Hendak dikejutkan Nurin Umaira, terasa sayang sangat dengan moment indah itu. iPhone ditekan mode camera. Wajahnya didekatkan dengan kepala Umaira yang masih elok berbalut tudung. Snap. Snap. Snap.

Bukan apa, sebagai bukti Nurin Umaira yang peluk dia. Khairil Izhan tersenyum sendiri.

Belakang tubuh gadis itu diurut lembut. "Umaira.." Panggilnya perlahan. "Umaira sayang, bangun.." "Ermmm..." Suara ermm serak-serak basah itu buat bulu roma Khairil Izhan merinding jadinya. Nafasnya mula tidak sekata, berombak laju melawan nafsu.

"Umaira sayang..."

"Alaa Jue, aku ngantuk lagilah."

"Belum makan lagikan, tak lapar ke?"

"Ermmm... Tak lapar, nak tidur." Kalau tadi hanya tangannya yang memeluk, kini kakinya pula sudah menindih kaki Khairil Izhan, ah mesti Nurin Umaira ingat Khairil Izhan ni bantal peluk agaknya.

"Umaira sayang.. Jom bangun.."

Sekali lagi belakang tubuh Umaira digosok lembut. Gadis itu mengangkat mukanya, membuka matanya perlahan. "Awak.." Suaranya meleret dengan mata yang dibuka kecil. Hanya seketika. "Eh? Awakk??" Sepantas kilat Nurin Umaira duduk. Dia meraba tubuhnya atas bawah. Khairil Izhan juga turut bangun. Dia duduk bersila. 

"Awak buat apa kat saya?"

"Nothing." Kepala digeleng.

"Awak jangan..." Muka cantik itu sudah mencemek. Matanya juga sudah mula berkaca. Dari duduk gadis itu sudah berdiri.

"I tak ada buat apa-apa. Sumpah" Khairil Izhan mengangkat ke dua tangannya ke atas. 

"You yang peluk I kan? I baring jauh je dari you, mana tau you nak datang dekat." 

"Kenapa tak kejut masa masuk?"

"Kasihan tengok you tidur."

"Sengajakan? Awak memang.. Lelaki semuanya sama, suka ambil kesempatan.." Nurin Umaira melangkah meninggalkan Khairil Izhan terpinga sendirian. Namun kemudian dia pantas mengejar.

"Umaira.." Cepat dia menyambar lengan gadis itu. Ini kalau Nurin Umaira keluar menangis macam ni tentu orang fikir yang bukan-bukan. Pukul 3 pagi keluar dari bilik hotel sambil menangis. Argh, seram pula nak fikir.

"Wait Umaira. Demi Allah, I tak buat apa-apa. You dengan I masih lengkap berpakaiankan? I'm sorry sebab tak kejut, I pun letih, ingat nak baring sekejap, tak sangka pula terlelap. Sorry, sayang. Jom kita pergi makan. Pergi betulkan tudung dah senget-senget tu. Nanti apa pula orang kata.”

***



, ,

No comments:

Post a Comment